Friday, February 17, 2012

758: Toleransi


Toleransi. Atau dalam erti kata lain, bertolak ansur. Adalah tindakan yang dilakukan demi mengekalkan kesejahteraan. Tak kisahlah kesejahteraan ape. Malas la pulak aku nak elaborate.

Bagus sebenarnya bertoleransi ni. Toleransi sesama manusia. Sesama pasangan.. sesama pemandu di jalanan.. sesama orang-orang yang beratur time nak bayo kat supermarket ataupun emporium (pergghh lama tak pakai perkataan EMPORIUM).. sesama adik-beradik.. sesama kawan-kawan.. sesama anak beranak.. Toleransi ni bila kena dengan tempatnya, memang best. Kadang tu bila kena masanya, boleh dapat kawan baru sebab bertoleransi. Macamana? Ko pikir sendirilah.

Tapi kan. Ade sejenis situasi ni kadang-kadang susah nak toleransi. Bukan tak boleh, tapi kalau boleh taknak. Apakah?

TOLERANSI DENGAN KEBODOHAN.

Untuk aku. Untuk perkara yang kita memang tak tahu tu, adalah okay untuk mengharapkan toleransi orang lain. Tapiiiiii... kalau tak tahu tu, kemudian-kemudiannya jadikanlah ianya jalan ke arah pengetahuan. Kalau tak tahu, tanya. Kalau dah tanya tak dapat jawapan, cari. Dah cari tak jumpa, cari lagi. Tanya lagi. Pastu buat.

Atau ada jenis kebodohan yang susah nak tolerate. Adalah pesen yang semua benda tak tahu. Semua benda tak pernah buat. Semua benda nak harap orang. Dah laa tak tahu, tak nak pulak ambik tahu. Dah bagitau pun tak nak jugak ambik tahu. Pastu nak claim diri sendiri tak tahu. Itu tak tahu. Ini tak tahu. Dah bagitau pun tak tau jugak, kau dah kenapa?

Semua orang ada kelemahan. Aku tahu tu. Aku pun ada. Dan ini antaranya. Aku benci bertoleransi dengan kebodohan yang disengajakan.

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

2 comments:

*SiRibenMerah said...

betul2
sgt menyakitkan hati kannnn~

Masy said...

iyra,
agak aahhhhh.. huhuuh