Monday, February 20, 2012

759: Masalahnya, ada aku kesah kew?


Baru-baru ni, tetobe je budak umah aku bersikap weirdo. Tetobe jelah kan nak masam muka, takmo tegur, makan dalam bilik, tak kuar tengok tv. I was like - eh eh. Dah tiba masa nak meninggal dunia ke ape?

Aku rasa aku taulah kenapa. Hahahahahaha.

Aritu. Adelah satu malam yang hening, menjelang 11.30 malam. Aku ketuk pintu bilik dia dan suruh dia senyap sket sebab aku nak tidur. Aku bukan cakap tengking ke kurang ajar ke, aku cakap macam biasalah. Dia ni bukan ape tau. Pesen ketawa yang macam kerasukan ablasa. Tak kiralah pukul berapa pun. Korang boleh bayang tak camne laaa aku tak hangin kalau kaki aku ni dah selangkah ke alam mimpi, tetobe tersentak sebab dengar hilai ketawa dia padahal dah pukul 12 tengah malam (ini kes malam sebelumnya)?

Paham kan?

Pastu nak masam muka plak dengan aku. Nak kene pelempang? Hahahaha. Gi meninggal dunialah kau kat situ. Aku tak rugi apa-apa pun. Setakat tak pelawa makan tak pelawa minum, insyaallah aku tak mati kebulur lagi. Taknak tengok tv? Lagi bagus. Ko tatau betapa enjoynya hidup aku tengok tv sorang-sorang (ataupun berdua ke bertiga dengan orang lain) tanpa ko. Punyalah enjoy. Takde laa lagi soklan-soklan bodoh yang mengacau kosentrasi aku time tengok tv. Alhamdulillah... hahahahah!!

Malam tadi. Aku cam biasalah tercongok depan tv nak tunggu Merlin. Dan aku tau betapa minah tu suka jugak cite tu. Bawahahahahahaha aku nak tengok dia keluar tak. Mula-mula tu tak keluar, aku pun cam.. wah kentalnya semangat. Gi mamps. Tapiiiiiii... lebih kurang 10 minit terakhir tu dia keluar, gi masak megilah pe seme. Lantas duduk ujuuuuuuuuuuuuuuuuuung sanun dan menonton jugak. HAHAHAHAHAAHAHAHAHA kalau aku jahat, aku alih-alih chanel tu pon best kan? Biar ko fedap sampai meninggal dunia kat situ. Hahahaha.

Minggu ni ke minggu depan dah nak start Desperate Housewives kan. Meh kita tengok setakat mana dia nak menyombong gitu. Kemain lagi takleh tegur. Tampar sampai sawan kang baru tau. Nak kerek-kerek dengan aku pulak tu. Aku hukum humban barang-barang ko dari peti ais aku tu nanti baru ko tau nasib ko.

Memang pompuan meroyan #dasarelisya.

15 comments:

*SiRibenMerah said...

yg pasti bukan anne nehh...camneh nye gaya akak, confirm saya cancel tumpang duk seumah.. ekekekeke~takut ahkak garang2.. aummmmmm~
*gurau je sis*

ber_u_wang said...

suruh dia duduk kat puncak alam je.. ketawa la sampai pagi takde sape nak marah

Masy said...

iyra,
bukaaaaaaan.. hehehe. akak ni lembut ati tauuuu.. nk marah pun susah. tp klu pesen memekak ni mmg cepatlah my blood go upstair using the lift u know. hahah

angkel,
tu lah. ntah bila nk pindah tah. eh? hahahahahaha keji

achik said...

"Gi meninggal dunialah kau kat situ. Aku tak rugi apa-apa pun."

uish, kang penat plak nak uruskan kalau dia meninggal dunia kat situ.. ;p

Masy said...

achik,
insyaallah tak susah. panggil jelah kawan2 dia, soh bawak balik. hohohhooh keji keji

Irfa said...

nak gelak pun ada..
akak dulu penah duk bujang dari tahun 1998 sampai pertengahan tahun 2000.(november 2000 dah kawen) so merasalah duk umah bujang..macam2 peel..ada yg masak sebungkus bihun tak pelawa orang.ko bygkan gila banyak sebungkus bihun tu boleh makan sensorang..pisau sapu butter pun sorok dalam bilik..
adui..kedekut sungguh la..kalau akak tak kisah la nak share guna janji pandai jaga.lagi ramai umat dlm rumah tu lagi stress

Mr PenyuBiru said...

ko tak layan lagi Desperate Housewives season last ? download je la cepat skit. skang ni dah ep13 dah.

p/s : pergh..panjangnye num & word verification

Masy said...

kak irfa,
sy pon x kisah nak guna asalkan elok2. tp.. haa panjang plak klu nk cite ni, malaslah. hahahaha

penyu,
blom lg.. lekluuuuu.. heheehhe

Anonymous said...

like like like...sgt serupa ngan situasi org...tp tu lah, ade ku kesah??? lg aman idup rasenya...sunyi sket umah...haha..org2 mcm ni patut kite dok kan dlm 1 umah...haha >>CNACD<<

Masy said...

che,
aku pon rasa macam tu la. klu letak satu umah mesti bole jadi besfren. hahahahahah

HEMY said...

bwahahhahahaha..ko rasa tegur biasa.padahal ko tak sedar separuh sedar tu ko tengking dia smpi makcik umah sebelah plak bengang terkejut sbb suara kooooo

fndrocka said...

dah..dah..takmo garang garang

Masy said...

anul,
mana ade weeh... hahahaa

fndrocka,
baeklaah...

Ms Minnie said...

aku pong suka tgk merlin!!!

Masy said...

kak ila,
aku pon!