Monday, March 12, 2012

767: Aku, si berangan-nak-jadi-penyiasat-suatu-ketika-dulu

Masa kekecik dulu, cita-cita aku nak jadi penyiasat. Macam Detektif Conan tu la. Hahahaha. Banyak sangat baca buku Enid Blyton inilah akibatnya. Tu belom campur lagi yang lelain tu.. ah tak ingat dah. Tapi memang dalam jiwa tu seriuslah. Konon-konon. Masa tu la.

Jadinya selalu gak la aku masuk hutan (ke pinggir je?) kat belakang sekolah agama, tak pun kat sebelah rumah aku. Semaklah sebenarnya, tak berapa nak hutan sangat. Tapi tak surelah kot yang belakang sekolah agama tu layak dipanggil hutan. Dalam kem askar le katakan. Biasalah klik aku masa tu si Rembo dengan Kapai. Sama-sama jiwa jantan. Yang diorang tu yelah bapak askar (errr bapak Kapai aku tatau sebenarnya, ok tu cite lain), yang aku ni anak cikgu pun sibuk-sibuk jiwa hutan ni dah kenapa. Heh. Pengaruh rakan sebaya mungkin.

Oh. Masuk hutan. Saje.. cari petunjuk *gelak guling-guling keliling kem*. Oi seronok ok kegiatan ini. Kadang tu kalau terjumpa apa-apa dalam hutan tu, mulalah kitorang berspekulasi sesama sendiri.

"kenapa tayar ni ade kat sini?", contoh ayat permulaan untuk kitorang mula berbincang. Kemain. Serius tu. Masing-masing dengan idea sendiri, membayangkan situasi. Dengar bunyik loceng kang barulah berterebas berlari panjat bukit nak balik kelas (nak ke hutan tu kene turun bukit, pastu baru boleh masuk hutan).

Satu hari tu, aku terjumpa kes besar. Kes betul-betul ni. Haaa memain.

Pagi tu, budak kelas aku si Teddy dok cerita pasal basikal dia hilang. Basikal baru katanya. Sedih la member tu. Kami bertiga dengar jelah, tapi dalam hati macam nak jugak carikan. Cuma tatau nak mula dari mana. Nak tuduh, ramai orang dalam sekolah tu. Tu pun kalau betul yang mencuri tu budak sekolah, kalau bukan? Hmmmm.

Makanya petang tu macam biasalah kitorang ke sekolah agama. Bila rehat, turun bukit. Kalau biasanya masuk / jejak pinggir hutan, kali ni kitorang pakat nak cari basikal. Kat sebelah hutan ada dua tiga baris kuartes askar yang pesen teres tu. Yang tepi sekali (means yang paling hampir ke hutan dan sekolah agama) tu memang terbiar. Selalu jadi tempat budak sekolah melepaskan hajat kalau toilet sekolah penuh. So.. kitorang pun ronda-ronda situ.

Ok part ni aku cam blur tak berapa sure.

Aku tak ingatlah pulak sapa yang jumpa basikal dalam kuarters yang terbiar tu. Kitorang ke? Orang lain ke? Mebi orang lain la kot. Kitorang tengok basikal tu, dan sahlah memang basikal Teddy (sebab pagi tadi dia dah eksplen macamana rupanya, dengan detail). Rupanya pencurinya tu pun ade kat situ. Apalagi.. berlari kencang laaa mamat tu. Aku dah jerit suruh mamat-mamat lain kejau, tapi macam tak berapa ada yang nak kejau je. Hmmmmmm. Nak buat macamana? Takkan nak biar lepas je?

Ni yang detektip marah ni!

Oleh yang demikian.. sebagai olahragawati sekolah tahun 1992, aku si pelari pecut pun teruslah kejau mamat tu tanpa banyak soal. Yeeeee aku laaa kejau! Susup sasap masuk hutan tu dengan baju sekolah, sibbaiklah aku ni pesen pakai seluar panjang dalam kain sekolah. Bila dah nampak aku kejau, perempuan-perempuan yang lain dah jerit suruh aku stop sebab bahaya la aku kejau sorang. Kemudian baru laaaaaaa ade dua ke tiga budak lelaki tag along. Dari arah yang berbeza, cam serangan dari pelbagai arah la gitu. Sambil kejau, budak-budak lelaki ni suruh aku stop. Hahaha ade ke. Aku baru nak merasa thrill ni!

Tapi sesungguhnya Allah Taala memang nak suruh aku stop.

Sampai di satu tempat ni, macamana eh aku nak cakap. Korang tau kan cemana rupanya kawasan tanah yang melekit-lekit lepas hujan, pastu bila kering tanahnya macam nampak retak-retak. Alaa cemne nak cakap ni. Jap aku gugel pic.

haaa macam ni haa

Aku sebenarnya dah berapa kali dah terkena. Kadang tu nampak retak tu ingatkan dah totally kering, rupanya dia half done. Hahaha demmit. Selalunya aku terkena bila aku lanyak dengan basikal, kali ni dengan kasut sekolah. Bayangkan aku tengah pecut tetibe aku takleh gerak sebab dah stuck. Deymmmmmmm. So larian aku tamat di situ. Haihhhhh!!! Rugi!

So terpaksa la aku patah balik ke sekolah. Masa dok basuh tapak kasut tu, kekawan aku cakap - dari pandangan dorang atas bukit, memang nampak aku kemain laju compare dengan bebudak lelaki yang lain tu. Semangat siak! Hahahaha. Memey ah. Olahragawati ni, manakan sama dengan tahap pencapaian larian rakyat biasa. Hahahaha.

Lepas sejam kot baru dapat berita. Penjenayah berjaya ditangkap. Tapi bukan akulah penangkapnya. Sedihhhh.. tak dapat jadi Detektip Conan. Eh masa tu tak kenal lagi Detektip Conan.

Sekianlah pengalaman saye mengejau pencuri di bulan puasa tatkala berumur 12 tahun. Wassalam..

16 comments:

*SiRibenMerah said...

fuhyooo..
thrill abes..
zaman skarang kalo wat kejar camtuh mak bapak meraung la jumpa mayat anak je.. huhuhu~
zaman da berubah..dunia makin kejam..
kita da tua..
sian budak2 sekarang.
x byk pengalaman cam kita kecik2 dulu~

Masy said...

iyra,
zaman bdk2 mmg jenis redah je buat apa asalkan x langgar peraturan skolah + mak apak tatau. hahhaahha

hani said...

gile ah kak haibara!!! tah knp hani rasa haibara lagi sswai kot dgn jiwa raga akak berbanding dgn detektip konan. ceeehhaaa... pelari pecut kau! kalau hani; pelari kecut.
ok, sekian..

Masy said...

hani,
siapakah haibara??

HEMY said...

aku dapat rasakan kebebalan rasa bila terstop larian pecut enid blyton dek kerana becak tu..hahahahahaha

skang ni rasa2 boleh lari laju lagi tak ek??

zonaku said...

hahahahaa......


aku gelak guling2 sensorg dlm bilik ni... hahahhahahahahaaaaa



dasat la ko! seb bek x tercabut kasut then ko tersembam. dari hero, trs kisah tragis

Masy said...

anul,
rasa frust gilerrrrrrrrrr.. sbb dlm ramai2 tu mmg aku lg skettt je dah nak dpt tangkap itu budak.

skrg? ntah. dah lama x lari. hahahaah

zona,
kasut aku kuat tuuu hahahaah

Erina Asmawani said...

hahahha..mmg detektip conan sangat..

tetiba terbayang akak cakap gaya nabil (detektip conan) dalam cite bujang terlajak..hahah

Masy said...

ena,
hahahaaha hampehh

hani said...

haibara tu la.. kawan si conan yg penyiasat jgk, bdk pompuan yg temakan ubat same mcm konan, pastu dia pun jadik kecik gak..
hadooii, akak, sila gugel cam akak gugel ipad tu la
hahaha..

Masy said...

hani,
ooooooooooooooo nama dia haibara ke? x penah amek tau pon hahahahhah

k.e.r.i. said...

aku dah terbayang muka ko masa tengah berlari laju tu.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
(serius guling-guling ni)

zonaku said...

baca komen keri aku dah mula imagine macam2...............

hehehehehehehheee

Masy said...

keri,
bengonggg hehhe

zona,
kemain kemain hahahahha

hanisakura said...

saya suke Tiga Penyiasat ngan Hardy Boys kecik2 dulu. skang Detective Conan collector. sy ad sumer komik die. hohoohoh

P/s: mntk tips lari laju camner :p

Masy said...

hanisakura,
akak pun! hahahahah suke sangattttt. tp komik2 akak x minat sangat. hehe

p/s: kene kurus. eh tu masa kecik la. dah beso2 ni tataulah. hehehe