Monday, March 26, 2012

772: 1986 saye dah start menakal


Masa kekanak dulu aku start masuk tadika sejak umur 5 tahun. Umur 5 tahun, masuk tadika sekular LOL. Pegi tadika pakai skirt, alaaa... ape dorang panggil baju tu. Pinafore? Apetah. Umur 6 tahun masuk tadika Islam. Dah kena pakai tudung, baju kurung tu opkoslah. Takkan nak pakai tudung dengan pinafore tu pulak ye tak.

Zaman dulu tak banyak tempat yang ada tadika Islam. Oleh kerana mak apak aku kepingin mau aku belajau kat tadika Islam, kenalah antau aku jauh sket. Nun kat Bukit Rambai sanun. Nak dekat 10km jugaklah jaraknya tadika tu dengan rumah.

Tadika tu walaupun namanya tadika, tapi taklah ada bangunan tadika proper cam sekarang ni. Kitorang belajau kat surau dalam taman tu je. Ok je untuk aku. Budak-budak kat situ memang semuanya budak Bukit Rambai. Kawan kamceng aku masa tu namanya Siti Khadijah. Sekarang dah pindah Sabak kalau tak silap. Ah lama dah tak jumpa, kalau jumpa pun dah tak kenal gaknye. Hehe.

Dalam kelas aku ni ade sorang budak yang claim diri dia anak orang kaya. Sabrina nama dia. Perghh aku ingat lagi tuuu nama dia. Giler meluat oi pesen berlagak tak tentu hala ni. Aku ingat lagi satu hari tu dia datang siap bawak satu album, tunjuk gambar rumah dua tingkat dia. LOL. Kalau tunjuk kat aku memang aku takde la heran sangat sebab kat kawasan rumah aku tu, ade je rumah yang lagi besau daripada rumah dak Sabrina ni. Tapi budak lain tu mebi akan terasalah. Yelah dorang ni seme dok taman perumahan teres je. Kongjaq betei Sabrina ni. Ko tau laaa pesen budak berlagak dengan terjuih-juih mulut dia tu. Uweeekkkkkssss.

So entah camne laa boleh datang idea aku nak pekena budak ni. Geram betul aku dengan dia! Agaknya aku rasa geram tu sebab kawan aku dak Siti Khadijah tu pun terasa hati jugak dengan Sabrina ni. Makanya aku pun melancarkan misi pembelaan secara solo (pada mulanya). Apa aku buat?

Tiap-tiap hari sebelum sesi pertadikaan tamat untuk hari tu, aku akan curi masa untuk masukkan pasir dalam kasut dia. HAHAHAHAHAHAHAHAH giler jahat bila aku pikirkan balik. Aku bukan letak sikit-sikit tau, aku masukkan sampai penuh padat dalam kasut dia. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Lama gak laaaa kegiatan jahat aku ni berlangsung. Mula-mula aku buat sorang, tapi lepas tu Siti Khadijah ternampak lantas dia pun bersekongkol dengan aku.

Namun sepandai-pandai kancil menyumbat pasir, akhirnya terkantoi jugak. Camne tah boleh terkantoi, tapi memang ah. Cikgu kelas pulak tu yang nampak. Makanya kena laa denda... basuh balik kasut budak tu. Eleh. Bukan susah pun. Eleeeeeeeeeeeeeeh. Yang si Sabrina tu pon kemain lagi laa bebel-bebel. Eleeeeeh. Tapi lepas kejadian tu memang Sabrina dah tak buat pangai mengada-ngada dah. Kurang la sket. Baguslah. Kot tak aku sumbat simen pulak dalam kasut dia nanti. Hahahahhaha.

Itu jelah.

13 comments:

*SiRibenMerah said...

hahaha.. samseng kanak2 neh..
seb baik zaman tuh mak bapak x main isu saman2 kan.. kalo tak, mau naya mak ayah akak nk naik court.. hehehehe~

Masy said...

iyra,
tu laa.. sibbaik. hihih

kingbinjai said...

Ha ha dahsyat betul tadika dah pandai pedajai org. Aku masa tadika duk sibuk tangkap berudu buh dalam akuarium pasai ingatkan ikan

Masy said...

king,
hahahahahahahahaha

HEMY said...

in the future akan ada scene ni;

"Abang!!! Nape abang letak pasir kat kasut kawan abang err...dah!!! masuk tido!!!"

tak jadi nk sambung marah anak..ahahahahahahha

Masy said...

anul,
'abang! kenapa ubuh separuh je? mak kn dah ajar buat keje sampai abes!'

hahahaahaha

Irfa said...

betul la.zaman akak skolah rendah dulu pun ada budak berlagak.akak igt dah tua ni dia dah berubah.baru jumpa kat fb dan masih tak berubah perangainya.huhu

Masy said...

kak irfa,
tu sbb dari kecik kene bg dia pelajaran sket.. hihihih

Mr PenyuBiru said...

hmm... adakah ko juga ada kaitan dgn kes sorok kasut anak aku tidak lama dulu. http://blog.penyubiru.com/2011/02/tips-atasi-masalah-kasut-kena-sorok.html

zonaku said...

penyuk, aku rasa mesti keje anak si sabrina tu........ mak dia ajar sebab nk balas dendam.... x kira kat sapa, janji dendam terbalas....

hahhahahahaaa............



aku x la sampai tahap sabrina tu, tapi aku ada port cun untuk baca buku cerita time rehat... sapa pun x berani kacau.. ala2 budak pandai le konon....

Masy said...

penyu,
apekah kes itu, nanti aku tgk hehehe

zona,
hahahaahaha

Hidemichi said...

6 tahun, pandai ke bancuh simen? x kan nak bersekongkol dgn cikgu pulak?!muahahaha.... (salam singgah)

Masy said...

hidemichi,
ni kata2 org yg dah besau hehehe.. salam salam.. :)