Tuesday, March 27, 2012

773: 1 Liter of Tears

Bila harapan yang disangka ada
Yang dipegang impi selama ini
Rupanya..

Aku tak punya apa
Aku hanya ada mimpi
Aku hanya ada angan
Begitulah rupanya..

Pun begitu
Bukan salah sesiapa..


Aku kirimkan kedukaan pada langit
Aku titipkan catatan jiwa yang terluka di dadanya
Lalu dibanjirkan bumi dengan tangisan hati sebagai balasan..

Menangislah, alam
Menangislah bagi pihak aku
Atau mungkin lebih baik
Jika kita menangis bersama..

Tenanglah wahai jiwa yang dipinggirkan
Tenanglah wahai hati yang tercarik
Hati ini dah terlalu lama direhatkan
Terlalu lama buat-buat lupa
Terlalu lama buat tak tahu..

Walau begini hebat cederanya
Hati ini tak pernah lagi berhenti merasa
Rasa hati yang satu ini untuk dia..


#tears

9 comments:

*SiRibenMerah said...

baca tajuk tuh da igt citer jepun 1 litre of tears..

bertabahlah wahai kakak.. hatimu.. hatiku... kini menjadi satu...

Masy said...

iyra,
mmg amek tajuk cite tu pon hehehehe

HEMY said...

terbang lah seperti cenderawasih yg mendongak megah,
tidak pandang ke bawah kerana gayat

Masy said...

anul,
rugilah x pandang bawah hehe..

zonaku said...

aiseh..... aku br nk feeling2, komen anul bantutkan idea aku..... ampeh!

yonna said...

semoga langit kirimkan hujan kekuatan untuk akak! :)

*hugs*

Masy said...

zona,
haha dia tu mmgggg

yonna,
mekasih! *hugs keketat*

Irfa said...

LIRIK LAGU KE NI?
maaf akak sekarang x beremosi.huhu

Masy said...

kak irfa,
bukan..