Friday, May 04, 2012

784: Coti-Coti Lexis, PD

Ah giler lama kan aku peram cite cuti ni hah. Takde mood la hoi nak tulis. Bila ade mood kang, tenet buat hal la, banyak keje la, pajadah harom seme mengacau. Makanya aku try laa curi masa sket. Kalau dapat korang baca ari Jumaat maknanya berjaya le aku setelkan. Kalau korang baca ni ari Senin.. yaaaa.. ape-ape jelah hahahahah.

So!

Aku dan kekawan kroni yang biasa tu sudah bercuti-cuti ke Lexis, Port Dickson. Konon nak masuk Grand Lexis tapi harga separuh yang kampeni dak Anne kasik tu tak membabitkan GL le pulok. Sedih sket tapi takpelah. Dapat parking sebelah GL pon jadi hahahha. Perjalanan pagi tu.. nak kene cite ke? Malas bole? Tapi pendekkan cite, aku naik train sampai stesen KL komdian terus ke PD naik kete dak Che'.

Sampai awal gak walaupun kitorang sesat barat.. eh bukan sesat, salah jalan jewwwww #denial. Pegi kaunter nak check in, kemain minah tu speaking dengan aku. Tapi dengan staff boleh plak cakap Melayu. Ape Eastern sangat ke muka aku ni sampai ko nak speaking dengan aku? Takpelah. Mungkin penampilan aku yang selekeh-selekeh cantek tu nampak cam minah Arab baru kena buang daerah gaknye. Pastu kitorang ni lupe plak pasal kene bayau deposit nak masuk hotel. Pucat kejap gusi saye yang Arabic ni. Mintak kurang half, mujur dilayan. Hehehe. Ok check in sekarang.

ni katil aku! queen size, dok sorang, tepi tingkap, hadap laut. weeeeeeee~

Bilik ni kongsi bertiga. Aku lupa plak nak eksplen kat member dua orang lagi tu kenapa aku KENA dok sorang. Jawapannya ialah.. masa trip PD awal tahun tu, dak Liana dok sorang, bila trip Cherating dak Che' plak dok sorang. So kali ni turn aku la pulak kan? Adil kan aku. Hehehe. 



Amacam, nganga mulut la kan. Sebagai saurang miskin bandar, mesti la menganga-nganga. Jakun la sangat macam la tak penah masuk hotel besau hahahahaha. Tapi ade sket keanehan la. Malas nak cite, korang pegi la check in sana nanti taulah ape dia hehe. 

Oh. Masa ni baru kitorang berdua je sampai. Dah order mekdi kat Liana sebab takmo kuar dah. Si Rozan dengan laki dia on the way lagi. Kitorang pun mengambil kesempatan berguling tapir keliling bilik. Ai laikee sangat.. Lagi satu lupe nak cite. Ekcely trip kali ni untuk selebret besday dak Liana dan Che'. Dah terlepas pun padahal, tak kisahlah hehe. So petang tu kitorang buat penyerahan hadiah dulu. Kek makan malam kang sebab.. tatau nak cari port kat mana. 

ni dua orang punya hadiah atas pilihan sendiri hehehe

Lepas asar, Rozan datang bilik. Ajak kitorang gi sauna. Aih lupe plak sauna free, ye tak ye gak. So siap-siap dan bergeraaakkkk wahai demi untuk negara.. 

posing sebelum memanas dan memeluhkan badan sebagai bukti 

Dalam sejam gak la bersauna. Kurus la kejap. Hahahahhaha. Komdian terus round-round kat area chaletnya. Kitorang tak amek yang chalet ni sebab kene tambah lagi.. tak mampu uols. Dah la masa ni blom gaji. Kemain tak sadar diri memasing kehkeh.


kemain lagi feeling gitu. ni kalau orang gile mancing memang seswai sangat. campak je mata kail ikot tingkap. hehe

Malam tu kitorang kuar la beramai-ramai. Nak dinner. Nak potong kek. Dak Rozan tak aplod pon pic dinner, nyampah aku. Aku nak tunjuk gambau aku menikmati air kelapa hidup pun tak dapat T___T takmo kawan 2 menet!

makan laju-laju sebab kek eskrem satu hal, lagi satu sebab macam nak ujan. potong kek pakai sudu jewww kehkehkeh

Lepas makan takde wat mende pun. PD ape je ade pun kan. Pasar malam dah pegi dah aritu, nak pegi buat ape lagi - dah la belom gaji (again). So duduk je dalam bilik menikmati bilik yang hebat ni dengan bersungguh-sungguh. Layan utube. Tengok tv. Pakai masker. Iron baju. Hah. Iron hotel ni dia bagi pakai sejam je. Kedek betei. Pastu nak tambah towel kalu, kene bayau lagi. Denggggg.

Esoknya. Seawal 7.30 pagi dah turun nak mencekik sebab sarapan mahal. Dapat la kupon sarapan untuk 2 orang, tapi lagi sorang punye part kitorang bertiga ni tong-tong la. Sorang RM11. Jadinya.. RM33 untuk brekpes yee.. Makanya.. sila makan seperti orang kebuluran tahap Somalia.


Lepas sarapan. Naik atas, yang lain pakat tidor. Aku layan utube. Mandi-mandi. Pukul 1 gitu tak silap aku, kitorang pun balik ke kawasan masing-masing.. hahahaha. Takde buat apepun. Memang cuti nak berehat je kali ni. Hohohohoho~

6 comments:

kingbinjai said...

wo wo ada jakuzi

Masy said...

kingbinjai,
ala2.. tak guna pun, sayang je huhuu

hajiMete said...

ammboiii akak masy tuu.. sakanns dok hotel atas air tuuu.. kehh2

Masy said...

en me,
bestttt.... hehehheehe

Irfa said...

itu hotel mahal kat Pd kan?
akak pun x penah sampai sana

Masy said...

kak irfa,
yg Grand Lexis tu lg mahal.. ini pun dpt pegi sbb Anne dpt rege UMW staff ke cemana tah..tu yg tumpang sekaki tu hehehe