Monday, May 14, 2012

787: Perihal Mimpi Lagi.. hehehe

Lately aku memang banyak mimpi yang pelik-pelik. Kemain retis je pulak tu yang sesat (lagi menyesatkan? ok bukan, itu setan) masuk mimpi adik ni tawwww..

Aritu aku mimpi Najwa Latip. Kejadah sangat kan. Mimpinya lebih kurang.. macam.. kat sekolah ke cemana tah la gitu. Ke konsert? Ah gitulah. Pastu ntah cemana boleh terserempak dengan NL. Pastu tetobe je dia nanges. Beriya-iya pulak tu nangesnya. Aku tanyelah kenapa nanges beriya nau ni?

kenapa akak tak minat saya? kenapa kak?

Panik siak aku. Ko bayangkan dia cakap gitu sambil menanges yang macam.. sedih sangatlah aku tak minat dia. Bercucuran airmata siap tekup tangan kat muka. Macam berdosa giler pulak aku rasa. Memandangkan aku ni berjiwa lembut walaupun dalam mimpi, aku pun grab la bahu dia gitu, pujuk-pujuk dia.. cam lahaaa je aksi aku puiiiii.

eh mana ade tak minat.. akak suka.. sedap per lagu NL..

Tahi. Lagi nak memohong. Sibbaik dalam mimpi. 

adik, pasni jangan kaco kakak tidor lagi ok? plish? 

Pagi tadi pulak nak kata mimpi.. ntah lah. Campur kot. Sedar dalam mimpi ke tataulah nak cakap. Ekcely aku tersedar masa dak Anne bangun gi mandi, tapi ntah kenapa dalam kepala aku, aku tak feel yang itu Anne - tapi Mak Mah.

cak!

Kenapa. Kenapa semuanya perempuan? Kenapaaaaaaa T_______T

bila awak nak masuk mimpi saye ni adik sayam?

12 comments:

gadisBunga said...

musim mimpi pelik kot. sabarlah. adik sayam awak akan masuk juga satu hari nanti. tahun depan ke?

achik said...

hahaha gara2 x minat NL sampai dalam mimpi dia kejar akak.. ;p

Masy said...

gB,
moga2 secepat mungkinnnnnn

achik,
serem ai tauuu hahhaha

HEMY said...

motif ko nak kata Anne mirip mak mah la???hahahahahaha

Masy said...

demmittt.. bukanlah! hahahaahahhha!!

k.e.r.i. said...

bwahahahahaha.

nak report kat Kak Anne. LOL

zonaku said...

aku dah agak pasti ada memuah mendajalkan motif anne n mak mah.....





er... aku pun mimpi scary... pe la pulak kes naik pelamin ngan kengkawan nihaaa... apa gila!

Masy said...

keri,
repot laaa.. akak dah cite dulu ahahhahahahaa

zona,
ok laaa tu.. apsal skeri pulak? hehehe

hajiMete said...

Dengan rupa yang comel, suara yang gemersik dan umur yang masih muda, Najwa Latif mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh seperti Yuna..

- ehheee, me kopipes je yeee..

Masy said...

en me,
weeeeekkkkkk!~

Aujinz said...

Najwa Latiff tue comel apa..

koh koh koh

Masy said...

aujinz,
comel? comel tp lagu cenggitu je apelah ertinya.. kbai..... koff koff koff