Tuesday, May 22, 2012

789: Trip to Pulau Langkawi + Pulau Tuba - siri 1

Kepergian ini sebenarnya lebih kepada trip untuk kerja. Dapat projek kat sana tu.. sebab tu pegi Langkawi. Ala-ala last menet gak la, lagipun projek ni tak lama - 2 bulan je. Patutnya pegi 10hb - 12hb aritu, tapi terpaksa postpone sebab bertindih dengan jadual Mr Sivaji. Sebelum aku mengkompiuskan orang, ingin aku tegaskan di sini bahawa Mr Sivaji adalah sekaum dengan aku. 

Pegi sanun naik flite Fire Fly. Eh eja dekat ke jauh? Ah lantak. Sampai sana, amek kete - terus check in. Lepas check in, kita kasik check in makanan dalam perut dulu. Oh ye. Mr Sivaji takde hari ni, esok baru dia datang. Yeahuuuuuuuu!!!~

hotel tersebut

Lepas makan, ronda cari ikan bilis dulu. Ini kerana kat sana kat cuti ari Jumaat, so kita setelkan dulu bab-bab soping ni. Dah beli ikan bilis (aku tak beli la), pegi cari barangan berasaskan gamat. Stendetlah hehe. Mak aku kirim minyak gamat dengan bam gamat. Masalahnya bam gamat bukan ade satu jenis je, berpinau mata aku nak milih. Aku rasa musti mak nak yang panas-panas la kot kan. Untuk aku plak, aku sambau krim susu kambing + gamat. Kaki aku sakitlah lately sejak-sejak terpijak earphone dak Anne aritu. Mungkin jugak akibat pertambahan berat badan T____________T tsskkkk~

Setel bab gamat. Kitorang terjah cable car. Aterr Kakak PA tak penah naik. Aku dah naik dah dulu sekali, bila dengar tiket RM30 malaslah aku nak naik. Tapi bila dah sampai, boleh dapat rege RM15 rupanya. So.. bolehlah.


Giler berkabus dah masa tu. Dah petang sangat pun.. nak ke skybridge pun dah ditutup. Tak kisahlah janji lepas keinginan orang yang tak pernah naik. Btw, aku sorang je yang tak gayat masa dalam cable car tu. Aku ingatkan jantan-jantan ni berani la. Sekali semuanya muka pucat, berdiri pun takmo muahahahahha tampo kang. Hahahaha.

Lepas dah setel, terus terjah tempat-tempat nak beli cekelat. Aku tak beli sangatlah. Dalam RM30 je hahahaha. Malaslah aku. Dah la tengah bulan ni. Walaupun Mr Sivaji ade bagi duit belanja sorang RM200, tapi aku prefer untuk tidak membelanjakan beliau sebab belen gaji aku pun ade dalam RM100++ je. Sadisss.. ahahaha. Dah abes berbelanja, kitorang pun dinner. Makan kat cafe seberang sungai daripada hotel kitorang tu. Impressive. Harga berpatutan menawan ibu, presentation makanan bertaraf hotel. Fuh kemain lagi aku up ye. Hehehe.

nampak tu dia punya menu, besi tu tau frame dia. giler berat! hahaha

Lepas makan, dorang nak ronda pi kedai mana. Aku dah berlari balik hotel nak tengok Secret Garden.

Esoknya. Kitorang sarapan siap-siap kat hotel. Ah pagi tu aku dah dilanda gastrik tahap 1. Means masih boleh berjalan dan makan, dengan syarat jaga makan jangan sampai tersilap. Lepas makan, terus shoot ke Makam Mahsuri. Memang feel-feel pelanconglah hahaha. Di sini ingin saye cadangkan kepada pihak di sana.. tentang video kisah Mahsuri tu.. boleh tak tolong buat semula? Saye cadangkan watak Mahsuri diberi kepada Neelofa, sekian terima kasih.

Lepas lawatan tersebut, kitorang terjah ke area Beras Terbakar sanun. Dapatlah aku sambau selai baju tidor. 

Komdian dah pukul 11 lebih, kene pegi amek bos kat epot. Ok part situ dan seterusnya akan diapdet selepas ini. Hueheheheheh.

7 comments:

zonaku said...

okeh... sila update bab pulau tuba tu......


pesal aku x penah dengar nama pulau tu?
ketara gagal geografi dengan jayanya

ber_u_wang said...

sempat lagi sambau baju tido ye..patut la lena sangat tido

Masy said...

zona,
takpe nanti esok2 aku apdet psl pulau tuba tu hehehe

angkel,
hahahaahhaa

*SiRibenMerah said...

wahhhh... g jln2 langkawi x hajakkk ai.. kalo x leh bwk u'ols g candat sotong.. ngeeee~

*feeling je mlm berinai.. tapi non hado inainya~

Masy said...

iyra,
ngadeeeee.. heehehhhe

ye keeee ye keeeeeee.. #kerut dahi

hani said...

kak, kepek ikan utk aku kak???
eh, kt langkawi pn ada kepek ikan kan? ngidam ni..

Masy said...

hani,
takdek. sekian time kasih. hahahahahhaha