Friday, June 08, 2012

797: Lepas Kenduri Kawen Wafa

So.. malam tu Zona tido kat umah aku. Sebenarnya beberapa hari sebelum tu, blok aku dapat notis - takde air katanya sampai Isnin. Tak ke gelabah hanjeng aku dibuatnya. Memula Zona ajak stay umah Anul, tapi aku segan. Pastu Anul sendiri pulak yang pelawa, aku dah berpikir-pikir. Takleh gak.. sebab kete aku kat umah Keri. Kalau nak tido umah Anul malam tu, Keri pun kene tido situ gak. Lagipun Bella nak ke umah member dia malam tu. Ok baby, sila jangan jual ikan.

Sampai je umah, aku masuk bilik amek toto dak Anne yang aku dah book awal-awal siang tu sebab nak bagi Zona guna hehehe. Tetobe sorang lagi osmet aku masuk toilet, ehhhhh.. aku dengar bunyik air paip. Oh yeaahh.. ade air! Syukurlah. Kot tak memang pagi esok kene la bawak Zona mandi kat surau rumah aku tu hehe.

Esok pagi, bangun.. aku terkedu. Aku ni tak semayang subuh ke hah pagi tadi? Sambil baring, aku korek-korek memori, pegang muka.. aahh... memang sah tak terjaga T____T Kuar bilik, tengok Zona tengah kemas-kemas barang dia. Memandangkan memang nak kuar, aku just buat air kopi je untuk Zona dan diregukan dengan beskot tawar bentuk pat segi kecik yang didatangkan khas dari Melaka. Hehehe. Zona ade sebut pasal nak tengok muvi, so.. lebih kurang pukul 10++ pagi tu kitorang (aku, Anne, Zona) pun berambus ke JJ Bukit Raja. Beli tiket cite Snow White, pastu cari tempat makan. Lapau kau!

Aku ni kalau kat JJ Bukit Raja, tempat stendet yang aku terjah ada dua je biasanya.. sama ada Nando's ataupun Johny's. Eh betul ke aku eja jonis tu? Lantak. Kali ni aku pilih Jonis lah. Sebab terasa nak makan Jonis. Mereka berdua redho je. Hehehehe.

lapau giler dah time ni

Sampai je bahan-bahannya, teruslah terjah makan. Kemdian berlari bertaburan laa gi tengok muvi. Ni aku nak meluahkan rasa jengkel ni. Alkisah ade dua minah bermulut anus duduk kat belakang aku. Asik bercaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakap je macam cilake kau tau? Aku bila kenangkan ni serius rasa nak mencarut-carut lagi neh. Mujurlah pesen bukan bercakap kekuat. Tapi tetaplah rasa terganggu sebab sebijik sebutir ape yang dorang cakap tu aku boleh dengar. Hanjeng tak hanjeng pangai?

Dah la tu. Ade la mak apak mana yang cerdik nau bawak anak kecik masuk panggung. Kalau behave ok la. Ini dok melalak, takut gaknye tempat gelap. Bukan melalak biasa tau, ni dah tahap meraung-raung dalam tu, aku bajet budak umo around 3-4 tahun gitu. Yang mak apaknye pon macam jahanam. Dah tau anak ko meraung-raung sampai mengganggu orang, bawak kuar budak tu bole tak? Sampai satu panggung tu dah 'syyyyhhhhh!!!!!'kan pon dorang boleh buat dak je!!. Last-last aku dengar ade sore lelaki menjerit 'DIAMLAH!!!', tak lama lepas tu baru laa maknye bawak kuar. &*^@#@^#^%!^#*(&#$()@#&*!^!@ piglet sangat!!

Apepon, cite tu best la jugak. Lagi best kalau takde gangguan. Hmmppphhh!!

Dah tamat, pegi solat. Pastu singgah jap beli purse untuk mak. Alaaa mak aku macam kurang suka je tssk. Pastu laju-laju bawak kete sebab nak antau Zona ke Tesco Puchong - dia naik bas kat situ. Sampai situ, basnye tak tiba lagi. Berborak-borak sementara nunggu bas sambil menyaksikan kejadian pintu kereta  sorang kakak tu terbukak masa memandu, mujur takde anak dia kat belakang - kot tak sure cicir. Kehkeh.

gambau dak Anne punye

Pastu bas pun sampai... babai Zonaaaa!!! Kitorang terus shoot balik lepas tu. Tamat sudah...~

gambau Erina punya. saje letak sebab aku nampak comel dalam pic ni kihkihkih

10 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

berkenan betul Xiyad kat kak Zona..hehe

Anonymous said...

akak comel secomel comelnya,

kalau tak keberatan, pekata akak comel secomel comelnya amik gambau2 sekitar jj bukit raja tu untuk tatapan saya di sini? kerinduan.. dulu hari2 pegi situ tengok wayang dgn skandal.

sekian,
rya

jedi said...

Korang memang best sokmo...

hajiMete said...

chomeyy sokmo.. ehheee

Masy said...

bella,
mak angkat yang empuk.. mustilah berkenan.. huehehehheehe

rya,
insyaallah adik comel. tak penah pulak terpikir nak snap2 pic kat bkt raja tu hihihih

jedi,
hueheheheh meh la join :D

en me,
memey aaaaaa hahahahha

MR Penyubiru said...

agaknya makbapak yg bawak budak kecik tu ingat citer snow white yg animasi kut atau citer snow white cam dulu punyer kut..

gambor last tu kalau hantar contest iklan ubat gigi pun ok..hik3..

Masy said...

penyu,
aku pun rasa gitu.. tp bila anak dah meraung tu pls laa entertain budak tu. bertimbang rasa sket kt org lain, bkn dia je yg byr tiket wayang tu tau.. tsskkk.

kehkehkeh bole2

HEMY said...

hahahaa..tabah betol itu mak bapak

*SiRibenMerah said...

comel dan ayu skali kak masy..
vavevu vouge gituuu~

Irfa said...

akak selalu gak bawak anak masuk tgk wayang..tapi kan anak akak sgt baik
sampai abis diam ambil layan popcorn je....so akak kategori bernasib baik/kalau jenis melalak akak pun malu nak masuk panggung..mak bapak yg anak melalak dlm panggung tu patut beli dvd cetak rompak kat umah je//boleh baring2 smbil layan cekodok.tp akak paham,perasaan diorang yg ingin bersosial tp mgkin masa lom sesuai.maybe next time bila anak dah besar sikit