Friday, June 22, 2012

801: Abah Saye Power

Saje nak cerita pasal abah. Sementara aku masih ingat lagi, kot esok-esok dah nyanyuk, tak ke rugi kalau kenangan dan pengalaman tu terkompol dalam otak kerut-kerut aku ni kan. Hehe..

Abah aku adelah seorang guru besau. Mengajau kat sekolah dalam kem, memang mengajau anak-anak sojar la semenye. Tak anak sojar, anak cikgu la jugak yang diajaunya. Rasanya, Abang Chik, Abg Nan dengan aku je yang merasa satu sekolah dengan abah. Susah sket satu sekolah dengan abah ni. Satu, aku tak reti nak panggil dia 'cikgu', kalau panggil 'abah' sure kena marah. Err dah tu? Tak retilah. Dua, politik sekolah. Cikgu tak puas hati kat abah, aku yang kena. Aku ni pulak bukan jenis mengadu oi. Hmmmm takpelah. Malas nak pikir. Tiga, aku tatau nak cakap cemana tapi.. hahahahhaah.

Aku tataulah peranan guru besau sekarang. Tapi dulu.. bila exam akhir tahun, semua (ke ade yang terpilih je, tataulah) paper exam tu akan dicheck oleh guru besau. Sebab.. aku ingat abah check paper exam batch aku padahal dia tak mengajau pon kitorang. So korang bayangkan betapa traumanya aku (HAHAHHAAHA) bila dia check paper exam aku. Memang kene hentam kat umah tu kaw-kaw laa. Hahahaa.

Masa kekecik dulu, aku start tidur asing dengan mak dan abah bila dah masuk darjah 2 tak silap. Hahahah lambat eh? Ntahlah. Alaa lagipun bukan ade sape-sape kat umah, kitorang bertiga je. Yang lain seme dah masuk asrama, dah masuk U. Tapi walaupun dah tidur asing, tiap-tiap hari abah akan spent time untuk tidur dengan aku. Biasanya lepas solat subuh, dia terus masuk bilik aku dan paksa aku tidur atas lengan dia. Haaa aku sebut 'paksa' sebab ada masanya aku taknak sebab nak berbantalkan bantal jugak, tapi abah memang paksa hahahahah sabau jelah. Sampai darjah berapa eh.. sampai darjah 5 je kot. Lupe dah.

Abah boleh la aku letakkan dalam kategori kreatif. Rasanya bapak-bapak kita semua macam tu lah kan? Bertukang, hias rumah, arrange pokok-pokok bunga kat laman rumah, apa lagi? Tapi abah aku memang tak pandai masak kihkih. Yang dia paling expert ialah buat teh susu. In fact, dia laa yang ajau aku cemana nak buat teh susu yang power - walaupun aku sendirik tak minum teh susu hehe.

Tegas.
Kelakar.

Sangat punctual. Ko kalau berjanji dengan abah, jangan laa cuba nak lewat seminit. Contoh, kalau dah kata esok kita nak gerak keluar rumah pukul 7 pagi, make sure sebelum pukul 7 ko dah ade dalam kereta. Pukul 7, memang abah aku terus jalan je. Ade dia kesah ko kena tinggal? Memang tak ah. Hahahaha. Aku dah penah cite dalam entry lama, cemana aku kena belasah sebab aku lambat. Err padahal bukan lambat pun, ah.. salah faham di situ.

Ah. Banyak lagi nak cite pasal abah. Tapi tetibe sampai kat sini jadi malas pulak. Nantilah lenkali aku sambung lagi. Hehehe.

yang baju belang dua orang tu je abang-abang aku. alaaa.. aku takde dalam pic ni. hmmmm..

6 comments:

gadisBunga™ said...

ayah awak guru beso sekolah kat kem mana? :D

Masy said...

di salah satu kem yg terkemuka (pergghhh) di melaka. terkemuka la sangat hahahaha

Super Nia Hana said...

adakah bapak jaman dulu mmg garang dan juga sgt punctual??

merujuk pada jam 7 kena ada dlm kereta kalo tak kena tinggal

tingat zaman kejar kereta ayah..
syarat ayah hana benti keta bila dapat pintas kereta yg bergerak tu

amboi..mentang mentang anak atlit

Masy said...

hana,
tu diaaaa hahahhahah! mungkin la kot. org skrg ni manjekan anak.. hmmmmmm

hajiMete said...

nanti nanti sblom ko nyanyuk buatla entri 'Suami Saye Power' pulokk., bollee? ekkee

Masy said...

kalau time tu dah berlaki, boleh la. hehe