Monday, June 25, 2012

802: Tiada Sabtu Seindah Sabtu 23 Jun 2012

Sabtu lepas sebenarnya ada beberapa perkara yang patut dibuat. Patutnya aku kena kerja - kena la pegi jumpe rakyat tapi aku terpaksa la tak pergi sebab nak jumpe lawyer rumah. Sekali pulak abang aku kata takleh nak pegi sebab ada hal yang tak dapat dinegotiate. Rancangan aku sebenarnya lepas jumpe lawyer tu, nak turun KL - nak ajak kawan-kawan jumpe boifren aku jap.

Oleh kerana dah kensel jumpe lawyer, dapatlah aku keluar awal.. So shoot naik komuter pukul 11 lebih, sampai kat stesen KL pukul 12. Jumpe dak Che' dan Liana kat restoran dalam Dayabumi (eh betul kan tu bangunan Dayabumi? hahaha). Layan milo ais sepam, kendian terus ke CM.

Kat CM rupanya ada event apetah, event jumpe PM kalau tak silap aku tapi tak start lagi. Takpelah, aku datang bukan nak jumpe PM. Aku nak jumpe boipren aku! Katanya kat Annexe. Aku ni last datang CM pun aku tak ingat, apatah lagi Annexe tu. Dan sampai, aku tak nampaklah pulak kat mana dia. Ish.. bukak FB, pun tak bagitau exact venue. Cuma cakap kat Annexe.. huhu. Aku dah cuak la sket, takut tak dapat jumpe. Huhuh. Turun naik turun naik.. last-last tanya je kat budak kedai bawah tu kot-kot dia tau. Mujurlah dia tau :)

Bila dah sampai, pun tak tau jugak kat mana. Main terjah je, tapi tengok si Pekin Ibrahim dengan Danny X-Factor tengah bercakap-cakap. Ish. Dia dah balik ke ape? Aku lambat ke ape? T_____T Kemdian tanya kat mamat yang kat tepi tu, dia kata blom lagi. Phewwwwwwww. Sementara nak tunggu boipren sampai, aku round-round dulu kat dalam tu..


Kat dalam ade jual macam-macam, tapi aku stick pada niat asal aku je so memang tak beli apelah. Kebetulan ternampak Ady tengah jual buku hehehehe. Bila dah balik tu baru laa macam.. eh apsal aku tak beli je buku kat dia eh. Tapi memang aku dah cakap, aku datang dengan satu tujuan je (mebi dua tiga tapi berputar pada satu tujuan jugak sebenarnya). Kemudian aku terjah balik tempat tadi tu, jengah-jengah sambil cari mana laaaa boipren aku nih. Tengah aku hegeh-hegeh sambil usha Zahiril Adzim dan wifenye tu.. member-member aku kat luar tu panggil-panggil aku sambil tunjuk seseorang. Ehhhh.. bila masa dia ade kat sini? Bila dia sampai??? *terkesima kepanikan abadi*

Snap pic satu tapi tak puas ati. Aku pegi lari jap beli sesuatu. Buku la senang cakap, dan patah balik ke tempat kejadian. Kali ni...

YEAHUUUUUUUU!!!!!!

Eieieieieiei rasa nak polokkkk je abamku yang kacak bergaya lagi diredhoi ni! Aku snap ni seme pakai hempon je tau.. aterrrr kamera buat perangai. Pastu kebodohan pulak tu lupa nak pesan kat member-member soh bawak kamera dorang. Frust paham tak frust? Demmit demmit. Takpelah.. aku snap je ikut kemampuan aku.




Ya Allah.. terima kasih kerana atas rahmatMu, Kau benarkan abam Faizal Hussein ini untuk wujud dan hidup sihat walafiat di dunia ini. Terima kasih Ya Allah... *raup muka*


Sebenarnya sabtu tu beliau melancarkan buku biografinye yang bertajuk Limelight. RM30 je, boleh beli online jugak. Kot laa ade yang teringin, silelah hehehe. Nah baca sinopsisnye untuk pembakar semangat.


Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail. Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku LIMELIGHT. 

LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang. Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair. 

LIMELIGHT menceritakan bagaimana mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industri perfileman tanahair. 

Faizal juga menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan Bunohan (2012).


Bagi aku sebagai #UltrasFaizalHussein, aku mahu sambungan untuk buku ni. Nipis bangg... tak puas baca. Aku harap satu hari nanti, dia akan publish lagi buku - kasik tebal macam kamus plisssss. Tapi bak kata beliau di hari kejadian, memang susah jugak nak cramp pengalaman 40 tahun tu dalam buku senipis ni. Saye mintak ni, plis buat sambungan. Sequal ke ape ke, buat ok?

Orang hensem tulisan tak berapa hensem adalah normal. Tapi tetap jugak ailebiu! I is not care! Hohohoho~

15 comments:

MR Penyubiru said...

masa baca artikel FH kat mstar tadi,aku dah agak dah mesti ko beli buku dia. sekali,bukan saje ko beli tapi siap attend lagi launching buku dia.cayalah..

hmm.. part last tu aku setuju.sebab tu tulisan aku tak berapa hensem.haha..

MR Penyubiru said...
This comment has been removed by the author.
hajiMete said...

kemain akak tuuu.. ammboiii

Masy said...

penyu,
gile semangat tak semangat aku hahaahaha. mujurlah dia buat kat tempat yg senang nk pegi, kalau merepek2 sgt tatau la pegi ke tak.. hehee

en me,
hihihihihihihihi

HEMY said...

dasaknya..ko patut peluk je...pastu bila dh kecoh ko wat2 pengsan pitam..bila bangun ko ckp "apa dh jadi??ya allah..ni mesti kerja 'langkun'. dia memang suka rasuk badan saya"

Masy said...

hahahaahah gilerrr.. dah la ramai org masa tu. tp... langkun tu ape?

Super Nia Hana said...

abg faizal..!!
cpr!!cpr!!

Masy said...

pitam pitam pitaaammmmmmmm!!

daddydee said...

ala abang boipren u mmg hensem la... Ai pun suka dia...

Serius bagi aku dia tetap hero malaya no 1...

Tetiba rasa nak beli scrambler...

syah shah said...

perghh~~ siap pegi amek gambo berduaan lagik... kenapa kakak tak tempah OP untuk aktiviti kakak tu, nanti buleh taruh dalam album.. kenangan special tu... Hohohoho

Masy said...

daddydee,
kan? hero yg terpaling hero skali di hatikewwwww.. silalah pegi beli sebijik hehehe

syah shah,
auuuwwwwwww over tawww hahahaha. akak nk amek gambo dgn dia pon segan2 padahal eksaited nak meninggal hihihih

Erina Asmawani said...

tudiiiaaaa..ultrasFH. Hohoho.Terserlah matamu berkaca2 kak bila jumpe abam FH. Dia dulu pernah bertunang ngan nasha aziz kan?

Masy said...

yeaaahhhhh.. berkaca2 nyaris terpitam di tempat kejadian hihihi. haah.. tp dlm buku dia x sebut pun psl tu hihi

Irfa said...

dah komen kat fb tapi tetap nak komen kat blog jua adanya
tahniah dapat jumpa abam sayam

Masy said...

kak irfa,
mekasihhh yeaaayyyyyy