Thursday, July 19, 2012

811: Bulih Bah Kalao Kao : The Journey - Part 1

Kali ni kita ke Sabah bah untuk pelancongan cecoti Mesia tahun ni. Untuk rekod sendiri, Sabah adalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang aku belum jejak lagi. Kasian sia kan bah? Jadinya tahun lepas sudah beli tiket, pergi dengan Wafa dan asben (ekcely menyelit je kat celah-celah orang hanimun ni ha.. sorilah jadi ulat pulak heheeehehhe), Jard dan Zona. Patutnya Grunge pun ada tapi terpaksa tarik diri saat-saat akhir akibat desakan kerja. Tssk.

Flite pukul 6.30 pagi. Makanya malam tu aku, Jard dan Zona tido kat epot. Kat surau epot to be exact. Dari umah ke KL Sentral, aku dihantar oleh Kak Ila dengan Anne, kemdian amek bas ke LCCT. Pukul 4 pagi bangun, gi mandi, siap2 solat subuh dan berambus naik flite. Sampai di KK around 9 pagi kalau tak silap. Amek teksi terus ke Queen Elizabeth Hospital, nak gi amek kete sewa. Malas nak eksplen pasal kete sewa bole tak? Penatlah nak taip hahahahha.

kemain lagi teksi yang kitorang dapat ni. VIP tawwww. kawan Jard kata gear tu macam dildo O_o

Dah amek kete, shoot cari tempat makan. Dalam ketebang tadi memasing layan mata, lagipun meal terhad takleh nak beli. So.. pusing-pusing.. ternampak Riza Bistro. Ah bolehlah. Masuk dan order. Aku nak makan roti cobra (sampai balik tak merasa T__T) tapi daging takde pulak. Ujung-ujung order mee basah ke apetah. Ye kot..

atas : hospital ittew
bawah : mee basah ittew. not bad, but not so satisfying either.

Elok nak masuk kete lepas makan tu, jeng jeng jengggg... dapat saman! Aterrr rupanya kitorang parking kat kawasan kereta sewa & teksi. Lorhhh.. mana nak tau. Ade sorang brader Sabahan kat situ siap cakap "aduh.. kalau tau tadi aku bole alihkan kereta ko bah". Baiknye :) Kene RM30. Ah.. kita pegi jalan dululah. Ke Muzium Sabah kita baahh.. aku suka muzium, yeaaayyyyyyy

dalam muzium takleh bergambau, so posing kat luar jelah. tsskk

Lama gak dalam muzium ni.. being me yang akan baca segala benda kat dalam muzium tu, biasalah. Kebetulan ade dua pameran masa tu, satu pasal arkeologi, satu lagi pasal Death March. Korang gugel laa eh kalau nak tau, aku nak cite pasal aku jalan-jalan je ni hahahaha.

Dah setel kat muzium, hujan pun turun.. ilang kisah nak pegi Lok Kawi Wildlife T___T Kita pegi bayau saman dululah, sorang kene la bagi RM10. RM10 tu kira amek duit yang patutnye bayau tiket LKW tu la ye tak. Sabo jelah. Dari situ, kitorang pun shoot ke Bukit Bendera. Haa paddiaaa hang ingat Penang saja ada Bukit Bendera? Paddia paddiaaaaaaaaa hahahahaha

takde apepun kat sini, tapi saje je nak tengok gak hehehhe

Dari situ, nampak ade signboard Wetland apetah tapi kene naik lagi bukit tu kiranya. Aku on je.. so kitorang pun teruslah naikkkkkk kat atas tu. Mak oiii skerinyewww.. dah macam hotel kat Taiping dulu pulak gayanya. Ade la sebijik je kete. Eh takmo la aku turun. Seremm. So.. turun la balik hahahahaha. 

Destinasi seterusnya - Yayasan Sabah. Bergambar sajaaaaa hehehheeh

yang aku genggam tu Yayasan Sabah. yang belakang kitorang tu tataulah apenye. nak berlatar belakangkan YS takleh sebab gelap

Oleh sebab cuaca semakin mendung (tadi ujan sket, pastu berenti pastu ujan balik), kitorang tengok time.. ok dah boleh la nak cek in. Masa ni dah around pukul 3 petang kalau tak silap, hampir-hampir laa. 

Azalea Homestay kalau tak silap namanya diberi

Dah cek in, hujan pun turun dengan lebatnya bagaikan berdendam dengan bumi yang fana ini.. so.. nak buat ape lagi? Nak tengok tv, takde 8tv. Blur aku. TV3 pulak tak abes-abes dengan cite indonnye. Pffrrttt. So.. tidolah kejap. Hmmm besttttt... Around pukul 5 terjaga sebab dapat sms, kemdian Wafa call. Since dah ujan lebat ni tatau nak buat ape, kitorang decide untuk tengok muvie kat 1Borneo. Hahahaha. Hujan lebat laa weh.

oleh kerana Jard dah tinggalkan tiket wayang kat homestay, ni jelah bukti yang kitorang memang ade nonton kat sana. sibbaik aku snap T____T

Dah nonton, dah round-round, dah soping (Jard je), kitorang pun terus ke Tanjung Aru untuk dinner sebelum pikap Wafa dan Ivan kat epot. Fokus menu adalah sayap atau lebih dikenali sebagai kepak ayam di Semenanjung. Aku dah biasa dengar dak Anne dok sebut pasal ni, nak la aku rasa sedap nau ke? Hehehe. And plus. Ada jus avocado jugek! Wihuuuuuuu!!!! 

atas sekali : mereka yang terbabit
tengah sekali : sayap yang diperkatakan. bole laa. mahal jugak untuk aku hehe
bawah sekali : jus avocado yang diperkatakan. y u no have cekelat inside? T__T tapi bole la..

Menjelang pukul 11 malam, shoot ke epot untuk kutip itu pengantin baru. Dan Wafa mengambil tempat pemandu bermula dari detik itu hinggalah ke saat-saat terakhir hehehe. Sampai di homestay, makan cupcakes yang diterbangkan khas oleh Wafa. Sorry tak snap pic sebab.. sebab ape eh? Sebab malas ke ape tataulah. Ke sebab Jard dah snap? Dia kan ade kamera canggih hihihiihih.

Abes hari pertama! Phewwwwwwwww~

17 comments:

Jard The Great said...

malas nak komen. ehh. hehehe... nice tajuk post neh! ai loikee!

Masy said...

komen pon malas, no komenlah camni. hahaha

moment said...

kak.. cer kire brp perkalan malas kak? hahahaha

Masy said...

perkalan tu ade tak macam perkapalan? kehkeh

Irfa said...

baca je xnk komen,hehe..

kak ila tu ila minnie le kan?lama xdgr berita dia.kim salam ye

Masy said...

kak irfa,
ye betul.. insyaallah hehe

*SiRibenMerah said...

dejavu sgt di kinabalu..
sob sob sob..
ada seseorang masih menghuni wad icu hospital QE..

sad.. sad..

*selamat berpuasa akak*

Masy said...

siapakah beliau??

encik atan said...

macam ada yang kurang dlm travelog ni..apa ye?





tak birak ke ?

hajiMete said...

sakann tengok wayang tuu.. kt shah alam mana de panggung wayang kann.. kaanss

zonaku said...

hahahahaa.. tu pehal moncong je aku ngan jard tu??????

Masy said...

angkel,
adeeeeeee... tp mende kecik2 ni malas nk cite hehe

en me,
ceh..

zona,
ntah korg, dah la sama je moncongnye hahahaaha

HEMY said...

sayap sana tu jual baper..1.70 gak macam sini?

Masy said...

sama.. paling murah pun 1.50. aku ingatkan ade rege singgit ke.. huhuhuhuhuuhuhuh

MR Penyubiru said...

yg gambor ko genggam Yayasan Sabah tu, kawan Jard tak cakap macam dildo gak ke? haha..

arianna adrizal said...

amende dildo?

Masy said...

penyu,
dengggggg hahaaha

anne,
dengg lg skali. hahahahh sila gugel sementara tak bole pose ni hahaha