Thursday, July 26, 2012

813 : Bulih Bah Kalao Kao : The Journey - Part 3

Bangun nak solat subuh pagi tu masa aku nak amek wuduk, tetobe aku sendawa. Aaaaa.... aku dah tershadap. Sendawa yang macam ni (ade bau asid - masam-masam skek) ni adelah petanda awal aku nak kena gastrik. Tssssk. Lepas solat, aku baring jap dan terasa perut sebu giler. Dan kemdian terus ke jamban sebab kena birit-birit. Bila dah macam ni, takleh la nak tidur lagi sebab bila baring pun dah rasa tak keruan. So aku pun keluar dari bilik.. sekali bukak je pintu terus terbau ayam BBQ yang tengah digoreng oleh Wafa. Dan isi perut pun mula bergerak naik atas T__T.

Aku rilek lagi. Dok tengok tv sambil pujuk perut. Ah rasa lain macam gak. Aku lepak luar. Sebelum keluar, sempat lagi rikues ke Zona, mintak tolong dia buatkan aku teh O kosong + pekat satu. Seminit lepas tu.. yaaaaaa aku pon muntah di halaman asmara T____T Dah berapa tahun aku tak kena gastrik tahap muntah ni. Tsssk. Ni musti gara-gara makan sayap pedas + gula masam semalam. Huwaaaaaaaaaaaaa.

Konon nak posing berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang bole dicapai dengan mata depan homestay kitorang ni. Tapi sebab malam tu hujan, plus pagi tu pun hujan - so puncaknya tak berapa nak kelihatan. Ah tak kira nak posing gak! Dengan tak mandinya masing-masing. Hehehe.

ni pic lepas muntah kot. hahahahaha

Elok je lepas Ivan mandi, letrik pulak takdok. Seme pakat termenung mengenangkan cemana nak mandi takde heater hahahaha. So sementara semorang nak set mode mental mandi ke air sejuk, aku pegilah mandi dulu. Aku tak kisah sangat kekadang tu mandi air sejuk, aterr kat Cameron Highlands pon aku bantai mandi tak guna heater. Hehe. Tapi.. elok je aku abes mandi, tupppp.. letrik kembali semula. Khianat betei. Hmmmmm.

Penjelajahan hari ni kita mulakan dengan ke New Zealand. Hahaha. Ke Desa Farm la kita.. nak amek pic ala-ala obersi kat situ. Tiket masuk adelah RM3 saje. Subhanallah.. canteknyaaaaaa. Sejuk pulak tu. Ai laikeeeeee. Posing dulu!



  feel obersi sangat!!

Dari batu lembu ni, most of us - senang cakap kecuali Wafa la - jalan kaki turun ke tempat jual susu tu. Wafa kata kalau datang petang, boleh tengok orang perah nenen lembu. Tatau la tengok je ke or boleh merasa perah sekali. Takpelah.. kitorang memang set datang petang sebenarnya tapi memandangkan asik ujan je petang, pagi pun buleh bah kalao kaooooooo. Oh. Masa nak amek tiket kat pintu masuk, Zona terjumpe iPhone ko! Ade orang sudah tercicir... nak call takleh sebab dia lock. So.. kita teruskan masuk dan berdoa agar cepatlah tuan punya tepon ni perasan teponnye cicir dan call laa cepat-cepat. 


Yang aku tau kalau birit-birit takleh minum susu. Tapi aku adelah teringiiiiinn sangat nak merasa so ade aku kesah. Lepas minum separuh kotak terus sendawa. Hah dah takde bau asid. Yeaaay alhamdulillah.. Tapi tak dapat nak dinafikan, sepanjang perjalanan memang aku berusaha menahan rasa untuk birit-birit. Mujur tak serius. Rasanya lepas muntah tu perut aku rasa ok kot.

Masa otw nak keluar, tuan punya iPhone call. Hah rupanya dia ada je masa kitorang sampai kat tempat jual susu tu. Patut laa anaknye macam pernah dilihat (dia buat wallpaper). Tunggu kejap.. dan pass telepon ke tuannya. Alhamdulillah.. setel satu problem :) Dah boleh gerak - next!

Lepas berjimba di situ.. misi mencari jajan. Kitorang tak sarapan lagi tahu? Eh ke aku je. Dorang tadi kan dah makan belen BBQ malam tadi. So.. aku cari makanan yang lembut dan tak pedas. Aim - makanan pelik-pelik je. Maksud pelik adalah.. makanan yang aku tak jumpa di semenanjung. Setakat roti gardenia yang boleh didapati di sebelah opis aku tu, takyah la.

 atas - kuih licak. kenyal-kenyal dan manis
bawah - tausa so. inti kacang merah. sedap!!
biskut bijan pun ade. tapi fail. pesen rendam dalam air pon keras serupa batu T_T

Lepas tu kitorang ke Kundasang War Memorial. Entrance fee adelah RM2 saje. Lebih kepada Australian je memorial ni.. tapi ade jugaklah beberapa orang tempatan yang terbabit dalam kejadian Death March ni. Korang gugel laa eh. Malas nak cite sebab bila aku baca dan mendapati bahawa memorial ni lebih kepada memperingati askar Australia, terus cam malas nak amek tau. Jahat laa aku ni eh huhuhuhuhu.




Memang kemain lagi kitorang berposing. Sampai jenuh dan hampir muaklah pendek kata hahahaha. 

Perjalanan kemdian diteruskan ke Poring Hotspring di Kinabalu Park. Wafa dan Ivan nak mandi air panas praivet hohiiiiiii ;) Aku, Zona dan Jard pulak memang tak bawak baju belen nak mandi so kitorang pakat rendam kaki jelah. Lepas rendam kaki, terus naik ke atas bukit sane - kita canopy walk yo!




Nak buat canopy walk ni kene bayau brape hinggit eh.. alaa lupe lak. RM8 ke? RM10 ke? Ah lupeeee. Tapi kene bayau la. Nak bawak kemere kene bayau lagi. Oleh kerana aku takmo tinggal kemera aku dan takmo bayau jugek, so aku bawak je kemere tu tapi tak snap pic. Amanah jugak aku ni rupanya serupa Amanah Raya. Hahaha. Gambau ade tapi kat kemere canggih dak Jard.

Masa ni ade la 3 omputeh pon naik skali. Rasanya bapak, kakak (ke mak?) dan anak lelaki sorang dah besau lebih kurang lepas SPM gitu. Giler terejal budak ni. Hensem la jugak tapi macam setan je aku tengok. Dia berlari-lari naik tu aku tak pedulik laaa masa nak naik bukit tu. Tapi masa kat atas canopy walk tu pon dibantainya terlompat-lompat. Ko bodoh ke ape omputeh? Kalau putus jematan ni kang ko jugak yang mampos menyusahkan orang. Ingat hensem kalau buat pangai sakarandandai ni orang tak meluat la tu konon-konon? PUIIIIIIII! *emosi*

Dah setel canopy walk, turun la semula ke alam realiti. Wafa dan Ivan pon dah abes mandi. Next - ke Ranau pulak kita. Hehe.

Tujuan ke Ranau adalah untuk ke 'Tagal' Sg. Moroli. 'Tagal' Ikan Kelah katanya. Jangan la tanya aku amende tagal tu. Sesapa yang tau sila bagitau hehehe. Aktiviti di sini adalah untuk bagi makan ke ikan kelah yang fantastik jinak nak meninggal. Punya laaa jinak sampai tahap kalau dia boleh hidup takde air, mau dia folo ko sampai darat. Tsssssk.




Sakit tekak aku terjerit-jerit bila ikan ni melese-lese kat kaki aku hah. Dah serupa kucing pulak kau ni ikan! Kalau kucing yang turun ke sungai ni, korang nak melese lagi ke hah. Huhuhu. Yang mencuakkan adalah.. di celah-celah kelah ni, ade pulak ikan keli. Dah laaa besau nak meninggal, dia pun ternganga-nganga nak orang suap dia jugak T____T

Oleh kerana kitorang batch terakhir yang datang untuk hari tu, jadi lama pulak kat situ. Takde lama la pun ekcely. Patutnya 15 menet je, tapi rasanya sampai 20 menet la jugak. Untuk aku yang dok terjerit-jerit ni, 20 menet tu kurasakan bagai 20 tahun *over*. 

Setel. Pegi ke surau berdekatan untuk solat. Dah setel, kami pun bergerak pulang. Tapi sebelum tuuuu.. singgah kat Sabah Tea kejap. Sebab dah dekat-dekat je tempatnya (kalau tak silap kakak laaaa hehehhe). Singgah nak minum petang. Eceeeeeehhhh.

 Nampak tak hujan turun kat belah sana?

Untuk minum petang, aku amek kombinasi tea pancakes + sabah tea = RM12. Mahal eh. Tapi sebab ini makanan adelah pelik, aku pedulik hape *ignorance mode is ON*. Aku memang suka try mende pelik-pelik.. ape nak buat. Tapi tak pelik sangatlah kot kan? Just.. menu baru je. Fusion gittewwww.

SEDAP!!!!

Pastu hujan turun lebat gilerrr!! Kat sini aku beli kopi tenom (haa eloklah, datang tempat jual teh tapi beli kopi hahahaha) dengan teh sabah - khas ni. Bukan untuk saye. Hehehe. Pastu bergerak pulang. Singgah kat tempat sayap ayam semalam tu, Wafa tapau sayap dengan nasik kosong. Sampai kat homestay, dia laki bini masak nasik goreng sardin. Sedap yang teramat-amat.. kata orang lapau yang dah seharian puasa nasik. Hihihii. Eh kitorang memang tak singgah makan pape yang berat pon rasanya sepanjang arinie. 

Betul tak #memuah? Ok tamat hari ketiga. Hehehe.

13 comments:

en_me said...

gambar atas tu mcm betul2 kat new zealannd kanns.. uhhhuuu

Hemykacak said...

Zona kellasss sungguh ngn klawar ny.batwoman beteiii

Beh la blik penat2 ada org masak.kat bali kalu diorg resort len.masak lah kitewwww

Masy said...

en me,
feel sangat hihihihi

anul,
tu laaaa.. sadisssss

Yunus Badawi said...

Berapa kena bayar bilk private kat poring tu? Ingat nak ajak emak Adam masuk situ .... hehehe

Yunus Badawi said...

masuk bagi makan ikan kat tagal tu kena bayar ke? Kat mana nak beli makanan ikan tu?

Masy said...

YB,
yang tu kene tanye wafa, dia je yg masuk situ hehe.. yg bg ikan makan tu kene bayau gak.. tp lupe laaa.. RM3 kot.. mknan ade dorg sediakan sorg sepeket dapat.. heheheh

Erina Asmawani said...

Bestnyeee gi nuzelen tu. Kalau dapat tgk lembu kena perah nenen lagi best.Makan kitkat kompem lembu tu buat shuffle sambil susu memancut2. Hahahaha

Astagafirullah..bulan puasa bah ni. Jangan ko nenen2 sana .

Masy said...

ena,
hahahahahahah!!

MR Penyubiru said...

tak sanggup aku hilangkan keterunaan tangan aku pegang nenen lembu..hahaha..

ps : tak best aa gambor seme kecik2 pahtu kena klik baru besor.. :D

zonaku said...

ceh.. pic baju tido ni ko letak.... hahahaha......

Masy said...

penyu,
hahahaa

terpaksa beb.. kang aku letak sekeping2 kang berjela2 panjang entry ni nanti.. sori eh.. huhu

zona,
hahahaha comel per

en_me said...

salam cik masy tuu, cuma nk bgtau me dh buat entri psl photobook tuu:

http://unblogging.me/2012/07/30/groupon-photobook/

Masy said...

salam en me, baiklah! mekasih.. *terjaaahhh*