Monday, July 30, 2012

814 : Bulih Bah Kalao Kao : The Journey - Part 4

Ok hari keempat pulak.

Hari ni kene cekidout sudah. Seawal 5 pagi la dah bangun dan bersiap. Alhamdulillah arinie cuaca pagi tu cerah so bole laa nampak puncak Gunung Kinabalu - makanya boleh laa bergambar. Yeahhuu!!!!


Dah puas bergaya, kami meneruskan perjalanan ke area Kinabalu Pine Resorts ni. Bukan nak cek-in ke ape. Nak amek gambo lagi! Haaa amacam, clear like line clear tak Dejamoss di Kinabalu titeww? Posing-posing liking-liking tagging-tagging secara bersungguh-sungguh.


Dah setel kat sini, kitorang ke Kinabalu Park pulak. Well.. untuk para pendaki yang nak manjat Gunung Kinabalu ni, memang sinilah starting pointnya. Dorang la kata. Masa pegi tu, ade satu grup tengah ready. Ready je, naiknye ntah pukul brape tataulah tu. Ramai pakcik-pakcik tua aku tengok. Insof sebentar. Insyaallah kalau ade umo, ade kekuatan, ade daya - akan naik jugaklah ke sana. Bila tu yang kita tatau ye tuan-tuan dan puan-puan. Hohiiii~

Gi sini pon tujuannye nak posing gak. Hohoho~


Lama gak lepak kat sini sebab.. memula Ivan gi birak. Pas dia setel, si Jard pulak nak birak. Tapi akhirnya tak birak pun. Aku pulak dok tahan je sebab takmo melambat-lambatkan perjalanan. Lagipun tak serius sangat kontraksyennye hehe.

Dah abes kisah kat sini, kitorang terus ke Kota Belud sebab nak anto Jard pulang ke kampung halaman. Berapa lama tah perjalanan, tak ingatlah. Macam aritu gak jalannya yang berbukit bukau. Ada ujan ke tak eh.. alaa lupe lagi. Takde dah kot. Kat Kundasang je yang berposak ujan, tempat lain dilihat cerah bersinar. Alhamdulillah..

Jejak je Kota Belud, kita ke Tamu Pekan Kota Belud dulu ya bah! Nak beli subinier. Hehehe.




Dalam kata taknak shopping, terrrbeli gak laa brooch mutiara tu. Cadang nak beli satu je sebab mak pesan satu, tapi mengenangkan aku pun takde sangat brooch yang sepasang-sepasang ni.. ah... bolehlah. Tsssk.

Abes kisah di sini. Teruskan misi untuk hantar Jard ke kedai adik dia. Sebelum tu singgah lunch. Lunch dibelanja oleh Jard, mekasih! Aku order soto campur macam aritu gak la. Sedapppppp. Pastu singgah kedai adik Jard untuk donlod pic bla bla bla. Barulah kitorang gerak ke destinasi bajet yang seterusnya hehe.


Ke Kudat kita! Aku laa yang ngengada nak pegi Tip of Borneo ni. Bapak laaa jauh. Dah la signboard tak berapa nak ada T___T Ape ni! Nak bagi orang datang ke taknak ni??? *asah parang* Kitorang punya sesat memang mencapai maqom yang tertinggi laa jugak. Mujurlah akhirnya ketemuk jua jalannyaa.. ya Allah mencabarnyeeeeeeeeee..

Masa ni dah pukul 3 petang. Hujan rintik-rintik sket.. tapi gagah laa kitorang bergambau kat situ. Aterrrr jalan dah berejam-jam takkan nak tengok seminit je ye tak? Aku dengan Zona pegi sampai ke area 'tip' tu, Wafa dengan Ivan ntah bercanda berdua-duaan. Hehehe.



Tak lama pun kat situ sebab memang kendiannya hujan renyai-renyai pulak. Beza tau rintik dengan renyai. Rintik tu rintik sebintik-bintik je. Renyai ni ramai skek, dalam 10 bintik la kalau dinisbahkan dengan sebintik rintik tu. Paham tak? Lantak. Hahaha.

Beli eskrem. Beli air. Pegi toilet. Toiletnye.. hmmmmm. Aku buat tak nampak jelah tsssk. Pastu singgah sebentar di tepi pantai tu, makan dalam kete je. Cantek pemandangannya subhanallah. Nampak laa omputeh² yang gigih menyusuri pantai. Omboihh.. tatau ke panas hah? *eh tetibe panas, tadi kata rintik renyai segala??*. Yelah kat pantai tu tetobe panas pulak. Haaaa. Jangan persoalkan. Bukan aku kontrol cuaca ok? Hehe.


Kemdian perjalanan diteruskan. Mau kembali ke Kota Kinabalu. Sebelum tu singgah jap kat Kota Belud untuk solat. Pastu teruskan perjalanan. Sesekali berenti - kat signboard, kat makcik jual jagung bakar dan begitulah.

kete maivi ni kan.. saiko ok. asik ikot kitorang je.. stalker betei! hahahaha

Sampai kat KK around pukul 8 kot. Lama kan? Kasian sama aunty Fafa.. penat dia drive huhu. Singgah sebentar di... di mana eh? Jumpe dengan kawan Wafa. Ingatkan memang untuk jumpa je, rupanya untuk bawak kitorang shopping dan makan. Dia sajes aku beli air Yoyo (kalau tak silaplah) kat dalam soping kompleks tu. Milktea bubble tu, sedappp. 

Sebelum makan, dibawanya kitorang gi shopping. Aku just beli kuih cincin untuk opismates, t shirt yang Che' kirim, dan butang baju melayu untuk abang-abangku sekelian. Tak dapat nak beli pape sangat, bajet ketat T__T. Tapi dalam kata bajet ketat tu, 200 lebih gak abes tssssskk.

Kemdian gi makan. Cadang nak cari scallops, sayangnye takde. So.. makan jelah ape ade. Aku takde permintaan ape sangat, so bedal jelah hahahah. Dah setel makan, teruslah gi cek-in kat Azalea. Masa tu dah pukul 11 jugak kot. Unit yang kitorang amek aritu yang 2 bilik je. Lebih selesa banding dengan unit masa memula sampai tu. Besau laaa. Ah aku tak kisah sangat, janji jamban ok. Hahahaha.


Tapi malam tu dibantainye takleh tido. Dah laa satu hari tak birak. Haihhhhhhh!!! Sabau jelah!

9 comments:

en_me said...

matcham matcham ado bahh.. subenier mana subenier bahh.. ihikss

MR Penyubiru said...

pergh..gambar last tu trauma aku dibuatnya.. ikan tu macam tgh marah pun ada..haha..

Masy said...

en me,
tak beli sgt bah.. huhuhu

penyu,
kan? mcm marah je kene goreng. hahahahah

HEMY said...

best ah mcm2 tempat pi..bali pn harapnya gitu la..n harapnya xiyad ok je

Masy said...

tu laaaa.. harap2 gitulah ye..

Erina Asmawani said...

tu la tinge kucen kalo dlam peta mesia kan? huhu..syioknya kamuorang jalan..

Ena pun pernah rasa Yoyo tu,mmg femes kat sana. Sebelum adanya cool blog n chatime kat sini, Sabah dah lama dah ada bubble tea nih :D

Masy said...

ena,
serunok serunok hihihi

tu la kawan wafa pon cakap gitu. akak ekcely x minat sgt milktea, tp dia kata itu yg femes so akak bantai jelah. kena la dgn tekak akak hohiii

syah shah said...

ah, takmo komen

*jeles blom abes.. hahahah :P *

Masy said...

ahhh pulak.. hahahhahhha