Monday, August 13, 2012

818: Iftarsss di Bulan Ramadhon Kali Ini

Salam Ramadhon! Tinggal sebelah tangan je lagi nak raya. Eksaited? Saye rasa biasa je..

So ramadhon kali ni macam biasalah. Ada jugak majlis berbuka puasa di luar kawasan rumah. Kali ni ade 3 je. Saye bukannya banyak kabel pun nak berbuka banyak-banyak kali kat luar. Eh lain macam saje ayat ni, bagai mahu berbuka dengan sekeping pelempang sahaja gayanya.

Yang pertama dengan Geng #Memuah pada 27 Julai nan lalu di Tirai Ratus, Seksyen 3 Shah Alam. Tak ramai yang hadir tapi ok la. Saye, Bellan, Keri, Anul dan bini, Wafa dan asben serta Kapten. Jard tak berbuka sekali kat sini walaupun dia yang tolong belikan vouchernya. Hehe.

Tirai Ratus. Saye kecewa. Lain kali sila study macamana cara tempat lain buat BUFFET ye. Tak sepadan langsung dengan voucher RM29 (ke RM19? ah lupe dah).


Saye pernah jugak ke restoran ni, tapi hanya untuk menu kacang pol saje. Ini 1st time saye datang bawak perut untuk makan puas-puas namun hampa. Bila dah hampa, kena la kehampaan itu diredakan dengan benda lain. Maka ke Fradoolah kita untuk makan ABC. Masa ni Jard dan adiknya join, manakala Wafa dan asbennya membawa diri ke hotel. Syioklah mereka kerana makanan di sana khabarnya bukan main hebat lagi. Huhu.


Yang kedua pula adalah sesi iftar dengan rakan-rakan sesekolah menengah. Bukan semuanya satu kelas, ada jugak kawan-kawan kelas sebelah tapi dah biasa dengan dorang daripada zaman sekolah dulu. Kali ni majlis diadakan di Hotel Concorde, Seksyen 9 Shah Alam. Bukan main eksen lagi ye? Sebenarnya rakan saye iaitu Chet berjaya mendapat harga diskaun iaitu RM50 sekepala. Murah bukan? Makanan pun banyak hingga ada yang tak tersentuh dek tekak saye. Hingga kini saye berasa kesal kerana terlupa mengambil serawa durian yang disediakan.

Tahukah anda, saye belum menjamah seulas durian pun dalam musim durian kali ini? T_T


Yang datang adalah muka-muka biasalah kat area KL ni iaitu saye, Chet dan asben serta anak-anak dan abang ipau sekeluarga (dari Klang), Rozan dan asben (dari Putrajaya), Che' (dari Gombak. eh ke Batu Caves?) dan Kurita bersama asben dan anak-anak (dari Kajang). Untunglah saye, umah dan hotel hanya sekapur sirih cuma. Hehe.

Yang ketiga pula berlangsung pada hujung minggu nan lalu. Saye telah ke Alpha Angle, Wangsa Maju untuk berbuka puasa bersama Kak Mya di sana. Tujuan sebenarnya adalah untuk mengutip duit raya yang saye kirimkan kepada Kak Mya untuk ditukar. Alang-alang sudah tiba, tentulah berbuka puasa bersama. Oleh kerana kami tidak membuat sebarang tempahan tempat untuk berbuka puasa, maka kami terpaksa berusaha mencari dan menunggu giliran untuk berbuka. Pada asalnya saye begitu teruja untuk berbuka dengan Keni Rojes, namun begitu jualah keinginan orang lain yang turut teruja untuk berbuka di situ. Maka terpaksalah kami mengalihkan selera ke tempat-tempat lain yang kurang manusia. Akhirnya kami memutuskan untuk makan di Secret Recipe sahaja.

Oh tiada sesi bergambar di sini kerana.. malas (?). Hehe.

Sekian sahaja pengalaman beriftar saye di dalam sesi ramadhon pada kali ini. Terima kasih...


9 comments:

Mya said...

entry mintak pelempang. *panggggg

Masy said...

kenapa kenapa? ape salah entry ni ehehehhe

Mya said...

salah sebab lawak!
lawak sehingga rasa nak penendang.
eh pelempang.
paham?

HEMY said...

aku makan stimbot antarabangsa bangi itu ari pn takde gambar..huhu

Masy said...

kak mya,
laaaa lawak ke? penat saye taip serius2 tau.. hehehe

anul,
sedapnye stimbottttt.... naaakkkkk

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. ehhhee

Masy said...

bole laa.. hehe

en_me said...

uhhuu.. mcm x hepi jeer.. ;-P

Masy said...

hepi la sket2 hehehehe