Monday, September 03, 2012

821: Syawal Gangnam Style - Part 2

Annyeong! LOL

Raya keempat adalah masa untuk beraya bersama teman-teman zaman persekolahan. Eceh. Pagi tu Liana datang kutip aku. Haa selalunye dak Rozan ade skali, tapi sebab dia dah kawen makanya tahun ni dia takdek - beraya lagi belah mertua. Gile lamaaaaa sampai raya keempat hahahhahah! Dari rumah aku, stret gi umah Che'. Makan soto kalau tak silap aku. 

Sambil makan tu, try lagi contact kekawan yang biasa diterjah. Time ni laa masing-masing pun kuar beraya T___T  So.. tetibe je kitorang cam takde rumah nak pegi beraya, boleh?? Hahaha. Kemdian tukau plan. Tiap-tiap tahun kitorang asik la pegi beraya ke belah-belah Melaka sane (aaaaa maksudnye menghala ke bahagian selatan Melaka la gitu), so kali ni kitorang ke belah Kuala plak. Bila sebut belah Kuala, bukan ke Kuala Lumpur ye. Maksudnye ke belah-belah Masjid Tanah dan ke atas. Aaaahhhh.. Gasaklah kalau korang tak paham, letih nak taip hohohoho.

Ok nice, Siti ade kat umah. Ni la member zaman pengangguran aku dulu. Almost every week turun Melaka dok cari keje, last-last dia yang dapat dulu T__T. Anak dua dah. 

 Che', Baby, Liana, Siti dan anak beliau

Dah setel rumah dia, kita angkutlah beliau sekali untuk ke rumah seterusnya iaitu rumah Hazlina. Haaaa yang ni memang rare. Rasanya last jumpe dia masa gi reunion kat PD tahun 2006. Lama dah tu! Itu aku dengan Liana le, yang Che' rasanya last jumpe masa amek result SPM '97 dulu hahahaha. Kebetulan plak dia tengah berpantang anak keseken. Anak ketama bila lahir pon aku tatau, tapi dia kawen dulu tu tau la hehe.

 keibuan sangat lulzzz

perlu keww nak ulang? hehe

Lepas setel umah Hazlina, anto Siti pulang dan kitorang meneruskan perjalanan. Oleh kerana dah lama sangat nak pegi tempat seterusnye, tergedik-gedik laa kitorang nak pegi kan. Ke mana?

Ke sekolah kewwww lewwwww!!

Sampai kat guard, guard tu kasik masuk tapi tak kasik amek gambau. Ape neraka? Tapi ade ke kitorang nak dengau kata? Memang taklah. Masalahnye terpaksa curi-curi amek pic. Pastu terserempak pak guard dalam tu, eh dia ok je. Tapi katanye amek la 2-1 gitu. Aiyoooo tak kuasa betei. 

Cadang nak naik ke kelas masa kitorang form 5, gagal. Ni sejak bila ade pintu grill kat tangga pun aku tataulah. Eieieieieiei benciiii. Akhirnya bedal jelah mana yang dapat. Lain betei sekolahku.. dah ade blok baru, 2 ke 3 tah. Pastu dengan landskap yang merimaskan - tapi advantage tu kalau nak lari dari kelas ke ape. Yang kesiannya, semua kelas aliran agama diletakkan dalam satu row di tingkat yang sama. Waaa rugi laaa korang, tak dapat kenal bebudak laki kelas sebelah. Fuh sibbaik bahagian aku dah lepas. Hohiii~

bangunan belah kanan tu takde asalnya. ni tapak dataran perhimpunan sebenarnya, sabo jelah dah jadi kelas pulak

dah berbelas tahun aku tinggalkan sekolah ni. ingatkan misteri kegunaan tembok ni seme dapatlah diketahui, malangnya misteri kekal misteri o_O dulu paling mencabar nak pegi toilet pompan bila lalu kat sini laa. adeeee je bebudak laki yang bersidai kat sini. huhuhu. dan rasanye tempat ni la yang kitorang gelar 'Taman Astakona'. LOL

 kelas-kelas dibukak jadi dewan exam. sama macam zaman kitorang dulu. tapi.. apsal la bebudak sekarang punye stail dekorasi serupa kanak-kanak? T__T

memory lane sangat. koridor yang aku lalu tetiap pagi dari asrama ke sekolah. sapetah yang kene lempang kat area ni dulu sebab lambat sampai sekolah tah. hahahaha yang pasti bukan sayeee

 padang yang menjadi saksi kecergasan aku satu ketika dulu. balapan ni dengan aku bagaikan aur dengan tebing, uda dan dara, romeo dan juliet, anul dan pervert. hahahahah. kong hajau, apsal aku nampak gemok dalam pic ni? grrrrrr

ni Anjung Ilmu. tempat gua bertekak dengan warden dulu kehkeh. semak betei laaa macam-macam pokok ade. cemana nak lari kalau kene kejau dengan cikgu cemni.. hmmmm

tetobe depan makmal sains ni jadi dataran perhimpunan. awkwaarddddd. tapi manja kemain laa dah siap berbumbung bagai. apepon rugi gak ade bumbung ni. sebab.. kalau hujan pon, takde sebab korang dilepaskan balik kelas terus. perhimpunan tetap terussss (agaknye). hehehe

tangga menuju ke bilik seni. bilik seni ni pun tempat aku berkubang dulu lepas abes exam PMR. hari-hari kene lukis poster sebesau saiz A1 sebab ade Gabungan Pameran Seni 6 (6 buah sekolah bergabung buat pameran seni gitu). puahhh siap ingat lagi hahahaha. mau tak ingat, aku sorang je yang kene buat poster tu huhu

pintu depan. pon dah beralih tempat. ni pintu baru. hmm

 bye!

Dah abes tour sekolah, kita teruskan perjalanan. Oleh kerana belah Kuala dah setel (2 umah je, ater orang lain seme takde), kita sambung ke belah Melaka. First stop, umah Suria kat Sg Udang! Awkwardnye dalam hati aku masa ni. Sebabnye.. kene korek balik entry2 awal tahun aritu hahaaha. Takpelah. Oh btw, dia beranak yang no 3 dah beliau. Alhamdulillah..

rasa macam pegang Aqil anak dak Erina pun ade masa ni hihihiihi


 asek la posing cam budak baik, berlengas aku! hahahahaha

Dari Sungai Udang, kitorang shoot ke Durian Tunggal. Nak tau jauh tak jauh, pegi gugel map hahaha. Tak sesat sangat, salah jalan sket je.. dan sampai ke rumah Nurul. Heheh. Aku tumpang solat, kemdian terus makan lagi.. lalalalalala~

 eieieieiei skemanyeeeeeee

Dah petang dah time ni.. so.. memandangkan malas dah nak beraya (aku je kot), kitorang shoot ke JJ Melaka yang baru tu.. ape namanya tu? Yang dekat Melaka Sentral tu. Ha situ. Saje nak jalan-jalan. Dalam pukul 8 gitu mak call, dia tinggal sorang. So cepat-cepat aku tapaukan Chatime dengan roti untuk dia dan berlalu pulang.....

Sekian. Yang seterusnya tunggu gambau lain. Hehehehe.

5 comments:

HEMY said...

hamvoi ada nama aku plak terselit kat gambar gemok tu..hahahahaha

en_me said...

memang nostalgia kan tengok sekolah lama tuuu.. uhhuuu

Masy said...

anul,
hahahaahahha

en me,
sangat.. terharu2 rasanye hehehe

Erina Asmawani said...

gambar keibuan tu nampak macam "pehal anak aku ni cerah sangat? anak aku ke?" hehehe

kak, mungkin tu kubur zaman jepun ke..ayokk..slumber posing menggoda kat situ.hohoho

Masy said...

ena,
hahahhaha

taklah.. bende tu diwujudkan ms akak skolah kt situ. dulu ingatkan nk bubuh paip air ke ape ke, takde pulak. heheheh