Friday, September 14, 2012

825 : Memuah Trip - Bali Kecak Style Part 2

Esok pagi, bersiap seawal pukul 7 sebab dah rikues nak sarapan awal. Tapi cadang nak gerak pukul 9 pagi gitu. So ada la masa nak birak, nak makan, nak birak balik semula, gitu laa hehehe.


Boleh tahan mewah gak la sarapannya. Dah disiapkan di meja makan untuk 7 orang punye perut. Walaupun perut dewasa ade 6 je, adekah dorang kira portion Xiyad sekali, wallahualam hihi. Lepas makan, dah siap-siap - menunggu tuan besar a.k.a Xiyad bersiap dulu. Makanya kami yang lain ni dok melepak jelah kat bawah. 




Dalam 9.30 pagi gitu gak kot baru gerak. Tak pasan la pulak. Lepas tu gi amek Wafa dan Ivan kat puri dorang. Heheheh. Dah setel seme, kami pun bergerak ke lokasi pelancongan yang pertama iaitu Kuta Beach + Hard Rock Hotel + Hard Rock Cafe. Untuk yang tak tahu, seme ni dalam satu kawasan je. Senang cite, HRC dengan HRH tu kat depan Kuta Beach. Haaa gitu. Seberang jalan jewwww. 

Since Bellan dengan Jard sudah meleleh air lior nak beli t shirt HRC, kita terjah sana dulu la. Kawasannye berbukit sket, so rasa la macam eksklusif githooo. Berbukit, mengadap pulak pantai - memang eksklusif bangetlah perasaannya. 



Oleh kerana aku dengan Zona takde niat dan keinginan nak beli pape dari HRH (errr.. keinginan macam ade, tapi manje-manje je gitu), so kitorang jalan-jalan je area tu. Tak gi mana pun.. memula folo Wafa gi HRC, tengok takde ape sangat. Semorang pulak macam kejap ade kejap ilang.. terus kitorang ke Kuta Beach je. Masa tu dah bertembung dengan Anul dan famili. Rupanya dorang dah setel jalan-jalan kat pantai. Masa baru nak gerak ke pantai tu, jumpe balik Bellan dengan Jard. Moh terjah pantai!

Panas terik adoyaiiii. Omputeh² ni selamba betei panggang-panggang badan. Tak takut kaa kene kanser kulit ke ape. Aku nak risaukan kulit jadi itam macam tak relevan pulak, dah memang mocha sejak lahir. Cantek la jugak pantainya, ramai datang situ nak main surf board tu hah. Ombak kemain bergulung-gulung, memang sedap main tu.

Kemdian terjumpa Wafa. Sambung snap snap. Tetobe kami dihampiri dua jejakas Indons - offer nak amekkan pic kitorang. Makasih yaaaa pak! Sempat lagi sorang tu tukau² nombol tipon dengan Jard. Tak lama lagi bole la #memuah buat trip lagi skali ke Bali, kot la makan nasik minyak kat sane hahahahahahah.


Bila dah setel berkumpul, pak supirtenden plak ilang. Hahahahaha. Aku tatau kenapa laa kali ni malas betei aku nak beli simkad. Biasanye kalau aku pegi obersi, MUSTI aku beli simkad punye. Apsal tah kali ni tak kuasa. Menyusahkan diri beteiiiiii. Takpelah. Akhirnya pak supirtenden berjaya dikesan dan perjalanan pun diteruskan ke Krishna. 

Krishna ni tempat jualan bembarang cam subinier, mekanan pun ade - tapi basicnya senang cakap memang one stop centre untuk subinierlah. Murah gak kat sini, design untuk t shirt pon aku rasa berpuluh-puluh. Boleh juling mata nak pilih. Fridge meknet pun ade, murah je. Tapi ala-ala produk giat mara jelah.. takde la power. Tapi aku ok je. Beli untuk bebudak opis, dorang bukan kesah murah ke mahal, janji hado. Hehehe.

Aku tak soping sangat kat sini sebab rupiah dalam tangan tak banyak. USD takleh guna kat sini. Sebenarnya, USD langsung tak berusik kat sini. Buang karen betei tukau USD ni, rugi rugggiiiiii.


Sengsara betei bila nak soping tapi kene tahan napsu neh. Bukan tak berduit pon woih, tapi karensi tak mecing! Benciiiiii!!! Kalau tak, boleh la beli t shirt lebih skek jual kat Mesia. Eh? Hahahahahahaa. 

Dah puas soping, Pak Ieron the supirtenden bawak kitorang merasa local cuisine yang katanya meletop sekali di kalangan penduduk tempatan (eh ni aku bedal je, ntah ye tidak kihkih). Ayam betutu nama lauk diberi. Memandangkan rasanya kitorang tak bawak kuar lauk yang dibawak stret dari Msia time tu, so on jelah. Lagipun apelah ertinya pegi tempat orang tapi tak merasa masakan tempatan, tak gitu?


Kami (kami katanyeeee.. phuiii) order ayam betutu setengah ekor, ayam gerang asam setengah ekor sebab nak kuah je sebenarnya dengan kerabu apetah. Kalau kat Melaka, gerang asam tu ala-ala asam pedas tapi lain sket resipinya. Gerang asam Bali ni lain. Tataulah nak komen, aku telan je - memang tak banyak songel tema tekak aku.

Konon nak bayau guna USD, memang tak aaaah. Kene guna rupiah jugak. Grrrrrrr.

Sesudah makan, perjalanan diteruskan ke satu tempat yang dicadangkan dek Pak Ieron. Untuk pengetahuan uols, kitorang ni bernasib baik betei sebab datang time dorang tengah raya. Selamat Hari Raya Galungan dan Kuningan katanya, maaf zahir batin je takde. So sana sini adaaa je nampak dorang ni membizikan diri nak pegi semayang laa, ade tarian barongan kat tepi jalan ala-ala lion dance laaa. Bagusnya Pak Ieron ni, bila perjalanan tu cam jauh, dia sound soh kitorang tido. Kalau dalam perjalanan tu ade kejadian menarik ke, tempat cantek ke nanti dia jerit 'bangun! bangun! ambil gambar!!'.  Berapa kali tah aku terjaga terus pegang kamera, pastu main snap je sebab terkejut HAHAHAHAHAHAHA!!

Akhirnya tiba di sini. Garuda Wisnu Kencana Cultural Park. Masuk sini kene bayau. Tang bayau2 tu nantilah kendian aku cite. Tempat ni kiranya one-stop tourist spot gitu. Masa sampai sini, ada upacara semayang tapi lite-lite je. But still, ade laa. Punye la bapak besau patung-patung kat situ. Honestly, aku rasa awkward tengok patung besau merata-rata kat Bali ni. Iyelah.. kat Msia mana ade sampai macam ni skali kan. 

Macam biasa, aku dok berjalan dengan Zona je most of the time sebab semorang bizi layan kamera memasing huhu. Yang kitorang plak pesen snap-and-go. Hehehehehe. Layan gambau la eh.





Masa ni dah hampir pukul 5. Kitorang tak solat lagi -_- Ni pun salah satu sebab kenapa aku merengsa semacam je - rasa macam tak setel. Paham kan? Masa dok tertunggu-tunggu pak supirtenden (again), mata aku dok melilau sana sini. Dan.. Allah pun menghalakan vision mataku nuuuuuuuun ke hujung sana - aku nampak perkataan MUSHOLA. Tapi tak berapa sure sebab jauh, berapa meter tah. Bila pegi, yaa betullah! Alhamdulillah... semayang kat situ je. Walaupun surau tu tak asing laki pompan, kecik sekangkang Xiyad dan paip nak amek air semayang adelah open - ade aku kesah? Yang penting, setel. Hehehe.

Jumpe dah pak supirtenden, terus shoot ke Uluwatu pulak untuk tengok Tarian Kecak. Penat ni tapi eksaited. Hehehehe.

Ade entrance fee, RP20,000 kalau tak silap. Pak supir dah sound awal-awal, bukak spek nanti monyet amek pastu jual kat pasar malam monyet (ok bab jual tu tipu). Monyet sini kemain lagi tak takut orang, monyet punye monyet! Aku rasa dorang ni sedara jauh laa dengan monyet-monyet yang ade kat kampung aku. Tapi yang ni pesen takde adab sket. Mungkin sebab pegangan agama yang berbeza dengan monyet di kampungkeww. Tapi kan.. macam tu punye perangai pun si Jard boleh lagi nak snap dekat-dekat. Tsssssskkkkk.

Tu entrance fee je, nak tengok Tarian Kecak kene bayau lagi RP70,000 (korek this if am wrong). Betul-betul buat duit ni. Bagi idea betul untuk aku. Lenkali kalau ade projek pape, boleh laa aku amek idea ni hahahahha. Masa sampai ni memang tamak rasanya sebab berada di persimpangan dilema nora sangat - nak tengok sunset kaa nak tengok kecak dance. Opkoslah nak tengok dedua. Kecak Dance Didahulukan, Sunset Diutamakan. Snap gitu gitu jelah sunset tu, kecak dance dah nak start!



Aku dok belakang je. Anul dan famili, Jard, Zona dengan Bellan dapat masuk dalam, siap mengadap penari-penari tu. Hahahahahaha aku plak rasa awkward kat belakang tu. Saje takmo gerak ke depan sebab kiri kanan aku ade mamat omputeh yang hemskem auccchhhh *blushing* 

Ekcely yang menari adelah pompuan-pompuan ittew dan jugak watak-watak dalam cite tu laa.. Malas nak cerita plak tetibe. Lelakiss yang duduk tu dok cakcakcakcackacak sepanjang persembahan. Penatnyeeee.. aku pulak yang penat. Iye laa.. dari terang sampai gelap dorang dok cakcakcackak. Mesti haus giler kan? Mohon AzwanaAlia buat part time kat sini plis hehehehe.

Ade laa orang tu kan, diajak menari sekali tapi dia takmooooo *pandang Bellan*. Rugi wooooo. Kalau laa aku yang diajak, mau aku bergangnam kecak style kat situ. Hahahaahahaha!!

Pukul berapa tah setel, 8 lebih rasanya. Terus la kitorang balik. Singgah kejap kat money changer, beli nasik dan pulang ke pangkal jalan. Dah setel mandi pe seme, dinner beramai-ramai dengan lauk-lauk yang dibawak dari Msia. Kemdian tidolah!

bersamvongsssss~

14 comments:

achik said...

komain lagi posing yg atas sekali tu.. kak baby sgt kurus.. ai is jeles..

Jard The Great said...

hahaha.. bukan sorang je yg da ckp kak masy makin kurus. =p

Masy said...

achik,
teknik amek gambau tu penting untuk menampakkan macam kurus hehehhe

jard,
walaupun takde la kurus mana, tp akak aminkan je kata2 tu - moga kuruslah bebetul hendaknya hahahahaha

❀aRaBeLLa❀ said...

Memang taklahhhhhh..hahahhahahah

Hemy said...

Huhu...smpi skang kt umah aku buat cak cak kecak dance tu ngn xiyad dia terlompat2 sengeh2 dia tu

Masy said...

bellan,
hahahahhaahahahhaahhha

anul,
sengeh yg menyeringai tu ke? hahahahahah tepok kang baru tau cakcakcakcakcakcak

Acaii Jawe said...

Thanks for sharing kak. Bolehlah nak pi sana gak,hehe.

Satu soklan : Berapa lamakah anda menyiapkan entry ini? hahhahaa.

Masy said...

acai,
setengah hari termasuk dgn edit gambo. hahahahhahaha

Drama Queen said...

lagi la gambau nye hoi.. huhu ...

Masy said...

lenguh la tangan aku ni edit tau tak huhuhuuhuhu

en_me said...

best kanns bali.. ihiii

Erina Asmawani said...

Kakak!! Why u look so kurus! Seriously! Jelez hokeyy.

Dapat imajin kalau kami join korang gi Bali, mesti Amir tak bagi kat GWK & tengok Kechak dance. Risaukan Aqil huhuu

yana said...

Nak gambo..nak gambo lg :)

Masy said...

en me,
best ngat ngat hehehe

ena,
ntah la. akak pon panik tgk pic2 mostly nmpk kuros hahahahaha

rasanya ye la kot.. tp dak Xiyad siap dok mengadap lg org2 yg menari kecak tu.. hahahaha kemain lg menari jugek dia.

dyana,
yaaa akan menyusul nanti hehehe