Monday, September 24, 2012

828 : Persediaan Mengerjakan Umroh

Salam semuaaaa..

Tetibe je nak up pasal persediaan mengerjakan umroh sejak terbaca kat tuiter yang beberapa geng #memuah ada cadangan untuk mengerjakannye. Wafa dan Jard laa to be exact. Anul pun nampak macam berminat gak tu. Yang lain-lain ada niat tapi mebi diam-diam ubi keledek hehehe.

Aku trylah share berdasarkan pengalaman, mana-mana yang masih ingatlah..

Kita cerita pasal pakej umroh dulu, ok?

Harga pakej umroh ni berbeza-beza, bergantung bulan berapa korang pegi. Pegi time cuti sekolah dan bulan puasa memang mahal berbanding bulan-bulan biasa, beza dalam RM1k jugak rasanya. Tapi kalau korang rajin cari, mungkin korang akan keliru - kenapa ada pakej yang mahal, ada pakej yang murah padahal sama je  jumlah hari stay kat sana. Sebenarnya, pakej ni jadi murah atau mahal ni sebab bergantung pada jarak hotel ke masjid. Makin dekat hotel tu dengan masjid, makin mahal la pakejnya. So kalau korang dapat RM5k, padahal orang lain bayau RM6.5k contohnya untuk pakej yang lebih kurang sama, kena bersedialah menerima hotel yang jauh dari masjid. 

Kalau pegi secara berkumpulan dan bercampur peringkat umur, kena tengok keadaan jemaah paling tua. Kalau macam mak aku pesen sakit kaki dan takleh semayang duduk, sa'ei kena pakai kerusi roda dan sebagainya keuzuran orang tua, digalakkan dan sebenarnya aku mohon - ameklah pakej yang mahal tu. Orang tua nak pegi buat umroh mestilah nak gi masjid, kalau dah hotel jauh pastu dorang tak larat nak pegi - apelah ertinya, takkan nak stay dalam bilik je? Huhu. Kalau semua jemaah muda-muda dan sihat belaka, tak salah nak berjimat dan amek pakej murah.

Pengalaman aku, waktu terbaik untuk pergi menunaikan umroh ialah around Mac - April. Masa tu baru lepas musim sejuk dan baru nak masuk musim panas. So cuacanya just nice je. Just nice pun.. bila sejuk, sejuk jugak. Bila panas, panas jugak. Hehehe. Tapi seriously, memang cuaca time ni canteklah. Kalau pegi ujung tahun, merasaaaaa musim sejuk. Ekstrem. 

Untuk first timer, dah tentu-tentu eksaitednye Allah saje yang tahu. Dan kadang-kadang dalam ke'eksaited'an ini, kita jadi blank dan tak tahu mana yang penting, mana yang ada-ke-takde-ke-takde-beza, atau mana yang tak perlu langsung. So.. ni aku senaraikan barang-barang yang perlu - setakat yang aku ingatlah tau.

1. Pakaian yang menepati syarak : tak semestinya jubah. Kalau ada, boleh bawak. Kalau takde, sebenarnya tak perlu beli baru.. sebab bila dah tiba di Mekah dan Madinah, sure akan beli di sana. T shirt labuh yang longgar, seluar slack, seluar track, seluar bell bottom ke ape boleh je, asalkan tutup aurat dan longgar. 

Ada di antara mereka yang aku kenal, sampai sanggup beli jubah / baju ala-ala kurta dengan seluar sampai nak dekat RM100 harganya. Tak salah asalkan pakaian tu dipakai lagi dan lagi, tapi kebanyakannya memang beli semata-mata untuk umroh pastu tatau ntah bila nak pakai balik. Tak ke membazir namanya.. So aku cadangkan bawak je ape yang ada (melainkan dalam koleksi pakaian ko memang takde langsung pakaian yang menutup aurat, then silalah beli..). Macam aku aritu, blaus labuh yang kain jarang tu pon aku bawak. Bila pakai yang jarang, takde la bukak² telekung tu hehehe. 

Pakaian yang jarang dan nipis ni perlu gak dibawak. Kenapa? Nanti ai eksplen ye.. :) Tapi bila dah jarang tu, stoking tangan dilupe jangan ye.. 

baju jarang + nipis tapi pakai inner, dan selipar RM3 keww~

2. Sweater, spek itam : cuaca di sana sangat ekstrem, terutamanya Madinah. Bila pagi, sangat-sangat sejuk, bila tengahari pulak sangat-sangat panas. Makanya sweater adalah super penting. Ekcely sweater tu dalam flite pun ko akan pakai gak sebab sejuk - flite berbelas jam kan.. mana tahan cuols. Spek itam tu penting bila rombongan buat ziarah ke tempat-tempat sekitar Mekah dan Madinah. Siyesly, silelah bawak. Panas wehhh..

3. Penjagaan diri : untuk yang berkulit sensitif, kering dan sebagainya, dinasihatkan bawak la krim ke losyen ke. Kalau bimbang dengan kehalalan krim tu seme, ade dijual krim dan losyen khas untuk menunaikan umroh. Banyakkan minum air, jangan lupe jaga kesihatan. Bab mandi, digalakkan mandi sekali je sehari di sana sebab cuaca kat sana sangat berbeza. Kalau mandi banyak kali nanti takut demam. Tapi kan.. aku takleh arr. Aku mesti mandi 2 kali macam biasa, huhuhuuhhuhuhu. Tapi jangan takut. Walaupun korang mandi sekali je, badan takkan busuk. Betul ni..

4. Kelengkapan lain : Selain stokin tangan untuk dipadankan dengan mana-mana pakaian yang jarang / tak cukup kepanjangan di tangan, stokin di kaki jugak jangan dilupa. Bukan sahaja untuk menutup aurat, tapi sangat penting bila di Mekah masa mengerjakan tawaf dan sa'ei. Eh betul ke aku eja tu? Stokin ni untuk pompuan jelah. Masa tawaf mungkin rasa boleh tahan, tapi bila sa'ei, kaki akan rasa penat dan sakit. Aku penah tengok jemaah lelaki Arab sampai berdarah-darah kakinya masa sa'ei. Orang lelaki kena la redho je sebab dorang takleh pakai pakaian yang berjahit. Yang pompuan ni boleh, ape lagi - pakailah. Kalau nak lebih padu, boleh beli alas kaki ala-ala stokin tapi lebih tebal di sana. Dia macam kasut tapi macam stokin tapi eh.. entahlah tak reti nak eksplen. Mende ni memang seswai dipakai masa tawaf dan sa'ei. Nantilah aku snap pic.

Jangan lupe jugak bawak selipar sepasang dan sandal / kasut sepasang. Kasut flat je, bertutup lagi bagus. Tapi kaki aku tak 'reti' pakai kasut bertutup ni so aku pakai sandal je, janji boleh pakai stokin. Selipar ni aku pakai untuk ke masjid, sandal / kasut flat untuk dipakai bila ziarah. Kalau ada crocs pon boleh gak. Aku beli selipar RM3 je aritu, pastu nak balik aku tinggalkan je kat hotel buat wakaf hehehe.

5. Duit belanja : ikut kehendak dan kemampuan masing-masing. Tapi diingatkan janganlah ditanamkan niat nak bersoping melebihi niat nak beribadah. Takut kang orang lain balik dapat pahala berkapal-kapal, kita ni bawak balik sauh kapal je lulzzzz. Taklah. Boleh je shopping, takde hal. Bersederhanalah.

Nilai duit kita dengan duit dorang hampir sama je. Singgit kita seriyal dorang, or lebih sket je. So senang la belanja tu bole kira-kira sendiri. Kalau korang ada masa dan mempunyai tahap kerajinan yang tinggi, boleh jalan jauh sket untuk beli barang. Setakat pengalaman aku, makin jauh kedai tu dengan masjid, makin murah harga ko bole dapat. Contoh macam alas kaki ala kasut ala stokin tu. Kalau dekat-dekat masjid, sepasang mebi dalam 5 riyal, tapi kalau jalan jauh sket boleh la untung cam aku beli 10 pasang = 10 riyal. Hehehe.

Macam ironi je kan - makin jauh dari masjid, makin murah? *insaf*

Takut tak boleh tawar menawar sebab tak reti bahse arab? Don't worry.. ramai peniaga yang dah reti cakap Melayu hehe. Kalau tahu simple Arabic bagus gak sebab memang bukan semua peniaga reti cakap Melayu, apetah lagi English. Kalau tak puas hati masa bargain tu, ko cakap je HARAM. Sure dorang revise balik. Hahahahaahaha!

--------

Kenapa aku kata perlu gak baju nipis dan jarang?

1. Cuaca yang panas. Bila panas, ko jadi rimas. Bila rimas ko sure asik nak mandi padahal dah dinasihatkan mandi sekali je tiap-tiap hari. Bila ko asek la nak mandi, nanti ko demam. Bila ko demam, ibadah dah terganggu. Bila ibadah dah terganggu, mesti ko tensen - betul tak? Bila dah tensen, cemana nak ikhlas dalam beribadah? Haaaa nampak tak kaitannye tu seme..

Tapi jangan pulak dah pakai baju nipis jarang, ko nak seksi-seksi pulak. Pandai-pandai la pakai telekung tu ke, inner nipis ke, tudung labuh ke. Aaaaa.. pandai-pandailah..

2. Beg jadi ringan. So bole shopping banyak-banyak. Eh eh. Hehehehhe~

-----

Persiapan Rohani (bak kata Keri)

Persiapan rohani ni macam yang kita tahu, mensucikanlah akan diri kita dari hening dosa sebelum berangkat. Jika boleh, taubat nasuha terus. Macam aku makhluk yang lemah, belum lagi sampai taubat nasuha T__T my bad. Seeloknya sebelum pergi, try selesaikan perkara-perkara berikut :

1. Hutang (terasaaaaa hutang PTPTN tak setel pun masa pegi huhuh)
2. Dosa dengan ibu bapa, famili, kawan-kawan - ah dengan sape-sapelah. Ingat, memang penting untuk kita memohon maaf. Tapi kalau tak dimaafkan, macamana? Itu sudah jadi urusan orang itu dengan Allah. Yang penting, bahagian kita dah setel.
3. Buat solat taubat - moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan permudahkan perjalanan.

Banyakkan bertanya dengan mereka yang dah pernah pegi kalau ada yang tak faham. Kursus umroh jangan skip - walaupun awak dah pernah pegi umroh. Jangan sombong dengan ilmu, tak semestinya apa yang kita pernah tahu tu relevan lagi sampai sekarang. Tak salah pun kalau pegi lagi, kan? 

Kalau ada sedara ke sape-sape yang ade buku doa yang spesel untuk umroh tu, boleh la pinjam ke mintak ke, ke nak beli sendiri pon boleh. Untuk memudahkan ibadat, beli yang pesen flip dari bawah ke atas tu. Aku tak beli pun buku tu, rasa rugi plak sebab hal seremeh itu sebenarnya lebih memudahkan korang untuk beribadah. Imagine masa tawaf dan sa'ei. nak selak dari kiri ke kanan pastu nak pegang dua² belah muka tu sebenarnya a bit leceh. Kalau flip dari bawah ke atas, boleh pegang sebelah tangan je.

Bila dah sampai masa nak pegi dan hati rasa takut, gelisah dan sebagainya - jangan risau. Doa banyak-banyak dan percayalah, Allah takkan aniaya kita. Kalau adapun perkara-perkara yang tak diingini terjadi kat sana, terima je dengan redho, banyakkan bersabar (dengan orang Arab pun ko kene sabau banyak-banyak), dan anggap je semua tu ada hikmahnya. Jangan pikir hal-hal keje, hal rumahtangga, anak ke laki ke bini ke (kalau dorang tak ikot), hal cinta, hal kereta, rumah, harta, bla bla. Tak payah pikir. Pusatkan niat kita hanya untuk beribadah di sana. 

Tahukah anda, sangat tenang berada di sana? Sikitpun tak gelisah, dan anda hanya akan sibuk beribadah :)

Oh satu lagi tips, eh boleh kira tips ke ape ni tataulah. Di sana nanti, kalau boleh peruntukkan duit untuk beli Al Quran untuk diwakafkan di masjid. Harga Al Quran di Madinah murah sket dari di Mekah, tapi jangan kira tu sume. Kalau di Madinah, beli di Madinah. Di Mekah, sebelum beli tu kena bagitau siap-siap kat orang kedai tu yang korang nak beli untuk wakaf di Masjidil Haram. Sebab ada dua jenis Al Quran, satu jenis tu memang akan diletakkan dalam Masjidil Haram, yang satu jenis lagi diorang akan hantar ke masjid-masjid lain seluruh Mekah. Kalau takut salah beli, pegi masuk dulu dalam Masjidil Haram. Perhatikan kat rak-rak besi tu, cemana rupa Al Qurannya. Memang kalau korang beli yang pesen kedua tu dan letak kat situ, ok je. Tapi kat dalam Masjidil Haram, dorang dah standardize satu jenis ni je. Yang lelain tu nanti dorang kutip dan hantar tempat lain.


Satu lagi cara nak bersedekah kat sana ialah dengan sedekah pada pekerja-pekerja dalam masjid tu. Tak silapnya dorang ni takde gaji. Eh ke salah? Tapi ini salah satulah cara untuk bersedekah. Pahala dorang banyak tuuuuu bekerja membersihkan masjid, kalau kita sedekah kat dorang? Moga-moga terpalit la sket pahala dorang tu ke kita, insyaallah :)

Apa lagi? Ade soklan? Kalau boleh saye jawab, saye jawablah.. kalau tak, sama-samalah kita bertanye ke lebai gugel. Hehehehehhe~

17 comments:

Jard The Great said...

terbaekkk entri ini!! thanks kak!! insyaAllah banyak membantu sekiranya hajat ku ke sana tercapai ^___^

Masy said...

jard,
harap2 membantulah ye heheheheeh sesamaaaa~ :D

❀aRaBeLLa❀ said...

semoga de rezeki ke sana nanti..insyallah

Masy said...

bellan,
insyaallaaaahhhh~

sri noraima othman said...

sangat best entry ni. terasa nak pergi.insyaallah.harap ada rezeki dapat pergi sama2 ngan memuah dan famili :)

Masy said...

aima,
insyaallah, kalau dah niat tu Allah akan murahkan rejeki :)

achik said...

tu la baca entri ni buat makin terasa sgt nak pegi.. mudah2an dimurahkan rezeki..

makasih kak baby.. :)

Masy said...

achik,
mudah2na ye :) sama2.. hehehe

HEMY said...

umrah pn takleh pakai benda berjahit kan?aku dh lupa la time bila je takleh pkai benda berjahit ni

Masy said...

anul,
yup.. maksudnya masa start niat utk ihram umrah, dah takleh pakai pakaian berjahit. tp kalau setakat semayang biasa pastu buat tawaf sunat ke ape, pakai mcm biasa je..

Wak Gelas™ said...

rindunye wak kat mekah tuu.. uhhuuu

bila cikmasy cikmasy nk gi haji pulokkk.. ehheee

Masy said...

insyaallah bila ade rejeki, dah tiba masanya.. heehehe

Irfa said...

baguslah entri ni,akak suka ;)

Masy said...

kak irfa,
alhamdulillah :) hehehe

yana said...

nak lg..ada lg x? kisah2 akak kat sana la..

Masy said...

takde lagi kot, tatau nak cite ape hihihi

Nuraidah Shahirah said...

thanks akak. good information for me. :)