Friday, October 19, 2012

826: Hari Ini, 12 Tahun Lepas

Hari ini, 12 tahun lepas, hari Khamis. Aku masih belajar di UiTM. Masa tu lagi 2 hari nak start final exam untuk semester 4. Aku ni biasalah. Paper lagi 2 hari, baru aku nak study. Malas aku nak study awal-awal, kang lupe huhu.

Bangun pagi macam biasa, lepas mandi cadangnya nak minum pastu nak lepak tepi padang - amek mood nak study la konon-konon. Tengah dok berkemban (ini pon nak cerita kaaaa) sambil pilih baju nak pakai, tetibe pintu bilik dibukak. Oh. Kakak ipar no 4 datang rupanya.

Ta, jom.
Aku terpinga. Nak gi mana
balik Melaka
Motip nak ajak aku balik arinie? Kalau ujung minggu iyelah. 
Malaslah, orang ade exam ni nanti.. kata aku lagi.
Abah dah meninggal, kata kakak ipau lagi.
Aku pandang dia. Abah sape?
Abah awaklah, terus kakak ipau aku menangis.
Huh?
Awak siap-siaplah, Kak Chik dengan Abang Chik tunggu kat depan. Cepat sket tau.
Ok..~

Dengan terpinga-pinga dan blur, aku pun bersiap. Tapi tak bergegas, sebab serius aku blur dan tak mengerti. Abah.. abah aku meninggal? Baru je dua tiga hari lepas aku dengar suara dia dalam telefon, dia dah takde? Eh betul ke ni.. ke abah kakak ipau aku yang meninggal. Eh.. tapi memang abah dia dah lama meninggal pun. So.. betul la ni, betul la bapak aku yang meninggal ni?

Tangan memilih baju. Masuk dalam beg. Blur.

eh kak c'tah nak pegi mana? tegur roomate aku
nak balik kampung
kenapa? bukan akak ade exam ke?
ha'ah. bapak akak meninggal.

Terus dia memeluk aku. Barulah aku menangis. Sungguh-sungguh. Betul ke ape aku cakap ni? Bapak aku dah takde, serius????!!!

Masa ni aku belum ade hempon lagi. Macamana nak bagitau member-member? Aku berlari ke Blok 2. Cari Mek Za. Sebenarnya nak berlari pun aku dah takde daya, tapi lari jugak. Dan sudah tentulah.. kawan-kawan aku mana sempat jumpa semuanya terkejut. Aku. Yang diorang kenal 2 tahun, tak pernah menangis walau macamana pressure sekalipun - sekarang dah macam apedah menangis tak berhenti.

Sebelum sampai ke kereta Abang Chik, aku lap habis-habis airmata. Jangan tunjuk, jangan. Sepanjang perjalanan - hati aku berdoa. Moga ini semua tipu. Aku rela ditipu, diprank, diAprilFoolkan walaupun masa tu bulan Oktober - asalkan balik nanti tetap ade abah menunggu aku di depan pintu. Walaupun aku paling benci ditipu, tapi kali ini aku berharap. Tolonglah tipu aku kali ni, tolonglah!

Abang Chik yang selalunya sopan dan berhati-hati di jalanraya, kali ni habis dilanggarnya lampu merah sepanjang perjalanan. So.. betul ke ni? 

Masuk ke kawasan kediaman, kereta dah banyak diparking tepi-tepi rumah aku - merebak sampai ke rumah jiran bawah. Aaaa.. jantung aku dah hilang. Aku keluar dari kereta, yang pertama menyambut aku ialah Along. Dia  muram, tapi tak menangis. Peluk aku sekali, dan menyuruh aku masuk. Sebenarnya pandangan dah kabur, pintu rumah nampak berbalam..

Langkah pun terhenti depan pintu. Aku nampak jasad abah, ditutup kain batik. Ya Allah.. betul ke ni? Betul? Abah tak tipu??? Tangan menggigil berpaut di grill, aku dah tak mampu nak angkat kaki. Di situ jugak airmata menderu. Terduduk. Kemudian datang abang-abangku yang lain, kakak ipar no 5 datang memeluk. Memujuk.

Jangan nangis, Ta.. abah pegi tadi tenang je, tenang sangat..  bisik kakak ipar.

Aku nampak mak. Tenang dia membaca Yasin, tak macam mak yang aku kenal - cembengnya bukan main. Tapi kali ni takde airmata. Mak hulur Yasin.

orang takleh baca, period. airmata luruh lagi. Fahamkah anda.. perasaan aku. Aku mahu bacakan untuk abah, tapi aku tak boleh T____________________T

Sembahyang jenazah untuk abah dibuat dua kali. Sekali di rumah, dan sekali lagi dibuat atas permintaan jemaah surau untuk sembahyangkan abah di surau yang abah kunjungi tiap hari. Dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki kenderaan tentera - trak kecik ke jip aku pun dah tak ingat. Sampai ke kubur aku ikut.

Dari jauh aku perhati.. abah dikebumikan. Kemudian aku nampak Pak Imam menggamit aku datang ke sana. Eh boleh ke? Aku kan period? Tapi dah Pak Imam panggil, aku pergilah.

siram kubur abah ye.. untuk kali terahir..

Siram. Siram. Dan kami 6 beradik duduk mengelilingi kubur Abah. Semua terdiam. Aku perhatikan seorang demi seorang abang-abang aku. Inilah yang tinggal untuk aku sekarang. Mereka inilah abah aku sekarang. Di situ kami berbincang ringkas. Siapa akan jaga mak. Siapa yang perlu berkorban. 

Mekasih, Along..

----

Sebenarnya, keadaan paling tough untuk aku adalah.. untuk berhadapan dengan semua kawan-kawan aku. Sepanjang masa aku di Melaka (Khamis sampai Jumaat je), ada jugak kawan-kawan yang call rumah. Menenangkan. Ucap takziah. Tapi ada satu ayat yang sorang junior aku sebut masa call tu, buat aku rasa bertanggungjawab untuk menutup perasaan sedih bila dah sampai UiTM nanti.

akak jangan sedih.. saya takut nak bayangkan nanti saya tengok akak dah tak ceria macam dulu..

Makanya sesampai di kolej, aku buat seperti biasa. Tidaklah ketawa berdekah-dekah, tapi sekurang-kurangnya aku tidaklah meratap menangis depan mereka. Masih lagi tersenyum dan ketawa bila beramai-ramai, tapi setiap hari aku menangis sambil mandi. 2 kali sehari aku mandi, means at least 2 kali aku menangis tiap-tiap hari.

Pun masih, aku terima sms dari seorang classmate lelaki yang mengatakan kekagumannya melihat aku cool je dengan keadaan ini. Entahlah. Mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir tentang kemungkinan, dan salah satu kemungkinan yang pernah terlintas dalam kepala otak aku dulu adalah.. macamana reaksi aku kalau ada orang datang ke studio dan bagitau bapak aku meninggal? 

Aneh. Dalam tak sedar rupanya aku pernah menyiapkan mental aku untuk keadaan seperti ini. Tapi tetaplah.. gagal.

Ok taknak sambung lagi. Penatlah sambil taip sambil nak lap airmata -_-" hukhuk~

akan selalu rindu
abah saye yang kelakar
abah saye yang garang
abah saye yang berilmu
abah saye yang penyayang
abah saye yang hemskem
abah saye yang power
abah saye yang tegas
abah saye yang best

akan selalu..

12 comments:

Wak Gelas™ said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat ayah (cikMasy tu) yg dah lama bepergiannn..

Masy said...

mekasih en me :)

HEMY said...

Moga arwahnya sntiasa diingati oleh kaum kuarga,mdpt barakah anak2 nya yg soleh n solehah dn ditemptkn di bawah syafaat.. Amiinn

Masy said...

amiiinnnn... harap2 gitulah, insyaallah.. mekasih :)

Irfa said...

alfatihah utk abah

akak masih ada mak dan ayah.akak tak dpt bayangkan kalau mereka dah takde.buat masa ni akak belum bersedia..

akak baca dgn kerongkong yg tersekat

Erina Asmawani said...

Akak..sedihh..*nanti sambung komen, tenangkan diri jap*

Masy said...

kak irfa,
sbnrnye kita mmg tak akan pernah bersedia kan? huhuhuhu mcm sy pon mmg x sedia, sbb abah xde sakit teruk2. sihat walafiat je..

tp yelah.. dah sampai masa. huhuhu

Masy said...

ena,
hmmmm baeklah...:)

NONIE ROSSI AZIZ said...

al-fatihah...

gadisBunga™ said...

abah awak bangga ada anak macam awak...

al-fatihah...

Emy Tak Kecik said...

masy,
ayah sy meninggal pon sy kat uitm lg...tp time tu cuti sem..so dah mmg ada kat rumah...

al fatihah....

Masy said...

mekasih kak nonie :)

gB,
harap2 gitulah.. mekasih :)

emy,
ye ke.. huhuhu..

mekasih.. :)