Monday, December 24, 2012

841: Hati-hati uolss


Salam semorang!

Sabtu lepas, kat surau yang dekat foodcourt MV belah bawah tu. Masa tu aku dah sudah solat dah, tengah nak pakai tudung. Memang ramai giler time asar tu, so aku takde la hadap cermin - hadap tiang sajork konon-konon nampak pantulan muka aku la kat situ hahaha.

Tengah syok membetul tudung, tetobe ade sorang minah ni jerit 'eh mana beg kat sini?'. Eh? Beg ape pulak? Pastu ade sorang lagi minah dekat situ cakap 'bukan tadi ade kawan awak ambik ke?'. Ater rupenye masa nak semayang tadi, dia dengan kawannye udah letak beg dorang kat tepi tiang tu. Letak gitu jeee awakkkk... bukan ade orang tolong jagakan. Sekali dua-dua beg sudah lesap. Haaa sudah. Panik semorang tak memasal. Pastu ade la sorang makcik tu cakap, kat surau ni memang ade je kepala penyamun datang curik beg. 

Haaaaaaaa panik tak kalau kao bah?

Kadang-kadang kita ni bukan apa. Terlalu bersangka baik. Ah.. takkan la dalam surau orang nak mencuri. Eh.. zaman sekarang ni jangan cakap weh. Dekat surau pon orang berani berzina tak pedulik kene panah petir kappe (penah masuk paper kan kes ni), inikan pulak mencuri. Lagipun bukan semorang yang masuk surau tu nak semayang.. haaa.. lagi pulak dengan ramai giler orang aritu. Sesak giler. Makin besau le peluang dorang nak menyamun. Huhu.

Apepun kita seme jadikan iktibar la. Bukan tak elok bersangka baik, tapi kene ingat keliling kita bukan semuanya orang baik. Tak salah sesekali jadi paranoid. Biar nampak cam sengal, asalkan selamat. Kalau dah kita berusaha pastu kene curik jugak, nak buat cemana. At least kita dah usaha.. tak gitu?

Harapnye dapatlah ditemui semula beg awak dan kawan awak tu ye.. huhu~

4 comments:

Mya said...

akak mmg ketakutan nk tinggal beg bersepah2 waima dlm surau sekalipun.
ambik wuduk pun beg tetap utuh di belakang ku huhu..

Masy said...

samalah kita. klu nk tinggalkan pun, bg kat mmber suruh pegang. takde laa berani nk letak gitu2 je huhuhu

Irfa said...

eh akak penah jugak buat
letak dgn sejadah
kalau org ambik takkan nak kejapa pakai telekong kan?bahaya ni
kena hati2

Masy said...

lepas ni kene hati2 ok :)