Wednesday, December 26, 2012

842: Aku faham

Aritu masa aku naik tren. Masa tu tren tu stop kat satu stesen ni. Entah cemana aku ternampak di bangku seberang sana. Sorang budak pompan India, eh takde la budak. Dah 20 plus plus la umur dia rasanya. Sorang. Memula aku nampak dia gosok-gosok hidung. Selsema kot, kata aku dalam hati. Kemdian aku nampak dia bukak Kit Kat laju-laju, dan sambil tu dia gosok-gosok mata. Aku dah rasa semacam. Bila dah berjaya bukak coklat tu, dia pun gigit.

Kali ni sambil makan coklat Kit Kat, dia menangis.

Dia cuba tahan sebenarnya, aku nampak. Sebab ada orang dekat bangku sebelah. Tapi masih lagi aku nampak dia mengelap airmata sebelum jatuh ke pipi. Dia teruskan menggigit Kit Kat tu. Masih lagi, airmata tetap jatuh. Dengan lengan baju pulak dia lap airmata kali ni.

Sentap dalam hati. Terus bergenang airmata aku. Kenapa, dik? Kenapa menangis? Kenapa sorang-sorang?

Sedih. Aku faham rasa tu. Bila sebenarnya perasaan untuk menangis tu keterlaluan, tapi kau berada di tempat yang tak sesuai. Jadi kau cuba tahan. Tapi mata ni degil, aku faham tu. 

Tren pun bergerak. Mata aku masih lagi memandang dia. Dan dia masih lagi cuba melawan perasaan, dan dah tentu bukan mudah untuk dia. Hati aku direntap, tertinggal di stesen itu. Bertahanlah, dik. Bertahanlah.

Terima kasih, Kit Kat. Awak temankan dia bila dia sedih.

Japanese Green Tea Kit Kat. errrrr....

9 comments:

HEMY said...

aku pun paham..org hati sensitif mcm aku mmg paham

Masy said...

gud gud.. huehehe

Wak Gelas™ said...

tapi wak pon kadang2 X paham jugakk..,

Masy said...

paham2kanlah hahaha

zonaku said...

faham sgt2.... tp aku rela nangis d kalangan strangers dr org y kenal aku....

mimie1678 said...

aku pun faham... been there done that.. tapi sbb aku tak makan choc so masa sedih tu aku makan roti...

Masy said...

zona,
aku prefer dlm toilet. hehe

kak mimie,
untung laa ade roti hehe

Irfa said...

penah buat
penah alami

#tak penah tgk kit kat kaler ijo

Masy said...

:)