Monday, January 30, 2012

752: Eh pegi mamposlah!

Aku happy Najwa Latip tak menang. Sekian pendapat peribadi aku haha.

Semalam. Masa kat umah Abang Chik. Kitorang dok la borak-borak lepas sarapan. Kak Chik sambil berborak, sambil siapkan barang-barang nak masak untuk lunch. Ikan kembung tiga rasa katanya. Owhh... aku ok je.

Tetobe mak kata tak payah laa masak since semorang kenyang lagi sebab sarapan tu makan macam-macam. Roti canai hado, laksam hado, kueytiaw hado. So sume dalam mood kenyang la. Pastu mak dengan Along sefamily pulak cadang nak balik Melaka sebelum petang.

mak takmo makan takpelah. kak chik masak pehtu tapau untuk orang eh? kata aku. haha.

Mak aku tak pasan aku cakap gitu. Dia dok cakap kat kakak ipau aku jangan masak.

tu dak Masyita kata nak bawak balik lauk
sape?
ni ha minah ni
eh pegi mamposlah dia tak payah layan!

Huahahahaha mak aku nih! Dah semorang gelak, Abang Chik plak sambung.

eh kejap. kalau ko pegi mampus, hutang PiTiPiTieN ko tu mak kene bayau ke lupus je?
lupuslah
aa kalau gitu takpelah, bolehlah ko pegi mampus hahahaha

HUAHAHAAHAAHAH kongjaq betei!!

sabaaauuu jelah!

Friday, January 27, 2012

751: Blur


Aku.
Sebenarnya tak tau nak apdet ape.
Asal kena hari yang aku patut apdet, takde idea pulak.
Bila cuti, kemain banyak lagi mende nak cite.
Tapi time cuti takleh laa apdet.
Sebab kat umah takde tenet.

Aku.
Sebenarnya ade jugak cite.
Tapi malas pulak nak cite.
Malaslah.

Aku.
Takde idea.

Sekian terima kasih~

Wednesday, January 25, 2012

750: WW : Tujuh Kali Setahun WTF????

#seriously?????!!!

Friday, January 20, 2012

749: Jeles!!!

Boleh tahan jugak tahap jeles gua ni. Mula dah nak rasa marah ni.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~

Monday, January 16, 2012

748: Selebret Belated Birthday

Sabtu lepas, macam biasalah aku bersama rakan-rakan bujanganku dan sepasang yang dah kawen tu sudah ke PD untuk berjimba. Sekali laa nak selebret besday aku. Hehehe. Kitorang check in kat Ristec je since dak Liana ade share kat situ hihi. Ok letteww kan.. penginapan free gitu. Save bajet. I laikkk.

Siang tu takde buat ape sangatlah. Lunch dekat kedai yang hasil masakan dan minumannya mengecewakan. Sape nak tau nanti laa aku bagitau. Cumanya aku tak sampai hati nak marah sangat sebab pakcik yang amek dan hantau order tu kelihatan sangat humble. Kesian betul. Punyalah aku kesian sampaikan kalau boleh biarlah aku tolong basuhkan pinggan untuk dia.

Empati sangat.

Petang lepas asar, kitorang pun memulakan misi pengembaraan Upin dan Ipin ke Tanjung Tuan. Neves kawan-kawan aku nak ajak pegi ni sebab takut aku bising-bising macam masa ke Broga dulu. "naik lemas aku nak dengar dia bebel-bebel ni kang", kata salah seorang dari mereka. Hahahhaah! So untuk mengurangkan bebelanku, kitorang naik guna jalan tar instead of jalan hutan. Haa.. ade jalan mudah nak buat ape guna jalan susah. Boleh makan guna tangan apsal nak suap guna kaki jugak? Haa begitulah bidalannya.

"treat" laaa sangat kan. hahaha!

Aku bayangkan jauh laa sangat kan, rupanya tidaklah begitu. Tak sempat nak memantunkan carutan, tetobe dah sampai dah kat atas. Snap pic satuewwww.

tetobe nampak kuros pulak dalam pic ni

Aku punye la eksaited. Sekali tengok hek eleeehhh.. takleh masuk kat dalam tu. Boleh pusing keliling jewwww.. Pajadah betei. Sekali lagi aku bebel-bebel sampai budak-budak ni seme tak larat nak layan hahaha! Hoi nasib baik tambang masuk singgit tu Liana bayau hoi, kot tak lagi panjang aku bebel ni. Penat aku memanjat ni takleh masuk lak.

Posinglah.





Dah petang pukul berapa tah kitorang pun turun le.. Pastu terus terjah cari air dulu ape-ape hal. Makanya ke Teluk Kemanglah kami. Aku ternampak sainbod Coconut Shake, terus ajak dorang minum kat situ je hihihi.

percayalah. far way better than coconut shake Klebang. aku dah rasa aku tau la. tapi... ikut tekak orang jugaklah kot.

Sambil tu, dorang order sate untuk malam tu. Hoho teruja. Semorang tanya aku nak makan ape, ape lagi aku teringin. Nasib baiklah nafsu makan aku tengah merundum ni so aku rekues nak kek dengan sate je. Untung laaa korang. Hahahahaha. Balik tu singgah pasar malam PD, dorang nak topap apetah lagi. Beli rangka ayam laa, murtabak laaa. Aku cuaaak je tengok. Ni kang sape nak perabis ni? Muka sesekor yakin je boleh makan seme kaaaannn... aku plak yakin kompem tak abes ni, tapi takpe kita layankan je.

So.. malam tu lepas maghrib (ke lepas isyak tah), kitorang pun turunlah ke pool. Kemain poolside party ye hahahahah!! Dorang tanya pulak nak minum air apa. Wah. Kemain lagi boleh order². Teh O panas jelah. Baik betei ati aku pada hari kejadian. Hahaha! Komdian kita.. selebretlah!

*muka terharu malu-malu tak biasa diperlakukan sebegini*

Komdian hadiah sebeday pun diserahkan. Adiah adalah berdasarkan permintaan. Aku ni siyeslah tak reti nak mintak. Sebenarnya bukan tak reti, cuma tatau nak mintak apa. Sebab mende-mende yang critical nak tu seme dah dapat. So... kita mintak jajan-jajan jelah. Hehehehe. Lagipun malu nak susahkan kawan-kawan (stetment nasyid).

So untuk memudahkan aku. Aku mintak benda yang aku macam teringin nak ada tapi malas nak beli. Walaupun sebenarnya boleh je nak beli sendiri. Kahkahkah.

gelang kaki, mug stabak dengan jam tangan jewww.. mekasih mengkawans!

Setakat arinie, dah pakai mug dah. Jam dengan gelang kaki tu kene kecikkan sket baru la boleh pakai. Can't wait betei! Owh. Beberapa hari sebelum tu, aku dapat parcel. Hadiah sebeday dari jauuuuuuhhh.. all the way from Singapore. Adalah suatu benda yang aku memang mahu.


yeayyy!!! mekasih Benny!!

Ada sape lagi nak bagi adiah? Aku macam ade je list back-up kalau nak bagi laa. Kalau laa. Hehehe.

Friday, January 13, 2012

747: Sakit Ketiak

Ketiak sakit. Ade seketul benda sebesar ibu jari (atau mebi besau lagi sket) sedang mengeram kat situ. Owh dah jumpa doktel dah. Tunggu jelah timing nak kene potong ketiak tu. Wuwuwuw saye takot.

Aku cerita laa kat mak since dia dok tanye takde cerita baru ke?

bla bla bla
bisul kot?
bukan.. doktel pun kata bukan sebab takde 'mata'
ooo.. kalau takde mata, pakaikan laa spek mata kehkehkeh


Amboi amboiiiiii.. Kemain mak aku ye. Kemain lagi bersendaloka dengan anakanda ye! Heppp!!!

Wednesday, January 11, 2012

746: Jangan Kurang Ajar Sangat, Plis.


Panas hati aku dibuatnya.

Sape yang ade dalam list FB aku pastinya perasan aku ada apdet pasal senario kehakiman semasa. Sebelum tu aku nak tanya, ayat status aku kat atas tu ade sebut pasal politik tak? Ade sebut pasal parti tak?

Takde kan. Tapi ade pulak mangkuk yang butthurt. Kawan dengan Sepol ke ko tu?

Ekcely kan. Aku masih boleh bertahan laa takat ko nak argue dengan aku. Aku balas je apa susah ye tak? Tapi bila dah start kurang ajar plak dengan kakak ipau aku, haaaaaaaa.. ni cari pasal ni! Ko tu dah kenapa????! Cakap mak apak tak ajar kang, aku kenal pulak mak apaknya. Dah cukup ajar dah pastinya. Cakap cikgu tak ajar kang, sama je cikgu² kitorang.

Yang aku perasan la. Kalau aku letak status biasa-biasa, senyap je tak cakap apa. SMS pun lambat balas, kalau tulis kat wall dia lagi laaaa memang sampai ke sudah takde balas. Kfine, aku takde isu pun bab tu seme sebab itu hak memasing la kan. Masalahnya. Bila status aku ada kait mait dengan politik, kemain meletup-letup lak komennya. Nampak sangat kan memang pesen suka cari pasal?

Aku ni kan. Dalam circle of friends kat fb tu, aku dah sedia maklum dah bukan semua orang sealiran fahamannya dengan aku walaupun kita sama bangsa, sama agama, sama negara, sama semualah. Tapi takde problem pun. Tanpa garis panduan khusus, masing-masing faham limit antara kita. Kalau aku up status yang ko rasa tak suka, tak payah menyampuk. Aku pun. Kalau orang lain up status kutuk apa yang aku pilih, biar jelah. Masing-masing punya wall, sukati doranglah. Lain laa kalau ade kutuk ulama ke, main-main hal agama ke - tang tu yelah aku sampuk sikit. Tapi berhemah, bukan cara kurang ajar.

Ini tak. Dah laaa menyampuk stail kurang ajar. Aku ni bertahan je sebab aku kenal kau tu dah lama. In fact ade member aku yang lain inbox, tanya sape minah yang dok meroyan ni. Aku jawab terang-terang supaya member aku yang bertanya ni tak komen sampai bergaduh pulak dengan kawan aku ni ha. See? Aku menahan orang daripada bergaduh dengan kau, pastu kau pulak komen kurang ajar kat kakak ipau aku. Padahal aku dah hint dah awal-awal, yang perempuan ittew adalah kakak ipau aku. Buta warna ke rabun ayam kau ni?

Akal waras aku memang cepat je nak tersasar kalau orang buat kurang ajar dengan famili aku. Mujur jugak kakak ipau aku cepat-cepat komen kasik cool. Tapi aku tak cool ok!

Buka minda katanya. Meh aku cakap sket. BUKAK MINDA MY *SS!!

Friday, January 06, 2012

745 :Sambutan Keputerian Cik Muda Masyita

:)

Birthday saya aritu. Eh tetibe je saya kan. Hahahaha! Yelah-yelah birthday aku aritu. Aku keje. So takde apelah sangat pun. Cumanya hari sebelumnya Wafa dah tweet, ajak tengok muvi since dia dapat tiket free. Kemain lagi. Aku dok nunggu gak kot Nuffnang nak bagi lagi tiket free macam tahun lepas, namun nan hadooo. Takpelah. Saye bukan glemer pun Nuffnang nak bagi tetiap tahun huhuh (eh apsal bunyik macam merajuk, nak kene siku?).

So.. pada hari rabu ittew selepas menonton cite cina, siap-siap dan terus kutip Bellan kat rumah, kendian shoot ke Sunway Pyramid. Aterrr Wafa dan Keri dah siap siaga menunggu. Jangan tanya aku 'siaga' tu ape, aku pun tak tau. Dok tengok kat tv + paper je. Hehe.

mekasih aunty fafa! cite ni lawak. "lu kena beb". HAHAHA

Dah amek teket, kitorang cari tempat makan. Cari punya cari, Wafa sajes masuk The Manhattan Fish amende tah tu. Aku memang tak penah merafak sembah masuk, so.. ai ok jewwww. Makan bayau sendiri-sendiri ye. Hehehehe.


gambau cilok kat tuiter Bella

Sedap! Aku yang bukan penggemar udang pun sudah tala dua ekor udang ittew. Dan saye memesan air Gummy Bear yang disebut sebagai Gummy Beer oleh waiter kat situ. Yeaaaaahhhh watever. Yang penting, lazat! (ke sebab aku memang haus. aaahhhhh gasakkan).

Ekcely sementara menunggu makanan tiba, Bella pun mengeluarkan sebijik tapawe berisi brownies hasil kraftangan beliau - khas untuk birthday saye. Wuuu terharuewwwww angat-angat! Cedap! Kalau ade kekurangan pun saye takkan komplen, hehehe. Mekasih Bella! *timang Bella tinggi-tinggi sampai cucur atap*.


pic ni disnap esoknya. buat bekal pegi sekolah. hehe

edited!

Keri bagi fridge meknet laa oi. Lupa nak bagitau. Hahahahaah!! Yelah yelah eksaited sangat sampai fridge meknet yang berkualiti tinggi dari Singapore ni pon lupa nak kabo dalam ni hehe.

mekasih Keri! v(^_^)v

Komdian kitorang pun pegi nonton. Bertiga je, Keri kena balik sebab dia budak bawah umor LOL.

Mekasih semorang. Mekasih mekasih :)


#tengah takde idea nak mintak adiah. 3 jenis lak tu. huuuuuu~

Wednesday, January 04, 2012