Wednesday, February 29, 2012

Monday, February 27, 2012

761: Dunnowattudu


Sebenarnya.
Saye pun tak tahulah.
Kalau-kalau hati saya boleh mencinta lagi.

Saya bimbang.
Tapi ape je yang saya boleh buat.

Kau.
Yeeeeee kau tu haaaaa
Yang ensem cecomel tu
Meh sini!
Dah kawen ke blom?
Jom!

Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 20, 2012

759: Masalahnya, ada aku kesah kew?


Baru-baru ni, tetobe je budak umah aku bersikap weirdo. Tetobe jelah kan nak masam muka, takmo tegur, makan dalam bilik, tak kuar tengok tv. I was like - eh eh. Dah tiba masa nak meninggal dunia ke ape?

Aku rasa aku taulah kenapa. Hahahahahaha.

Aritu. Adelah satu malam yang hening, menjelang 11.30 malam. Aku ketuk pintu bilik dia dan suruh dia senyap sket sebab aku nak tidur. Aku bukan cakap tengking ke kurang ajar ke, aku cakap macam biasalah. Dia ni bukan ape tau. Pesen ketawa yang macam kerasukan ablasa. Tak kiralah pukul berapa pun. Korang boleh bayang tak camne laaa aku tak hangin kalau kaki aku ni dah selangkah ke alam mimpi, tetobe tersentak sebab dengar hilai ketawa dia padahal dah pukul 12 tengah malam (ini kes malam sebelumnya)?

Paham kan?

Pastu nak masam muka plak dengan aku. Nak kene pelempang? Hahahaha. Gi meninggal dunialah kau kat situ. Aku tak rugi apa-apa pun. Setakat tak pelawa makan tak pelawa minum, insyaallah aku tak mati kebulur lagi. Taknak tengok tv? Lagi bagus. Ko tatau betapa enjoynya hidup aku tengok tv sorang-sorang (ataupun berdua ke bertiga dengan orang lain) tanpa ko. Punyalah enjoy. Takde laa lagi soklan-soklan bodoh yang mengacau kosentrasi aku time tengok tv. Alhamdulillah... hahahahah!!

Malam tadi. Aku cam biasalah tercongok depan tv nak tunggu Merlin. Dan aku tau betapa minah tu suka jugak cite tu. Bawahahahahahaha aku nak tengok dia keluar tak. Mula-mula tu tak keluar, aku pun cam.. wah kentalnya semangat. Gi mamps. Tapiiiiiii... lebih kurang 10 minit terakhir tu dia keluar, gi masak megilah pe seme. Lantas duduk ujuuuuuuuuuuuuuuuuuung sanun dan menonton jugak. HAHAHAHAHAAHAHAHAHA kalau aku jahat, aku alih-alih chanel tu pon best kan? Biar ko fedap sampai meninggal dunia kat situ. Hahahaha.

Minggu ni ke minggu depan dah nak start Desperate Housewives kan. Meh kita tengok setakat mana dia nak menyombong gitu. Kemain lagi takleh tegur. Tampar sampai sawan kang baru tau. Nak kerek-kerek dengan aku pulak tu. Aku hukum humban barang-barang ko dari peti ais aku tu nanti baru ko tau nasib ko.

Memang pompuan meroyan #dasarelisya.

Friday, February 17, 2012

758: Toleransi


Toleransi. Atau dalam erti kata lain, bertolak ansur. Adalah tindakan yang dilakukan demi mengekalkan kesejahteraan. Tak kisahlah kesejahteraan ape. Malas la pulak aku nak elaborate.

Bagus sebenarnya bertoleransi ni. Toleransi sesama manusia. Sesama pasangan.. sesama pemandu di jalanan.. sesama orang-orang yang beratur time nak bayo kat supermarket ataupun emporium (pergghh lama tak pakai perkataan EMPORIUM).. sesama adik-beradik.. sesama kawan-kawan.. sesama anak beranak.. Toleransi ni bila kena dengan tempatnya, memang best. Kadang tu bila kena masanya, boleh dapat kawan baru sebab bertoleransi. Macamana? Ko pikir sendirilah.

Tapi kan. Ade sejenis situasi ni kadang-kadang susah nak toleransi. Bukan tak boleh, tapi kalau boleh taknak. Apakah?

TOLERANSI DENGAN KEBODOHAN.

Untuk aku. Untuk perkara yang kita memang tak tahu tu, adalah okay untuk mengharapkan toleransi orang lain. Tapiiiiii... kalau tak tahu tu, kemudian-kemudiannya jadikanlah ianya jalan ke arah pengetahuan. Kalau tak tahu, tanya. Kalau dah tanya tak dapat jawapan, cari. Dah cari tak jumpa, cari lagi. Tanya lagi. Pastu buat.

Atau ada jenis kebodohan yang susah nak tolerate. Adalah pesen yang semua benda tak tahu. Semua benda tak pernah buat. Semua benda nak harap orang. Dah laa tak tahu, tak nak pulak ambik tahu. Dah bagitau pun tak nak jugak ambik tahu. Pastu nak claim diri sendiri tak tahu. Itu tak tahu. Ini tak tahu. Dah bagitau pun tak tau jugak, kau dah kenapa?

Semua orang ada kelemahan. Aku tahu tu. Aku pun ada. Dan ini antaranya. Aku benci bertoleransi dengan kebodohan yang disengajakan.

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

756: Salam cium tangan


Tetiba nak cerita pasal ni.

Korang yang ada abang atau kakak. Bila bersalaman dengan dorang, korang cium tak tangan dorang? Kalau ye, kenapa eh. Adakah sebab memang dah dibiasakan ke atau sebab kene suruh ke atau diri sendiri rasa nak cium ke ape?

Secara amnya, kita bertindak mencium tangan seseorang itu adalah sebagai tanda hormat dan kasih sayang. Tindakan camni memang secara tak langsung merapatkan lagi hubungan sesama insan dan mengharmonikan silaturrahim (kemain ayat tak menahan). Macam keluarga kitorang, bila bersalam dengan mak / bapak / mak sedara / bapak sedara dan atuk nenek (if any), memang diasuh untuk cium tangan, kedua belah pipi dan dahi. Kalau tak buat nanti mak aku jeling pastu balik kang siaplah kena brainwash hahaha. Tapi memang bila buat macam tu, orang tua akan rasa disayangi laa ye tak.

Ok berbalik pada cerita utama. Pasal salam cium tangan sesama adik beradik dan ipau duai. Korang buat tak?

Jujurnya, aku tidaklah. Sebab tak dibiasakan. Satu hal tentang aku, kalau tak dibiasakan dari awal - memang aku tak berapa nak buatlah. Macam dulu, aku nak cium pipi bapak aku pun aku tak berapa sudi. Sebab tak dibiasakan, pastu tetibe masa aku Form 5 bapak aku paksa-paksa aku cium pipi dia hahahah! Pastu dia komplen "Siti ni dia bukan cium pipi abah, dia hembus!". Hahahaha!!

Macam jugak dengan abang-abang dan kakak-kakak ipau akulah. Aku tak dibiasakan salam cium tangan dorang, makanya bila dah besau ni lagiiiii la takdenya aku tetibe nak cium tangan dorang kan. Kecuali abang no 3 tu je. Tu pun sebab dia keep on insisting me to kiss his hand sejak.. bila eh? Lepas belajar dulu kot. Selalu sangat paksa, lama-lama biasalah. Tapi dia jelah. Kakak ipau aku which is wife dia pun hulur-hulur gak soh aku cium tangan dia, tapi takleh ah. Aku tak biasa. Dan terasa macam tak adil pulak kalau aku cium tangan dia je, dah tu lagi 4 orang tu takkan nak salam biasa je? Kalau aku tetibe je salam cium tangan semorang, kang dorang pikir ape pulak. Buang tebiat nak meninggal dunia ke ape budak ni? Hahahah!!

Sebenarnya laa kan. Aku pernah gak la try cium tangan abang aku - bukan yang no 3 ni la. Yang lain la. End up aku pulak rasa awkward, pastu rasa nak pegi berdiri atas garis putus-putus tengah jalan tu kan mintak kene tabrak basikal. #awkwardmoment.

Kalau dah dibiasakan rasanya aku takde masalah pun nak salam cium tangan dorang. Tapi sebab tak biasa, tu jelah masalah aku. Mungkin orang akan kata, belum terlambat lagi nak buat sekarang - tapi aku tetaplah rasa macam dah terlambat. Tengoklah camne. Kalau semorang insist aku suruh cium tangan gak macam abang no 3 buat, kfine aku buatlah.

Pergh ayat. Macam terpaksa pulak. Hohehoheho.

Wednesday, February 08, 2012

Friday, February 03, 2012

754: Kes Makcik Langgau Kedai Motor

Aku rasa korang seme dah tengok kot video makcik yang nak lari sebab dah terlanggau kete volvo apetah, pehtu end up pegi lanyak kedai motor. Sibbaik takde yang mati weh makcik.

Aku dah tengok dua videonya pagi ni. Thanks to Penyu sebab bagi link. Dan aku masih takleh hadam kejadian ni. Aku cuba meletakkan diri aku di tempat makcik tu, tapi masih gagal lagi mencari dan meneka kenapa agaknya dia bertindak macam tu.

Panik?

Ni pendapat aku la eh. Panik akan menyebabkan kita ni jadi buntu. Takde idea nak buat apa. Ala-ala terbodoh la kejap. Nak kata makcik ni panik.. entahlah. Kalau panik, apsal aku tengok dia boleh je lagi alih gear tu depan belakang, sampai kete tu pun gohead gostan macam kerasukan ablasa. Ke dia buat tu sebab panik? Bukan ke kalau panik, akan tak tahu nak buat apa. I mean.. kata la dia dah terlanggau kete volvo tu pehtu nak lari kan, pehtu terlanggar motor yang 1st tu kan, patutnya dah bertambah panik - akhirnya tindakan tu akan menyebabkan dia tershadap kat situ. Tapi tak shadap pun. Still nak lari lagi ke ape? Hmmm.

Mungkinkah melatah? Hmmm.

apakah???

Pitam?

Korang ingat lagi entry aku pasal makcik mendakwa pitam semasa memandu yang langgar kedai seblah opis aku tu? Haaa tu contoh kes orang pitam. Dia langgau SEKALI je, bukan dua tiga kali. Makanya pitam tu bukan alasan yang bijak dan betul.

Ok la itu dah satu hal la kan. Cuma yang aku tak faham.. kenapa makcik tu nak gerakkan kete tu di tempat pertama (at the first place). Kenapa? Why why why? Padahal katanya kete tu diletakkan di tepi oleh asben beliau sebab nak pegi beli barang. So, kenapa makcik nak alihkan kete tu? Kenapa kenapa?

Mungkinkah sebab dia block parking orang, dan orang tu nak keluar so makcik bercadang nak alihkan kereta. Agaknya. Berdasarkan kejadian terlanggar-terlanggar ni, aku agak makcik ni tak reti la agaknya bawak kete laki dia ni. Kalau betul lah, aku sajes. Sape-sapelah. Kalau ko tak reti bawak kereta tu, mohon janganlah nak tunjuk pandai ke nak buat baik hati ke gatal tangan ke nak alihkan. Plislah. Mintak la tolong kat sape-sape kat situ untuk alihkan. Takut salah orang? Mintak tolong je kat tuan punya kereta yang kita block tu. Kalau dia bawak lari kete kita, kita larikanlah kete dia pulak. Kan. Bukan susah sangat pun. Lari berlari amalan kita.

Aku cuba untuk memahami. Tapi masih tak jumpa-jumpa lagi point untuk faham. Selain dari alasan "benda nak jadi" atau "ada hikmah di sebaliknya" which is so lame, aku tak nampak apa lagi alasannya. Dan silalah jangan nak kata "bayangkan makcik tu mak kau, apa ko rasa", kerana mak aku sure tak macam tu. Kalau dia tak reti, dia akan cakap dia tak reti - dan bukanlah memandai-mandai tunjuk pandai nak alihkan kenderaan yang dia tak reti nak handle.

Aku nak kesian kat makcik tu tapi takde point lepas tengok video-video tu. Aku lebih kesiankan suami makcik tu, dan tuan punya kedai, dan tuan punya motor.

Aku cuba lagi ni.

#bila makcik nak gi mintak maap kat mangsa-mangsa kejadian tu? takkan panik lagi kot?

Wednesday, February 01, 2012