Friday, March 30, 2012

774: 1-1

Morning uols.

Semalam. Perut tak sihat. Not delicious. Sekali Mr. Sivaji sudah tegur sebab aku kelihatan mandom. Well.. mandom bukan sebab sakit perut saje. Sesungguhnya mudah saje nak detect aku ok ke tak. Kalau senyaaaaaaaaaap je tu, ade la tu. Hahaha.

Mr. Sivaji : eh Mas.. apsal mata you merah?
Aku : errr.. saye tak sihat arinie (mata merah?? aku sakit perut je apsal mata merah lak)
Mr. Sivaji : sakit ape? sakit jiwa?
Aku : ........................ (dengggggg)
Mr. Sivaji : kalau sakit jiwa, boleh laa berkawan dengan..
Aku (memintas dengan pantas) : dengan Mr. Sivaji
Mr. Sivaji : .....................


Hah. 1-1. Fair and square.

Tuesday, March 27, 2012

773: 1 Liter of Tears

Bila harapan yang disangka ada
Yang dipegang impi selama ini
Rupanya..

Aku tak punya apa
Aku hanya ada mimpi
Aku hanya ada angan
Begitulah rupanya..

Pun begitu
Bukan salah sesiapa..


Aku kirimkan kedukaan pada langit
Aku titipkan catatan jiwa yang terluka di dadanya
Lalu dibanjirkan bumi dengan tangisan hati sebagai balasan..

Menangislah, alam
Menangislah bagi pihak aku
Atau mungkin lebih baik
Jika kita menangis bersama..

Tenanglah wahai jiwa yang dipinggirkan
Tenanglah wahai hati yang tercarik
Hati ini dah terlalu lama direhatkan
Terlalu lama buat-buat lupa
Terlalu lama buat tak tahu..

Walau begini hebat cederanya
Hati ini tak pernah lagi berhenti merasa
Rasa hati yang satu ini untuk dia..


#tears

Monday, March 26, 2012

772: 1986 saye dah start menakal


Masa kekanak dulu aku start masuk tadika sejak umur 5 tahun. Umur 5 tahun, masuk tadika sekular LOL. Pegi tadika pakai skirt, alaaa... ape dorang panggil baju tu. Pinafore? Apetah. Umur 6 tahun masuk tadika Islam. Dah kena pakai tudung, baju kurung tu opkoslah. Takkan nak pakai tudung dengan pinafore tu pulak ye tak.

Zaman dulu tak banyak tempat yang ada tadika Islam. Oleh kerana mak apak aku kepingin mau aku belajau kat tadika Islam, kenalah antau aku jauh sket. Nun kat Bukit Rambai sanun. Nak dekat 10km jugaklah jaraknya tadika tu dengan rumah.

Tadika tu walaupun namanya tadika, tapi taklah ada bangunan tadika proper cam sekarang ni. Kitorang belajau kat surau dalam taman tu je. Ok je untuk aku. Budak-budak kat situ memang semuanya budak Bukit Rambai. Kawan kamceng aku masa tu namanya Siti Khadijah. Sekarang dah pindah Sabak kalau tak silap. Ah lama dah tak jumpa, kalau jumpa pun dah tak kenal gaknye. Hehe.

Dalam kelas aku ni ade sorang budak yang claim diri dia anak orang kaya. Sabrina nama dia. Perghh aku ingat lagi tuuu nama dia. Giler meluat oi pesen berlagak tak tentu hala ni. Aku ingat lagi satu hari tu dia datang siap bawak satu album, tunjuk gambar rumah dua tingkat dia. LOL. Kalau tunjuk kat aku memang aku takde la heran sangat sebab kat kawasan rumah aku tu, ade je rumah yang lagi besau daripada rumah dak Sabrina ni. Tapi budak lain tu mebi akan terasalah. Yelah dorang ni seme dok taman perumahan teres je. Kongjaq betei Sabrina ni. Ko tau laaa pesen budak berlagak dengan terjuih-juih mulut dia tu. Uweeekkkkkssss.

So entah camne laa boleh datang idea aku nak pekena budak ni. Geram betul aku dengan dia! Agaknya aku rasa geram tu sebab kawan aku dak Siti Khadijah tu pun terasa hati jugak dengan Sabrina ni. Makanya aku pun melancarkan misi pembelaan secara solo (pada mulanya). Apa aku buat?

Tiap-tiap hari sebelum sesi pertadikaan tamat untuk hari tu, aku akan curi masa untuk masukkan pasir dalam kasut dia. HAHAHAHAHAHAHAHAH giler jahat bila aku pikirkan balik. Aku bukan letak sikit-sikit tau, aku masukkan sampai penuh padat dalam kasut dia. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Lama gak laaaa kegiatan jahat aku ni berlangsung. Mula-mula aku buat sorang, tapi lepas tu Siti Khadijah ternampak lantas dia pun bersekongkol dengan aku.

Namun sepandai-pandai kancil menyumbat pasir, akhirnya terkantoi jugak. Camne tah boleh terkantoi, tapi memang ah. Cikgu kelas pulak tu yang nampak. Makanya kena laa denda... basuh balik kasut budak tu. Eleh. Bukan susah pun. Eleeeeeeeeeeeeeeh. Yang si Sabrina tu pon kemain lagi laa bebel-bebel. Eleeeeeh. Tapi lepas kejadian tu memang Sabrina dah tak buat pangai mengada-ngada dah. Kurang la sket. Baguslah. Kot tak aku sumbat simen pulak dalam kasut dia nanti. Hahahahhaha.

Itu jelah.

Friday, March 23, 2012

771: T___T


Mungkin satu-satunya perkara yang belum lepas ni
Akan diputuskan oleh orang lain
Mungkin aku hanya akan jadi penurut
Mungkin tidak

Aku harap tidak

Sebab jiwa ini ada pemiliknya
Cinta ini ada penggenggamnya
Ada
Dia

Mungkin juga aku yang sekeras ini
Yang selama ini semuanya diatur mengikut aku
Akhirnya akan tewas
Dalam satu-satunya mahuku yang ini

Aku harap tidak..

Wednesday, March 21, 2012

Monday, March 19, 2012

769: Kesenian dan Pelancongan


Aku sebenarnya sangat minat perkara-perkara yang berkait dengan seni, sama ada secara langsung mahupun rakaman. Tak tak. Sama ada secara langsung ataupun tidak. Seni yang bagaimana? Semualah. Little bit of everything.

Penulisan.
Lukisan.
Muzik.
Teater.
Fotografi.
Tarian.
Seni reka.

Dalam diri aku, yang ada mungkin hanya penulisan. Tu pun tak seberapa. Dan sedikit bahagian tarian (ok dah lama tak menari but still.. sebenarnya masih suka). Muzik, kalau nyanyi tu takde la sedap mana tapi untuk diri sendiri tu lepaslah HAHAHAHAHA. Janganlah suruh aku main instrument, apepun tak reti. Tapi kalau diberi pilihan, aku suka kalau aku pandai main drum. Apa barang seme pompuan bertudung nak hadap gitar. Ingat boleh jadi Yuna la? Pffrrrtttttttt.

Melukis? Aku suka. Dulu la.. sekarang takde masa, lagipun bukan jadi apepun (aku rasa laa macam tak jadi papepun). Ah.. cakap pasal melukis ni, teringat pulak sesuatu. Nantilah lain entry aku cerita.

Fotografi.. hmmm. Suka jugak. Snap snap gitu, hasilnya untuk diri sendiri aku rasa ok. Orang lain pandang tu wallahualam. Alah.. selera seni manusia ni manalah sama tarafnya antara satu sama lain. Kadang-kadang yang semace haree tu dipandang abstrak oleh orang lain, kira seni gak tu ye tak.

Jadinya. Mungkin sebab tu aku seakan mudah tertarik pada orang yang ada sedikit unsur kesenian dalam diri dorang. Tak kiralah yang mana-mana. Aku suka tengok. Untuk aku, orang yang ade kepandaian dalam seni ni adalah manusia yang kreatif, jiwa halus (macam jiwang la haha) dan sensitif. Tataulah betul ke tak, tapi itulah yang aku rasa. Paling mengujakan kalau dia ada gabungan beberapa cabang seni tu. Contohnya, pandai main instrument + nyanyi sore sedap. Atau pandai menulis + tulisan cantik (tetibe). Atau pandai tulis puisi / sajak + tulisan cantik (ape ni ape ni). Atau pandai melukis + azan suara sedap (eh?). Sungguh..

Walau bagaimanapun, tarian shuffle tak termasuk dalam jiwa seni aku. Sila berambus sekarang.


#pelancongan tu termasuk dalam cabang seni ke? mandai2 je aku.

Wednesday, March 14, 2012

Monday, March 12, 2012

767: Aku, si berangan-nak-jadi-penyiasat-suatu-ketika-dulu

Masa kekecik dulu, cita-cita aku nak jadi penyiasat. Macam Detektif Conan tu la. Hahahaha. Banyak sangat baca buku Enid Blyton inilah akibatnya. Tu belom campur lagi yang lelain tu.. ah tak ingat dah. Tapi memang dalam jiwa tu seriuslah. Konon-konon. Masa tu la.

Jadinya selalu gak la aku masuk hutan (ke pinggir je?) kat belakang sekolah agama, tak pun kat sebelah rumah aku. Semaklah sebenarnya, tak berapa nak hutan sangat. Tapi tak surelah kot yang belakang sekolah agama tu layak dipanggil hutan. Dalam kem askar le katakan. Biasalah klik aku masa tu si Rembo dengan Kapai. Sama-sama jiwa jantan. Yang diorang tu yelah bapak askar (errr bapak Kapai aku tatau sebenarnya, ok tu cite lain), yang aku ni anak cikgu pun sibuk-sibuk jiwa hutan ni dah kenapa. Heh. Pengaruh rakan sebaya mungkin.

Oh. Masuk hutan. Saje.. cari petunjuk *gelak guling-guling keliling kem*. Oi seronok ok kegiatan ini. Kadang tu kalau terjumpa apa-apa dalam hutan tu, mulalah kitorang berspekulasi sesama sendiri.

"kenapa tayar ni ade kat sini?", contoh ayat permulaan untuk kitorang mula berbincang. Kemain. Serius tu. Masing-masing dengan idea sendiri, membayangkan situasi. Dengar bunyik loceng kang barulah berterebas berlari panjat bukit nak balik kelas (nak ke hutan tu kene turun bukit, pastu baru boleh masuk hutan).

Satu hari tu, aku terjumpa kes besar. Kes betul-betul ni. Haaa memain.

Pagi tu, budak kelas aku si Teddy dok cerita pasal basikal dia hilang. Basikal baru katanya. Sedih la member tu. Kami bertiga dengar jelah, tapi dalam hati macam nak jugak carikan. Cuma tatau nak mula dari mana. Nak tuduh, ramai orang dalam sekolah tu. Tu pun kalau betul yang mencuri tu budak sekolah, kalau bukan? Hmmmm.

Makanya petang tu macam biasalah kitorang ke sekolah agama. Bila rehat, turun bukit. Kalau biasanya masuk / jejak pinggir hutan, kali ni kitorang pakat nak cari basikal. Kat sebelah hutan ada dua tiga baris kuartes askar yang pesen teres tu. Yang tepi sekali (means yang paling hampir ke hutan dan sekolah agama) tu memang terbiar. Selalu jadi tempat budak sekolah melepaskan hajat kalau toilet sekolah penuh. So.. kitorang pun ronda-ronda situ.

Ok part ni aku cam blur tak berapa sure.

Aku tak ingatlah pulak sapa yang jumpa basikal dalam kuarters yang terbiar tu. Kitorang ke? Orang lain ke? Mebi orang lain la kot. Kitorang tengok basikal tu, dan sahlah memang basikal Teddy (sebab pagi tadi dia dah eksplen macamana rupanya, dengan detail). Rupanya pencurinya tu pun ade kat situ. Apalagi.. berlari kencang laaa mamat tu. Aku dah jerit suruh mamat-mamat lain kejau, tapi macam tak berapa ada yang nak kejau je. Hmmmmmm. Nak buat macamana? Takkan nak biar lepas je?

Ni yang detektip marah ni!

Oleh yang demikian.. sebagai olahragawati sekolah tahun 1992, aku si pelari pecut pun teruslah kejau mamat tu tanpa banyak soal. Yeeeee aku laaa kejau! Susup sasap masuk hutan tu dengan baju sekolah, sibbaiklah aku ni pesen pakai seluar panjang dalam kain sekolah. Bila dah nampak aku kejau, perempuan-perempuan yang lain dah jerit suruh aku stop sebab bahaya la aku kejau sorang. Kemudian baru laaaaaaa ade dua ke tiga budak lelaki tag along. Dari arah yang berbeza, cam serangan dari pelbagai arah la gitu. Sambil kejau, budak-budak lelaki ni suruh aku stop. Hahaha ade ke. Aku baru nak merasa thrill ni!

Tapi sesungguhnya Allah Taala memang nak suruh aku stop.

Sampai di satu tempat ni, macamana eh aku nak cakap. Korang tau kan cemana rupanya kawasan tanah yang melekit-lekit lepas hujan, pastu bila kering tanahnya macam nampak retak-retak. Alaa cemne nak cakap ni. Jap aku gugel pic.

haaa macam ni haa

Aku sebenarnya dah berapa kali dah terkena. Kadang tu nampak retak tu ingatkan dah totally kering, rupanya dia half done. Hahaha demmit. Selalunya aku terkena bila aku lanyak dengan basikal, kali ni dengan kasut sekolah. Bayangkan aku tengah pecut tetibe aku takleh gerak sebab dah stuck. Deymmmmmmm. So larian aku tamat di situ. Haihhhhh!!! Rugi!

So terpaksa la aku patah balik ke sekolah. Masa dok basuh tapak kasut tu, kekawan aku cakap - dari pandangan dorang atas bukit, memang nampak aku kemain laju compare dengan bebudak lelaki yang lain tu. Semangat siak! Hahahaha. Memey ah. Olahragawati ni, manakan sama dengan tahap pencapaian larian rakyat biasa. Hahahaha.

Lepas sejam kot baru dapat berita. Penjenayah berjaya ditangkap. Tapi bukan akulah penangkapnya. Sedihhhh.. tak dapat jadi Detektip Conan. Eh masa tu tak kenal lagi Detektip Conan.

Sekianlah pengalaman saye mengejau pencuri di bulan puasa tatkala berumur 12 tahun. Wassalam..

Friday, March 09, 2012

766: iPad

Semalam aku bertanya-tanya kat tuiter, apa sebenarnya fungsi iPad ni sebenarnya. Adekah seperti hempon ke atau apa? Aku menjadi terlalu curious untuk tahu (tapi malas nak gugel - pada awalnya) sebab di sana sini aku terlihat orang bercakap-cakap pasal ini. Dan ada yang sanggup bergolok gadai (bukan menggadai golok) untuk mendapatkannya.

Jadi aku tertanya sendiri, apakejadahnya iPad ini. And guess what, ada yang tak tahu pun apekebendenye iPad tu but still nak beli jugak. Ada yang kata, beli dulu baru tahu. Pulak? Aku ingatkan kena ambik tau dulu baru beli. Macam ko nak beli hempon gaklah. Nak kena tau hempon tu ade function ape, ade application ape baru la kita beli, ye tak? Lagipun kalau nak suruh aku beli iPad pastu baru tau, macam tak berbaloi la pulak. Regenye bukan singgit dapat 5 bijik. Hmmmmmm.

Kemudiannya aku diberi penjelasan bahawa iPad itu berfungsi seperti laptop, cumanya ia lebih compact (pada pemahaman aku la) dan lebih mudah untuk dibawa ke sana-sini. Owwwhhhh. Ok. Nampak logiklah kalau mereka yang memerlukan - aku bayangkan orang-orang bekerjaya lah. Kalau budak-budak skolah ke student U ke macam tak berapa nak relevan. Aku rasa laaaaa.

Ekcely aku bukanlah dengki pun kalau orang nak beli, sebab aku bukannya gadget-geek. Tak minat pun. Ingat tak hempon aku? HTC Chacha tu kalau tak sebab rege dia RM300, memang tak ah aku nak beli. So memang aku tak berapa sangat bab gadget-gadget ni. Aku hanya akan dengki kalau aku nak benda tu tapi ko yang dapat. Hahahahaha.

Ada yang kata, beli iPad untuk status.
Aku tak sukalah ayat tu. Macam nak menjurus ke kancah riak kalau tak dibendung.
Tapi bukanlah nak kata semorang yang nak beli tu bertujuan begitu.
Tapi tak mustahil lah ade yang macam tu, ye tak?

Sebenarnya panjang aku nak tulis pagi tadi. Tapi sebab ter'pause' lama nau, terus ilang seme idea. Sekian wassalam. Kita sudahi dengan tuit balasan dari Keri.

Hahahahahah

Wednesday, March 07, 2012

Monday, March 05, 2012

764: Saranghae Saranghae Saranghae!


Hai semorang
Saya slowpoke kali ni
Baru bulan lepas saya terjumpa FT Island di persada seni ini
Dan saya kesali akan kelemahan saya ini
Kerana bulan Januari lepas dorang datang Malaysia bikin konsert
Saya kucivaaaaa

Hai semorang
Saya slowpoke kali ni
Walaupun begitu
FT Island di hati saya melekat kejap bagaikan teritip
Hari-hari saya dengar lagu dorang
Bagaikan tiada kesudahan
Mohon diampunkan

Hai semorang
Saya slowpoke kali ni
Jadi saya nak bagitau
Sape tak minat FT Island
Dia kodi
Sekian, saranghae!




Friday, March 02, 2012

763: Memory Problemo


Ada masanya,
jadi keliru
jadi tak tahu
jadi tak pasti

Adakah aku masih terpegun kerana dia
atau kerana memori yang pernah ada
lama dulu

Mereka bilang
1, 2, 3
eh tak tak hahahhaha

Mereka bilang
Aku masih tak lupa
Aku masih mahu
Aku masih tunggu

Tak.
Bukan.

Cuma
Inilah akibatnya makan ubat kuat ingatan masa skolah
Benda-benda pelajaran asik lupa
Benda-benda takde kaitan asiklah dok teringat.

Kbai.