Thursday, April 26, 2012

783: I Hope.

Kelakar. Aku cuba la nak rasa begitu. 

Sebenarnya. Aku ni pesen susah nak terima kenyataan. Ngaku jelah senang ye tak. Nak nak lagi kalau kenyataan tu berbentuk penolakan. Sebab tu aku susah nak mengaku atau cakap kat orang-orang yang aku terlanggar (crush) yang aku ade hati kat dorang ke ape. Penolakan adelah satu bentuk situasi yang susah untuk aku handle. Aku tak pandai. Well.. mungkin nampak macam pandai tapi sebenarnya tak jugak.

Kadang-kadang benda kecik pun boleh buat aku susah hati. Sekecil jelingan, ignore sms, 'K'. Kadang-kadang laa.. Tapi ada masanya hal-hal yang besar pulak mudah untuk aku buat tak tahu.

Semalam.

Aku tergerak mencari di mana laa sahabat aku tu. Alaa.. aku ada cerita pasal dia kat sini dulu. Sebenarnya selalu jugak aku cerita pasal dia, nak nak bila memori zaman sekolah. Sebab kebanyakan memori yang menggeletek tali pusat, akan ada aku dan dia. Rupanya.. hehe. 

Takpelah. I don't want to take Facebook seriously. Macam ade orang yang cakap, setakat unfriend kat Facebook tak semestinya dia taknak kawan dengan orang tu. Mungkin mereka sebenarnya mahu mengaplikasikan kata-kata 'kalau tak suka baca, jangan baca, kalau tak suka tengok, berpalinglah ke tempat lain'. Ok lah.. aku terima keadaan ini secara terbuka. Mungkin betul. Anggap jelah betul. Senang kan?

Aku mahu berpositif. Mungkin demi mengelakkan keadaan menjadi lebih negatif, demi mengelakkan perbalahan - hanya itu jalan yang difikirkan sesuai oleh mereka. Oklah. Kalau betul itu tujuannya, aku ok :)

Cumanya. Aku harap.

Janganlah berniat memutuskan persahabatan, ok? Tolonglah jangan. Janganlah buat macam aku ni jahat sangat. Bukan baru setahun kau kenal aku. Sejak masing-masing belum period lagi. Lama tu. Kalau terlintas dalam hati untuk putuskan, mohon koreklah semula memori-memori lama kita dulu. Seronok sangat masa dulu-dulu. Demi itu semua, tolonglah jangan. Kalau ada yang terasa di hati dengan ayat-ayat aku, maaflah. Marilah kita saling bermaafan walaupun belum raya lagi hehe.


Oh btw. Saya tak marah, saya cuma kecil hati. But still. Saya sayang kawan-kawan saya, betul ni. *hugs ketat-ketat*

Tuesday, April 24, 2012

782: Selamat Pengantin Baru, Masy!

Malam tadi aku risaukan hal lain sebenarnya. Tapi ntah apasal boleh termimpi menikah pulak. Motip sangat kan kan.

Alkisahnya.

Suasananya aku konon-konon kat rumahlah. Tapi rumah tu bukan sebijik macam rumah aku sekarang ni. Rumah dua tingkat tapi yang ala papan campur batu tu.. Aku tengah lepak-lepak dalam bilik masa tu, tetibe je mak masuk bilik.

haa camne? kawen jelah eh?
hah?
cepat laa.. nak kawen ke tak ni?
errkkkk..

Aku sebenarnya nak pikir lagi tapi mak dah macam desak-desak sebab rupanya rombongan pengantin lelaki tu dah ada kat rumah pun. Lerrr.. ni ape pesen main serbu ajak kawen ni?

cepat laaaa
haa yelah yelaah kawenlah

Maka aku pun bergegas pakai je apa yang ada, nak turun bawah untuk majlis akad nikah. Dah separuh jalan kat tangga, baru terperasan yang aku pakai baju nikah tapi berkain batik. Hahahahaha. Naik atas balik, melilau cari mana laaaa kain aku ni. Dah jumpa. Amboi kemain seksi lagi pesen kain ni, sape tah yang design ni? Semace hareee betei. Lantak. Tengok cermin. Aaahhhhhhh.. tak mekap lagi! Aku tak booking tukang mekap, tak booking OP. Ape kejadahnya majlis aku ni oiiiiii???!

Mujurlah masa tu nampak dak Anji dengan kawannya si Pidah tu. Merayu-rayu laa aku kat dorang suruh dorang mekapkan. Hahaha bangang. Akhirnya dimekapkanlah mukaku sekadarnya saje. Turun bawah, dan pegilah cari bantal nak duduk tu kan. Aku pandang sekilas, nampaklah bakal suami tengah duduk mengadap tok kadi. Muka dia.. hmmmmm.. biasa-biasa je. Tak hensem sangat, tapi taklah buruk. Kira bolehlah dibawak ke majlis. Nampak macam muda setahun, tak pun baya-baya aku. Ah lantaklah. 

Eh awak. Awak tak kenal saya, cemana awak sudi duduk depan tok kadi tu nak menikah dengan saya eh? Awak tak kisah ke tak kenal saya? Awak kena paksa ke? Ke awak memang dah lama kenal saya tapi saya je yang tak kenal awak? <-- monolog seorang pengantin perempuan segera.

Masa aku dah duduk tu, dengarlah orang sekitar dok bercerita pasal bakal suami. Yang aku dengar, dia tu gembala lembu. 

hai, saye adelah contoh gembala lembu

Selesai je nikah, aku pun pegi lepak dengan kawan-kawan (boleh gitu? bukan nak pegi salam suami tu ke ape ke hahaha). Tapi masa tu memang aku rasa cam bodohnye aku ni, kenapalah aku tak teringat langsung nak book OP. Rugi je aku nikah takde gambau, sedih ok. 

macam ni rupanya perasaan lepas nikah, kata aku pada member aku
rasa ape?
ntah, tapi rasa macam dah lepas la satu bala hahahaha

Sambung lagi berfikir sambil berborak.

kira semua dah lepas la kan, aku last kan
ye kot
eh.. tak tak.. ade lagi dua orang.. lupe plak. sori sori
hmmmmmm, kawan-kawan aku menunduk muka sket. Alahai, janganlah kecik ati. Huhuhu

Komdian... truuuuuuutttt. Bunyik alarm. Azan subuh sudah. Hehehe. Sekian kisah mimpi aku hehehe. Ade komen? Sila bagitau.

Friday, April 20, 2012

Monday, April 16, 2012

779: PTPTN punya angkara


Kat fb dan tuiter, sana sini orang dok pungpang pasal PTPTN. Opkoslah ramai yang mengeji orang-orang yang buat demo-lo-ni-tok-supo-mulo tu. Aku? Pada awalnya baca jelah. Nak buat cemana, aku ni pon minjam PTPTN gak.

Dulu penah laa bayau, tapi sejak keje kat opis sekarang ni dah takde bayau tetap macam kat opis sebelum ni. Sebab.. dulu gaji aku kat opis lama tu lebih banyak daripada opis sekarang (ni cite tahun 2003 ye). Komdian bila beli kete, alamat memang tak dapatlah nak bayau utang PTPTN tu. Ah sure ramai yang mempersoal, kalau tau tak mampu, buat ape beli kete? Oii aku beli kancil 660 je, deposit pun Angah yang bagi duit. Aku ni asalnya memang takde la berangan nak pakai kete, sebab sedar diri tak mampu. Tapi sebab aku ade abang-abang yang concern, deswailah aku boleh pakai kete - boleh beli rumah. Tu sume ehsan Angah. Jadi jangan ade yang nak kata aku ni mampu beli itu ini tapi utang takmo bayau. Aku tampau kang saje je.

Sepanjang keje kat sini dengan gaji yang masa tu tak sampai seribu pun, memang ade jugak rasa nak ansur sket-sket bayau. At least RM50 ke, RM100 ke. Tapi apelah ertinya aku letak RM50 bulan-bulan dengan niat nak bayau utang tapi rupanya aku ni setakat bayau kos pentadbiran je - utang aku seposen pun tak berusik. Ko rasa cemana? AKU MEMANG NAK BAYAU UTANG AKU TU TAPI MASALAHNYE TU LAH. Sejak bila aku ade berhutang dengan pentadbir PTPTN aku pun tatau. Daripada aku ade rasa nak bayau, terus cam malas.

Ada yang kata budak-budak scene PTPTN ni dok joliiii je duit pinjaman tu pehtu nak bising-bising. Well aku tak nafikan wujud keadaan tu, tapi bukan seme ok. Jangan nak hukum semorang atas perbuatan sesetengah orang. Aku duluuuuuuuuu sampai gastrik² demi nak berjimat cermat duit PTPTN tu tau tak. Siap boleh bagi member-member pinjam, abang aku pun pinjam - punya laa aku tak berjimba langsung duit tu. Zaman study memang aku tak nonton wayang, apatah lagi Secret Recipe, dan segala maknika makanan2 mahal. Memang takde.

Pastu ade pulak yang kata, tuuuu pegi jalan-jalan seme tu boleh pulak? Haaaa.. meh sini nak cakap. Bajet aku jalan-jalan tu jarang laaa yang mahal. Kalau ade pegi obersi tu, mostly opis trip. Dan kalau ade yang aku pegi sendiri, aku amek trip yang murah. Kalau nak tunggu utang PTPTN aku setel baru aku boleh pegi jalan-jalan, kemungkinan besau aku dah meninggal pun aku tak menyampai lagi Vietnam tu agaknya. Oh salah eh? Ok la ok la.

Bak kata sorang member di tuiter. Kebanyakan yang pegi demo tu bukannya tatau yang PTPTN tu mustahil dimansuhkan. Dorang tau. Tapi dorang juga tahu yang kalau dorang tak buat apa-apa, kerajaan takkan amek kisah pun hal PTPTN ni. At least kalau tak dapat dimansuhkan keseluruhannya, dapat dimansuhkan kos pentadbiran dan bunga yang bongok tu pon ok la. Itu pun dah besau rahmat dah rasanya.

Macam laa kalau kita mintak bonus 4 bulan kat bos. Orang lain aku tatau la, tapi kalau kitorang kat sini memang tahu mende tu mustahil. Sebulan pun tak sure lagi bole dapat. Tapi kalau kitorang tak suarakan apa yang kitorang nak kat bos, cemana bos nak tahu ape kehendak kitorang? Kalau tak cakap-cakap selalu, cemana bos nak tahu yang kitorang memang nak sangat bonus tu. Kalau tak dapat sebulan, setengah bulan pun jadilah. Gitulah matematiknya. Tak dapat semua, dapat separuh pun dah kira satu pencapaian.

Aku bajet orang yang dok maki-maki pendemo PTPTN ni sama ada..

1. tak minjam pun PTPTN so dorang tatau ape masalah yang kitorang peminjam ni hadap dah bertahun-tahun. siyes kalau ko samakan pinjam PTPTN dengan loan kete, ko la yang bodoh. ko bayau duit kete bulan-bulan kene bayau kos pentadbiran ke?
2. dah abes bayau so gelabah kutu tak puas ati - kot laa tetibe PM kata boleh mansuh; ataupun
3. pro. pro mana? lu pikirlah sendirik.

Hahahaha. Hal PTPTN ni memang boleh buat darah aku naik lif *kunyah singgam laju-laju*

Friday, April 13, 2012

778: Cherating's Trip

Dah beberapa minggu lepas pun aku pegi sana sebenarnya. Takde mood nak cerita pada awalnya, sebab.. sebab takde mood le. Lagipun gambar-gambar kene amek kat FB dulu since kamera aku sudah buat hal. Ntah rosak ke apetah tataulah. Adiah birthday tahun depan nak rikues kamera bole tak? *tetibe*

Macam biasa, trip bertiga. Patutnya berempat, tapi cik manager tu tetibe ade hal pulak pasal kejenya. Apekan daya takde rejeki huhu. Maka sesubuh hening sabtu 31 Mac aritu, dah bangun sesiap, arinie aku kena drive ke sana. Heh. Nebes siot, aku tak penah drive lalu Karak tu.

2 gambar di atas adalah sebelum dan semasa nak ke Kuantan2 gambar di bawah masa dah sampai Berjaya Megamall Kuantan

Kitorang tak pegi Cherating terus. Kitorang ke BMK, nak tengok muvie dulu hahahaha. Saje je since kat Cherating bukan ade ape pun kan? (orang cakap). Dari KL ke Kuantan, aku mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Jalan lapang je, alhamdulillah.. tapi aku ngantok oi sebenarnya.

Minum-minum stabak, amek teket - konon nak awalkan tapi gagal, soping-soping, birak. Eh aku suka toilet kat BMK. Veryyyyy privacy. Aku suka. Bersih dan tenang. Aku nak birak pun rasa lapang pikiran. Suka suka.


Kat situ sampai petang. Komdian teruslah ke Cherating. Pegi pakai baca signboard je memasing hahahaha. Demmit. Aku ni ade satu pangai sebenarnya.. kalau pegi tempat pelik-pelik, aku prefer at least kita tau cemana nak pegi sana. I is hate sesat. Sesat adalah membencikan kerana menghabiskan petrol dan memenatkan kaki. If you know what I mean. Hehe. Tapi yang ni mujurlah tau la jugak nak menghala ke mana. Ok ayat aku dah berterabur. Next!

Sampai kat hotel nak dekat pukul 8 malam sebab jem tahap kuda kepang kat area Cherating tu. Aku syak ade Jom Heboh. Tapi orang hotel kata ade eksiden yang melibatkan 2 ketoi lori. Oleh kerana aku kepenatan, so plan malam tu yang konon-konon nak pegi makan ikan bakar adalah dibatalkan sebab aku tak kuasa nak layan jem tu lagi skali. Abes semua pahala amal ibadat aku terbakau aritu sebab dok mencaroootttttt je hahahahah.

Malam dok layan Oh!My School kat utube. Sambil makan megi. Heheh.

Esoknya bangun pukul 8 plus plus. Saje nak jalan tepi pantai. Nak mandi-mandi, malas nak basahkan baju. Tak kuasa aku. Not in the mood.

Gambar dorang berdua yang tengah posing syok sendiri ni adalah ketika sedang menunggu aku birak. Hahahaha nasiblah.

eksen je atas motor tu. RM50 kalau nak naik. aku adalah kedekut dan bajet so posing je. pic bawah atas boyan tu sebenarnya nak tunjuk gelang kaki. tapi macam tak nampak jeww

hah sekarang baru nampak. mana satu kaki aku, kalau korang terel cer teka.

Menjelang tengahari, cekaout. Cari tempat makan punye laa susah. Aku takmo la makan kat KL kan, ape barang. Tapi takde pon kedai yang menggamit. Last-last jumpe kedai nasik arab kat area Petronas belah-belah Pantai Chenang ke apetah namanya. Makan kat situ jelah. Apa barang betei datang Cherating makan nasik arab. Huh.

Balik tu hujan. Sampai KL dah petang. Singgah Tutti Fruti, sambil tengok lagi Oh!My School guna wifi TF. Balik umah member aku, sambung lagi tengok sampai isyak. Kemdian kuar gi makan. Aku nak air kelapa tapi tak jumpe T__T

Esok lepas menguruskan hal makcik sorang tu, shoot ke Bukit Tinggi, Klang. Saje nak makan kat Igentis yang dirindui. Aku mengalami kemurungan hari tu sebab tataulah.. rasa buruk. Baju tak cantik di badan T____T

ma feveret - black pepper udon. sedap nok mapuh kerah!

Itu jelah. Dah abesssss~

Monday, April 09, 2012

777: Orang yang pendiam bila sesekali buat lawak, boleh tahan jahanam gak ye

Kisah ni berlaku dalam tahun 1997. Masa tu aku Form 5. Korang tu aku tatau laa umor berapa tah masa tu. Kot ade yang dah kawen anak satu ka, kot baru tadika ka, kot baru nak period ke ape. Itu koranglah. Aku baru nak SPM tahun tu hehehe. Dan terjadi masa aku tak datang sekolah. Gastrik agaknya, tak pun demam. Most probably gastrik. Tak sure.

Bila kekawan seme dah balik dari sekolah, dorang pun berceritalah. Oh sebelum tu meh la aku kenalkan sorang classmate aku. Nama beliau Hazlina. Dia ni walaupun satu kelas dengan kitorang dari Form 1, tapi tah kenapa macam tak berapa nak rapat dengan dia. Mebi sebab dia sorang outsider, kitorang sume dok asrama. Mebi laaaa.. Dia ni kira pendiam gitu, yang dia tau gelak je hahaha.

Ok sambung.

Bila kekawan seme dah balik dari sekolah, dorang pun berceritalah.

ko takde kat sekolah arinie, dah ade orang lain ganti tempat ko
hah?
jadi tukang lawak kat kelas
sape?
dak Hazlina
waaaah sejak bila dia pandai melawak2 ni? hahahahaha~

Maka mereka pun bercerita. Ini betul-betul punya cerita ni.

Dalam kelas sementara tunggu cikgu masuk. Mereka pun pakat berbual. Entah macamana keluarlah cerita pasal hal jodoh dan nasib - gitulah. Tetibe si Hazlina ni cakap..

orang kata, kalau kat tapak tangan ade tanda bentuk tulang ikan, nanti dia kawen dengan orang kaya
eh ye ke???
ha'ah, aku dengar macam tu la..

So semua orang pun belek laa tapak tangan masing-masing dengan gelojoh. Semua dok cari bentuk tulang ikan kat tapak tangan.

takde laa.. ko ade?
takde
aku ada - kata Hazlina dengan tenang
haaaaaa nak tengok!!!! nak tengok!!!!

Kemdian dia pun mengunjukkan tapak tangan beliau..

contoh gambaran seperti di hari kejadian. ni tapak tangan aku

Aku yang mendengar cerita terus tergolek masuk bawah katil. Hahahahahahaha!!!

Friday, April 06, 2012

776: Hari-hari..


hari ini hari Jumaat
malam ni malam Sabtu
esok hari Sabtu
malam ni malam Ahad
lusa hari Ahad
malam ni malam Isnin
kemudian hari Isnin

lepas hari Isnin
malam tu malam Selasa
datang hari Selasa
malam tu malam Rabu
kemudian hari Rabu
malam tu malam Khamis
lepas Rabu hari Khamis
malam tu malam Jumaat
kemudian baru Jumaat

sekian.

Tuesday, April 03, 2012