Wednesday, May 30, 2012

793: Bukan WW arinie

Aku tak pahamlah
Kalau korang la kan
Korang nak ke mintak keje balik
kat opis yang pernah ko songlap duitnya dulu?
Dah la nak mintak keje balik
Ada hati nak demand gaji

Mestilah tak kan.

Tapi ade orang tu
Serius
Aku tak paham
Kulit muka tebal cam kulit badak ke cemana???

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~

unbelievable 

Monday, May 28, 2012

792: Trip to Pulau Langkawi + Pulau Tuba - siri 3

Pagi-pagi buta kitorang dah bangkit, sebab nak sarap pukul 7 pagi dan terus island hoping. Ni hal keje lagi ni tau.. Btw, semalamnya aku gestrik peringkat A so tak berapa makan sangat. Pagi ni ade nasik lemak, pun aku tak berani nak makan. Menyamah (bak kata orang Melaka - means menjamah) je dalam sesudu dua gitu sebab dorang kata sambal sedap. Mujur alhamdulillah pagi ni macam dah takde rasa gestrik lagi. Mujarab jugak krim susu kambing plus gamat tu, syukur.

Baru je aku nak suap kuih dalam mulut, tetibe pakcik-pakcik yang dok melayan blues tepi pantai tu panggil-panggil kitorang. Suruh amek gambau. Aku eksaited nak tengok amendenya yang pakcik tu dok hingaq, sekali mata aku dijamu dengan pemandangan ini.... 

tssskk. Subnahallah. terasa bagai di obersi. huehehehhe.

Lepas sarap terus cek in dan hope in dalam van. Sampai jeti, dan naik bot. Kitorang dok keliling-keliling area pulau yang ade kat situ. Hah aku letak pic la ye.

 teruk kene kutuk dengan adek kenteng kat belakang tu sebab snap muka sendiri. ek eleeeh suke ah :p



kat Pantai Beras Basah. dorang je mandi, aku dengan kakak PA tak join sebab malas nak angkut baju basah balik umah

So itu jelah. Abes island hoping, balik Langkawi. Lunch. Shoot gi singgah beli cekelat last untuk osmet aku, gi epot. Cek in, naik ketebang. Sampai Subang. Naik kete dengan adik kepada Adik Panjang. Sempat solat siap-siap kat epot. Sampai umah around 3pm++ rasanya. 

Sekian.....~ 


Friday, May 25, 2012

791: Trip to Pulau Langkawi + Pulau Tuba - siri 2

Lepas amek bos, kitorang dah siap-siap cekaut dari hotel dan terus ke jeti untuk ke Pulau Tuba. Sape tatau kat celah mana Pulau Tuba tu, nah aku kepilkan sekali mapnya untuk tatapan dan pelajaran geografi kita pada hari jemaat yang berbahagia ini.


Sementara nunggu bot, ngambik gambau. Guna hempon je kali ni since kamera aku problem. Chargernye kot yang problem, nantilah aku cek balik. Gambau posing ade gak tapi kat kamera Mr Sivaji. Masa dia sampai tu, aku tanye.

bos bawak kamera tak?
ada
bos amekkan gambau saye jap eh
*pasrah*

Hahahahaahhaha!!!



Cantek bukan? Feeling-feeling obersi sangat. Kemdian terus la kitorang naik bot. Tak lama pun, tapi tak tengok lak berapa menet sebab asyik asyik asyik asyik asyiknya bercintaaaaa tengok pemandangan. Kemdian sampailah kami!


Sebelum pegi, kitorang diberitahu yang pulau ni takde kemudahan elektrik. Tssskkkk~ Apekah. Takkan Pulau Langkawi berkelip-kelipan, Pulau Tuba nan sekangkang helang je jaraknya takde elektrik? Tsssk. Tapi takdelah. Dari jeti nak ke chalet tu, ade je tiang letrik aku tengok. Ceh. Secara amnya, memang pulau ni jauh tak membangun la berbanding dengan Langkawi. Jauh jauh. Mujur ade estro yang menunjukkan ade kemasukan ciri pembangunan kehkeh.

Dah sampai chalet. Ntah chalet ke ape nak panggil pun tatau tapi chalet la kot agaknya. Chaletlah.


Ni pemandangan dari depan chalet. Haaaaa sukanya hati aku masa ni! Sebab dah terbayang esok subuh boleh laa terjun tiruk kat pantai nun. Tapiiiiiiii tak payah nak berangan sangatlah. Pantai ni tak sesuai untuk mandi manda. Pantai selut. Tsskkk. Takpelah, kita hayati pemandangan je pun kira syukur alhamdulillah bukan? Cantek la ni kan kan.

Check in. Semayang. Kemdian siap-siap pegi lunch kat kedai dekat situ. Macam pekan mati je area tu.. aku tak snap plak pic kampungnya.. tapi memang ala-ala pekan matilah. Bukanlah bermaksud ade mayat ke zombi ke merayau2. Alaa paham2 jelah ye tak. Hehe.

Dah setel, terus mulakan tujuan asal kitorang ke mari. Iaitu kerja. Round-round tengok kawasan, berenti snap pic. Macam tu jelah sampai petang. Sampai ke Pulau Dayang Bunting jugaklah abang van tu bawak.






Cantek pemandangan... subhanallah :) Berjalan ni sampai petang sungguh. Pastu singgah pasar malam. Oh ye. Pasar malam dorang adalah dalam 3 - 4 kedai je, bukan pasar malam biasa tu tau. Minum jap kat kedai seblah pasar malam tu pastu balik.

Malamnya pulak kitorang buat BBQ. Aku tak snap pic amende pun sebab kegulapan kegulitaan. Tapi langit sangat cerah malam tu. Aku ni sampaikan terpaksa pause kejap nak tengok tv sebab Mr Sivaji paksa aku pegi tengok bintang-bintang di langit. Sabau jelah baby. Huuuu~

Sambung lagi! Sebab aktiviti esok ni pon banyak gambau. Hehehehe~

Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 22, 2012

789: Trip to Pulau Langkawi + Pulau Tuba - siri 1

Kepergian ini sebenarnya lebih kepada trip untuk kerja. Dapat projek kat sana tu.. sebab tu pegi Langkawi. Ala-ala last menet gak la, lagipun projek ni tak lama - 2 bulan je. Patutnya pegi 10hb - 12hb aritu, tapi terpaksa postpone sebab bertindih dengan jadual Mr Sivaji. Sebelum aku mengkompiuskan orang, ingin aku tegaskan di sini bahawa Mr Sivaji adalah sekaum dengan aku. 

Pegi sanun naik flite Fire Fly. Eh eja dekat ke jauh? Ah lantak. Sampai sana, amek kete - terus check in. Lepas check in, kita kasik check in makanan dalam perut dulu. Oh ye. Mr Sivaji takde hari ni, esok baru dia datang. Yeahuuuuuuuu!!!~

hotel tersebut

Lepas makan, ronda cari ikan bilis dulu. Ini kerana kat sana kat cuti ari Jumaat, so kita setelkan dulu bab-bab soping ni. Dah beli ikan bilis (aku tak beli la), pegi cari barangan berasaskan gamat. Stendetlah hehe. Mak aku kirim minyak gamat dengan bam gamat. Masalahnya bam gamat bukan ade satu jenis je, berpinau mata aku nak milih. Aku rasa musti mak nak yang panas-panas la kot kan. Untuk aku plak, aku sambau krim susu kambing + gamat. Kaki aku sakitlah lately sejak-sejak terpijak earphone dak Anne aritu. Mungkin jugak akibat pertambahan berat badan T____________T tsskkkk~

Setel bab gamat. Kitorang terjah cable car. Aterr Kakak PA tak penah naik. Aku dah naik dah dulu sekali, bila dengar tiket RM30 malaslah aku nak naik. Tapi bila dah sampai, boleh dapat rege RM15 rupanya. So.. bolehlah.


Giler berkabus dah masa tu. Dah petang sangat pun.. nak ke skybridge pun dah ditutup. Tak kisahlah janji lepas keinginan orang yang tak pernah naik. Btw, aku sorang je yang tak gayat masa dalam cable car tu. Aku ingatkan jantan-jantan ni berani la. Sekali semuanya muka pucat, berdiri pun takmo muahahahahha tampo kang. Hahahaha.

Lepas dah setel, terus terjah tempat-tempat nak beli cekelat. Aku tak beli sangatlah. Dalam RM30 je hahahaha. Malaslah aku. Dah la tengah bulan ni. Walaupun Mr Sivaji ade bagi duit belanja sorang RM200, tapi aku prefer untuk tidak membelanjakan beliau sebab belen gaji aku pun ade dalam RM100++ je. Sadisss.. ahahaha. Dah abes berbelanja, kitorang pun dinner. Makan kat cafe seberang sungai daripada hotel kitorang tu. Impressive. Harga berpatutan menawan ibu, presentation makanan bertaraf hotel. Fuh kemain lagi aku up ye. Hehehe.

nampak tu dia punya menu, besi tu tau frame dia. giler berat! hahaha

Lepas makan, dorang nak ronda pi kedai mana. Aku dah berlari balik hotel nak tengok Secret Garden.

Esoknya. Kitorang sarapan siap-siap kat hotel. Ah pagi tu aku dah dilanda gastrik tahap 1. Means masih boleh berjalan dan makan, dengan syarat jaga makan jangan sampai tersilap. Lepas makan, terus shoot ke Makam Mahsuri. Memang feel-feel pelanconglah hahaha. Di sini ingin saye cadangkan kepada pihak di sana.. tentang video kisah Mahsuri tu.. boleh tak tolong buat semula? Saye cadangkan watak Mahsuri diberi kepada Neelofa, sekian terima kasih.

Lepas lawatan tersebut, kitorang terjah ke area Beras Terbakar sanun. Dapatlah aku sambau selai baju tidor. 

Komdian dah pukul 11 lebih, kene pegi amek bos kat epot. Ok part situ dan seterusnya akan diapdet selepas ini. Hueheheheheh.

Wednesday, May 16, 2012

788: WW - "kita orang Melayu, orang Islam - kita tak minum air ni"


#saye orang Korea, so saye boleh la minum air lain selain dari air suam. harap maklong

Monday, May 14, 2012

787: Perihal Mimpi Lagi.. hehehe

Lately aku memang banyak mimpi yang pelik-pelik. Kemain retis je pulak tu yang sesat (lagi menyesatkan? ok bukan, itu setan) masuk mimpi adik ni tawwww..

Aritu aku mimpi Najwa Latip. Kejadah sangat kan. Mimpinya lebih kurang.. macam.. kat sekolah ke cemana tah la gitu. Ke konsert? Ah gitulah. Pastu ntah cemana boleh terserempak dengan NL. Pastu tetobe je dia nanges. Beriya-iya pulak tu nangesnya. Aku tanyelah kenapa nanges beriya nau ni?

kenapa akak tak minat saya? kenapa kak?

Panik siak aku. Ko bayangkan dia cakap gitu sambil menanges yang macam.. sedih sangatlah aku tak minat dia. Bercucuran airmata siap tekup tangan kat muka. Macam berdosa giler pulak aku rasa. Memandangkan aku ni berjiwa lembut walaupun dalam mimpi, aku pun grab la bahu dia gitu, pujuk-pujuk dia.. cam lahaaa je aksi aku puiiiii.

eh mana ade tak minat.. akak suka.. sedap per lagu NL..

Tahi. Lagi nak memohong. Sibbaik dalam mimpi. 

adik, pasni jangan kaco kakak tidor lagi ok? plish? 

Pagi tadi pulak nak kata mimpi.. ntah lah. Campur kot. Sedar dalam mimpi ke tataulah nak cakap. Ekcely aku tersedar masa dak Anne bangun gi mandi, tapi ntah kenapa dalam kepala aku, aku tak feel yang itu Anne - tapi Mak Mah.

cak!

Kenapa. Kenapa semuanya perempuan? Kenapaaaaaaa T_______T

bila awak nak masuk mimpi saye ni adik sayam?

Friday, May 11, 2012

786: Rasa tak best

Ini minggu kedua.

Aku rasa macam ada yang tak kena dengan badan aku. Jantung dan tekanan darah la to be exact. Selalu berdebar, rasa sempit dalam dada, nak tarik napas pun takleh panjang-panjang sebab nanti end up dengan batuk. Dan sekarang memang dah batuk.

Aritu kat area dada pun sakit. Kalau ditekan, boleh rasa sakitnya tu. Masa tu ada la tanda merah, sekarang dah takde.Ditekan pun dah tak sakit dah. Tapi kesempitan dalam dada itu masih ada lagi.

Aku adalah. Malas nak gi klenet. Sekian..


Wednesday, May 09, 2012

Friday, May 04, 2012

784: Coti-Coti Lexis, PD

Ah giler lama kan aku peram cite cuti ni hah. Takde mood la hoi nak tulis. Bila ade mood kang, tenet buat hal la, banyak keje la, pajadah harom seme mengacau. Makanya aku try laa curi masa sket. Kalau dapat korang baca ari Jumaat maknanya berjaya le aku setelkan. Kalau korang baca ni ari Senin.. yaaaa.. ape-ape jelah hahahahah.

So!

Aku dan kekawan kroni yang biasa tu sudah bercuti-cuti ke Lexis, Port Dickson. Konon nak masuk Grand Lexis tapi harga separuh yang kampeni dak Anne kasik tu tak membabitkan GL le pulok. Sedih sket tapi takpelah. Dapat parking sebelah GL pon jadi hahahha. Perjalanan pagi tu.. nak kene cite ke? Malas bole? Tapi pendekkan cite, aku naik train sampai stesen KL komdian terus ke PD naik kete dak Che'.

Sampai awal gak walaupun kitorang sesat barat.. eh bukan sesat, salah jalan jewwwww #denial. Pegi kaunter nak check in, kemain minah tu speaking dengan aku. Tapi dengan staff boleh plak cakap Melayu. Ape Eastern sangat ke muka aku ni sampai ko nak speaking dengan aku? Takpelah. Mungkin penampilan aku yang selekeh-selekeh cantek tu nampak cam minah Arab baru kena buang daerah gaknye. Pastu kitorang ni lupe plak pasal kene bayau deposit nak masuk hotel. Pucat kejap gusi saye yang Arabic ni. Mintak kurang half, mujur dilayan. Hehehe. Ok check in sekarang.

ni katil aku! queen size, dok sorang, tepi tingkap, hadap laut. weeeeeeee~

Bilik ni kongsi bertiga. Aku lupa plak nak eksplen kat member dua orang lagi tu kenapa aku KENA dok sorang. Jawapannya ialah.. masa trip PD awal tahun tu, dak Liana dok sorang, bila trip Cherating dak Che' plak dok sorang. So kali ni turn aku la pulak kan? Adil kan aku. Hehehe. 



Amacam, nganga mulut la kan. Sebagai saurang miskin bandar, mesti la menganga-nganga. Jakun la sangat macam la tak penah masuk hotel besau hahahahaha. Tapi ade sket keanehan la. Malas nak cite, korang pegi la check in sana nanti taulah ape dia hehe. 

Oh. Masa ni baru kitorang berdua je sampai. Dah order mekdi kat Liana sebab takmo kuar dah. Si Rozan dengan laki dia on the way lagi. Kitorang pun mengambil kesempatan berguling tapir keliling bilik. Ai laikee sangat.. Lagi satu lupe nak cite. Ekcely trip kali ni untuk selebret besday dak Liana dan Che'. Dah terlepas pun padahal, tak kisahlah hehe. So petang tu kitorang buat penyerahan hadiah dulu. Kek makan malam kang sebab.. tatau nak cari port kat mana. 

ni dua orang punya hadiah atas pilihan sendiri hehehe

Lepas asar, Rozan datang bilik. Ajak kitorang gi sauna. Aih lupe plak sauna free, ye tak ye gak. So siap-siap dan bergeraaakkkk wahai demi untuk negara.. 

posing sebelum memanas dan memeluhkan badan sebagai bukti 

Dalam sejam gak la bersauna. Kurus la kejap. Hahahahhaha. Komdian terus round-round kat area chaletnya. Kitorang tak amek yang chalet ni sebab kene tambah lagi.. tak mampu uols. Dah la masa ni blom gaji. Kemain tak sadar diri memasing kehkeh.


kemain lagi feeling gitu. ni kalau orang gile mancing memang seswai sangat. campak je mata kail ikot tingkap. hehe

Malam tu kitorang kuar la beramai-ramai. Nak dinner. Nak potong kek. Dak Rozan tak aplod pon pic dinner, nyampah aku. Aku nak tunjuk gambau aku menikmati air kelapa hidup pun tak dapat T___T takmo kawan 2 menet!

makan laju-laju sebab kek eskrem satu hal, lagi satu sebab macam nak ujan. potong kek pakai sudu jewww kehkehkeh

Lepas makan takde wat mende pun. PD ape je ade pun kan. Pasar malam dah pegi dah aritu, nak pegi buat ape lagi - dah la belom gaji (again). So duduk je dalam bilik menikmati bilik yang hebat ni dengan bersungguh-sungguh. Layan utube. Tengok tv. Pakai masker. Iron baju. Hah. Iron hotel ni dia bagi pakai sejam je. Kedek betei. Pastu nak tambah towel kalu, kene bayau lagi. Denggggg.

Esoknya. Seawal 7.30 pagi dah turun nak mencekik sebab sarapan mahal. Dapat la kupon sarapan untuk 2 orang, tapi lagi sorang punye part kitorang bertiga ni tong-tong la. Sorang RM11. Jadinya.. RM33 untuk brekpes yee.. Makanya.. sila makan seperti orang kebuluran tahap Somalia.


Lepas sarapan. Naik atas, yang lain pakat tidor. Aku layan utube. Mandi-mandi. Pukul 1 gitu tak silap aku, kitorang pun balik ke kawasan masing-masing.. hahahaha. Takde buat apepun. Memang cuti nak berehat je kali ni. Hohohohoho~