Friday, June 29, 2012

804: Tulong! Tulong Bamberahim!


Aku berkenan sangat dress ni.
Especially yang belah kanan tu.
Sebab tangan dia panjang.
Walaupun kalau diikutkan dari segi material, yang belah kiri lagi anggun.
Tangan dia tak cukup panjang le pulop.

Mana nak cari?
Dress ni seme kat Poplook
Tapi seme dah keluar dari stok (out of stock) tssskk

Sape ade jumpe
Atau dah beli tapi tak berkenan
Meh le letgo ke saye
Saye pakai saiz S untuk kedua-dua pesen di atas
(dah tengok mesyemen kat webnye)
Pleaseeee...

Jangan biarkan hidup saye diselubungi..
DRESSSSSSSSSSSSS sampai STRESSSSSSS

(jangan jual memahal laks. kat Poplook bawah 80. letgo ke saye 50 dah la eh? hahahaha)

Wednesday, June 27, 2012

803: Mak saye ade kat sini :)

gambau cilok dari fb abamkewwww

Monday, June 25, 2012

802: Tiada Sabtu Seindah Sabtu 23 Jun 2012

Sabtu lepas sebenarnya ada beberapa perkara yang patut dibuat. Patutnya aku kena kerja - kena la pegi jumpe rakyat tapi aku terpaksa la tak pergi sebab nak jumpe lawyer rumah. Sekali pulak abang aku kata takleh nak pegi sebab ada hal yang tak dapat dinegotiate. Rancangan aku sebenarnya lepas jumpe lawyer tu, nak turun KL - nak ajak kawan-kawan jumpe boifren aku jap.

Oleh kerana dah kensel jumpe lawyer, dapatlah aku keluar awal.. So shoot naik komuter pukul 11 lebih, sampai kat stesen KL pukul 12. Jumpe dak Che' dan Liana kat restoran dalam Dayabumi (eh betul kan tu bangunan Dayabumi? hahaha). Layan milo ais sepam, kendian terus ke CM.

Kat CM rupanya ada event apetah, event jumpe PM kalau tak silap aku tapi tak start lagi. Takpelah, aku datang bukan nak jumpe PM. Aku nak jumpe boipren aku! Katanya kat Annexe. Aku ni last datang CM pun aku tak ingat, apatah lagi Annexe tu. Dan sampai, aku tak nampaklah pulak kat mana dia. Ish.. bukak FB, pun tak bagitau exact venue. Cuma cakap kat Annexe.. huhu. Aku dah cuak la sket, takut tak dapat jumpe. Huhuh. Turun naik turun naik.. last-last tanya je kat budak kedai bawah tu kot-kot dia tau. Mujurlah dia tau :)

Bila dah sampai, pun tak tau jugak kat mana. Main terjah je, tapi tengok si Pekin Ibrahim dengan Danny X-Factor tengah bercakap-cakap. Ish. Dia dah balik ke ape? Aku lambat ke ape? T_____T Kemdian tanya kat mamat yang kat tepi tu, dia kata blom lagi. Phewwwwwwww. Sementara nak tunggu boipren sampai, aku round-round dulu kat dalam tu..


Kat dalam ade jual macam-macam, tapi aku stick pada niat asal aku je so memang tak beli apelah. Kebetulan ternampak Ady tengah jual buku hehehehe. Bila dah balik tu baru laa macam.. eh apsal aku tak beli je buku kat dia eh. Tapi memang aku dah cakap, aku datang dengan satu tujuan je (mebi dua tiga tapi berputar pada satu tujuan jugak sebenarnya). Kemudian aku terjah balik tempat tadi tu, jengah-jengah sambil cari mana laaaa boipren aku nih. Tengah aku hegeh-hegeh sambil usha Zahiril Adzim dan wifenye tu.. member-member aku kat luar tu panggil-panggil aku sambil tunjuk seseorang. Ehhhh.. bila masa dia ade kat sini? Bila dia sampai??? *terkesima kepanikan abadi*

Snap pic satu tapi tak puas ati. Aku pegi lari jap beli sesuatu. Buku la senang cakap, dan patah balik ke tempat kejadian. Kali ni...

YEAHUUUUUUUU!!!!!!

Eieieieieiei rasa nak polokkkk je abamku yang kacak bergaya lagi diredhoi ni! Aku snap ni seme pakai hempon je tau.. aterrrr kamera buat perangai. Pastu kebodohan pulak tu lupa nak pesan kat member-member soh bawak kamera dorang. Frust paham tak frust? Demmit demmit. Takpelah.. aku snap je ikut kemampuan aku.




Ya Allah.. terima kasih kerana atas rahmatMu, Kau benarkan abam Faizal Hussein ini untuk wujud dan hidup sihat walafiat di dunia ini. Terima kasih Ya Allah... *raup muka*


Sebenarnya sabtu tu beliau melancarkan buku biografinye yang bertajuk Limelight. RM30 je, boleh beli online jugak. Kot laa ade yang teringin, silelah hehehe. Nah baca sinopsisnye untuk pembakar semangat.


Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail. Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku LIMELIGHT. 

LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang. Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair. 

LIMELIGHT menceritakan bagaimana mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industri perfileman tanahair. 

Faizal juga menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan Bunohan (2012).


Bagi aku sebagai #UltrasFaizalHussein, aku mahu sambungan untuk buku ni. Nipis bangg... tak puas baca. Aku harap satu hari nanti, dia akan publish lagi buku - kasik tebal macam kamus plisssss. Tapi bak kata beliau di hari kejadian, memang susah jugak nak cramp pengalaman 40 tahun tu dalam buku senipis ni. Saye mintak ni, plis buat sambungan. Sequal ke ape ke, buat ok?

Orang hensem tulisan tak berapa hensem adalah normal. Tapi tetap jugak ailebiu! I is not care! Hohohoho~

Friday, June 22, 2012

801: Abah Saye Power

Saje nak cerita pasal abah. Sementara aku masih ingat lagi, kot esok-esok dah nyanyuk, tak ke rugi kalau kenangan dan pengalaman tu terkompol dalam otak kerut-kerut aku ni kan. Hehe..

Abah aku adelah seorang guru besau. Mengajau kat sekolah dalam kem, memang mengajau anak-anak sojar la semenye. Tak anak sojar, anak cikgu la jugak yang diajaunya. Rasanya, Abang Chik, Abg Nan dengan aku je yang merasa satu sekolah dengan abah. Susah sket satu sekolah dengan abah ni. Satu, aku tak reti nak panggil dia 'cikgu', kalau panggil 'abah' sure kena marah. Err dah tu? Tak retilah. Dua, politik sekolah. Cikgu tak puas hati kat abah, aku yang kena. Aku ni pulak bukan jenis mengadu oi. Hmmmm takpelah. Malas nak pikir. Tiga, aku tatau nak cakap cemana tapi.. hahahahhaah.

Aku tataulah peranan guru besau sekarang. Tapi dulu.. bila exam akhir tahun, semua (ke ade yang terpilih je, tataulah) paper exam tu akan dicheck oleh guru besau. Sebab.. aku ingat abah check paper exam batch aku padahal dia tak mengajau pon kitorang. So korang bayangkan betapa traumanya aku (HAHAHHAAHA) bila dia check paper exam aku. Memang kene hentam kat umah tu kaw-kaw laa. Hahahaa.

Masa kekecik dulu, aku start tidur asing dengan mak dan abah bila dah masuk darjah 2 tak silap. Hahahah lambat eh? Ntahlah. Alaa lagipun bukan ade sape-sape kat umah, kitorang bertiga je. Yang lain seme dah masuk asrama, dah masuk U. Tapi walaupun dah tidur asing, tiap-tiap hari abah akan spent time untuk tidur dengan aku. Biasanya lepas solat subuh, dia terus masuk bilik aku dan paksa aku tidur atas lengan dia. Haaa aku sebut 'paksa' sebab ada masanya aku taknak sebab nak berbantalkan bantal jugak, tapi abah memang paksa hahahahah sabau jelah. Sampai darjah berapa eh.. sampai darjah 5 je kot. Lupe dah.

Abah boleh la aku letakkan dalam kategori kreatif. Rasanya bapak-bapak kita semua macam tu lah kan? Bertukang, hias rumah, arrange pokok-pokok bunga kat laman rumah, apa lagi? Tapi abah aku memang tak pandai masak kihkih. Yang dia paling expert ialah buat teh susu. In fact, dia laa yang ajau aku cemana nak buat teh susu yang power - walaupun aku sendirik tak minum teh susu hehe.

Tegas.
Kelakar.

Sangat punctual. Ko kalau berjanji dengan abah, jangan laa cuba nak lewat seminit. Contoh, kalau dah kata esok kita nak gerak keluar rumah pukul 7 pagi, make sure sebelum pukul 7 ko dah ade dalam kereta. Pukul 7, memang abah aku terus jalan je. Ade dia kesah ko kena tinggal? Memang tak ah. Hahahaha. Aku dah penah cite dalam entry lama, cemana aku kena belasah sebab aku lambat. Err padahal bukan lambat pun, ah.. salah faham di situ.

Ah. Banyak lagi nak cite pasal abah. Tapi tetibe sampai kat sini jadi malas pulak. Nantilah lenkali aku sambung lagi. Hehehe.

yang baju belang dua orang tu je abang-abang aku. alaaa.. aku takde dalam pic ni. hmmmm..

Wednesday, June 20, 2012

800: WW - Res-Toe-Run

@ Paradigm Mall, Kelana Jaya

Friday, June 15, 2012

799: Korean Festival vs Istana Negara

Sabtu lepas, aku dah bangun dengan gembira dan jayanya (padahal lambat sket) untuk ke UiTM atas sebab di bawah.


Amacam, teruja giler bukan? Aku laaa. Orang lain aku tataulah hahaha. Aku diberitahu oleh dak Yatt yang nanti ade jualan merchandise FT Island. Wohooooo!!~ Ni yang tak sesabau ni. So pagi tu tunggu Dyana amek kat umah, sarapan kat Pappa Rich Sek 7 dan shoot masuk UiTM. Berlegau-legau la aku kat situ sebab area baru ni aku tak biasa.. saye generasi UiTM old skol awal millenium. Tak lama, jumpa jugak akhirnya tempat festival tu.

Errr... apsal takde feel macam festival pun? Macam Planner Nite (ni aktiviti course aku jaman² study dulu) je. Skala terlalu kecil, tak sesuai langsung nak dipanggil festival. Aku bayangkan event ni at least berskala sebesar padang kawad UiTM tu. Rupanya hanya 4-5 khemah sajerk.. masa kat parking lagi aku dah nampak sign FT ISLAND so terus terjah situ. Merchandise tak banyak pun.. aku just sambau car sticker dengan t-shirt selai. Dapat poster free :) Yeahuuuu!!!

belom pakai lagi.. :)

Dok kat situ dalam 10 menet je sebab takde ape sangat. Mebi baru nak warm up kot. Aku nak try makanan pun macam takde je. Ah takpelah. Dari situ, kitorang ke JJ Bukit Tinggi. Konon nak makan-makan dan tengok muvi. On the way ke sana, mulut aku tetobe terbicara pada Dyana pasal pameran diraja ke apetah kat Istana Negara yang lama tu. Eksaited terus minah ni, otomatik patah balik ke KL. Macam nak rak cari jalan hahahahaah. Akhirnya berjaya jugak tiba di sana dengan gembira. Aku letak pic la eh.

 teruja sangat!!! kahkahkah

 ampun Tuanku.. patik tiru posing Tuanku, harap Tuanku berlapang dada..

 area yang aku memang teringin banget nak jejak. sekarang dah merasaaaa!!

 yang ade jemari aku tu penyangkut langsir. kerlast tak kalau tiru buat kat rumah? ke.. takleh?

 ampun Tuanku.. kita ada persamaan - sama ketinggian dan warna mata :) ampun Tuanku

yang berlambak-lambak tu flyers dan buku yang diberi percuma. ok apsal skema ayat ni tah

Aku ingatkan kita boleh jalan-jalan masuk seluruh istana tapi tidak.. diorang bukak satu ruang je. Hmmmmmm.. Aku harap di masa akan datang, Istana Negara lama ni akan dijadikan muzium. Boleh tak? Boleh laaa.. cas sket rege tiket, boleh menjana pendapatan negara what.. :)

Untuk anda yang teringin nak pegi, sempat lagi. Esok (15 Jun 2012) last day. Sempat lagi nak pegi. Masuk percuma. Parking.. ko parking je tepi jalan. Free je jugek. Sile-sile.

saye dah sampai. anda bila lagi? kehkeh

Wednesday, June 13, 2012

Friday, June 08, 2012

797: Lepas Kenduri Kawen Wafa

So.. malam tu Zona tido kat umah aku. Sebenarnya beberapa hari sebelum tu, blok aku dapat notis - takde air katanya sampai Isnin. Tak ke gelabah hanjeng aku dibuatnya. Memula Zona ajak stay umah Anul, tapi aku segan. Pastu Anul sendiri pulak yang pelawa, aku dah berpikir-pikir. Takleh gak.. sebab kete aku kat umah Keri. Kalau nak tido umah Anul malam tu, Keri pun kene tido situ gak. Lagipun Bella nak ke umah member dia malam tu. Ok baby, sila jangan jual ikan.

Sampai je umah, aku masuk bilik amek toto dak Anne yang aku dah book awal-awal siang tu sebab nak bagi Zona guna hehehe. Tetobe sorang lagi osmet aku masuk toilet, ehhhhh.. aku dengar bunyik air paip. Oh yeaahh.. ade air! Syukurlah. Kot tak memang pagi esok kene la bawak Zona mandi kat surau rumah aku tu hehe.

Esok pagi, bangun.. aku terkedu. Aku ni tak semayang subuh ke hah pagi tadi? Sambil baring, aku korek-korek memori, pegang muka.. aahh... memang sah tak terjaga T____T Kuar bilik, tengok Zona tengah kemas-kemas barang dia. Memandangkan memang nak kuar, aku just buat air kopi je untuk Zona dan diregukan dengan beskot tawar bentuk pat segi kecik yang didatangkan khas dari Melaka. Hehehe. Zona ade sebut pasal nak tengok muvi, so.. lebih kurang pukul 10++ pagi tu kitorang (aku, Anne, Zona) pun berambus ke JJ Bukit Raja. Beli tiket cite Snow White, pastu cari tempat makan. Lapau kau!

Aku ni kalau kat JJ Bukit Raja, tempat stendet yang aku terjah ada dua je biasanya.. sama ada Nando's ataupun Johny's. Eh betul ke aku eja jonis tu? Lantak. Kali ni aku pilih Jonis lah. Sebab terasa nak makan Jonis. Mereka berdua redho je. Hehehehe.

lapau giler dah time ni

Sampai je bahan-bahannya, teruslah terjah makan. Kemdian berlari bertaburan laa gi tengok muvi. Ni aku nak meluahkan rasa jengkel ni. Alkisah ade dua minah bermulut anus duduk kat belakang aku. Asik bercaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakap je macam cilake kau tau? Aku bila kenangkan ni serius rasa nak mencarut-carut lagi neh. Mujurlah pesen bukan bercakap kekuat. Tapi tetaplah rasa terganggu sebab sebijik sebutir ape yang dorang cakap tu aku boleh dengar. Hanjeng tak hanjeng pangai?

Dah la tu. Ade la mak apak mana yang cerdik nau bawak anak kecik masuk panggung. Kalau behave ok la. Ini dok melalak, takut gaknye tempat gelap. Bukan melalak biasa tau, ni dah tahap meraung-raung dalam tu, aku bajet budak umo around 3-4 tahun gitu. Yang mak apaknye pon macam jahanam. Dah tau anak ko meraung-raung sampai mengganggu orang, bawak kuar budak tu bole tak? Sampai satu panggung tu dah 'syyyyhhhhh!!!!!'kan pon dorang boleh buat dak je!!. Last-last aku dengar ade sore lelaki menjerit 'DIAMLAH!!!', tak lama lepas tu baru laa maknye bawak kuar. &*^@#@^#^%!^#*(&#$()@#&*!^!@ piglet sangat!!

Apepon, cite tu best la jugak. Lagi best kalau takde gangguan. Hmmppphhh!!

Dah tamat, pegi solat. Pastu singgah jap beli purse untuk mak. Alaaa mak aku macam kurang suka je tssk. Pastu laju-laju bawak kete sebab nak antau Zona ke Tesco Puchong - dia naik bas kat situ. Sampai situ, basnye tak tiba lagi. Berborak-borak sementara nunggu bas sambil menyaksikan kejadian pintu kereta  sorang kakak tu terbukak masa memandu, mujur takde anak dia kat belakang - kot tak sure cicir. Kehkeh.

gambau dak Anne punye

Pastu bas pun sampai... babai Zonaaaa!!! Kitorang terus shoot balik lepas tu. Tamat sudah...~

gambau Erina punya. saje letak sebab aku nampak comel dalam pic ni kihkihkih

Wednesday, June 06, 2012

Monday, June 04, 2012

795: Kenduri Kawen Wafa - the journey (eceh)

Sabtu lepas bukan saje birthday Agong, malah ia juga adalah hari yang sama kenduri Wafa di.. err.. dikendurikan (?). Hasil perbincangan, aku, Keri, Zona dan Bella bersepakat membawa berkat untuk menginap di rumah baru dak Anul. Kemain lagi, rumah bau kedai lagi bak kata orang. Kehkeh.

Hadiah pulak kitorang tong-tong. Kitorang itu terdiri daripada aku, Keri, Anul, Jard, Erina dan Kak Ila. Dan mereka menyerahkan tanggungjawab mencari dan membeli adiah pada aku. Aku pun pilih ikut suka tekak aku laa kan.. hehehehe. Ini hadiahnya.

tolonglah cakap cantek. haha. aku bertonggoh lama kat kaunter pasal sebenarnya aku dah bayar untuk kaler lain, tapi hati aku berhempas pulas nak yang ni gak. makanya aku mintak tukau. sibbaik kakak promoter baik sangat. hehe. harap Wafa suka (^_^)v

Malam tu, pegi amek Bella kat umahnye di Kelana Jaya, pehtu kutip Zona pulak kat Sunway Pyramid. Kemdian terus shoot ke IOI Puchong sebab nak makan Seoul Garden. Dah malam, ko tau la betapa jemnye Puchong semacam dilanggar todak. Jadinya aku parking je kat seberang (area cimbeng tu), naik jejantas ke IOI. Kan senang gitu, jimat masa. Sampai kat SG, memang tinggal 15 menet je lagi sebelum kaunter buffet tu tutup. Apalagik, serbuuuuu!!!

Lepas makan, memfolo Keri ke rumah beliau. Letak kete kat situ, naik kete beliau dan terus shoot ke umah Anul. Masa tu dah lewat gak.. pukul 11++ gak. Sampai-sampai je terus bersila, nak bungkus adiah. Hehehe. Terima kasih ke abang kedai seblah sebab bagi kotak. 

kami yang terbabit

Abes bungkus adiah, masuk bilik. Iron baju sesiap, mandi, solat. Konon tutup lampu nak tidur, last-last bukak balik dan sambung pillow talk sampai pukul 2++. Hahahaah. Aku tido tatau la pukul brape. Rasa paneh.. pastu malas nak bangun bukak tingkap. Ngade tak? Tapi aku ni memang pesen susah nak tidor kalau kat tempat baru. Jarang-jarang terjadi laaa aku bole tido lena kat tempat baru. Hehe.

Esoknya seawal pukul 7.30 pagi aku dah bangun, terus mandi. Tak tertahan-tahan rasanya badan aku punya  lemas. Pastu baru ok sket.. pastu turun bawah, sarapan.. tunggu Jard.. lebih kurang pukul 9.30++ gak baru gerak. Lagi lambat bila kena anto sapetah - aku ingatkan kawan Jard - kat KUIS. Eh terbising lak hihihi. 

on the road. gambau Bella punye

Jalan jem sepanjang perjalanan. Memang jem la kepala otak. Sampai kat umah Wafa kat Bahau dah 12.30 kalau tak silap aku. Giler tak jem? Memang ngam-ngam dorang baru nak berarak. Kitorang (aku, Zona, Bella) dok kat umah Wafa sampai petang sebab Anul & Keri jadi OP pada hari kejadian. Aku makan nasik satu round je. Yang selebihnya aku minum air, makan aiskrim Paddlepop (kau hado kenduri kawen bagi Paddlepop? curlastttttt), makan kek dan.. ape lagi? Aku dok minum air je sebab panas koo di hari kejadian.

sorang berdengkur cam bijik sawi, sorang mata half done - pun macam bijik sawi. LOL

Jumpa Erina dan family dengan Syah Shah. Eh tak snap pic pun dengan Syah Shah eh. Dengan Erina ada tapi kat kamera beliaulah ehehehe.

Petang around 6.30 barulah dapat keluar nak buat outdoor photoshoot. Nebesnyee kitorang sebab matahari dah nak babai dah.. kang snap² nampak gigi je nanti. 


Habis shoot dalam pukul 7. Tak lama, tapi rasanya banyak gak pic dan gaya yang diapplykan. Phewwwww.  Balik tu aku tumpang kete Anul pulak sebab dia sorang je. Aterr Cembam dan Xiyad dah folo Erina. Jard pun. Sebelum sampai rumah, singgah kedai jap tapau dinner. Anul belanja, slurrrpppp segannyewww sayewww *sambil amek balik RM5 simpan dalam purse* Tumpang mandi, solat pastu makan. Dah setel seme baru la gerak ke rumah Keri pulak nak amek kete. Anto Bella, dan bawak Zona balik rumah. 

Mekasih Anul! Mekasih Keri! mekasih sang kancil, mekasih kura-kura

# hal esoknye nantilah next entry. hehehe

Friday, June 01, 2012

794: Terima kasih, dik #blushing

Kelmarin, aku dan Kakak PA ke Tesko - nak beli barang opis. Aku pun dah alang-alang tu, sambar laa barang aku seketol dua. Masa kat kaunter, siyes aku tak pasan yang Kakak PA takde kad Tesko tu. Laaaaa rugiiiiii. 

Aku biasalah.. mengomel comel-comel sebab kerugian point sebanyak 83 point tu. Pehtu adik cashier tu cakap..

tadi kan saye dah tanye ade ke tak.. (sambil senyum)
tak perasan
tu laa sombong lagi dengan orang (senyum-senyum)
eh mana ade (errkkk sombong kejadah?)

Sambil dia scan-scan tu, aku cam menginsafi diri laa sebab cuai. Pastu dia sambung.

takpe kak.. karang kan akak nak gi kat kaunter serbis tu kan.. akak mintaklah dorang swipe point tu..
eh boleh ke?
boleeeee.. akak cubalah. cakap je saye yang tak swipe kad tu.. takpe, akak salahkan je saye (sambil tepuk dada sendiri)
hoh? bole pulak macam tu eh heheheh (kerut dahi)
takpe.. akak salahkan je saye, alaa biasalah bukan tak pernah pon cashier kene salahkan.. hehe
errkk.. takmolah
pegi je kak, akak cakaplah "tadi saye dah bagi dah kad kat abang tu tapi dia yang buat tak tau je".. 83 point tu kak, rugiii
haa... errr...
alaaa akak kelip-kelip je mata kat dorang tu, sure dapat punye.. (senyum lagi)
erkk.. ish seganlah (ketawa sambil kaber-kaber mulot - ok ni memang habit aku ok)
kak, akak jangan kontrol kak.. akak memang cantek (senyum lagi)
errr.. mekasih hehehehhehe

Budak ni! Maluewww tawww titewwwwww kihkihkih


#blushing lagi ni. kahkahkah