Monday, July 30, 2012

814 : Bulih Bah Kalao Kao : The Journey - Part 4

Ok hari keempat pulak.

Hari ni kene cekidout sudah. Seawal 5 pagi la dah bangun dan bersiap. Alhamdulillah arinie cuaca pagi tu cerah so bole laa nampak puncak Gunung Kinabalu - makanya boleh laa bergambar. Yeahhuu!!!!


Dah puas bergaya, kami meneruskan perjalanan ke area Kinabalu Pine Resorts ni. Bukan nak cek-in ke ape. Nak amek gambo lagi! Haaa amacam, clear like line clear tak Dejamoss di Kinabalu titeww? Posing-posing liking-liking tagging-tagging secara bersungguh-sungguh.


Dah setel kat sini, kitorang ke Kinabalu Park pulak. Well.. untuk para pendaki yang nak manjat Gunung Kinabalu ni, memang sinilah starting pointnya. Dorang la kata. Masa pegi tu, ade satu grup tengah ready. Ready je, naiknye ntah pukul brape tataulah tu. Ramai pakcik-pakcik tua aku tengok. Insof sebentar. Insyaallah kalau ade umo, ade kekuatan, ade daya - akan naik jugaklah ke sana. Bila tu yang kita tatau ye tuan-tuan dan puan-puan. Hohiiii~

Gi sini pon tujuannye nak posing gak. Hohoho~


Lama gak lepak kat sini sebab.. memula Ivan gi birak. Pas dia setel, si Jard pulak nak birak. Tapi akhirnya tak birak pun. Aku pulak dok tahan je sebab takmo melambat-lambatkan perjalanan. Lagipun tak serius sangat kontraksyennye hehe.

Dah abes kisah kat sini, kitorang terus ke Kota Belud sebab nak anto Jard pulang ke kampung halaman. Berapa lama tah perjalanan, tak ingatlah. Macam aritu gak jalannya yang berbukit bukau. Ada ujan ke tak eh.. alaa lupe lagi. Takde dah kot. Kat Kundasang je yang berposak ujan, tempat lain dilihat cerah bersinar. Alhamdulillah..

Jejak je Kota Belud, kita ke Tamu Pekan Kota Belud dulu ya bah! Nak beli subinier. Hehehe.




Dalam kata taknak shopping, terrrbeli gak laa brooch mutiara tu. Cadang nak beli satu je sebab mak pesan satu, tapi mengenangkan aku pun takde sangat brooch yang sepasang-sepasang ni.. ah... bolehlah. Tsssk.

Abes kisah di sini. Teruskan misi untuk hantar Jard ke kedai adik dia. Sebelum tu singgah lunch. Lunch dibelanja oleh Jard, mekasih! Aku order soto campur macam aritu gak la. Sedapppppp. Pastu singgah kedai adik Jard untuk donlod pic bla bla bla. Barulah kitorang gerak ke destinasi bajet yang seterusnya hehe.


Ke Kudat kita! Aku laa yang ngengada nak pegi Tip of Borneo ni. Bapak laaa jauh. Dah la signboard tak berapa nak ada T___T Ape ni! Nak bagi orang datang ke taknak ni??? *asah parang* Kitorang punya sesat memang mencapai maqom yang tertinggi laa jugak. Mujurlah akhirnya ketemuk jua jalannyaa.. ya Allah mencabarnyeeeeeeeeee..

Masa ni dah pukul 3 petang. Hujan rintik-rintik sket.. tapi gagah laa kitorang bergambau kat situ. Aterrrr jalan dah berejam-jam takkan nak tengok seminit je ye tak? Aku dengan Zona pegi sampai ke area 'tip' tu, Wafa dengan Ivan ntah bercanda berdua-duaan. Hehehe.



Tak lama pun kat situ sebab memang kendiannya hujan renyai-renyai pulak. Beza tau rintik dengan renyai. Rintik tu rintik sebintik-bintik je. Renyai ni ramai skek, dalam 10 bintik la kalau dinisbahkan dengan sebintik rintik tu. Paham tak? Lantak. Hahaha.

Beli eskrem. Beli air. Pegi toilet. Toiletnye.. hmmmmm. Aku buat tak nampak jelah tsssk. Pastu singgah sebentar di tepi pantai tu, makan dalam kete je. Cantek pemandangannya subhanallah. Nampak laa omputeh² yang gigih menyusuri pantai. Omboihh.. tatau ke panas hah? *eh tetibe panas, tadi kata rintik renyai segala??*. Yelah kat pantai tu tetobe panas pulak. Haaaa. Jangan persoalkan. Bukan aku kontrol cuaca ok? Hehe.


Kemdian perjalanan diteruskan. Mau kembali ke Kota Kinabalu. Sebelum tu singgah jap kat Kota Belud untuk solat. Pastu teruskan perjalanan. Sesekali berenti - kat signboard, kat makcik jual jagung bakar dan begitulah.

kete maivi ni kan.. saiko ok. asik ikot kitorang je.. stalker betei! hahahaha

Sampai kat KK around pukul 8 kot. Lama kan? Kasian sama aunty Fafa.. penat dia drive huhu. Singgah sebentar di... di mana eh? Jumpe dengan kawan Wafa. Ingatkan memang untuk jumpa je, rupanya untuk bawak kitorang shopping dan makan. Dia sajes aku beli air Yoyo (kalau tak silaplah) kat dalam soping kompleks tu. Milktea bubble tu, sedappp. 

Sebelum makan, dibawanya kitorang gi shopping. Aku just beli kuih cincin untuk opismates, t shirt yang Che' kirim, dan butang baju melayu untuk abang-abangku sekelian. Tak dapat nak beli pape sangat, bajet ketat T__T. Tapi dalam kata bajet ketat tu, 200 lebih gak abes tssssskk.

Kemdian gi makan. Cadang nak cari scallops, sayangnye takde. So.. makan jelah ape ade. Aku takde permintaan ape sangat, so bedal jelah hahahah. Dah setel makan, teruslah gi cek-in kat Azalea. Masa tu dah pukul 11 jugak kot. Unit yang kitorang amek aritu yang 2 bilik je. Lebih selesa banding dengan unit masa memula sampai tu. Besau laaa. Ah aku tak kisah sangat, janji jamban ok. Hahahaha.


Tapi malam tu dibantainye takleh tido. Dah laa satu hari tak birak. Haihhhhhhh!!! Sabau jelah!

Thursday, July 26, 2012

813 : Bulih Bah Kalao Kao : The Journey - Part 3

Bangun nak solat subuh pagi tu masa aku nak amek wuduk, tetobe aku sendawa. Aaaaa.... aku dah tershadap. Sendawa yang macam ni (ade bau asid - masam-masam skek) ni adelah petanda awal aku nak kena gastrik. Tssssk. Lepas solat, aku baring jap dan terasa perut sebu giler. Dan kemdian terus ke jamban sebab kena birit-birit. Bila dah macam ni, takleh la nak tidur lagi sebab bila baring pun dah rasa tak keruan. So aku pun keluar dari bilik.. sekali bukak je pintu terus terbau ayam BBQ yang tengah digoreng oleh Wafa. Dan isi perut pun mula bergerak naik atas T__T.

Aku rilek lagi. Dok tengok tv sambil pujuk perut. Ah rasa lain macam gak. Aku lepak luar. Sebelum keluar, sempat lagi rikues ke Zona, mintak tolong dia buatkan aku teh O kosong + pekat satu. Seminit lepas tu.. yaaaaaa aku pon muntah di halaman asmara T____T Dah berapa tahun aku tak kena gastrik tahap muntah ni. Tsssk. Ni musti gara-gara makan sayap pedas + gula masam semalam. Huwaaaaaaaaaaaaa.

Konon nak posing berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang bole dicapai dengan mata depan homestay kitorang ni. Tapi sebab malam tu hujan, plus pagi tu pun hujan - so puncaknya tak berapa nak kelihatan. Ah tak kira nak posing gak! Dengan tak mandinya masing-masing. Hehehe.

ni pic lepas muntah kot. hahahahaha

Elok je lepas Ivan mandi, letrik pulak takdok. Seme pakat termenung mengenangkan cemana nak mandi takde heater hahahaha. So sementara semorang nak set mode mental mandi ke air sejuk, aku pegilah mandi dulu. Aku tak kisah sangat kekadang tu mandi air sejuk, aterr kat Cameron Highlands pon aku bantai mandi tak guna heater. Hehe. Tapi.. elok je aku abes mandi, tupppp.. letrik kembali semula. Khianat betei. Hmmmmm.

Penjelajahan hari ni kita mulakan dengan ke New Zealand. Hahaha. Ke Desa Farm la kita.. nak amek pic ala-ala obersi kat situ. Tiket masuk adelah RM3 saje. Subhanallah.. canteknyaaaaaa. Sejuk pulak tu. Ai laikeeeeee. Posing dulu!



  feel obersi sangat!!

Dari batu lembu ni, most of us - senang cakap kecuali Wafa la - jalan kaki turun ke tempat jual susu tu. Wafa kata kalau datang petang, boleh tengok orang perah nenen lembu. Tatau la tengok je ke or boleh merasa perah sekali. Takpelah.. kitorang memang set datang petang sebenarnya tapi memandangkan asik ujan je petang, pagi pun buleh bah kalao kaooooooo. Oh. Masa nak amek tiket kat pintu masuk, Zona terjumpe iPhone ko! Ade orang sudah tercicir... nak call takleh sebab dia lock. So.. kita teruskan masuk dan berdoa agar cepatlah tuan punya tepon ni perasan teponnye cicir dan call laa cepat-cepat. 


Yang aku tau kalau birit-birit takleh minum susu. Tapi aku adelah teringiiiiinn sangat nak merasa so ade aku kesah. Lepas minum separuh kotak terus sendawa. Hah dah takde bau asid. Yeaaay alhamdulillah.. Tapi tak dapat nak dinafikan, sepanjang perjalanan memang aku berusaha menahan rasa untuk birit-birit. Mujur tak serius. Rasanya lepas muntah tu perut aku rasa ok kot.

Masa otw nak keluar, tuan punya iPhone call. Hah rupanya dia ada je masa kitorang sampai kat tempat jual susu tu. Patut laa anaknye macam pernah dilihat (dia buat wallpaper). Tunggu kejap.. dan pass telepon ke tuannya. Alhamdulillah.. setel satu problem :) Dah boleh gerak - next!

Lepas berjimba di situ.. misi mencari jajan. Kitorang tak sarapan lagi tahu? Eh ke aku je. Dorang tadi kan dah makan belen BBQ malam tadi. So.. aku cari makanan yang lembut dan tak pedas. Aim - makanan pelik-pelik je. Maksud pelik adalah.. makanan yang aku tak jumpa di semenanjung. Setakat roti gardenia yang boleh didapati di sebelah opis aku tu, takyah la.

 atas - kuih licak. kenyal-kenyal dan manis
bawah - tausa so. inti kacang merah. sedap!!
biskut bijan pun ade. tapi fail. pesen rendam dalam air pon keras serupa batu T_T

Lepas tu kitorang ke Kundasang War Memorial. Entrance fee adelah RM2 saje. Lebih kepada Australian je memorial ni.. tapi ade jugaklah beberapa orang tempatan yang terbabit dalam kejadian Death March ni. Korang gugel laa eh. Malas nak cite sebab bila aku baca dan mendapati bahawa memorial ni lebih kepada memperingati askar Australia, terus cam malas nak amek tau. Jahat laa aku ni eh huhuhuhuhu.




Memang kemain lagi kitorang berposing. Sampai jenuh dan hampir muaklah pendek kata hahahaha. 

Perjalanan kemdian diteruskan ke Poring Hotspring di Kinabalu Park. Wafa dan Ivan nak mandi air panas praivet hohiiiiiii ;) Aku, Zona dan Jard pulak memang tak bawak baju belen nak mandi so kitorang pakat rendam kaki jelah. Lepas rendam kaki, terus naik ke atas bukit sane - kita canopy walk yo!




Nak buat canopy walk ni kene bayau brape hinggit eh.. alaa lupe lak. RM8 ke? RM10 ke? Ah lupeeee. Tapi kene bayau la. Nak bawak kemere kene bayau lagi. Oleh kerana aku takmo tinggal kemera aku dan takmo bayau jugek, so aku bawak je kemere tu tapi tak snap pic. Amanah jugak aku ni rupanya serupa Amanah Raya. Hahaha. Gambau ade tapi kat kemere canggih dak Jard.

Masa ni ade la 3 omputeh pon naik skali. Rasanya bapak, kakak (ke mak?) dan anak lelaki sorang dah besau lebih kurang lepas SPM gitu. Giler terejal budak ni. Hensem la jugak tapi macam setan je aku tengok. Dia berlari-lari naik tu aku tak pedulik laaa masa nak naik bukit tu. Tapi masa kat atas canopy walk tu pon dibantainya terlompat-lompat. Ko bodoh ke ape omputeh? Kalau putus jematan ni kang ko jugak yang mampos menyusahkan orang. Ingat hensem kalau buat pangai sakarandandai ni orang tak meluat la tu konon-konon? PUIIIIIIII! *emosi*

Dah setel canopy walk, turun la semula ke alam realiti. Wafa dan Ivan pon dah abes mandi. Next - ke Ranau pulak kita. Hehe.

Tujuan ke Ranau adalah untuk ke 'Tagal' Sg. Moroli. 'Tagal' Ikan Kelah katanya. Jangan la tanya aku amende tagal tu. Sesapa yang tau sila bagitau hehehe. Aktiviti di sini adalah untuk bagi makan ke ikan kelah yang fantastik jinak nak meninggal. Punya laaa jinak sampai tahap kalau dia boleh hidup takde air, mau dia folo ko sampai darat. Tsssssk.




Sakit tekak aku terjerit-jerit bila ikan ni melese-lese kat kaki aku hah. Dah serupa kucing pulak kau ni ikan! Kalau kucing yang turun ke sungai ni, korang nak melese lagi ke hah. Huhuhu. Yang mencuakkan adalah.. di celah-celah kelah ni, ade pulak ikan keli. Dah laaa besau nak meninggal, dia pun ternganga-nganga nak orang suap dia jugak T____T

Oleh kerana kitorang batch terakhir yang datang untuk hari tu, jadi lama pulak kat situ. Takde lama la pun ekcely. Patutnya 15 menet je, tapi rasanya sampai 20 menet la jugak. Untuk aku yang dok terjerit-jerit ni, 20 menet tu kurasakan bagai 20 tahun *over*. 

Setel. Pegi ke surau berdekatan untuk solat. Dah setel, kami pun bergerak pulang. Tapi sebelum tuuuu.. singgah kat Sabah Tea kejap. Sebab dah dekat-dekat je tempatnya (kalau tak silap kakak laaaa hehehhe). Singgah nak minum petang. Eceeeeeehhhh.

 Nampak tak hujan turun kat belah sana?

Untuk minum petang, aku amek kombinasi tea pancakes + sabah tea = RM12. Mahal eh. Tapi sebab ini makanan adelah pelik, aku pedulik hape *ignorance mode is ON*. Aku memang suka try mende pelik-pelik.. ape nak buat. Tapi tak pelik sangatlah kot kan? Just.. menu baru je. Fusion gittewwww.

SEDAP!!!!

Pastu hujan turun lebat gilerrr!! Kat sini aku beli kopi tenom (haa eloklah, datang tempat jual teh tapi beli kopi hahahaha) dengan teh sabah - khas ni. Bukan untuk saye. Hehehe. Pastu bergerak pulang. Singgah kat tempat sayap ayam semalam tu, Wafa tapau sayap dengan nasik kosong. Sampai kat homestay, dia laki bini masak nasik goreng sardin. Sedap yang teramat-amat.. kata orang lapau yang dah seharian puasa nasik. Hihihii. Eh kitorang memang tak singgah makan pape yang berat pon rasanya sepanjang arinie. 

Betul tak #memuah? Ok tamat hari ketiga. Hehehe.

Tuesday, July 24, 2012

812 : Bulih Bah Kalao Kao : The Journey - Part 2

Salam Ramadhon seme! Ok jom sambung cite percutiankeww aritu :)

Pagi esoknya - pukul 5 pagi la senang cakap - kitorang dah bangun untuk solat subuh dan terus shoot ke Pasar Besar KK. Sekali dengan SAFMA. Ah.. malas nak eksplen hahaha. Tujuan utama kenapa pegi pagi-pagi buta adalah untuk beli barang-barang BBQ malam nanti. Kena beli yang fresh! Wihuu!!~

 First time tengok ikan buntal secara live di depan mata. Amat jakun dan nyaris meninggal kejakunan.

Belacan bentuk coki-coki. Kalau buat pedajal budak-budak, best ni hahahahaha

 Cantek kan? Pandai kan aku snap pic? Kihkih

 kekuih sabah. ade satu tu je yang aku kenal dan tatau la plak kuih tu asal Sabah. ke bukan?

Lepas sarapan, siap-siap dan terus check out. Perjalanan diteruskan menghala ke Kundasang. Sebelum tu, kita ke Tamparuli dulu untuk singgah jumpa sedara yang mereng. Hahaha gurau gurau. Nak pegi masuk itu Rumah Terbalik tu baah. Masuk ni kene bayau RM10. Takleh bawak masuk kemere ye. Takde ape pun sebenarnya tapi saje la nak menyinggah, merasa masuk. Dok tengok je orang pegi kan.. kita pun bawak-bawak la kaki jejak gak. Hehe.

 bukti wujudnya orang Msia tak reti bahasa. dah pacak papan dah kata JANGAN PIJAK RUMPUT tapi dibantai gak pijak. nak kene pijak ke ape spesis gini? cer tell me.

Posing-posing dan kemudiannya meneruskan perjalanan untuk snap pic di Jambatan Tamparuli pulak. hehehe. Aku dengan Zona je yang lintas sungai ni, yang len seme patah balik naik kete. Sabo jelah hahaha.



Masa kat atas jematan ni, terserempak dengan budak-budak balik sekolah. Gaknye nampak nau keKLan kitorang ni (yelah orang lalu jematan sebab nak lalu, kitorang lalu sebab nak posing), so adelah antara dorang  yang cakap lebih kurang macam nak kata orang KL heran sebab takde jematan gini kat sana.. aku senyum je takde rasa pape pon. Pastu budak tu cakap, "kat KL ada jambatan Penang" lebih kurang begitulah. So aku pun sampuk, "Jambatan Penang tu kat Pulau Pinang, dik - bukan kat KL..". Galak gak laa budak tu kena gelak dengan kekawan dia. Bila aku cerita dengan Jard, dia kata memang tak ramai Sabahan yang pernah pegi semenanjung so dorang tak tahu. Tetibe rasa bersalah lak. Dik, akak bukan nak malukan awak tau.. niat akak nak betulkan je.. kalau dalam exam ade soklan gitu, takde la awak salah jawab. Tsssskkk.

Lepas posing, terus gerak ke Kundasang. Aku tataulah berapa lama perjalanan sebab kemain lagi aku tidor dalam kete hehe. Dah tu.. kejap-kejap ujan, sejuuuuuuk je. Sedaplah dibuat modal bukak kilang air liur basi, tak gitu? Tu yang tetibe je dah sampai Kundasang, pukul brape tah.. lupe la pulak. Kihkih. Isi minyak kete, sekali isi perut. Sayap, BUNTUt ayam, pedal ayam dan soto campur. Kat sana soto tu bihun. Tapi tang campurnya memang leee sedap. Ada daging, urat, perut. Omboih.. pendek kata, perutku tersenyum rianglah menerima bahtera merdeka.


Masa baru nak makan, hujan turun lagi. Mencurah-curah tahap curah la. Lepas makan, tunggu Wafa ade tapau rasanya sayap ni - tak silap aku la macam ade. Ke salah slot? Hahaha lupe plak. Pastu teruslah ke Kg. Mesilou, nak check in! Perjalanan yang berliku-liku, berbukit bukau dan segala macam berrrrr lagi. Sejuk jangan cakaplah. Tapi masih lagi boleh bertahan. Hehe.


Dah sampai! May Homestay kalau tak silap nama diberi cikebumcikebum. Ada 3 bilik. Wafa ke Jard tah yang kata, memang begitu Sabahan sekali homestay kitorang ni. Nice! Semua ada, termasuk DVD player (tapi takleh guna tsssk). Yang sadisnya.. siaran tv hanya ada RTM je. Ko tau tak dah berapa tahun aku tak bukak cenel 1 dengan 2 tu. Maksud aku, bukak untuk tonton secara konsisten berjam-jam. I'm back to 80's hehe. Tapi aku suka gilerrrrr dengan katilnya. Punyalah empuk ya Allah.. nikmat duniawi yang aku hargai sesangat. Air di toilet kemain sejuk nok meninggal, serupa cebok guna ais la perasaannya.

Ingat lagi entry jamban aritu? Kat sinilah lokasinye hehe


Memang rehat jelah petang tu since ujan kaw-kaw punya. Minum petang, makan sayap. Makan gula-gula masam, masam gilerrrrrr :(( Itu jelah. Pastu just siap-siapkan barang untuk BBQ - errr Wafa dengan Ivan yang banyak buat mende ni seme. Saye malu tapi saye tak berdaya hehehe.


Awek cun dalam pic tu.. itulah pemilik homestay ni. Lawa hoi. Kitorang dapat jumpe dia live in concert, memang lawa. Ni kalau Anul ade ni, abeslah jadi modal berbuka puasa. Eh? Hahahaha. Malam tu sambil masak BBQ, layan utube 2PM - May onkan wifi free. Malam tu jelah tapi. Hehehe. Lagipun line tak cantek pulak kendiannya sebab hujan. Hujan baq hang bak kata Qas. Hihi.

Ada ayam, udang, ikan, sotong. Aku? Aku makan sotong sekor je kau. Macam tak caye kan? Memang perut rasa kenyang bebangat, mai perot kenot hendel fud enimo. 

Tamat sudah hari kedua. Ooooi jenuhnye taip. Korang kalau takat baca je tak komen, memang laaa Kpop. Penat aku taip ni oi! Compile gambau lagi. Paddia paddiaaaaaa!

Thursday, July 19, 2012

811: Bulih Bah Kalao Kao : The Journey - Part 1

Kali ni kita ke Sabah bah untuk pelancongan cecoti Mesia tahun ni. Untuk rekod sendiri, Sabah adalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang aku belum jejak lagi. Kasian sia kan bah? Jadinya tahun lepas sudah beli tiket, pergi dengan Wafa dan asben (ekcely menyelit je kat celah-celah orang hanimun ni ha.. sorilah jadi ulat pulak heheeehehhe), Jard dan Zona. Patutnya Grunge pun ada tapi terpaksa tarik diri saat-saat akhir akibat desakan kerja. Tssk.

Flite pukul 6.30 pagi. Makanya malam tu aku, Jard dan Zona tido kat epot. Kat surau epot to be exact. Dari umah ke KL Sentral, aku dihantar oleh Kak Ila dengan Anne, kemdian amek bas ke LCCT. Pukul 4 pagi bangun, gi mandi, siap2 solat subuh dan berambus naik flite. Sampai di KK around 9 pagi kalau tak silap. Amek teksi terus ke Queen Elizabeth Hospital, nak gi amek kete sewa. Malas nak eksplen pasal kete sewa bole tak? Penatlah nak taip hahahahha.

kemain lagi teksi yang kitorang dapat ni. VIP tawwww. kawan Jard kata gear tu macam dildo O_o

Dah amek kete, shoot cari tempat makan. Dalam ketebang tadi memasing layan mata, lagipun meal terhad takleh nak beli. So.. pusing-pusing.. ternampak Riza Bistro. Ah bolehlah. Masuk dan order. Aku nak makan roti cobra (sampai balik tak merasa T__T) tapi daging takde pulak. Ujung-ujung order mee basah ke apetah. Ye kot..

atas : hospital ittew
bawah : mee basah ittew. not bad, but not so satisfying either.

Elok nak masuk kete lepas makan tu, jeng jeng jengggg... dapat saman! Aterrr rupanya kitorang parking kat kawasan kereta sewa & teksi. Lorhhh.. mana nak tau. Ade sorang brader Sabahan kat situ siap cakap "aduh.. kalau tau tadi aku bole alihkan kereta ko bah". Baiknye :) Kene RM30. Ah.. kita pegi jalan dululah. Ke Muzium Sabah kita baahh.. aku suka muzium, yeaaayyyyyyy

dalam muzium takleh bergambau, so posing kat luar jelah. tsskk

Lama gak dalam muzium ni.. being me yang akan baca segala benda kat dalam muzium tu, biasalah. Kebetulan ade dua pameran masa tu, satu pasal arkeologi, satu lagi pasal Death March. Korang gugel laa eh kalau nak tau, aku nak cite pasal aku jalan-jalan je ni hahahaha.

Dah setel kat muzium, hujan pun turun.. ilang kisah nak pegi Lok Kawi Wildlife T___T Kita pegi bayau saman dululah, sorang kene la bagi RM10. RM10 tu kira amek duit yang patutnye bayau tiket LKW tu la ye tak. Sabo jelah. Dari situ, kitorang pun shoot ke Bukit Bendera. Haa paddiaaa hang ingat Penang saja ada Bukit Bendera? Paddia paddiaaaaaaaaa hahahahaha

takde apepun kat sini, tapi saje je nak tengok gak hehehhe

Dari situ, nampak ade signboard Wetland apetah tapi kene naik lagi bukit tu kiranya. Aku on je.. so kitorang pun teruslah naikkkkkk kat atas tu. Mak oiii skerinyewww.. dah macam hotel kat Taiping dulu pulak gayanya. Ade la sebijik je kete. Eh takmo la aku turun. Seremm. So.. turun la balik hahahahaha. 

Destinasi seterusnya - Yayasan Sabah. Bergambar sajaaaaa hehehheeh

yang aku genggam tu Yayasan Sabah. yang belakang kitorang tu tataulah apenye. nak berlatar belakangkan YS takleh sebab gelap

Oleh sebab cuaca semakin mendung (tadi ujan sket, pastu berenti pastu ujan balik), kitorang tengok time.. ok dah boleh la nak cek in. Masa ni dah around pukul 3 petang kalau tak silap, hampir-hampir laa. 

Azalea Homestay kalau tak silap namanya diberi

Dah cek in, hujan pun turun dengan lebatnya bagaikan berdendam dengan bumi yang fana ini.. so.. nak buat ape lagi? Nak tengok tv, takde 8tv. Blur aku. TV3 pulak tak abes-abes dengan cite indonnye. Pffrrttt. So.. tidolah kejap. Hmmm besttttt... Around pukul 5 terjaga sebab dapat sms, kemdian Wafa call. Since dah ujan lebat ni tatau nak buat ape, kitorang decide untuk tengok muvie kat 1Borneo. Hahahaha. Hujan lebat laa weh.

oleh kerana Jard dah tinggalkan tiket wayang kat homestay, ni jelah bukti yang kitorang memang ade nonton kat sana. sibbaik aku snap T____T

Dah nonton, dah round-round, dah soping (Jard je), kitorang pun terus ke Tanjung Aru untuk dinner sebelum pikap Wafa dan Ivan kat epot. Fokus menu adalah sayap atau lebih dikenali sebagai kepak ayam di Semenanjung. Aku dah biasa dengar dak Anne dok sebut pasal ni, nak la aku rasa sedap nau ke? Hehehe. And plus. Ada jus avocado jugek! Wihuuuuuuu!!!! 

atas sekali : mereka yang terbabit
tengah sekali : sayap yang diperkatakan. bole laa. mahal jugak untuk aku hehe
bawah sekali : jus avocado yang diperkatakan. y u no have cekelat inside? T__T tapi bole la..

Menjelang pukul 11 malam, shoot ke epot untuk kutip itu pengantin baru. Dan Wafa mengambil tempat pemandu bermula dari detik itu hinggalah ke saat-saat terakhir hehehe. Sampai di homestay, makan cupcakes yang diterbangkan khas oleh Wafa. Sorry tak snap pic sebab.. sebab ape eh? Sebab malas ke ape tataulah. Ke sebab Jard dah snap? Dia kan ade kamera canggih hihihiihih.

Abes hari pertama! Phewwwwwwwww~

Wednesday, July 11, 2012

809: WW - Aku cabar ko, bah! Bulih bah kalao kao!

kredit topap untuk tuan punya pic via gugel. thanks!

Monday, July 09, 2012

808: Di dalam abad ke 21 ini pun, masih wujud lagi kelompok pengkepoh di kalangan masyarakat kita


Aku tak paham ape masalahnya orang-orang macam ni.
Sebenarnya, kalau orang lain yang lambat kawen dan tatau entah bila nak menimang cucu, adekah itu dikira masalah negara?
Ambil berat takpe.
Ambil peduli pun takpe.
Tapi kalau ambil secara begini sangatlah memualkan.
Kau dah kenapa, MAMA5858?
Bila orang tu tak kawen lagi, korang sindir-sindir.
Dah kawen pun, sindir jugak.
Kau nak ape sebenarnya?

Nak mampos?

Friday, July 06, 2012

807: Hari Pertama... :)

.. sebagai pengguna instagram. HISTOGRAM bak kata Jard. Kuikuikui.


Sekian. Tahniah di atas kesabaran aku menghadapi karenah birokrasi hempon aku neh. Tahniah!

Wednesday, July 04, 2012