Monday, August 27, 2012

820: Syawal Gangnam Style - Part 1

Assalamualaikum! Tak jawab, dosa. Dah dosa, nerakalah tempatnya - kecuali kalau sempat bertaubat dan memohon keampunan <-- masuk-masuk je nak berceramah, motip sangat. Hohiiii~

Aku ni ye ye je buat part-part ni. Dah la kamera tak kuar langsung masa raya. Kuar pun skali je masa raya keempat. Tu pon bateri lupe nak cas huahahahahaha. Takpelah. Cite guna pic mana yang ade la, mana yang dapat rembat daripada orang-orang yang snap hehehe.

Raya kali ni sebenarnya super penat untuk aku sebab kebanyakan keje memang aku yang kene buat. Bukan semua laa. Tapi hal-hal mana yang biasanya ade orang tolong, banyak yang aku kene setel sendiri. Penat hamat tapi takpelah, setahun hanya sekali.. merayakan hari yang memenatkan ini.. hehe. Malaslah nak cite detail.

Raya kali ni jugak menyaksikan kejadian untuk pertama kalinya aku ada 4 pasang kasut raya dan 4 pasang baju raya. Masa aku kekecik dulu pon tak macam ni weh! Separuh aku yang beli, balik Melaka mak plak topap. Aku sebagai anak yang humble dan zuhud takleh laa merungut mende ni. Bak kata Bancik, dah memang aku sorang je anak pompan, terima jelah. Hahahaha makasih ya Allah kerana tak bagi aku adik pompuan #eh? Hahahaha!!

Gambau 4 pasang baju 4 pasang kasut tu nantilah aku up. Bukan nak riak tau, saje nak tunjuk. Ah lebih pada nak simpan kenangan tu. Ah ni apsal lak aku kene eksplen, sukati la aku nak up ye tak hahahaha *giler*

Raya 1st memang kat umah je tunggu tetamu. Siang dan malam malam siang silih berganti bak kata KRU. Untuk pertama kalinya jugaklah aku dengau kakak ipau aku soh aku rehat. HAHAHAHAHAHA gangnam tak gangnam raya kali ni. Raya 2nd baru kuau beraya merata riti ke rumah sedara mara. Aku rasa takde gambau kot? Ah nanti aku cek kot-kot ade yang snap.

Selain itu, raya tahun 2012  ini jugak menyaksikan kemerosotan jumlah soklan berkaitan kawen pada aku. Aku syak sama ada dorang ni skodeng FB aku, ataupon dorang dah berputus asa? Janganlah putus asa.. aku pon blom sampai tahap tu lagi tau. Sape-sape ade calon yang sesuai untuk aku, cube laa bawak ke hadapan. Ingat senang ke aku nak cari lelaki pendiam kalau tak korang yang tampilkan di hadapanku? *berfikir*

Sementara nak tunggu gambau tu sume, aku letak gambau ni jelah eh.



Sekian dulu untuk slot arinie. Hihihi~

Wednesday, August 15, 2012

819: Wordy Wednesday

Korang!
Bacalah rintihan hati aku ni..
Penatlah aku tanggung sorang-sorang dari semalam -_-

Semalam ke aritu tah
Tetibe je aku terbayang sejenis nasik goreng ni
Masa tu aku tengah tengok tv
Tetibe je
Nasik goreng yang penah aku makan
Tapi tak ingat apa namanya

Dah la tak ingat nasik goreng ape
Makan kat mana pun tak ingat
Kedai ape lagi laaa kan
Tertelan-telan air lior aku masa tu
Naik pedih perut dok memikirkan

Nasik goreng tu kan
Kaler cerah macam nasik goreng cina tu
Tapi bukan nasik goreng cina
Ntah ke nasik goreng ketam ke?
Tapi macam ade ayam dalam tu
Macam ade telur hancur ala-ala telur kat butter prawn tu
Pastu makan dengan cili potong + kicap cair

*telan air lior*

Jenuh aku korek internal soft disc otak aku ni
Letih laa aku nak recall balik kedai-kedai makan yang penah aku singgah
Dah la macam-macam negeri
Negara lagi
Tapi rasanya kat Shah Alam je gaknye
Agaknya laaaaa

Dek kerana memikirkan hal yang sekangkang semut ni
Sampai takleh tidur aku dibuatnya malam tadi tau tak
Berfikir secara gangnam style neh
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak makaaaaaaan nasik goreng anonimooosssss
T____T

Ok la
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Maaf Online Offline
Aku balik Melaka esok insyaallah
Pukul berapa tu tatau lagi

So sape last bertenggek kat blog aku ni
Nanti jangan lupe buang sampah
Tingkap pastikan tutup semua
Pintu jangan lupe kunci
Kalau rajin, sapu laa sket lantai tu
Rajin up lagi, mop la sekali
Kalau ade pinggan mangkuk dalam sinki tu, basuh
Suis-suis seme kasik off
Pastu pokok aku tu tolong kasik minum
Kesian dia nanti, pening lak aku pikir pasal pokok ni
Seminggu takde orang neh!


Monday, August 13, 2012

818: Iftarsss di Bulan Ramadhon Kali Ini

Salam Ramadhon! Tinggal sebelah tangan je lagi nak raya. Eksaited? Saye rasa biasa je..

So ramadhon kali ni macam biasalah. Ada jugak majlis berbuka puasa di luar kawasan rumah. Kali ni ade 3 je. Saye bukannya banyak kabel pun nak berbuka banyak-banyak kali kat luar. Eh lain macam saje ayat ni, bagai mahu berbuka dengan sekeping pelempang sahaja gayanya.

Yang pertama dengan Geng #Memuah pada 27 Julai nan lalu di Tirai Ratus, Seksyen 3 Shah Alam. Tak ramai yang hadir tapi ok la. Saye, Bellan, Keri, Anul dan bini, Wafa dan asben serta Kapten. Jard tak berbuka sekali kat sini walaupun dia yang tolong belikan vouchernya. Hehe.

Tirai Ratus. Saye kecewa. Lain kali sila study macamana cara tempat lain buat BUFFET ye. Tak sepadan langsung dengan voucher RM29 (ke RM19? ah lupe dah).


Saye pernah jugak ke restoran ni, tapi hanya untuk menu kacang pol saje. Ini 1st time saye datang bawak perut untuk makan puas-puas namun hampa. Bila dah hampa, kena la kehampaan itu diredakan dengan benda lain. Maka ke Fradoolah kita untuk makan ABC. Masa ni Jard dan adiknya join, manakala Wafa dan asbennya membawa diri ke hotel. Syioklah mereka kerana makanan di sana khabarnya bukan main hebat lagi. Huhu.


Yang kedua pula adalah sesi iftar dengan rakan-rakan sesekolah menengah. Bukan semuanya satu kelas, ada jugak kawan-kawan kelas sebelah tapi dah biasa dengan dorang daripada zaman sekolah dulu. Kali ni majlis diadakan di Hotel Concorde, Seksyen 9 Shah Alam. Bukan main eksen lagi ye? Sebenarnya rakan saye iaitu Chet berjaya mendapat harga diskaun iaitu RM50 sekepala. Murah bukan? Makanan pun banyak hingga ada yang tak tersentuh dek tekak saye. Hingga kini saye berasa kesal kerana terlupa mengambil serawa durian yang disediakan.

Tahukah anda, saye belum menjamah seulas durian pun dalam musim durian kali ini? T_T


Yang datang adalah muka-muka biasalah kat area KL ni iaitu saye, Chet dan asben serta anak-anak dan abang ipau sekeluarga (dari Klang), Rozan dan asben (dari Putrajaya), Che' (dari Gombak. eh ke Batu Caves?) dan Kurita bersama asben dan anak-anak (dari Kajang). Untunglah saye, umah dan hotel hanya sekapur sirih cuma. Hehe.

Yang ketiga pula berlangsung pada hujung minggu nan lalu. Saye telah ke Alpha Angle, Wangsa Maju untuk berbuka puasa bersama Kak Mya di sana. Tujuan sebenarnya adalah untuk mengutip duit raya yang saye kirimkan kepada Kak Mya untuk ditukar. Alang-alang sudah tiba, tentulah berbuka puasa bersama. Oleh kerana kami tidak membuat sebarang tempahan tempat untuk berbuka puasa, maka kami terpaksa berusaha mencari dan menunggu giliran untuk berbuka. Pada asalnya saye begitu teruja untuk berbuka dengan Keni Rojes, namun begitu jualah keinginan orang lain yang turut teruja untuk berbuka di situ. Maka terpaksalah kami mengalihkan selera ke tempat-tempat lain yang kurang manusia. Akhirnya kami memutuskan untuk makan di Secret Recipe sahaja.

Oh tiada sesi bergambar di sini kerana.. malas (?). Hehe.

Sekian sahaja pengalaman beriftar saye di dalam sesi ramadhon pada kali ini. Terima kasih...


Tuesday, August 07, 2012

817: Takde Mood


Hai..
Hai..
Hai..

Takde mood.
Takde mood tahap yang..
kalau ko gembira, ade aku kesah?

Gitulah.

Bye..
Bye..
Bye..

Friday, August 03, 2012

816 : Bulih Bah Kalao Kao : The Journey - Final!

Esok pagi tu sebelom suboh dah bangon sesiap. Lepas je solat, tak tunggu lama terus cekaout. Balik ni flite kitorang lelain. Jard dah balik semalam, pagi ni Zona balik dulu - flite pukul 7.30 pagi stret ke Penang, flite aku 9.30 pagi, last skali barulah pasangan kemantin baru balik petang nanti. Hehe.Oleh kerana takmo menyusahkan kemantin nak kene anto dua kali, aku folo jelah Zona cek in terus pagi tu. Lantak la awal ke ape hehe.

 nampak tu betapa gelapnya dunia hehe


Tapi sebelum ke epot, kitorang singgah dulu ke pasar KK tu. Zona nak merasa nasik kuning KK. Aku plak pesen tak makan sangat nasik kalau pepagi buta ni. So beli kuih kaler merah tu je. Macam rasa Kuih Ku tapi tawar lagi sket. Inti kacang merah, kalau Kuih Ku inti kacang hijau. Hehe. Pastu Wafa nak beli apetah, folo jelah.

Tengah aku hegeh-hegeh tengok barang, tetobe datang plak encik lipas ni menari-nari atas kaki aku. Cilanat amek! Terus ku pijak dia, mati terus! Bak kata adik kedai tu, "hancuuurrrrrrrr".

 pengajaran untuk lipas : jangan ingat aku tak suka kau, aku tak berani nak pijak kau sampai hancurr

Kemdian kami pun teruslah ke epot dan cek in. Beli air mineral, pastu Zona pun terbang *lambai-lambai*. Tinggal la aku sorang. Mujur ade bawak buku seketoi. Tu pon bosan gak sket. Takpe takpe.. kita rileks sudah.


Bila gate dah bukak, teruslah aku jalan nak gi nek ketebang. Korang nak tau... tengah aku jalan seperti African Next Top Model lenggang kaNkung, tetibe aku jatuh tergolek! Angin takde ribut takde tetibe jatuh. Puihhhh!!!!! Tatau laaaa ramai nampak ke tak, siak aaaa malu aku. Kebetulan masa aku jatuh tu ade awek AA jalan seblah aku, dia pulak yang cuak lelebih. "Ko ok kaa bah? Sakit ka? Hati-hati bah", kata dia sambil usap-usap pinggang aku. Tsssssskkkkkkkkkkk T__________________T

Terus lari laju-laju naik ketebang. Pffrrrrttttt. 

Dalam ketebang memang aku bantai tido je. Takkan nak borak dengan pakcik seblah ni. Malaslah saye. Sampai je kat LCCT, terus beli teket bas, amek lagej, gi toilet, lari kejau bas. Pukul 1 lebih gitu sampai KL Sentral. Lari lagi pegi beli teket komuter pulak. Lari turun bawah.. 5 menet kendian komuter pun sampai :)

panjang giler kan rambot awek ni? jadi keje betei dia nak menjaga. aku ni baru panjang paras bahu dah lemas dah

Elok je komuter sampai kat stesen Shah Alam, hujan pun turooooooooooon *stail Pendekar Mustar*. Giler giler punya lebat. Aku malas nak tunggu reda sebab tak solat zohor lagi masa tu, dah pukul 2.30 kalau tak silap. Redah jelaaaaaaaaaaaaaah. Sampai kat umah lepas tukau baju solat peseme, ujan pun berenti. Tsssk.

Sekian perjalanan 5 hari 4 malam saye. Terima kasih!

Wednesday, August 01, 2012