Wednesday, September 26, 2012

Monday, September 24, 2012

828 : Persediaan Mengerjakan Umroh

Salam semuaaaa..

Tetibe je nak up pasal persediaan mengerjakan umroh sejak terbaca kat tuiter yang beberapa geng #memuah ada cadangan untuk mengerjakannye. Wafa dan Jard laa to be exact. Anul pun nampak macam berminat gak tu. Yang lain-lain ada niat tapi mebi diam-diam ubi keledek hehehe.

Aku trylah share berdasarkan pengalaman, mana-mana yang masih ingatlah..

Kita cerita pasal pakej umroh dulu, ok?

Harga pakej umroh ni berbeza-beza, bergantung bulan berapa korang pegi. Pegi time cuti sekolah dan bulan puasa memang mahal berbanding bulan-bulan biasa, beza dalam RM1k jugak rasanya. Tapi kalau korang rajin cari, mungkin korang akan keliru - kenapa ada pakej yang mahal, ada pakej yang murah padahal sama je  jumlah hari stay kat sana. Sebenarnya, pakej ni jadi murah atau mahal ni sebab bergantung pada jarak hotel ke masjid. Makin dekat hotel tu dengan masjid, makin mahal la pakejnya. So kalau korang dapat RM5k, padahal orang lain bayau RM6.5k contohnya untuk pakej yang lebih kurang sama, kena bersedialah menerima hotel yang jauh dari masjid. 

Kalau pegi secara berkumpulan dan bercampur peringkat umur, kena tengok keadaan jemaah paling tua. Kalau macam mak aku pesen sakit kaki dan takleh semayang duduk, sa'ei kena pakai kerusi roda dan sebagainya keuzuran orang tua, digalakkan dan sebenarnya aku mohon - ameklah pakej yang mahal tu. Orang tua nak pegi buat umroh mestilah nak gi masjid, kalau dah hotel jauh pastu dorang tak larat nak pegi - apelah ertinya, takkan nak stay dalam bilik je? Huhu. Kalau semua jemaah muda-muda dan sihat belaka, tak salah nak berjimat dan amek pakej murah.

Pengalaman aku, waktu terbaik untuk pergi menunaikan umroh ialah around Mac - April. Masa tu baru lepas musim sejuk dan baru nak masuk musim panas. So cuacanya just nice je. Just nice pun.. bila sejuk, sejuk jugak. Bila panas, panas jugak. Hehehe. Tapi seriously, memang cuaca time ni canteklah. Kalau pegi ujung tahun, merasaaaaa musim sejuk. Ekstrem. 

Untuk first timer, dah tentu-tentu eksaitednye Allah saje yang tahu. Dan kadang-kadang dalam ke'eksaited'an ini, kita jadi blank dan tak tahu mana yang penting, mana yang ada-ke-takde-ke-takde-beza, atau mana yang tak perlu langsung. So.. ni aku senaraikan barang-barang yang perlu - setakat yang aku ingatlah tau.

1. Pakaian yang menepati syarak : tak semestinya jubah. Kalau ada, boleh bawak. Kalau takde, sebenarnya tak perlu beli baru.. sebab bila dah tiba di Mekah dan Madinah, sure akan beli di sana. T shirt labuh yang longgar, seluar slack, seluar track, seluar bell bottom ke ape boleh je, asalkan tutup aurat dan longgar. 

Ada di antara mereka yang aku kenal, sampai sanggup beli jubah / baju ala-ala kurta dengan seluar sampai nak dekat RM100 harganya. Tak salah asalkan pakaian tu dipakai lagi dan lagi, tapi kebanyakannya memang beli semata-mata untuk umroh pastu tatau ntah bila nak pakai balik. Tak ke membazir namanya.. So aku cadangkan bawak je ape yang ada (melainkan dalam koleksi pakaian ko memang takde langsung pakaian yang menutup aurat, then silalah beli..). Macam aku aritu, blaus labuh yang kain jarang tu pon aku bawak. Bila pakai yang jarang, takde la bukak² telekung tu hehehe. 

Pakaian yang jarang dan nipis ni perlu gak dibawak. Kenapa? Nanti ai eksplen ye.. :) Tapi bila dah jarang tu, stoking tangan dilupe jangan ye.. 

baju jarang + nipis tapi pakai inner, dan selipar RM3 keww~

2. Sweater, spek itam : cuaca di sana sangat ekstrem, terutamanya Madinah. Bila pagi, sangat-sangat sejuk, bila tengahari pulak sangat-sangat panas. Makanya sweater adalah super penting. Ekcely sweater tu dalam flite pun ko akan pakai gak sebab sejuk - flite berbelas jam kan.. mana tahan cuols. Spek itam tu penting bila rombongan buat ziarah ke tempat-tempat sekitar Mekah dan Madinah. Siyesly, silelah bawak. Panas wehhh..

3. Penjagaan diri : untuk yang berkulit sensitif, kering dan sebagainya, dinasihatkan bawak la krim ke losyen ke. Kalau bimbang dengan kehalalan krim tu seme, ade dijual krim dan losyen khas untuk menunaikan umroh. Banyakkan minum air, jangan lupe jaga kesihatan. Bab mandi, digalakkan mandi sekali je sehari di sana sebab cuaca kat sana sangat berbeza. Kalau mandi banyak kali nanti takut demam. Tapi kan.. aku takleh arr. Aku mesti mandi 2 kali macam biasa, huhuhuuhhuhuhu. Tapi jangan takut. Walaupun korang mandi sekali je, badan takkan busuk. Betul ni..

4. Kelengkapan lain : Selain stokin tangan untuk dipadankan dengan mana-mana pakaian yang jarang / tak cukup kepanjangan di tangan, stokin di kaki jugak jangan dilupa. Bukan sahaja untuk menutup aurat, tapi sangat penting bila di Mekah masa mengerjakan tawaf dan sa'ei. Eh betul ke aku eja tu? Stokin ni untuk pompuan jelah. Masa tawaf mungkin rasa boleh tahan, tapi bila sa'ei, kaki akan rasa penat dan sakit. Aku penah tengok jemaah lelaki Arab sampai berdarah-darah kakinya masa sa'ei. Orang lelaki kena la redho je sebab dorang takleh pakai pakaian yang berjahit. Yang pompuan ni boleh, ape lagi - pakailah. Kalau nak lebih padu, boleh beli alas kaki ala-ala stokin tapi lebih tebal di sana. Dia macam kasut tapi macam stokin tapi eh.. entahlah tak reti nak eksplen. Mende ni memang seswai dipakai masa tawaf dan sa'ei. Nantilah aku snap pic.

Jangan lupe jugak bawak selipar sepasang dan sandal / kasut sepasang. Kasut flat je, bertutup lagi bagus. Tapi kaki aku tak 'reti' pakai kasut bertutup ni so aku pakai sandal je, janji boleh pakai stokin. Selipar ni aku pakai untuk ke masjid, sandal / kasut flat untuk dipakai bila ziarah. Kalau ada crocs pon boleh gak. Aku beli selipar RM3 je aritu, pastu nak balik aku tinggalkan je kat hotel buat wakaf hehehe.

5. Duit belanja : ikut kehendak dan kemampuan masing-masing. Tapi diingatkan janganlah ditanamkan niat nak bersoping melebihi niat nak beribadah. Takut kang orang lain balik dapat pahala berkapal-kapal, kita ni bawak balik sauh kapal je lulzzzz. Taklah. Boleh je shopping, takde hal. Bersederhanalah.

Nilai duit kita dengan duit dorang hampir sama je. Singgit kita seriyal dorang, or lebih sket je. So senang la belanja tu bole kira-kira sendiri. Kalau korang ada masa dan mempunyai tahap kerajinan yang tinggi, boleh jalan jauh sket untuk beli barang. Setakat pengalaman aku, makin jauh kedai tu dengan masjid, makin murah harga ko bole dapat. Contoh macam alas kaki ala kasut ala stokin tu. Kalau dekat-dekat masjid, sepasang mebi dalam 5 riyal, tapi kalau jalan jauh sket boleh la untung cam aku beli 10 pasang = 10 riyal. Hehehe.

Macam ironi je kan - makin jauh dari masjid, makin murah? *insaf*

Takut tak boleh tawar menawar sebab tak reti bahse arab? Don't worry.. ramai peniaga yang dah reti cakap Melayu hehe. Kalau tahu simple Arabic bagus gak sebab memang bukan semua peniaga reti cakap Melayu, apetah lagi English. Kalau tak puas hati masa bargain tu, ko cakap je HARAM. Sure dorang revise balik. Hahahahaahaha!

--------

Kenapa aku kata perlu gak baju nipis dan jarang?

1. Cuaca yang panas. Bila panas, ko jadi rimas. Bila rimas ko sure asik nak mandi padahal dah dinasihatkan mandi sekali je tiap-tiap hari. Bila ko asek la nak mandi, nanti ko demam. Bila ko demam, ibadah dah terganggu. Bila ibadah dah terganggu, mesti ko tensen - betul tak? Bila dah tensen, cemana nak ikhlas dalam beribadah? Haaaa nampak tak kaitannye tu seme..

Tapi jangan pulak dah pakai baju nipis jarang, ko nak seksi-seksi pulak. Pandai-pandai la pakai telekung tu ke, inner nipis ke, tudung labuh ke. Aaaaa.. pandai-pandailah..

2. Beg jadi ringan. So bole shopping banyak-banyak. Eh eh. Hehehehhe~

-----

Persiapan Rohani (bak kata Keri)

Persiapan rohani ni macam yang kita tahu, mensucikanlah akan diri kita dari hening dosa sebelum berangkat. Jika boleh, taubat nasuha terus. Macam aku makhluk yang lemah, belum lagi sampai taubat nasuha T__T my bad. Seeloknya sebelum pergi, try selesaikan perkara-perkara berikut :

1. Hutang (terasaaaaa hutang PTPTN tak setel pun masa pegi huhuh)
2. Dosa dengan ibu bapa, famili, kawan-kawan - ah dengan sape-sapelah. Ingat, memang penting untuk kita memohon maaf. Tapi kalau tak dimaafkan, macamana? Itu sudah jadi urusan orang itu dengan Allah. Yang penting, bahagian kita dah setel.
3. Buat solat taubat - moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan permudahkan perjalanan.

Banyakkan bertanya dengan mereka yang dah pernah pegi kalau ada yang tak faham. Kursus umroh jangan skip - walaupun awak dah pernah pegi umroh. Jangan sombong dengan ilmu, tak semestinya apa yang kita pernah tahu tu relevan lagi sampai sekarang. Tak salah pun kalau pegi lagi, kan? 

Kalau ada sedara ke sape-sape yang ade buku doa yang spesel untuk umroh tu, boleh la pinjam ke mintak ke, ke nak beli sendiri pon boleh. Untuk memudahkan ibadat, beli yang pesen flip dari bawah ke atas tu. Aku tak beli pun buku tu, rasa rugi plak sebab hal seremeh itu sebenarnya lebih memudahkan korang untuk beribadah. Imagine masa tawaf dan sa'ei. nak selak dari kiri ke kanan pastu nak pegang dua² belah muka tu sebenarnya a bit leceh. Kalau flip dari bawah ke atas, boleh pegang sebelah tangan je.

Bila dah sampai masa nak pegi dan hati rasa takut, gelisah dan sebagainya - jangan risau. Doa banyak-banyak dan percayalah, Allah takkan aniaya kita. Kalau adapun perkara-perkara yang tak diingini terjadi kat sana, terima je dengan redho, banyakkan bersabar (dengan orang Arab pun ko kene sabau banyak-banyak), dan anggap je semua tu ada hikmahnya. Jangan pikir hal-hal keje, hal rumahtangga, anak ke laki ke bini ke (kalau dorang tak ikot), hal cinta, hal kereta, rumah, harta, bla bla. Tak payah pikir. Pusatkan niat kita hanya untuk beribadah di sana. 

Tahukah anda, sangat tenang berada di sana? Sikitpun tak gelisah, dan anda hanya akan sibuk beribadah :)

Oh satu lagi tips, eh boleh kira tips ke ape ni tataulah. Di sana nanti, kalau boleh peruntukkan duit untuk beli Al Quran untuk diwakafkan di masjid. Harga Al Quran di Madinah murah sket dari di Mekah, tapi jangan kira tu sume. Kalau di Madinah, beli di Madinah. Di Mekah, sebelum beli tu kena bagitau siap-siap kat orang kedai tu yang korang nak beli untuk wakaf di Masjidil Haram. Sebab ada dua jenis Al Quran, satu jenis tu memang akan diletakkan dalam Masjidil Haram, yang satu jenis lagi diorang akan hantar ke masjid-masjid lain seluruh Mekah. Kalau takut salah beli, pegi masuk dulu dalam Masjidil Haram. Perhatikan kat rak-rak besi tu, cemana rupa Al Qurannya. Memang kalau korang beli yang pesen kedua tu dan letak kat situ, ok je. Tapi kat dalam Masjidil Haram, dorang dah standardize satu jenis ni je. Yang lelain tu nanti dorang kutip dan hantar tempat lain.


Satu lagi cara nak bersedekah kat sana ialah dengan sedekah pada pekerja-pekerja dalam masjid tu. Tak silapnya dorang ni takde gaji. Eh ke salah? Tapi ini salah satulah cara untuk bersedekah. Pahala dorang banyak tuuuuu bekerja membersihkan masjid, kalau kita sedekah kat dorang? Moga-moga terpalit la sket pahala dorang tu ke kita, insyaallah :)

Apa lagi? Ade soklan? Kalau boleh saye jawab, saye jawablah.. kalau tak, sama-samalah kita bertanye ke lebai gugel. Hehehehehhe~

Thursday, September 20, 2012

827 : Memuah Trip - Bali Kecak Style Final!

Hari terakhir di Bali. Tsssk. 

Bangun seawal 2 pagi sebab nak bertolak ke airport pukul 4 pagi gitu. Sebelum pukul 4, kita try to make it! Terima kasih untuk pihak hotel yang sudi meng'arrange' sarapan mengikut jadual kitorang. Pukul 3 pagi, kitorang dah ready untuk sarapan! Walaupun tak semewah biasa, alhamdulillah.. janji ada untuk alas perut.

Makan roti pandan! Sedap cuolssss. 


Dah setel semua, kita gerak ke airport.

Alhamdulillah perjalanan pun smooth. Sampai sana, kene tunggu plak gate tu dibukak. Sabo jelah. Alang-alang dah ade orang menunggu ni, bukak jelah patutnye. Kat Msia pun macam ni gak ke? Aku tak ingatlah. Dah setel cek in pe sume, bergegaslah nak cari surau. Punye laaa jauh ya amat. Mujurlah dekat je dengan gate untuk boarding. Dekat tak dekat pun, kene menapak jauh skek nak amek wuduk sebab paip dalam surau tu jahnang. Hmmmm..

Usai solat, konon sempatlah nak birak. Tengah syiok pujuk tinja, tetibe Zona panggil - nak nek ketebang dah! Adoyaiiii.. separuh jalan jeeee urusan aku. Tak sempat plak tu nak snap pic 'Kotak Keluhan' kat situ. Rugi dah satu entry WW. Hahahahaahha.


Kena naik bas dulu nak gi masuk ketebang. Kemain.. mujur tak suruh lari-lari kan. Kot tau mau yang dikendong dalam perut ni berciciran. 

Masuk ketebang, aku dok sebelah mamat Korea *blushing* Sempat 'good morning' jelah, sebab pastu adik pramu soh anjak ke depan - seat tengah takde orang. Tak sempat nak berkenalan dengan oppa gangnam style. Errr macamlah aku berani pun nak borak-borak dengan dia. Ai kan gugup kalau berhadapan dengan spesis kacak tak bertempat ni hehe.

Masa ni dah pukul 6 lebih, dah start lapau balik. Ye ye aku dengan Bellan cadang nak perabih rupiah, konon nak beli Chatime. Skali takdeeeeeee... sedddiiiiihhhhh. Tak pasal-pasal minum teh pucuk perasa jasmine tu. Feeling macam berkumur dengan seorang kelly jeee.. huhu.

Akhirnya ketebang mendarat dengan selamat di LCCT menjelang pukul 8.45 pagi gitu. 1st thing 1st. Terus mencari jamban. Kemdian melilau2 menunggu encik supirtenden. Yang berfamili dikutip oleh Encik Atan, yang bujangan pulak Encik Keri. Aterrr Keri baru bangun masa aku call, so tunggu la kejap. Dari situ, terus ke umah Anul. Konon nak rehat-rehat dulu sebelum serbu Open House Nando's Style yang dibiayai oleh Jard, memang takdelah rehat tu seme. Makan roti canai sepam - Anul belanje agaknye. Pastu around 12++ gitu gerak ke Alamanda. 

Sampai Alamanda, chop tempat dulu. Bila sorang sorang bebudak Memuah ni sampai, aku, Bellan dengan Jard stret masuk gear reverse - cari surau nak solat zohor. Lepas solat boleh plak bertembung dengan Keri. Masuk Nando's tengok dah setel pun order, tinggal nak order air je.

Makan-makan, sembang-sembang. Tapi tak amek gambau pon - aku langsung tak kuar kamera. Malas dah nak mengulit kamera, penat! Hehehehe.

Gambo ni jelah ade, kredit ke Anul.



Pukul 3 lebih gitu kami pun bersurai.. Aku balik ke Shah Alam si Keri anto. Mekasih laa banyak-banyak ye heehehehehhe. Maka tamat sudah trip Memuah untuk tahun ni....

Tahun depan ke mana pulak cuolss?? Mihmihmih~

Tuesday, September 18, 2012

826 : Memuah Trip - Bali Kecak Style Part 3

Ok sambung hari ketiga. Kira ketiga gak walaupun kalau dikira yang berjalan betei-betei, ade dua hari je hehe. 

Hari ni agak malang untuk aku sebab pagi tu almost tiap-tiap jam aku terbangun dan terbirit. Aaaaaa dah laaa pintu toilet takde, nak kene kaver plak birit tu demmit sangat. Sambil memerut, aku pikir amende laa yang aku makan sampai jadi gini. Setelah dipikir-pikir, rasanye (ni rasa jee tau) ade kemungkinan sebab aku bedal rendang tok yang Bellan bawak tu. Sebab pedas sket dan diakui oleh tukang masaknye hihihi. Perut aku ni kan asal di perantauan je, mula la sensitip. Dia yang sensitip, aku yang mengidap ni hah. 

So sarapan pagi tu tak berani la aku nak minum neskepe ke ape. Just minum teh O kosong yang pekat jelah. Mujurlah teh uncang kat Bali ni tak macam teh Boh kaa Lipton ka yang kalau direndam pekat, rasanye satu macam melekat kat tekak. Ni rasa cam minum air masak je, alhamdulillah.. Sementara tunggu Wafa dan Ivan sampai, sempat la ke jamban barang dua kali. Menjelang pukul 9 gitu kitorang pun gerak.

Pelan asalnya nak singgah kat Pasar Ubud, sayangnye pasar tersebut tengah under construction. Aaaaa.. ade la satu soklan Jard kat Pak Ieron masa tu yang buat aku rasa nak ketil je dia (like seriously). Boleh tak tanye 'tempat ni memang macam ni eh - kotor?'. I was like.. hmmmmmm. Kalau adik aku ni Jarddd.. memang aku ketil tangan ko *gigit bibir*

Dah sebut aritu yang dorang tengah raya, kan? So.. memang di sana sini ade jelah orangnye semayang. Tepi jalan, tengah jalan, depan pokok, depan kedai. Memang beriman habislah (tapi beriman ke agama dia la hehehe). Ni aku sempat snap dorang semayang tengah jalan. Macam tengah round about gitu.


So perjalanan diteruskan ke Tegallalang (betul tak?). Rasanye betul la tu nama tempat tu gitu. Jalannye berbukit-bukit, terasa dingin skek anginnya ala-ala kat KK aritu. Which part of KK aku pun dah lupe. Sebelum ke sini, ade member aku bagitau yang dia tak berapa suka gi Bali sebab kotor. Ntah, aku tengok biasa je. Bersepah tu biasalah, sebab dorang tengah raya kan. Kotor tu tak sure. Definisi kotor aku ialah = bersepah siap ade bau. Hehehe.

Kedai banyak tutup.. semorang bizi gi semayang.



Haaa.. ramai baru lepas semayang masa ni. Ikutkan kata Pak Ieron, dorang semayang banyak peringkat. Macam kita kalau semayang raya, itu la sekali je pagi tu kan. Tapi dorang banyak kali. Aaa patut laa nampak je dorang di sana sini..

Akhirnya sampai la kitorang kat Tegallalang, nak tengok rice terrace ni hah. Masa kat Medan dulu ade gak tapi dorang tak berenti pun - tengok dari jauh je. Ni amek ko, amek la pic sampai tergangnam kamera korang hehehe.



Tetibe amek gambo longkang. Hahaha. Terbawak-bawak feel kerja. Kagumlah tengok longkang dorang ni air jernih je. Ke bukan longkang? Parit? Siap ade anak ikan bilis (ok mandai-mandai je) berenang dalam tu. Omboih.. syoklah uols eh. Kat situ kitorang singgah kedai jap beli air la eskrem la. Kemdian perjalanan pun diteruskan lagi untuk ke Tampak Siring.

Sambil-sambil tu.. asal ade je tempat yang cun untuk bergambo, Pak Ieron akan tanye - nak benti amek gambo tak? (dalam slang dia la). Makanya kita berenti la kejap hehe.


Sampai dah kat Tirta Empul Temple kat Tampak Siring! Maksud 'Tampak Siring' ialah..
Tampak = nampak
Siring = miring / senget (gitulah kalau tak silap). Gabung dua-dua, lu pikirlah sendiri amendenye hahahahaa. 

Kawasan ini adalah tempat holy spring water, kiranya mana-mana penganut agama Hindu kalau nak mohon hajat, nak sucikan diri dan lelain - ini laa tempatnya. Lagi laa time raya ni kan, kemain ramai lagi umatnye yang datang nak mandi hah. Hensem-hensem pulak tu. Terasa kosongnyeeeeee jiwa bila tengok hehehe.




Omputeh biasalah, mana-mana tempat pon dorang balun nak semayang mintak hajat seme. Sekali aku terpikir, gaknye kalau orang Islam gi mandi kat tempat ni, berdosa tak? Kira syirik tak sebab kita mandi tu kan macam tiru perbuatan dorang. Ke kalau mandi je takpe? Eh menimbulkan syak wasangka pulak. Dah macam ni punya ragu-ragu, baik tak payah - ye tak?

Keluar dari kawasan ni kene tempuh lot-lot kedai. Biasalah jual sebenier seme tu kan. Eieieie aku benci betei pesen tarik-tarik tangan soh beli. Pastu bila kata takmo beli, kemain jeling jeling plak. Aku cungkil bijik mata ko buat fridge meknet kang baru tau. Huh!

Dah setel snapping snapping tagging tagging kat sini, nak serbu Tanah Lot pulak. Tapi Tanah Lot tu kita nak pegi atas sebab nak amek pic sunset, makanya kita singgah.. eh.. bukan singgah, memang lalu pon - kat Kintamani. Kalau gugel, akan dapat Kintamani Batur Lake and Volcano. Aaaa.. takde apepon kat sini. Kalau spend setengah jam je pon takpe. Amek-amek pic jelah.. nak baca signboardnye pon tak sempat sebab panas nok mapuh, signboard siap bersinar-sinar. Ergghhh. Tapi.. bila anginnya bertiup, amboih kemain nyaman lagi uols.. konflik sangat.


Ok, ya udah tu Pak! Ayoh cepatin kita gerak!

Dari sini nak ke Tanah Lot, aku tak ingatlah berapa lama. Tapi sempat laa tido tido barang sepincing dua. Oleh kerana tengah raya, so banyak kalilah terserempak dengan gerombolan manusia menari tarian barong tepi jalan. Macam tarian singa time raya cina, gitulah. Hehehehe

pic yang aku snap masa baru bangun tido, dari dalam van je hah. tapi purrfect pada pandangankewww 

Tiba sudah di Tanah Lot. Bukan tanah yang dijual by lot tu okeh #lawakhambar. Dan di sini bermulalah pengembaraan aku dan Zona. Berdua. Sahaja. Tssssssk. Salah paham laa ni masa ni, mari kita salahkan Pak Ieron yang memberi maklumat salah! Huwaaaaaa. Dia kata budak-budak ni dah masuk. Aku dengan Zona ye ye jee masuk terus, rupanya takdok. Yang kitorang ni teruskan jelah perjalanan sebab ingatkan kitorang dah kene tinggal. End up.. dorang yang ditinggalkan rupanya hahahahahah.

Lepas beli t shirt selai, Zona cari jamban. Aku cari surau. Alhamdulillah ade dekat-dekat je. Lepas setel seme, teruslah kitorang ke pantai saneeee. Kesian Zona dah lapau masa ni sebab tak lunch lagi. Perut aku plak lampi aritu takde rasa lapau pun. So.. jalan jalan jalan.


The only hikmah kitorang terpisah dengan geng #memuah yang lain ialah.. kitorang dapat discover kawasan ni sampai ke hujung sanun sanun. Dekat temple yang ke berapa tah, kebetulan ade upacara amende aku tak tau, tapi ade menari-nari la.. siap dengan pasukan gamelan lagi. Haaa bercangkung sat aku menengok dorang. Kat atas ni pun ade gak budak ensem, tapi capik sket. Kesian.. tapi ensem. Eheheheheheh.

Konon nak cari mende makan kat atas tu, last last tak berani la pulak. Yelah ini bukan Malaysia boleh beli mekanan sesuka hati. Ntah halal ke tak kan.. So.. tengok jelah. Air pun aku tak berani beli.. sebab macam mahal je (agak je). Oleh kerana tak jumpe gak dorang ni, kitorang pun turun balik. Berkat kesabaran beberapa jam, akhirnya bertemu semula dengan Bellan, Jard dan Wafa *nanges terharu*


Masa aku dengan Zona sampai tadi, dorang baru nak mendaki bukit tu hah nak semayang kan. Kali ni dorang dah setel semayang, maka berduyunlah mereka menuruni kawasan tersebut. So.. dapatlah tengok perarakan ni seme depan pupil mata aku ni. Snap snap snap lagi. Dan dapat jugak snap pic 'sedara' Zona yang berbaju serupa dengan beliau. Hahahahahahahaa.


Sambung snapping snapping sampai nak gelap. Singgah beli roti dengan air kat dalam tu, kesian kami berdua yang kelaparan tahap putnam ni. Lepas tu terus pulanglah.

Balik tu lepas mandi pe seme, serbu bilik Wafa. Owh lupe plak. Hari last ni Wafa stay kat hotel kitorang, besau wooooooo bilik dia. Ala-ala apartment, siap ade dua bilik. Dan ade PINTU JAMBAN. Tssssk. Lepak makan sambil tengok tv. Kemdian.. balik bilik.. kemas-kemas dan tidoooooo... esok nak bangun awal.


Bersambung lagi!

Friday, September 14, 2012

825 : Memuah Trip - Bali Kecak Style Part 2

Esok pagi, bersiap seawal pukul 7 sebab dah rikues nak sarapan awal. Tapi cadang nak gerak pukul 9 pagi gitu. So ada la masa nak birak, nak makan, nak birak balik semula, gitu laa hehehe.


Boleh tahan mewah gak la sarapannya. Dah disiapkan di meja makan untuk 7 orang punye perut. Walaupun perut dewasa ade 6 je, adekah dorang kira portion Xiyad sekali, wallahualam hihi. Lepas makan, dah siap-siap - menunggu tuan besar a.k.a Xiyad bersiap dulu. Makanya kami yang lain ni dok melepak jelah kat bawah. 




Dalam 9.30 pagi gitu gak kot baru gerak. Tak pasan la pulak. Lepas tu gi amek Wafa dan Ivan kat puri dorang. Heheheh. Dah setel seme, kami pun bergerak ke lokasi pelancongan yang pertama iaitu Kuta Beach + Hard Rock Hotel + Hard Rock Cafe. Untuk yang tak tahu, seme ni dalam satu kawasan je. Senang cite, HRC dengan HRH tu kat depan Kuta Beach. Haaa gitu. Seberang jalan jewwww. 

Since Bellan dengan Jard sudah meleleh air lior nak beli t shirt HRC, kita terjah sana dulu la. Kawasannye berbukit sket, so rasa la macam eksklusif githooo. Berbukit, mengadap pulak pantai - memang eksklusif bangetlah perasaannya. 



Oleh kerana aku dengan Zona takde niat dan keinginan nak beli pape dari HRH (errr.. keinginan macam ade, tapi manje-manje je gitu), so kitorang jalan-jalan je area tu. Tak gi mana pun.. memula folo Wafa gi HRC, tengok takde ape sangat. Semorang pulak macam kejap ade kejap ilang.. terus kitorang ke Kuta Beach je. Masa tu dah bertembung dengan Anul dan famili. Rupanya dorang dah setel jalan-jalan kat pantai. Masa baru nak gerak ke pantai tu, jumpe balik Bellan dengan Jard. Moh terjah pantai!

Panas terik adoyaiiii. Omputeh² ni selamba betei panggang-panggang badan. Tak takut kaa kene kanser kulit ke ape. Aku nak risaukan kulit jadi itam macam tak relevan pulak, dah memang mocha sejak lahir. Cantek la jugak pantainya, ramai datang situ nak main surf board tu hah. Ombak kemain bergulung-gulung, memang sedap main tu.

Kemdian terjumpa Wafa. Sambung snap snap. Tetobe kami dihampiri dua jejakas Indons - offer nak amekkan pic kitorang. Makasih yaaaa pak! Sempat lagi sorang tu tukau² nombol tipon dengan Jard. Tak lama lagi bole la #memuah buat trip lagi skali ke Bali, kot la makan nasik minyak kat sane hahahahahahah.


Bila dah setel berkumpul, pak supirtenden plak ilang. Hahahahaha. Aku tatau kenapa laa kali ni malas betei aku nak beli simkad. Biasanye kalau aku pegi obersi, MUSTI aku beli simkad punye. Apsal tah kali ni tak kuasa. Menyusahkan diri beteiiiiii. Takpelah. Akhirnya pak supirtenden berjaya dikesan dan perjalanan pun diteruskan ke Krishna. 

Krishna ni tempat jualan bembarang cam subinier, mekanan pun ade - tapi basicnya senang cakap memang one stop centre untuk subinierlah. Murah gak kat sini, design untuk t shirt pon aku rasa berpuluh-puluh. Boleh juling mata nak pilih. Fridge meknet pun ade, murah je. Tapi ala-ala produk giat mara jelah.. takde la power. Tapi aku ok je. Beli untuk bebudak opis, dorang bukan kesah murah ke mahal, janji hado. Hehehe.

Aku tak soping sangat kat sini sebab rupiah dalam tangan tak banyak. USD takleh guna kat sini. Sebenarnya, USD langsung tak berusik kat sini. Buang karen betei tukau USD ni, rugi rugggiiiiii.


Sengsara betei bila nak soping tapi kene tahan napsu neh. Bukan tak berduit pon woih, tapi karensi tak mecing! Benciiiiii!!! Kalau tak, boleh la beli t shirt lebih skek jual kat Mesia. Eh? Hahahahahahaa. 

Dah puas soping, Pak Ieron the supirtenden bawak kitorang merasa local cuisine yang katanya meletop sekali di kalangan penduduk tempatan (eh ni aku bedal je, ntah ye tidak kihkih). Ayam betutu nama lauk diberi. Memandangkan rasanya kitorang tak bawak kuar lauk yang dibawak stret dari Msia time tu, so on jelah. Lagipun apelah ertinya pegi tempat orang tapi tak merasa masakan tempatan, tak gitu?


Kami (kami katanyeeee.. phuiii) order ayam betutu setengah ekor, ayam gerang asam setengah ekor sebab nak kuah je sebenarnya dengan kerabu apetah. Kalau kat Melaka, gerang asam tu ala-ala asam pedas tapi lain sket resipinya. Gerang asam Bali ni lain. Tataulah nak komen, aku telan je - memang tak banyak songel tema tekak aku.

Konon nak bayau guna USD, memang tak aaaah. Kene guna rupiah jugak. Grrrrrrr.

Sesudah makan, perjalanan diteruskan ke satu tempat yang dicadangkan dek Pak Ieron. Untuk pengetahuan uols, kitorang ni bernasib baik betei sebab datang time dorang tengah raya. Selamat Hari Raya Galungan dan Kuningan katanya, maaf zahir batin je takde. So sana sini adaaa je nampak dorang ni membizikan diri nak pegi semayang laa, ade tarian barongan kat tepi jalan ala-ala lion dance laaa. Bagusnya Pak Ieron ni, bila perjalanan tu cam jauh, dia sound soh kitorang tido. Kalau dalam perjalanan tu ade kejadian menarik ke, tempat cantek ke nanti dia jerit 'bangun! bangun! ambil gambar!!'.  Berapa kali tah aku terjaga terus pegang kamera, pastu main snap je sebab terkejut HAHAHAHAHAHAHA!!

Akhirnya tiba di sini. Garuda Wisnu Kencana Cultural Park. Masuk sini kene bayau. Tang bayau2 tu nantilah kendian aku cite. Tempat ni kiranya one-stop tourist spot gitu. Masa sampai sini, ada upacara semayang tapi lite-lite je. But still, ade laa. Punye la bapak besau patung-patung kat situ. Honestly, aku rasa awkward tengok patung besau merata-rata kat Bali ni. Iyelah.. kat Msia mana ade sampai macam ni skali kan. 

Macam biasa, aku dok berjalan dengan Zona je most of the time sebab semorang bizi layan kamera memasing huhu. Yang kitorang plak pesen snap-and-go. Hehehehehe. Layan gambau la eh.





Masa ni dah hampir pukul 5. Kitorang tak solat lagi -_- Ni pun salah satu sebab kenapa aku merengsa semacam je - rasa macam tak setel. Paham kan? Masa dok tertunggu-tunggu pak supirtenden (again), mata aku dok melilau sana sini. Dan.. Allah pun menghalakan vision mataku nuuuuuuuun ke hujung sana - aku nampak perkataan MUSHOLA. Tapi tak berapa sure sebab jauh, berapa meter tah. Bila pegi, yaa betullah! Alhamdulillah... semayang kat situ je. Walaupun surau tu tak asing laki pompan, kecik sekangkang Xiyad dan paip nak amek air semayang adelah open - ade aku kesah? Yang penting, setel. Hehehe.

Jumpe dah pak supirtenden, terus shoot ke Uluwatu pulak untuk tengok Tarian Kecak. Penat ni tapi eksaited. Hehehehe.

Ade entrance fee, RP20,000 kalau tak silap. Pak supir dah sound awal-awal, bukak spek nanti monyet amek pastu jual kat pasar malam monyet (ok bab jual tu tipu). Monyet sini kemain lagi tak takut orang, monyet punye monyet! Aku rasa dorang ni sedara jauh laa dengan monyet-monyet yang ade kat kampung aku. Tapi yang ni pesen takde adab sket. Mungkin sebab pegangan agama yang berbeza dengan monyet di kampungkeww. Tapi kan.. macam tu punye perangai pun si Jard boleh lagi nak snap dekat-dekat. Tsssssskkkkk.

Tu entrance fee je, nak tengok Tarian Kecak kene bayau lagi RP70,000 (korek this if am wrong). Betul-betul buat duit ni. Bagi idea betul untuk aku. Lenkali kalau ade projek pape, boleh laa aku amek idea ni hahahahha. Masa sampai ni memang tamak rasanya sebab berada di persimpangan dilema nora sangat - nak tengok sunset kaa nak tengok kecak dance. Opkoslah nak tengok dedua. Kecak Dance Didahulukan, Sunset Diutamakan. Snap gitu gitu jelah sunset tu, kecak dance dah nak start!



Aku dok belakang je. Anul dan famili, Jard, Zona dengan Bellan dapat masuk dalam, siap mengadap penari-penari tu. Hahahahahaha aku plak rasa awkward kat belakang tu. Saje takmo gerak ke depan sebab kiri kanan aku ade mamat omputeh yang hemskem auccchhhh *blushing* 

Ekcely yang menari adelah pompuan-pompuan ittew dan jugak watak-watak dalam cite tu laa.. Malas nak cerita plak tetibe. Lelakiss yang duduk tu dok cakcakcakcackacak sepanjang persembahan. Penatnyeeee.. aku pulak yang penat. Iye laa.. dari terang sampai gelap dorang dok cakcakcackak. Mesti haus giler kan? Mohon AzwanaAlia buat part time kat sini plis hehehehe.

Ade laa orang tu kan, diajak menari sekali tapi dia takmooooo *pandang Bellan*. Rugi wooooo. Kalau laa aku yang diajak, mau aku bergangnam kecak style kat situ. Hahahaahahaha!!

Pukul berapa tah setel, 8 lebih rasanya. Terus la kitorang balik. Singgah kejap kat money changer, beli nasik dan pulang ke pangkal jalan. Dah setel mandi pe seme, dinner beramai-ramai dengan lauk-lauk yang dibawak dari Msia. Kemdian tidolah!

bersamvongsssss~

Wednesday, September 12, 2012

Monday, September 10, 2012

823: Memuah Trip - Bali Kecak Style Part 1

Kemain cite raya tak abeh lagi (agaknye), dah skip ke Bali hahahaha. Gasak.

Setelah setahun berbincang dan merancang, akhirnya Allah jualah yang melancarkan segalanya. Maka demikian, kami Geng #Memuah telah ke Bali, Indonesia pada 6 September 2012. Tanpa Keri, Erina dan Aima, kami gagahi jua perjalanan ini sambil menyeret beg memasing.. Aku, Bellan dan Jard gerak sendirik ke LCCT, yang berkeluarga bergerak bersama. Githooo~

Flite petang dalam pukul 6 gitu, tapi kendiannya delay. Well.. siapalah Air Asia tanpa delay. Bagaikan RTM tanpa Farid Ismet Emir, bagai TV3 tanpa Karam Singh Walia. Begitulah. Hehehe. Tapi bagus gak delay.. boleh cas hempon sat sambil layan cite cina Hokkien kat situ. Mekasih la AA.. cam tetau je. Hehehe.

Perjalanan dalam 2 jam lebih, tapi malam tu katanya dijangka tiba awal. Yelah kot. Aku pun tak pedulik sangat. Dalam pukul brape eh sampai sana.. nak dekat pukul 10 ke memang pukul 10 sampai sana. Bla bla bla.. akhirnya jumpe la encik supirtenden iaitu Pak Ieron. Kemain lagi.

 nampak macam Anul dengan Jard berpegang tangan plak. ahahahahahha

Dari epot, kitorang stret anto Wafa dan Ivan ke tempat penginapan di Puri Kelapa. Cool giler tempat ni walaupun tak berapa nampak sangat.. aterrr dah malam kan. Sementara tunggu dorang cek in, bincang dengan Pak Ieron pasal tentatif esok. Kawtim seme, terus antor kitorang plak ke Sanur Avenue. Dapat welcome drink berupa air tembikai. Tapi apsal bagi 2 je untuk bilik kitorang? Kitorang ni berempat tau.. kena la kongsi sorang separuh gelas. Hahahaha.

Dapat honeymoon suite. Kemain besau, tu dah bagos. Masalahnye pintu bilik air takde. I wonder memang honeymoon takmo pintu eh. Memang laki bini suke skodeng pasangan birak eh? Ok merepek. Dah takde pintu tu satu hal, dinding plak berlubang-lubang. Adoyaiii kinky sangat. Hahahahahahaha

Bellan sedang cuba merombak langsir supaya bilik air relevan digunakan

Aku ni beriya je merungut kan, padahal aku la orang 1st yang mandi aritu. Hahahaha. Ade kesah. Berlengas sudeh. Pastu makan bekal kek warna warni yang Wafa bawak, makan megi dan tidorrrr.. 

Kemdianlah sambung. Heheheh~

Wednesday, September 05, 2012

Monday, September 03, 2012

821: Syawal Gangnam Style - Part 2

Annyeong! LOL

Raya keempat adalah masa untuk beraya bersama teman-teman zaman persekolahan. Eceh. Pagi tu Liana datang kutip aku. Haa selalunye dak Rozan ade skali, tapi sebab dia dah kawen makanya tahun ni dia takdek - beraya lagi belah mertua. Gile lamaaaaa sampai raya keempat hahahhahah! Dari rumah aku, stret gi umah Che'. Makan soto kalau tak silap aku. 

Sambil makan tu, try lagi contact kekawan yang biasa diterjah. Time ni laa masing-masing pun kuar beraya T___T  So.. tetibe je kitorang cam takde rumah nak pegi beraya, boleh?? Hahaha. Kemdian tukau plan. Tiap-tiap tahun kitorang asik la pegi beraya ke belah-belah Melaka sane (aaaaa maksudnye menghala ke bahagian selatan Melaka la gitu), so kali ni kitorang ke belah Kuala plak. Bila sebut belah Kuala, bukan ke Kuala Lumpur ye. Maksudnye ke belah-belah Masjid Tanah dan ke atas. Aaaahhhh.. Gasaklah kalau korang tak paham, letih nak taip hohohoho.

Ok nice, Siti ade kat umah. Ni la member zaman pengangguran aku dulu. Almost every week turun Melaka dok cari keje, last-last dia yang dapat dulu T__T. Anak dua dah. 

 Che', Baby, Liana, Siti dan anak beliau

Dah setel rumah dia, kita angkutlah beliau sekali untuk ke rumah seterusnya iaitu rumah Hazlina. Haaaa yang ni memang rare. Rasanya last jumpe dia masa gi reunion kat PD tahun 2006. Lama dah tu! Itu aku dengan Liana le, yang Che' rasanya last jumpe masa amek result SPM '97 dulu hahahaha. Kebetulan plak dia tengah berpantang anak keseken. Anak ketama bila lahir pon aku tatau, tapi dia kawen dulu tu tau la hehe.

 keibuan sangat lulzzz

perlu keww nak ulang? hehe

Lepas setel umah Hazlina, anto Siti pulang dan kitorang meneruskan perjalanan. Oleh kerana dah lama sangat nak pegi tempat seterusnye, tergedik-gedik laa kitorang nak pegi kan. Ke mana?

Ke sekolah kewwww lewwwww!!

Sampai kat guard, guard tu kasik masuk tapi tak kasik amek gambau. Ape neraka? Tapi ade ke kitorang nak dengau kata? Memang taklah. Masalahnye terpaksa curi-curi amek pic. Pastu terserempak pak guard dalam tu, eh dia ok je. Tapi katanye amek la 2-1 gitu. Aiyoooo tak kuasa betei. 

Cadang nak naik ke kelas masa kitorang form 5, gagal. Ni sejak bila ade pintu grill kat tangga pun aku tataulah. Eieieieieiei benciiii. Akhirnya bedal jelah mana yang dapat. Lain betei sekolahku.. dah ade blok baru, 2 ke 3 tah. Pastu dengan landskap yang merimaskan - tapi advantage tu kalau nak lari dari kelas ke ape. Yang kesiannya, semua kelas aliran agama diletakkan dalam satu row di tingkat yang sama. Waaa rugi laaa korang, tak dapat kenal bebudak laki kelas sebelah. Fuh sibbaik bahagian aku dah lepas. Hohiii~

bangunan belah kanan tu takde asalnya. ni tapak dataran perhimpunan sebenarnya, sabo jelah dah jadi kelas pulak

dah berbelas tahun aku tinggalkan sekolah ni. ingatkan misteri kegunaan tembok ni seme dapatlah diketahui, malangnya misteri kekal misteri o_O dulu paling mencabar nak pegi toilet pompan bila lalu kat sini laa. adeeee je bebudak laki yang bersidai kat sini. huhuhu. dan rasanye tempat ni la yang kitorang gelar 'Taman Astakona'. LOL

 kelas-kelas dibukak jadi dewan exam. sama macam zaman kitorang dulu. tapi.. apsal la bebudak sekarang punye stail dekorasi serupa kanak-kanak? T__T

memory lane sangat. koridor yang aku lalu tetiap pagi dari asrama ke sekolah. sapetah yang kene lempang kat area ni dulu sebab lambat sampai sekolah tah. hahahaha yang pasti bukan sayeee

 padang yang menjadi saksi kecergasan aku satu ketika dulu. balapan ni dengan aku bagaikan aur dengan tebing, uda dan dara, romeo dan juliet, anul dan pervert. hahahahah. kong hajau, apsal aku nampak gemok dalam pic ni? grrrrrr

ni Anjung Ilmu. tempat gua bertekak dengan warden dulu kehkeh. semak betei laaa macam-macam pokok ade. cemana nak lari kalau kene kejau dengan cikgu cemni.. hmmmm

tetobe depan makmal sains ni jadi dataran perhimpunan. awkwaarddddd. tapi manja kemain laa dah siap berbumbung bagai. apepon rugi gak ade bumbung ni. sebab.. kalau hujan pon, takde sebab korang dilepaskan balik kelas terus. perhimpunan tetap terussss (agaknye). hehehe

tangga menuju ke bilik seni. bilik seni ni pun tempat aku berkubang dulu lepas abes exam PMR. hari-hari kene lukis poster sebesau saiz A1 sebab ade Gabungan Pameran Seni 6 (6 buah sekolah bergabung buat pameran seni gitu). puahhh siap ingat lagi hahahaha. mau tak ingat, aku sorang je yang kene buat poster tu huhu

pintu depan. pon dah beralih tempat. ni pintu baru. hmm

 bye!

Dah abes tour sekolah, kita teruskan perjalanan. Oleh kerana belah Kuala dah setel (2 umah je, ater orang lain seme takde), kita sambung ke belah Melaka. First stop, umah Suria kat Sg Udang! Awkwardnye dalam hati aku masa ni. Sebabnye.. kene korek balik entry2 awal tahun aritu hahaaha. Takpelah. Oh btw, dia beranak yang no 3 dah beliau. Alhamdulillah..

rasa macam pegang Aqil anak dak Erina pun ade masa ni hihihiihi


 asek la posing cam budak baik, berlengas aku! hahahahaha

Dari Sungai Udang, kitorang shoot ke Durian Tunggal. Nak tau jauh tak jauh, pegi gugel map hahaha. Tak sesat sangat, salah jalan sket je.. dan sampai ke rumah Nurul. Heheh. Aku tumpang solat, kemdian terus makan lagi.. lalalalalala~

 eieieieiei skemanyeeeeeee

Dah petang dah time ni.. so.. memandangkan malas dah nak beraya (aku je kot), kitorang shoot ke JJ Melaka yang baru tu.. ape namanya tu? Yang dekat Melaka Sentral tu. Ha situ. Saje nak jalan-jalan. Dalam pukul 8 gitu mak call, dia tinggal sorang. So cepat-cepat aku tapaukan Chatime dengan roti untuk dia dan berlalu pulang.....

Sekian. Yang seterusnya tunggu gambau lain. Hehehehe.