Wednesday, October 31, 2012

Monday, October 29, 2012

828: Hmmmmmmm : episod sejuta

Balik raya kali ni
Makin hebat pulak desakan supaya aku kawen
Desakan yang mendesak sangat-sangat
Sampai aku ni ibaratnya..
ade kat simpang empat
pastu kereta dari semua simpang dok himpit aku
siap ade motor pon main cilok-cilok keliling

Saye ni..
takde orang nak buat bini, bole paham tak?
-_-




Friday, October 19, 2012

826: Hari Ini, 12 Tahun Lepas

Hari ini, 12 tahun lepas, hari Khamis. Aku masih belajar di UiTM. Masa tu lagi 2 hari nak start final exam untuk semester 4. Aku ni biasalah. Paper lagi 2 hari, baru aku nak study. Malas aku nak study awal-awal, kang lupe huhu.

Bangun pagi macam biasa, lepas mandi cadangnya nak minum pastu nak lepak tepi padang - amek mood nak study la konon-konon. Tengah dok berkemban (ini pon nak cerita kaaaa) sambil pilih baju nak pakai, tetibe pintu bilik dibukak. Oh. Kakak ipar no 4 datang rupanya.

Ta, jom.
Aku terpinga. Nak gi mana
balik Melaka
Motip nak ajak aku balik arinie? Kalau ujung minggu iyelah. 
Malaslah, orang ade exam ni nanti.. kata aku lagi.
Abah dah meninggal, kata kakak ipau lagi.
Aku pandang dia. Abah sape?
Abah awaklah, terus kakak ipau aku menangis.
Huh?
Awak siap-siaplah, Kak Chik dengan Abang Chik tunggu kat depan. Cepat sket tau.
Ok..~

Dengan terpinga-pinga dan blur, aku pun bersiap. Tapi tak bergegas, sebab serius aku blur dan tak mengerti. Abah.. abah aku meninggal? Baru je dua tiga hari lepas aku dengar suara dia dalam telefon, dia dah takde? Eh betul ke ni.. ke abah kakak ipau aku yang meninggal. Eh.. tapi memang abah dia dah lama meninggal pun. So.. betul la ni, betul la bapak aku yang meninggal ni?

Tangan memilih baju. Masuk dalam beg. Blur.

eh kak c'tah nak pegi mana? tegur roomate aku
nak balik kampung
kenapa? bukan akak ade exam ke?
ha'ah. bapak akak meninggal.

Terus dia memeluk aku. Barulah aku menangis. Sungguh-sungguh. Betul ke ape aku cakap ni? Bapak aku dah takde, serius????!!!

Masa ni aku belum ade hempon lagi. Macamana nak bagitau member-member? Aku berlari ke Blok 2. Cari Mek Za. Sebenarnya nak berlari pun aku dah takde daya, tapi lari jugak. Dan sudah tentulah.. kawan-kawan aku mana sempat jumpa semuanya terkejut. Aku. Yang diorang kenal 2 tahun, tak pernah menangis walau macamana pressure sekalipun - sekarang dah macam apedah menangis tak berhenti.

Sebelum sampai ke kereta Abang Chik, aku lap habis-habis airmata. Jangan tunjuk, jangan. Sepanjang perjalanan - hati aku berdoa. Moga ini semua tipu. Aku rela ditipu, diprank, diAprilFoolkan walaupun masa tu bulan Oktober - asalkan balik nanti tetap ade abah menunggu aku di depan pintu. Walaupun aku paling benci ditipu, tapi kali ini aku berharap. Tolonglah tipu aku kali ni, tolonglah!

Abang Chik yang selalunya sopan dan berhati-hati di jalanraya, kali ni habis dilanggarnya lampu merah sepanjang perjalanan. So.. betul ke ni? 

Masuk ke kawasan kediaman, kereta dah banyak diparking tepi-tepi rumah aku - merebak sampai ke rumah jiran bawah. Aaaa.. jantung aku dah hilang. Aku keluar dari kereta, yang pertama menyambut aku ialah Along. Dia  muram, tapi tak menangis. Peluk aku sekali, dan menyuruh aku masuk. Sebenarnya pandangan dah kabur, pintu rumah nampak berbalam..

Langkah pun terhenti depan pintu. Aku nampak jasad abah, ditutup kain batik. Ya Allah.. betul ke ni? Betul? Abah tak tipu??? Tangan menggigil berpaut di grill, aku dah tak mampu nak angkat kaki. Di situ jugak airmata menderu. Terduduk. Kemudian datang abang-abangku yang lain, kakak ipar no 5 datang memeluk. Memujuk.

Jangan nangis, Ta.. abah pegi tadi tenang je, tenang sangat..  bisik kakak ipar.

Aku nampak mak. Tenang dia membaca Yasin, tak macam mak yang aku kenal - cembengnya bukan main. Tapi kali ni takde airmata. Mak hulur Yasin.

orang takleh baca, period. airmata luruh lagi. Fahamkah anda.. perasaan aku. Aku mahu bacakan untuk abah, tapi aku tak boleh T____________________T

Sembahyang jenazah untuk abah dibuat dua kali. Sekali di rumah, dan sekali lagi dibuat atas permintaan jemaah surau untuk sembahyangkan abah di surau yang abah kunjungi tiap hari. Dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki kenderaan tentera - trak kecik ke jip aku pun dah tak ingat. Sampai ke kubur aku ikut.

Dari jauh aku perhati.. abah dikebumikan. Kemudian aku nampak Pak Imam menggamit aku datang ke sana. Eh boleh ke? Aku kan period? Tapi dah Pak Imam panggil, aku pergilah.

siram kubur abah ye.. untuk kali terahir..

Siram. Siram. Dan kami 6 beradik duduk mengelilingi kubur Abah. Semua terdiam. Aku perhatikan seorang demi seorang abang-abang aku. Inilah yang tinggal untuk aku sekarang. Mereka inilah abah aku sekarang. Di situ kami berbincang ringkas. Siapa akan jaga mak. Siapa yang perlu berkorban. 

Mekasih, Along..

----

Sebenarnya, keadaan paling tough untuk aku adalah.. untuk berhadapan dengan semua kawan-kawan aku. Sepanjang masa aku di Melaka (Khamis sampai Jumaat je), ada jugak kawan-kawan yang call rumah. Menenangkan. Ucap takziah. Tapi ada satu ayat yang sorang junior aku sebut masa call tu, buat aku rasa bertanggungjawab untuk menutup perasaan sedih bila dah sampai UiTM nanti.

akak jangan sedih.. saya takut nak bayangkan nanti saya tengok akak dah tak ceria macam dulu..

Makanya sesampai di kolej, aku buat seperti biasa. Tidaklah ketawa berdekah-dekah, tapi sekurang-kurangnya aku tidaklah meratap menangis depan mereka. Masih lagi tersenyum dan ketawa bila beramai-ramai, tapi setiap hari aku menangis sambil mandi. 2 kali sehari aku mandi, means at least 2 kali aku menangis tiap-tiap hari.

Pun masih, aku terima sms dari seorang classmate lelaki yang mengatakan kekagumannya melihat aku cool je dengan keadaan ini. Entahlah. Mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir tentang kemungkinan, dan salah satu kemungkinan yang pernah terlintas dalam kepala otak aku dulu adalah.. macamana reaksi aku kalau ada orang datang ke studio dan bagitau bapak aku meninggal? 

Aneh. Dalam tak sedar rupanya aku pernah menyiapkan mental aku untuk keadaan seperti ini. Tapi tetaplah.. gagal.

Ok taknak sambung lagi. Penatlah sambil taip sambil nak lap airmata -_-" hukhuk~

akan selalu rindu
abah saye yang kelakar
abah saye yang garang
abah saye yang berilmu
abah saye yang penyayang
abah saye yang hemskem
abah saye yang power
abah saye yang tegas
abah saye yang best

akan selalu..

Wednesday, October 17, 2012

Monday, October 15, 2012

824: Dermalogica - Launching Event

Salam semua!

Laswik, aku dengan Jard dan CikLilyPutih telah dijemput ke Aster Spring, One Utama untuk launching set Dermalogica. Ekcely yang dijemput tu diorang berdua tu je, tapi aku la yang sibuk nak folo sebab DERMALOGICA. Kalau mende lain, mebi tak kot.

Sebenarnya, aku pernah guna produk ni. First time masa 2005, masa tu takde komitmen ape sangat. So.. berbulan-bulan gak aku pegi buat facial, ade gak la beli produknye tapi takde la beli banyak. Ater.. bukannya murah weh. Tapi aku suka Dermalogica ni sebab dia bukannya nak repair kulit aku jadi putih kaa ape kaa.. mende ni memang untuk kesihatan kulit la gitu. Kulit muka aku ni kan pesen kering bagaikan dataran kontang, so bila kena dengan produk yang sesuai.. kulitku kemain tersenyum girang. Servis pun ok (untuk aku ok la, untuk orang lain aku tak pasti). Kalau nasib baik, lepas facial siap dorang mekap free lagi hihihi. Tetibe terkenang kes pegi pasar ramadhan dengan muka lengkap bermekap dulu, rasa nak pakai topeng je hahaha!!

Kalau aku ni berduit memang aku stick to this produk tapi.. yelah.. *belek-belek belen duit dalam akaun*

So pada hari kejadian, pergilah kami secara separate tapi berjumpa jua di Aster Spring. Masa aku sampai tu around 6 pm, ramai gak aku tengok orang dah datang untuk try barang-barang dorang ni. Eieieieie geramnye aku tengok, rasa nak hulur je muka aku yang kekeringan ni untuk ditesting. Sabo baby sabooooo.

Pukul 7 lebih lepas maghrib, program pon bermula. Dimulakan dengan slide presentation pengenalan produk daripada.. alamak lupe plak namanya.. isk. Sekejap je presentationnye, dalam 5 menet je hehehe. Kemdian surprise untuk kami yang datang ni.. dapatlah sorang satu paper bag yang berisi....


travel pouch - worth RM298! *pengsan*

 dan jugak voucher untuk wat facial - worth RM198! sekarang uols paham kan kenapa aku tak dapat nak teruskan facial kat situ huhu

bogel menuju kecantikan abadi. huahaha kemain lagi ayat aku

Mak oiii happynya aku cam Happy Meal!! Dah la dapat makan sedap, dapat barang free lagi. Tetibe sayang nak guna, bole gitu? Huhu. Apepon mekasih untuk CikLilyPutih + Jard skali yang mensajeskan namaku pada pihak di sana supaya menjemput diriku pacal yang hina ini dan jugak pihak Aster Spring yang sudi menjemput dengan ucapan.. kalau ade launching lagi, panggil la lagi ye hehehe.

Mekasih bebanyak! So rerakan mana yang dapat bonus tu, apalagi... moh beli! Tawaran terhad sementara stok masih ada! *ayat marketing*. Nah baca ni..

Sambutlah musim perayaan dengan set hadiah untuk wajah yang sihat dan berseri daripada Dermalogica®, sama ada untuk anda, sahabat atau orang tersayang. Dermalogica® mula memilih produk jualan terbaiknya menjadi set hadiah perayaan pada tahun lepas dan menerima sambutan yang hangat daripada pengguna.  Set perayaan kini kembali semula atas permintaan ramai – kali ini dalam beg pelbagai warna yang menarik! Set Hadiah Perayaan Dermalogica® 2012 terdapat dalam tiga reka bentuk beg menarik yang berbeza serta berlainan warna. Setiap beg mengandungi gabungan produk yang sesuai dengan pilihan setiap individu dan menjadikannya hadiah yang amat sesuai untuk anda atau sesiapa sahaja.


Semua yang anda perlukan daripada Dermalogica® untuk wajah yang sihat dan berseri terdapat di dalam Beg Carry-All Dermalogica®.  Bermula dengan pembersihan, set perayaan ini mengandungi Essential Cleansing Solution bersaiz 500ml dan Daily Microfoliant bersaiz 13gm; bagi tona dan kelembapan kulit, beg ini juga mengandungi Multi-active Toner dalam saiz 250ml dan Skin Smoothing Cream bersaiz 100ml, semuanya di dalam beg yang cantik dan sedia dibawa ke mana-mana sahaja. Set produk yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit ini direka untuk pemakaian harian, siang dan malam.


Anda pasti gembira dengan produk kegemaran Dermalogica® yang terdapat di dalam set hadiah Travel Pouch bersaiz medium yang mempunyai 7 produk kegemaran pengguna.  Beg yang mudah dibawa ini mengandungi 150ml Pre-cleanse, 50ml Multi-active Toner, 10ml Gentle Cream Exfoliant, 4ml Intensive Eye Repair, dan 10ml Solar Defense Booster SPF50. Selain itu, set ini menyediakan pilihan 50ml Essential Cleansing Solution dan 22ml Intensive Moisture Balance untuk kulit kering; 50ml Special Cleansing Gel dan 22ml Skin Smoothing Cream untuk kulit normal dan kulit kering. Mana-mana satu pilihan ini akan melengkapkan segala keperluan kulit anda bagi memperoleh wajah yang cantik berseri sepanjang musim perayaan ini.


Bagi anda yang gemar memanjakan kulit serta mengekalkannya segar dan lembap sepanjang hari, anda pasti teruja mendapati Conditioning Body Wash (75ml) dan Body Hydrating Cream (75ml) disertakan di dalam set Beg Kembara bersaiz kecil Dermalogica®.  Kedua-dua produk terdapat di dalam beg kecil yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk memberikan terapi tubuh yang diperlukan bagi mereka yang sentiasa sibuk.  Kedua-duanya sesuai untuk semua jenis kulit.  Ia boleh digunakan pada waktu siang dan malam untuk hasil yang lebih baik.

Set hadiah besar Dermalogica® dalam Beg Carry-All dijual pada harga RM520.00 (harga asal produk dalam set ini adalah RM699.00); set hadiah bersaiz sederhana dalam Beg Travel Pouch dijual pada harga RM298.00 (harga asal produk dalam set ini adalah RM418.00) dan set hadiah bersaiz kecil dalam Beg Kembara dijual pada harga RM88.00.  Semua beg hadiah terdapat dalam warna-warna oren ceria, magenta menawan dan hijau segar bagi menyerikan lagi hari anda.

Set Hadiah Perayaan Dermalogica® 2012 dalam beg berwarna-warni dijual di semua outlet AsterSpring Signature, AsterSpring dan Dermalogica® Consultation Pod serta pengedar  Dermalogica® yang sah di seluruh negara.

Mengenai Esthetics International

Esthetics International Group Berhad (EIG) adalah sebuah syarikat ternama dan terkemuka dengan pengalaman lebih dua puluh lapan (28) tahun di bidang penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta kebugaran dan kecantikan. EIG merupakan pengedar eksklusif produk  Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Brunei dan kawasan selatan negara China serta pembekal produk Dermalogica® untuk Vietnam dan Kemboja.  EIG turut terlibat dalam pengurusan dan pengendalian rangkaian lebih 60 buah pusat rawatan penjagaan kulit profesional (AsterSpring), 14 buah Pod Rundingan Dermalogica® dan membekal kepada lebih  1,000 pengedar Dermalogica® yang sah di seluruh rantau ini.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan rangkaian Dermalogica®, temuramah dengan Dermalogica®, sampel produk atau imej, sila hubungi:

Jane Wong
Mobile Number: 016.224.1427
E-mail: jane@bridgespr.com.my  

Wednesday, October 10, 2012

Monday, October 08, 2012

831: Minggu lepas punye kisah..

Last week, aku gi oustation lagi.
2 hari je, ke Pulau Tuba.
Backpack je
Terkejut mereka tengok keringkasan aku hahaha


Ekcely aku pegi dalam keadaan
jiwa a bit kacau
Tak tenang
Tapi buat-buat jelah macam rileks

Keje is keje,
am I right?
Sape cakap tak, dia pelapik tandas
Hahahaha


Nothing much
I met this cat
Di mulut aku panggil dia Garfield
Di hati, aku panggil dia lain
The moment dia cakau tangan aku
Terkeluarlah nama yang aku sebut dalam hati tu

AQIL!!!!
kantoi. hahahaha
Asal nampak kucing gemuk je, terbayang Aqil
Jangan marah, mama Ena hehe

wuweeekk!!!

Esoknya jalan-jalan survey
Naik motor
Aku yang hanya ade lesen kete JERRR, motor takdek
Naik dengan Kak Bebola Ikan
Motor pon cam harom skek

Kemdian jatuh motor
Baguih dok ada
Jatuh kat kawasan cerun bukit
Sebelah kiri cerun terus ke laut
Sibbaik tak jatuh dalam laut -_-
Kitorang takde pape
Motor jelah jahnang sket
Dah laa semedang takde line -_-
Sabo jelah
Inilah kisah hidup dan pengorbanan saurang perancang bandar
Tsssskkk~


Makan kat sana pun murah lagi
Neskepe tarik RM1
Roti canai kosong 70 sen
Mee kuah yang ade udang fresh dari laut dalam 4 - 5 ekor tu baru RM5
Pitaaaaaaam

Tapi takde apelah kat situ

Dah, tu je entry aku arinie
Takde idea weh
Kalau ade pon,
Idea nak marah-marah je hahahahahahahha
Esok lusalah aku apdet mende lain

Bye sayang!

Monday, October 01, 2012

830: Saye Sebuah External Hard Disk

Assalamualaikum semua..

Saye adelah sebuah external hard disk. Jenama Samsung dan berkaler merah yang amat anggun sekali. Comel molek je barangnye saye ni kalau awak nak tau. Kalau tak molek, takkanlah tuan saye yang mampan tu pon boleh terpikat dengan sekali pandang je ke saye ni. 

Saye tahu, tuan saye tu kemain suke lagi dengan bende-bende Korea ni. Dia tak tahu agaknye yang saye ni boleh je berbahasa Melayu. Selain itu, saye jugak paham sket-sket bahasa Cina. Ni semua berkat saye duduk kat kedai di Low Yatt.. jadi macam-macamlah bahasa dapat saye belajar sepanjang saye di situ.

ni gambar masa saye kat Korea lagi, nebes saye sebab ini pestaim saye mengadap orang ramai *blushing*

Seingat saye, tuan saye tu memang dah berkenan ke saye masa memula sampai kat kedai tu. Tapi dia macam nak try cari pesen lain plak katanya. Masa saye nampak dia pegi meninggalkan saye, terus saye memanjat doa moga dibukakan pintu hatinya agar kembali senyum.. eh.. kembali ke kedai ini dan membawa saye pulang. Saye bukan ape.. lemaslah tempat ni. Asap rokok sane sini.. saye tak suka. Masa kat Korea dulu, elok je udaranya *hmmmpphhhh*

Alhamdulillah.. doa saye dimakbulkan. Tuan saye..eh masa tu belum lagi. Bakal tuan saye pun datang balik. Fuuhhhh nebesnyeee saye.. terus saye tegakkan badan dan menunjukkan sikap yang boleh dipercayai. Masa tuan saye tu tak nampak, sempat lagi saye tacap-tacap badan saye agar lebih bersinar dan mampu menarik perhatian beliau. Setelah beberapa ketika dia membelek-belek tubuh saye dan menego-nego dengan pekedai yang kerek tak masal-masal tu, akhirnyaaaaaaaaa dapat gak saye memfolo dia pulang. Yeaaaayyy!!!

Sepanjang saye bersama tuan saye, kemain saye digunakan dengan sepenuh hati. Saye jugek memberi khidmat sepenuh hard disk kepada beliau. Semua gambau-gambau posing dan jalan-jalan, dia suruh saye simpan. Selain itu, lagu-lagu, music video, games dan cite-cite Korea turut diamanahkan kepada saye untuk menyimpannya. Sebagai pencacai penyimpan barang, saye lakukan segalanya dengan penuh gembira dan bersyukur. Sememangnya slogan Janji Ditepati saye sematkan ke dalam hati dan tiap janji tersebut saye lunaskan bersungguh-sungguh demi kepuasan pelanggan iaitu tuan saye yang kemain comel tu. Eieieiei geram saye tengok dia kadang-kadang. Hahahaha.

 masa ni saye kene paksa dok depan. teruklah dorang yang lain tu.. saye ni dah la pemalu. iskkk

Tapi.. satu hari...

Entah macamana tah, tetobe je saye jadi macam bangang-bangang. Tuan saye daripada berwajah bidadari, bertukar sedikit demi sedikit menjadi bidadara. Huhuhuuh mesti dia bengang! Saye dengar, kawan-kawan dia suruh beli baru je, tapi dia takmo. Yelah dia tu bukannya berduit sangat *flipdisk*. Saye ni pon dia beli sebab abang dia bagi duit - adiah besday katanya. Pastu saye dengar lagi, tuan saye kata dia tak kisah takat nak beli baru, cumanya dia sayang laa gambo-gambo dalam simpanan saye ni. Eh betul gak kan.. kenangan tu seme. Alahai kesiannye T____T

Lama dah tuan saye tu peram saye. Lagi laa saye sedih. Sayang nau nampaknya dia ke saye. Eh ke.. sayang ke gambau-gambau tu? Ah lantak. Lepas beberapa bulan, saye berjaya dibaikpulih oleh salah sorang opismate tuan saye. Dan tuan saye pon kembali senyooooommmmmmm

kemain hepi lagi dia masa tu!

Namun begitu.. bak kata Erra Fazira - Yang Terindah Hanya Sementara.

Semasa tuan saye seronok-seronok mengkopi Running Man dan macam-macam lagi cerita Korea, tetobe saye jadi cam bangang-bangang balik. Huwaaaaa!!!! SORRY BOSS!!!! Saye pon tatau kenapa saye jadi cenggini -___________________________- Bos saye kembali bersedih..

hingga sekarang. 

Kejap kang dia hepi, kejap kang dia sedih. Saye pon tensen. Ade sape-sape boleh tolong betulkan saye tak?


Saye dah tak larat nak tengok muka tuan saye cenggini. Help me plisssssss!!!