Monday, January 21, 2013

850: Kes Histeria 1

 Salam cuols!

Aku perasan kat tuiter dan fb kecoh pasal histeria kat UiTM Lendu masa wiken aritu. Since aku online guna hempon, so tidaklah aku baca seteruk dan seserius mana kesnye. Ade orang mati masa histeria ke ape? Sorilah aku tatau. Untuk aku, selagi takde membabitkan kecederaan tahap patah tengkuk ke patah kaki ke ape, takde la dasat sangat la kot?

Aku ade gak la pengalaman sket pasal kes histeria ni. Tak pastilah sama ada penah ke tak aku buat entry pasal ni, lantaklah hahaha. 1st experience aku tengok orang histeria masa umur aku 13 tahun. Kat asrama, masa tu baru seminggu kot aku dok asrama. Hahahaha. Aku tatau la orang lain, tapi aku rasa cam eksaited plak. Sebab tak penah tengok, so takde plak pikir takut ke mende. Tapi nak kata berani sangat tu tidaklah. Hehehe.

Beberapa hari lepas tu, member aku si Suria tu mimpi. Dalam mimpinye 'benda' tu datang, dan bagitau akan start 'serang' asrama kitorang dalam masa 3 hari lagi. Giler ah. So lepas 3 hari tu, kakak-kakak dorm aku mana yang lawa-lawa tu seme start ulang alik dari umah ke sekolah (hantu tu suke orang lawa weh), tapi ade sorang kakak ni dok sekampung dengan aku - dia je tak ulang alik. Anak ustaz dia ni, memang lawa. Memandangkan dia tak balik, dorm aku buat extra preparation la. Tiap-tiap malam pukul 11, dah pastikan semorang dah masuk dorm - kitorang buat pendinding dengan ayat kursi. Penutupnya aku yang kena buat sebab aku sorang je dalam ramai-ramai tu yang hafal ayat 1000 Dinar. Err aku tataulah ape signifikannye baca ayat tu untuk pendinding, tapi bole la kot. Asalkan doa.

So alhamdulillah, untuk jangkamasa berapa lama tak ingat - dorm aku je yang 'benda' tu takleh masuk. Sebab budak dorm sebelah penah nampak ade kain putih melayang pusing satu asrama tapi 'mati' depan dorm kitorang. Hmmm.

Satu hari tu kan.

Masa prep. Di tengah keheningan orang dok buat homework kat dewan makan tu, tetobe je sorang kakak ni histeria. Denggg gempar kejap. Lepas dia, berjangkit plak dalam dua tiga orang. Ok terus chaos. Mangsa histeria diangkut ke surau. Pastu prep ke mana ape ke mana. Semorang dah berkumpul kat surau. Tapi lepas tu bukan makin elok, makin teruk ade laaa. Ko bayang eh, sorang kena histeria pastu dia sebut nama kawan dia - kemdian kawan dia plak histeria. Gilerrr histeria berantai. Aku plak kan eksaited, berkejaran aku dalam surau tu tengok orang histeria. lulzzzz. Ujung-ujung lebih 10 orang gak la histeria malam tu. Untuk mengelakkan lebih ramai orang histeria, so.. ade la dalam 2-3 orang yang dipindahkan dok kat bilik rawatan, sorang lagi kat bilik tv. Kawan-kawan aku tuh semenye. 

Kemdian kakak senior buat announcement - sape junior kat sini yang berani nak jaga orang histeria? Kebetulan aku dengan Suria betul-betul depan kakak tu. Aku pandang Suria, dia pandang aku.

ko berani tak? tanye aku
kalau ko berani, aku berani la. kata Suria
jom, boringlah dok sini.

Volunteer kau. Hahahaha. Kakak senior tu terkejut, dia ingat kot la budak form 3 ke nak volunteer. Tapi melihatkan kesungguhan kitorang, maka dibenarkanlah. So.. aku kena jaga member aku ni kat bilik tv. Memula kitorang berdua, lama lepas tu tinggal aku sorang je jaga budak ni. Dah la badan dia beso dari aku, kalau dia mengamuk kejap lagi pastu dipijaknye aku, memang jadi sushi laaaaaa aku ni kang. Tapi takpe, aku ade gadget. Bila dia start nak meracau tu, aku kepit je lada itam dengan bawang putih kat celah jari kaki dia. Hahahaha. Ade sekali tu dia baru nak meracau, aku siap ugut lagi 'ko jangan ngengade eh, ko jerit kang aku tekan jari ko ni kangggg'. Haa terus tak jadi histeria. Hahahahahah!

Tapi pengalaman masa form 1 ni tak berapa sangat kot. Pengalaman masa form 4 ade sikit seremlah. Nantilah aku cite kendian, bole? Huahahahahahaha!

---

Ah sambung jelah eh sementara ade mood ni. Ok ni kite terus ke tahun 1996. Tadi tu kisah 1993.

Masa aku form 4, aku selalu la tido kat dorm atas sebab kat dorm aku takde rakan sebaya. Kat dorm atas ade member aku si Kapai tu hehe. So.. satu hari tu macam biasalah tido dengan dia. Sebelah katil dia ialah Kak N. Akak ni memang dah diketahui ade saka ke apetah yang memang dah folo dia dari kampung dia kat Kelantan tu. Dah banyak kali dah aku tengok dia histeria, giler-giler hardcore nye histeria. Aku penah gak tanye Kapai, ok ke tido seblah dia? Dia kata so far takde ape pulak, so ok laa.

Entah cemana dah tengah malam tu tetobe aku terjaga. Macam dengau orang mengigau. Aku bukak mata, kebetulan aku tido mengiring dan menghadap ke Kak N tu. So aku nampak la dia bercakap-cakap tapi mata tutup (sebab tu aku ingatkan memang dia mengigau), takde la aku rasa ape sangat. Tapi bila aku kalih ke seblah, baru aku pasan rupanya aku sorang je atas katil nih. Kapai dah lari ke belakang sanun, pastu bebudak dorm dia pun rupanya dah berkumpul kat belakang tu. Tinggal aku, dengan budak katil atas je yang tak gerak lagi. Demmmmmmmm.

Memula Kak N tu cakap perlahan je, tapi makin lama suara dia makin kuat sampai tahap tendang-tendang katil. Ok. Sekarang aku dah kejung kat situ, nak bangun pun takut weh. Jarak kitorang bukan jauh pun, kalau laa tetobe Kak N tu bangkit, memang senang je dia bole capai tangan aku T___T huwaaaaaaaa!! Dah lama tu akhirnya berjaya gak la aku meyakinkan diri dan lari gi belakang. Bukak lampu, panggil bestfren Kak N yang ade ciri-ciri tokmoh tu kat dorm bawah, dan kitorang pun sedaya upaya laaa nak 'kejut' dia.

Keje aku? Pegang kaki dia seblah, seblah lagi Kapai pegang. Punya laaa kuat hooiiiii hantu dalam badan Kak N ni, sampai Kapai yang besau tu pon boleh tercampak dia tendang. Aku ni punye la geram tengok dia sepak member aku, kaki yang aku pegang tu aku cubit-cubit sampai lebam hahahaha. Kemdian kawan Kak N ni tanye, sape kat sini reti baca ayat 1000 dinar. Ye, kat dorm dorang ni pon aku je jugak yang reti tsssk. So.. baca ayat tu kat air, pastu aku tanye 'nak ludah ke takyah?'. Hahahaha saje je nak pedajal.

Ade beberapa kali gak laa Kak N bukak mata, pastu bertembung gak pandangan mata kitorang ni. Demmm. Ekcely ni orang kata la, jangan bertentang mata dengan orang histeria sebab yang pandang kita masa tu bukan orang tu tapi 'benda' tu. Dibimbangi nanti 'benda' tu cam muka ko, esok-esok ko plak yang dia serang. Gituuuuu.

Setelah beberapa jam bergelutan, akhirnya keadaan kembali tenang menjelang pukul 5.30 pagi T_____T Eloklah tu, pukul 6 dah nak bangkit siap-siap gi sekolah. Nice.

Sepanjang 4 tahun tu memang banyaklah kes histeria. Yang paling dasat terjadi masa minggu nak SPM, Kak N ni tua setahun je daripada aku. So senior aku cite, ade satu malam tu Kak N hilang. Rupanya dia sudah lari pegi tingkat 3, tengah get ready nak terjun bangunan. Kalau tak silap, macam dia ade pegang senjata - pisau ke kayu ke apetah - mujurlah sempat diselamatkan. Kot tak lagi berhantu laaa asrama aku T______T

Next time aku cite pasal kakak dorm aku plak. Heheheh~

10 comments:

pakbear said...

best betul layan citer ko nie.. aku kat sumad dulu x banyak kes2 histeria nie... huhuhu

Masy said...

takde? gaknye antu mmg suke pompuan je kot huhuhu

pakbear said...

huhuhu... ada laa... tp kes terpencil.budak form one yg jiwa x kental.. ;p

achik said...

amboi, pandai memilih plak hantu tu ek.. nak yg lawa je..

Masy said...

bear,
mmg slalu gitu la, org2 jiwa lembut je yg slalu kene ehe

achik,
kan? sibbaik akak tak lawa. bwahahahhahaha

Wak Gelas™ said...

wak pon X penah layan kawan2 ke histeria jugakk.,Uhuuuu

Masy said...

en me,
hehehehe

Irfa said...

seramnya..ayat 1000 dinar boleh jd pendinding jugak ke?akak hapal jugak ayat tu

zonaku said...

hehehee.. blh aku gelak x? ms kejadian agak seram la, but bila citer balik camni, aku mmg blh gelak la...


aku pun pnh layan gak... ms thn 92 n 96. ms 96 tu, aku kan senior dah, pengerusi floor aku lak tu, mmg takut2 berani je la.


pastu ushar abang metrik hensem bersilat kat padang lawan akak tu....
hhahahahaaa...... sempat aje. n aku rs paling kelakar, kawan aku y semput, blh lari potong sprinter sekolah sebab akak tu kejar dia... wakakakkakakaaa

Masy said...

kak irfa,
agaknye bole la kot?

zona,
tu la pasal, bila cite balik rasa kelakau plak hahahahahha. sibbaik alhamdulillah aku setakat ni takleh nampak hantu - dan x teringin nk nmpk pun so aman damailah idup aku. hueheheh