Tuesday, February 26, 2013

857: Parut

Assalamualaikum! Tak jawab, dosa!

Pagi tadi dengar radio Era, ade topik pasal parut. Biaselah kes nakal tahap saitan masa kekecik dulu kheen. Aku pun dok korek-koreklah memori, ade ke tak parut. Eh mestilah ade.

Ade satu parut kat lutut aku tu masih sedikit misteri sebenarnya. Yang aku ingat masa tu aku gi nyorok bawah katil, pastu terasa macam perit kat lutut. Sekali tengok rupanya nah.. dah robek. Patut kena jahit tu tapi aku ni.. mana la nak bagi doktel jahit-jahit kulit aku. Letak ubat jelah. Lepas kejadian tu dok cek gak bawah katil tu kot ade pisau jilet ke, batu ke ape. Memang takde ape. Takkan la aku menyorok bawah katil dengan kelajuan cahaya yang membuatkan kulit lutut gua terkopak?

Misteri.

Tapi ade satu ni. Kesnye masa umur aku 5 tahun kalau tak silap. Umur 6 tahun takde dah kot buat pangai aneh melampaui batas (rasanyelah). Umur 5 tahun tu aku dah takde kawan dah kat umah, abang-abang sume dah masuk asrama, dah masuk U. So.. main sensorang laa ai. So satu hari yang aktif ni, aku yang kiut ni pegi la main kat kete bapak aku. Masa tu abah pakai kete Peugeot, kete lama le.. yang bonet dia kene tekan punat nak bukaknye, siap ade cangkuk kat tempat tekan tu. Tatau la ape fungsi cangkuk tu tah.

Kete tu bontot belakang dia memang just nice je kalau orang kreatif macam aku nak main gelongsor. Hohihohi. So.. main la gelongsor. Ntah kali yang keberapa tah, tetobe je skirt yang aku pakai tu tersangkut kat cangkuk bonet tu ha. Udah le tergantung-gantung aku kat situ hahaahahaha. Aku rasa kalau budak lain, dah terjerit panggil mak apak soh selamatkan. Aku takde plak buat gitu. Siap pikir cemana aku nak turun ni.. malas nak panggil mak ke abah ke, kang dorang sure bebel-bebel pastu tak bagi main gelongsor kat situ. Oh tidak.

Berkat didikan mak abah dan juga togokan susu Dumex dan Nespray setiap hari, sel-sel otakku pun berhubung sesama sendiri lantas menghasilkan idea bernas. Ideanya ialah.. aku akan tarik je kain aku daripada cangkuk tu, pastu tangan lagi sebelah ni tahan la dekat lantai bila jatuh nanti. Haaa bijak tak bijak tak. So.. aku pun buatlah gitu. Malangnya aku jatuh tu dengan kadar kelajuan cahaya (again) so tak sempat la sebelah tangan ni nak tampung diri sendiri. Akibatnya.. gedebuklah. Muka jatuh terhempas mengadap lantai. 

Kesan hempasan tu, bibir aku terbelah. Canteeeeeekkkkk.


Terbelah secara angin lintang. Darah toksah cakaplah macam banjir oo banjir oo banjir rumah kita naik airrrr ooo naik airrr ooo. Walaupun berjiwa komando tapi nanges tetap nanges. Pastu dok panggil-panggil Angah. Bengonglah. Angah kat KL hoit! Hahahahaha. Makanya bergegaslah abah angkut gi klinik.

Sampai kat klinik, jumpe doktel. Sedara gak tu.. dok pujuk aku bukak mulut. Aku tau dah.. tu nak jahit la tu. Jangan harap aku nak bukak hahahaha. Dia siap umpan lampu suluh la, gula-gula la. Aku amek je semua tapi mulut terkatup rapi. Lulzz. Akhirnya doktel pasrah. Dia bagi ubat sapu je, sapu pakai cotton bud (siap ingat tu kihkih). Lepas kejadian tu aku tak ingat plak cemana aku menghadapi hari-hari yang mendatang. Cemana seksa aku nak makan ke minum ke gosok gigi ke, apepon tak ingat. Nampak sangat tak penting. Bila tengok balik, macam takde parut apepun kat bibir mungilku itu. Kan bagus. Kalau aku biaukan je doktel tu jahit, sure berparut kan kan kan.

So.. itu jelah ceritanya. Cerita parut di luar dapat dilihat, parut di hati siapa tahu #tetibe. Kbye!

4 comments:

Irfa said...

akak pun nakal zaman kecit.jatuh pokok smpi bibir pecah pun penah tp situ xde parut.lutut ada parut jatuh moto..tp xpe..x pakai skirt mana org nampak.hehe

adra217 said...

Macam banyak je parut di hati tu kan..

zonaku said...

hahahahaa........

veri the vengong! pentakut jarum cam aku pun kadangkala pasrah bila keadaan berhukum wajib camtu

Masy said...

kak irfa,
ni seme pengalaman.. hehehe

bos,
macam laa.. padahal banyak ke? hahahaha

zona,
aku rasa mmg selagi tak dalam keadaan terpaksa - beranak ke misalnye - memang taklah aku nk biau je doktel jahit2 badan aku. gi jahit baju la weh. hahaha