Thursday, April 25, 2013

869: Bubar Stress di Labuan - Fasa 2

Ok hari kedua.

Hari kedua rilek-rilek sket, kira sempatlah aku membirak sebelum keluar hari tu. Sarap kat apartment je - makan roti, epal, susu, neskepe. Hari ni bukan aku drive so dok belakang la feeling-feeling boss hahahaha. 

spek AirAsia. jangan kutuklah hawau!

So tempat pertama nak terjah aritu adelah Muzium Labuan. Dekat-dekat je dengan Pusat Penerangan Pelancongan ni haa.. kitorang gi situ konon-konon nak laa mintak map Labuan - namun... haaaaraapaaaaaan.. harapan menjadi laaaayuuuu. Takde ye. Sedeh! Makanya kita berpandukan sepenuhnya kepada papan tanda dan memori jelah nampaknya.

  posing seround!
 pastu baru pegi Muzium Labuan yang sekangkang harlem je dari tempat pertama tadi. masuk free je tapi takleh amek gambau dalam tu. Muzium Chimney aritu boleh je. huhuhu~

Lepas tu, ke Muzium Marin pulak. Kat tepi pantai tempat tu. Lokasi sebenar tak reti pulak aku nak stori. Tapi dekat situlah. Hahaha~

 Rye

 saye dan kakak ustajah Normayah Sopiah

 lobster *telan air liur*


 dinding dekat tangga nak naik tingkat atas, kretip sangatz


 tulang ikan ape heh? lupelah. tapi rasanya ni replika je..

 ikan sesat dari semenanjung

 sambil tengok dokumentari kat tv. kakak ustajah, Dyana n Rye

Menggelinjang nak amek gambau kat luau. Padahal panas nauzubillah.. aku redho ya Allah andai ini takdirnya. Tak kireeee nak jugaaaaaaakkkkk



 gigih dalam kepanasan!

Dah start lapau dah time ni. Hmmmm aku tataulah.. apsal susah nau nak cari kedai makan kat Labuan ni. I mean.. kedai makan yang.. macamana nak cakap eh. Ntahlah, mata kitorang ni agaknye yang dikaburi. Huhu. Mujurlah masa ni nampak dorang dah start bukak gerai-gerai tepi pantai tu.. sooo.. apalagi, terjah!

 saye beli tongkeng satu, ayam cucuk2 satu. nyammmm

Lepas makan, jalan kaki ke seberang jalan.. ke menara jam tu hah. Mestilah ade sejarahnye ye tak. Tapi kali ni aku memang tak kuase laa nak baca, panas gilerrrrrrr. So snap je pic satu!


 patah balik ke muzium sebab nak snap pic ni je hihihi

Kemudian kitorang ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Ade dua tujuan, 1st nak makan dulu, 2nd nak survey (or beli terus) cekelat-cekelat sekelian. Sekalik! Food court(lahsangat) tu tutup laa plaaaaaaaaak. Not exactly tutup tapi tukang masak dia kuar. Eieieieieieiei aku la dah lapau kedaung ni, rasa nak makan babi je (astaghfirullaaaaaah). Dah laa nak cucuk duit pun takleh. Eh bengislah kejap di dalam hati ni. Last² nampak kedai mamak(lahsangat) kat seberang sanun. Order megi goreng sedeh dengan teh O ais limau. Eh aku mintak teh O ais limau, dapat ice lemon tea. Untung laaaa.



By that time, macam dah nak masuk waktu asar. Aku sorang je pun yang boleh solat dalam ramai-ramai tu hehehe. So merekueslah akan aku nak solat kat masjid negeri (lebih kuranglah) tu.. tak jauh pun. Masjid An-Nur nama diberi. Bersih sangat. Toiletnye punye la bersih, ai likeeeeee. Inilah ciri-ciri mukminin sejati, keselesaan didahulukan, kebersihan diutamakan.

 dah solat dah masa ni


Pastu kitorang meneruskan journey ke Kampung Patau-Patau.. kampung air la gitu. Hahaha masa ni kan.. ade adegan salah jalan.. hahahaha tu laa orang cakap takmo dengau.. hahahahaha. Akhirnya tiba!








Dah setel snapping snapping, ke Taman Botani Labuan la kita. Masa sampai tu, macam ade event tapi tatau apekah eventnye. Mekak je! Orang nak taichi kat tepi tu pun tak senang (padahal orang taichi tu seme rilek je, aku plak yang emo haha)





 umah atas pokok. gigih memanjat tangga sorang-sorang kihkih


 


Dok kat situ lama gak sebab nak nunggu pukul 6 baru nak gerak pegi Kg. Tanjung Aru untuk dinner. Menjelang pukul 6 tu (ke awal sket?) kitorang pun pegilah ke sanun. Dah sampai tu, snappy-snappy dulu..







 eh eh. ehehhehe



 
 sebelum..

 selepas. burrpppp alhamdulillah..


Apetah nama kedai ni, kene tanye kat kakak ustajah sebab dia yang setelkan. Kitorang order lauk² seperti di dalam gambarajah tu beserta sejag air laici buah dan nasik, sorang kene bayau RM16 sajork. Untung laaa.. dah la murah (kira murah la kan?), sedap pulak tu.

Malam tu sambung shopping coklat kat bawah apartment. Alkisah kat situ lagi murah -_-".

Next entry. Tunggu jumaat eh. Insyaallah..

9 comments:

zonaku said...

hahahhaa.... ko n muzium kannn... bila nk dtg muzium perang kat kg aku ni?


pesal x posing lompat-lompatan kat kg air tu???

Masy said...

entoh laa kan. bile tah nak pegi uhuhuh

uissshh nak jalan pun seriau, lagi nak lompat. kg org tu oiii hahahha

zonaku said...

hhahahaa.. ke takut roboh?

sedap lagi ke buntu ayam ni compare ngan aritu?

Ain Ahmad said...

By the time kat taman botani, aku dah terbakaq kulit. Nampak sgt mengada.

Gambaq ikan semenanjung tu hg tak bagitau spesies. Ikan bandaraya kacuk buntal namanya kahkah

Masy said...

zona,
masuk kg org tak elok bising2.. hehe. aku pon x ingtlah, lebih kurang jelah kot..

rye,
ha ni dah bgtau sendiri ni ok la.. hihihi

HEMY said...

dapnye ketaaammmmmmmmmmmmmmmmm

Masy said...

dapppppppppppppppppp

Mya said...

1. cantiknyerrr spekk airasia ieee
2. ye laaa kak ustajah bersalah la menyebabkan sesat jalan. tapi takpe akhirnya kita kembali ke pangkal jalan bukan?
3. nama tempat anjung ketam. gerai nombor 1

TBC..

Masy said...

kihkihkih