Wednesday, May 08, 2013

872: Tribute untuk Aqil Hamzah :')

Sepatutnye Jumaat aritu aku nak upkan cerita pasal cuti-cuti ke Bukit Merah. Tapi tataulah kenapa aritu rasa serba tak kena segalanya. Nak up gambar, lembab giler. Nak buat keje, malas. Berdebar-debar semacam. Tak sedap hati. Dan segalanya.

Rupanya...

Nak cerita step by step pun.. entahlah. 

Jumaat petang tu dapat berita yang Aqil Hamzah, anak kesayangan Erina telah meninggalkan kami semua. Aku dapat berita tu pun bila Wafa call. Aku punya terkejut sampai takde respon amende. Bila call dan bagitau Keri, barulah datang perasaan sedih nak menangis. Sama-sama nanges dengan Keri dalam telepon. T__________T Kemudian aku call Zona. Perbincangan kat wasap dengan geng #memuah toksah cakaplah. Bertubi-tubi.

Masa tunggu jenazah sampai, aku dok pikir macamanalah aku nak hadapi situasi ni karang. Aku kalau boleh taknak tunjuk sangat aku sedih sebab nanti kang menambahkan kesedihan. Tapi bila tengok Amir masuk ke rumah menatang jenazah Aqil sambil menangis, rasa pecah hancur lebur hati T______T Bila peluk Erina, lagilah.. T_____T Dan bila tengok Anul usap kepala, cium pipi Aqil.. ishhh...

Maafkanlah saye. Saye tak pandai pujuk orang. Saye sebenarnya lagi sensitip hal-hal macam ni. Jadi.. maafkanlah *menangis teresak-esak*

Aku dengan Wafa stay sampai pukul 12.30 malam. Takleh nak tunggu lama lagi sebab esok nak datang lagi. Dan esoknya kami sama-sama hantar Aqil sampai ke tanah perkuburan. Sebaknye.. T____T

Aqil,
Kami semua ni
Mama, ayah
Uncle-uncle 
dan aunty-aunty sekelian #memuah
akan sentiasa rindukan Aqil
yang comel gebu-gebu montok tu
yang lentok manja bila aunty datang rumah :(
insyaallah
kami tak lupakan Aqil
Aqil kat sana, berbahagialah sayang
tunggulah kami nanti
insyaallah kalau kami bertuah
dapatlah kami berkumpul sama-sama dengan Aqil 
di Jannah..
:(










23 Februari 2012 - 3 Mei 2013
Alfatihah..

13 comments:

ƥǝαƕ ƥƦơƥα said...

:'( Aqil.
AlFatihah.

Aunty tak mampu nak buat entri utk Aqil. sbb aunty sebak.

Mya said...

al fatihah..
takziah utk erina dan suami

Masy said...

:(

HEMY said...

aku tgh tak pasti nk wat entri kat opis ke kat umah ni...melejer melejerrr

Emy Tak Kecik said...

dah pndai buat org gelak dgn aksi dia...
sedihnya....

sakit?

Masy said...

anul,
melejer tu ape? drpda aritu aku nk tanye huhu

emy,
kene virus - streptococcus pneumonia. sekejap je.. huhuhu

zonaku said...

tsk


aku nyaris2 miss dengar call ko sbb tengah gelak ketawa time tu.. nk celebrate bday mak aku, tgh diskas nk dinner di mana.


aku lagi la x pandai pujuk....

Masy said...

zona,
alahai.. sorilah merosakkan mood, aku ingat nk sms je memula tp takot ko tak pasan.. huhu

Wak Gelas™ said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha buat arwah kecik tu yee..

Mak Su said...

speechless
:'(

Masy said...

wak gelas,
alfatihah..

maksu,
:(

zonaku said...

xpe.... ms tu rasa nk fotostat je diri sendiri n hantar satu kat sana....


Siti Asiah said...

tk boleh nk bbygkan ketiadaan adil Aqil ddpan mata mama & ayahnya...takziah utk kuarga Erina.