Monday, May 27, 2013

876: Perangai Jahnang Di Dalam Surau

Assalamualaikum! Nak meluah sket.

Aku kan.

Aku paling bengang betei kalau pegi surau kat soping kompleks ke RnR ke, pastu dalam tu ade pompan2 yang berborak kuat-kuat like nobody business. Dan yang lebih merengsakan, pompan2 ni kebanyakannya (baca tu aku tulis KEBANYAKANNYA, bukan semua) adelah pesen bertudung labuh. 

Ko boleh bayang tak merengsa tu?

Aurat tutup dah elok dah, berstokin bagai tudung labuh baju menyapu lantai. Sekali suara.. macam ade mic dalam tekak. Tau tak orang masuk surau ni nak semayang, bukan nak dengau ko berborak?

Baru ni aku masuk surau SCM. Dah banyak kali aku syutt syuttkan, buat pekak badak je. Siap posing amek gambau le hape seme. Eh kalau anak buah aku tu memang aku rampas je hempon, cabut bateri siap campak luau tingkap seround. Ko dah kenapa dalam surau ni laa yang ko nak memekak? Tak cukup luas lagi ke bumi Allah ni sampai surau ni jugak yang suke nau ko nak membising.
 
shadap, you little raskel.

GRRRRRRRRRRRRRR cepat-cepat amek wuduk dan semayang jelah. Sekali jumpe lagi skali dalam toilet tengah posing. ()@$*@&*#%^#*($#)($@_#)*@#

Satu lagi.

Kalau dapat surau sempit, pastu telekung tak banyak. Pastu waktu dah suntuk. Awak yang dah semayang tu, boleh tak lekas-lekas bangkit dari tempat tu, kasik orang lain nak semayang. Ini siap nak berzikir lama-lama, doa panjang2. Bukan laaa aku menidakkan hak ko nak berzikir berdoa tu seme, tapi pikir laa sket orang lain yang dah lama tunggu. Kang kalau orang tu tak sempat semayang, ko nak tanggung ke dosanye skali? Haa jangan nak cakap plak 'dah tau tu apsal tak datang semayang awal2'. Jangan banyak bunyik ye, bangun sekarang!

Tu satu hal. Yang pesen kat-tempat-ko-semayang-tu-la-ko-nak-mekap pun lagi satu peel. Eieieieieieiei.

Korang seme yang baca ni. Kalau berperangai macam tu, silalah #Ubah ye. #IniKaliLah, ubah pangai tu. Nak mekap ke hape, pegi je toilet. Sape suruh ko pakai tudung yang kene flip sampai 20 hari time kene semayang. Tudung leleceh tu pakai time period la weh. 

Ha tengok, aku dah penyebok hal tudung orang pulak. Hissssshhh.

7 comments:

Irfa said...

hahaha..selalu jugak lalui situasi yg sama # ayat:pakai tdung belit2 tu time period adalah terbaek

zonaku said...

setuju bab nk zikir-doa lelama & sibuk nak make-up2 atas sejadah tu...


x penah dengar istilah bertimbangrasa gamaknya.... nk tegur terang2/direct kang, dilabel pulak aku ahli neraka... haru!

Masy said...

kak irfa,
tertekan bukan? huhuhuh

zona,
pikir lepas diri sndiri je.. geram betei!

adra217 said...

Orang lelaki takde pulak rasanya serupa tu..kehkehkeh

Masy said...

untunglah hehehe

Zalisa Maz said...

adoi, jangan le mare sangat. depa tu bukan apa, jarang jumpa kot tu yg terlupa hak orang lain. Lain kalilah sound je depan2 siap buntang2 mata. takkan berani depa nak buat apa2 pada masy :)

Masy said...

malas nk buntang2 mata, kang sy marah bebetul plk hahaha! dah tegur2 dah, org lain pun dok syhh syyhh dah... tinggal nak dengar dgn taknak dgr jelah..