Wednesday, June 05, 2013

878: Majlis BBQ #IniKaliLah!

Ni saje je kitorang adik beradik buat. Sebenarnye.. kisahnye macam ni..

Aku cadang nak belikan mak aku muffin since dia ade sebut-sebut macam teringin nak makan. Pastu dia ade sebut la air tangan yang menghasilkan kek yang dibuat oleh kak Mimie tu sedap nok ninggal. Kak Mimie ni bini sepupu aku, kire sedara laa. Hahaha kitorang ni terjumpe pun kat twitter. Di alam nyata aku penah jumpe dia sekali je kot, masa dia baru-baru kawen dan masih di zaman jahiliyah lagi hihihi. 

So aku dah contact Kak Mimie pe sume, masalahnye masa tu pulak aku tak reti nak bajet nak order berapa banyak. So kene laa tanye semorang kan.. sape balik sape tak. Paham-paham jelah adik beradik aku memang le 6 orang je, tapi anak-anak buah sekarang termasuk anak-anak tiri aku ade laa 30 orang. LULZZZZZ. Untuk mengelakkan tak cukup sebab tak reti kira, maka kene la aku pecah lobang ke kakak ipau nombol 5 untuk membantu. Bila dah cite pasal muffin segala (nak sambut belated beday mak la kirenye), so cadangan untuk buat BBQ pun timbul lah. Contact abang sane, contact abang sini. Tapi yang balik nak mengundi masa tu pon kitorang bertiga je. Takpelah hehe.

Daripada nak order muffin je, melarat-larat laaa order cupcakes jugak. Sibbaik tak terorder kek sebijik. Kot tak sape nak habiskan? Memang tak ah hehe.

Itulah nye.. kisah majlis bbq yang tak dirancang dari awal. Majlis dinamakan sedemikian sebab masa tu nak mengundi. Huehehehhehe.

sebelum asar dorang dah start bakau

baju itam is abang nombol 4 iaitu Abg Chik, baju kuning is abang nombol 5 iaitu Abg Nan

tu kakak ipau nombol 5

kakak ipau nombol 1 dan nombol 4 sedang mamam dalam keadaan tak tenang sebab budak-budak dok cilok kambeng dorang. lulzzz

semorang dah melidat nak makan haaa

kambeng aku, tapi tengoklah tu adeeee je tangan-tangan ghaib yang cuba menciloknye

sedaappppppp

diregukan dengan kentang bakar cheese

pemangsa in action

masak masak

nuuun yang baju putih kat belakang tu abang nombol 1

mak saye kat belakang tu haa

sosej belang dengan mak sebagai latar belakang

*gulps*

pakai kipas letrik je, ape barang kipas pakai tangan haha

muffin n cupcakes dah sampai!

dengan Umairah..

.. yang tembam tembam tuuuuu

abes besday semorang sampai ujung tahun pun dipaksa sambut pada hari kejadian. kejiiii hahahha

ok ni takde kaitan. ni anak member aku si Kapai, jumpe masa gi mengundi. si Kapai nye takde kat Mesia..

bukti dah mengundi. sekian.

2 comments:

otaktepu said...

Serupa pakai inai pula jari itu..heh

Masy said...

otaktepu,
itu laa pasal. kalau kaler merah, mcm nak jugak mintak org tu kaler seme skali haha