Friday, June 21, 2013

884: Jorobu Bertingkek-tingkek!

Jorobu datang lagi! Mekasih la Indonesia. Bukan setakat mengeksport pekerja, jerebu turut dieksportnye. Adoyaaiii T___T

Shah Alam pagi tadi..

Aku ni dah la cepat kalah dengan jerebu. Nanti saksikanlah betapa aku kejap-kejap kang sakit, demam, batuk, dan macam-macamlah. Peparu ni bersifat sentimental aku agak. Tapi takde plak mengidap sebarang penyakit seperti asma, apatah lagi asma'ul husna. Haa memain memain!

Makanya, aku pun gugel-gugellah apa benda yang diperlu dilakukan dalam time-time getir sebegini. Getir la untuk aku yang senang jatuh sakit bila jerebu ni. Hmmm. So.. ini dia list yang aku jumpe di blog Tips Kesihatan. Sila baca, renung-renungkan dan selamat beramal soleh :

1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
4. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
5. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Selamat berhujung minggu yo!~

4 comments:

zonaku said...

hahaha.. tinggi pernghargaan ko pada jiran ye...


mask tu jangan kena habuk kat belah dalam y direct ke hidung tu.... kalau tercemar sket, buang dengan segera, ia kadangkala lebih bahaya dr jerebu...


moga selamat semua ya...

Mak Su said...

baru nak joging ahad ni kat tasik permaisuri

otaktepu said...

Mohon maklum ye..kebakaran yang berpunca dari negara jiran itu sebenarnya disebabkan oleh pembakaran ladang yang mana miliknya adalah Malaysia. Sekian

otaktepu said...

Mohon maklum ye..kebakaran yang berpunca dari negara jiran itu sebenarnya disebabkan oleh pembakaran ladang yang mana miliknya adalah Malaysia. Sekian