Friday, August 02, 2013

898: Nak raya dah hah!

Assalamualaikum!

Rasa macam baruuuu je puase, tetobe dah nak raya ye. So far cemana diari ramadhon korang? Aku.. macam gitu jelah.. terawih kat umah je. Pemalas betei. Huhu.

Nak dekat raya ni memacam laa kan. Roadtax meninggal, nak bayau cukai pintu, dan segala macam bil lain lagi. Tang roadtax tu yang mencabar minda. Arggghhh takpelah, dah 90% setel masa aku menaip ni. Heheh. Insyaallah..

Ok lah. Stret to da point.

Arinie last day aku keje.. senin nak balik Melaka. Start keje 19hb, lepas tu cuti balik hahaha!! Esok nak berbuka kat luar sebab nak amek kuih raya, lusa berbuka kat luar sebab nak amek sampul duit raya. Eh tetibe nak cite, macam la ade orang tanya. lulzzzz

Maka dengan itu, Selamat Hari Raya korang! Maaf zahir bathin kalau ade. Kira 0-0lah. Ye? Mudahkan hidup kita dengan bermaafan dan memberi maaf. Jangan bazirkan usia kita dengan dendam dan amarah. Tudiaaa ayat serupa Prof. Dr. Muhayah.

Dengan itu, terimalah gambau aku semasa berusia 20 tahun dengan berat total 44kg. Sekian, wasalam..

kurusnye saye.. hukhukhuk

6 comments:

Mya said...

selamat hari raya baby.
mintak ampun mintak maaf kot ada tergurau kasau lalu tersentap di sanubari.
yer kira 0-0 lah ek.
drive carefully.
muahss..

Masy said...

samalah kita ye kak.. *cipika cipiki*

otaktepu said...

er, agak-agak ada tak suku sakat cikgu Md Zin baca KotakHujan ni?? kekekeke

achik said...

selamat hari raya kak baby.. maaf zahir batin..

jelesnya cuti lamaaaa.. saya 12hb dah keje.. belen cuti tinggal 2.5 hari je.. sobs!

Dunia Islam Kini said...

selamat hari raya idulfitri maaf zahir & batin...

Masy said...

achik, DIK,
salam syawal :)