Friday, October 11, 2013

915: Penyakit Anak Bongsu

Salam!

Sape kat sini anak bongsu, angkat tangan sket. Aku anak bongsu. Dan aku ade penyakit ni. Hahaahah macam teruk nau je ye?

Sebelum aku mula berbicara pasal hal ni secara terbuka, aku ingatkan aku ni macam.. 'sakit'. Takut gak kot-kot aku ni ada masalah split identity ke hape. Yelah kan.. orang yang ade penyakit ni kan biasanya nampak je normal, walhal.. haaa (ni la akibatnye banyak tengok cite saiko-saiko). So.. macamana eh nak confirmkan yang aku sebenarnya isteri dia? Eh. Yang sebenarnya aku ni normal?


Kalau tak silap, tahun lepas kot.. masa tu dok berborak dengan kakak-kakak ipau aku. Dalam 5 orang kakak ipau, ade sorang tu je yang anak bongsu. Jadinya bila berborak dengan dia, aku rasa lebih open la kot sebab kitorang share the similarity tu.. Pastu entah cemana tah boleh terbukak cite pasal mende ni. Masa tu baru laa aku tau rupanya kakak ipau aku tu pun macam tu.

Kitorang suka bercakap sorang-sorang.

Bukan maksudnya kitorang create imaginary friend ye. Itu budak-budak je. Eh tapi masa aku bebudak dulu pun takde plak imaginary friend. Bila bercakap sorang-sorang ni bukanlah maksudnya bercakap dengan diri sendiri, tapi bercakap dengan orang yang kita nak cakaplah. Sebab di alam nyata ni, bukan semua orang sanggup nak dengar cerita kita dari A sampai Z. Biasanya kita dapat bercerita pun mebi sampai P je ke.. sebab orang lain pun ade cerita dorang gak, takkan nak dengar cite kiteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee je. Betul? Makanya bila bercakap sorang-sorang ni, aku dapat cakap segalanya pada 'orang' yang aku mahu sepuas hati - tanpa sampukan-sampukan dan pendapat yang tak perlu. 

Dan yang bestnye bila bercakap sorang-sorang, perbualan ni semua adalah milik aku sorang. 'Orang' tu kene dengar luahan aku, takyah jawap. Ekceli takleh nak jawap pon HAHAHAHAHA kalau jawap kang aku plak yang pitam kat situ.
 

Aku rasa sebab ni lah aku tak kisah tinggal kat umah sorang-sorang, dari kecik dulu sampai sekarang. Lagi seronok ade laa (tapi boring la sket). Sambil tengok tv, sambil birak, sambil mandi, sebelum tidur, sambil makan - semuanya boleh diselitkan dengan aktiviti berborak sorang-sorang ni. Yang penting, masa nak melakukan aktiviti tersebut, memang kene total sorang-sorang kat situ. Yelah.. untuk mengelakkan daripada dipandang hina dan kelihatan seperti seorang gila yang saiko.. lulzzz~~
 
Kadang-kadang bila aku tak puas hati dengan orang - marah ke, bengang ke, sakit hati - memang bercakap sorang² ni laa ubatnya. Kalau kau rasa aku ni baran orangnya, ketahuilah.. baran aku tu sikiittttttt je dari jumlah sebenar, sebab yang lain aku dah balun dan luahkan masa bercakap sorang tu. Hehehe. Ataupun.. aku dah cakap dah samting pada 'orang' tu, tapi sebenarnya tak abes cakap. Tapi nak ungkit balik macam dah tak relevan. So.. masa bercakap sorang-sorang ni laa boleh abeskan apa yang tak abes, boleh betulkan apa yang salah cakap ke misalnya. Fuh.. bunyiknye memang macam orang gila. Huhu.

Malam tadi berborak dengan housemates aku. Memang ade 2 orang tu anak bongsu. Bila aku bukak topik ni, dua-dua tu mengaku yang dorang pun suka bercakap sorang-sorang - sama macam aku gak. Bwahahahahahaha!! So bolehlah kot aku simpulkan yang penyakit bercakap sorang-sorang ni memang penyakit yang common pada anak bongsu. Bole kot?

Hasil perbincangan kami malam tadi. Kenapa anak bongsu suka bercakap sorang?

1. Sunyi - biasanya sebab jarak antara adik beradik tu jauh. Macam aku, jarak umur aku dengan abang no 5 tu adelah 8 tahun. Beza banyak. By that time aku nak pandai borak, dia dah masuk asrama. Hmmm.

2. The fact is.. ada banyak menda yang sebenarnya nak diluahkan pada orang tapi tak dapat. So tak puas hati - cakaplah sorang-sorang. Betterlah daripada orang menyampah kat kita sebab dok ulang mende yang sama ye tak?

So. Sape lagi kat sini suka bercakap sorang-sorang? Mengakulah. Jangan malu-malu. Kehkehkeh.

9 comments:

achik said...

macam ada je penyakit ni.. tapi saya bkn anak bongsu, 2nd bongsu.. so penyakit saya x kronik cam akak kot.. haha..

k.e.r.i. said...

#TeamAnakBongsu

aku rasa kita dah sembang pasal ni. HAHA

Masy said...

achik,
hahahahah patutlah tak kronik. cuba perati2 adik bongsu tu ade tak pangai camni.. hehehe

keri,
yeahhhh kita dah penah bincang hal ni hahaha

Rozita said...

akak pun anak bongsu dari 13 org adin badik..tp sumpahhhh tkde penyakit mcm tu..

Masy said...

hehehehehe

ɱąȥȵɉȥąɧąȥЩąȵɉ said...

Saya pun anak bongsu. Saya pun suka cakap sorang sorang. Cerita kite dgn awak. Dari A-Z awak cerita semua sama dgn kite. Tapi agak lagi pelik sebab abah saya pun macam saya jugak. Tapi dia bukan anak bongsu

Nur Zahirah said...

Ha ah saya pun sama. Saya anak bongsu. Bila dah duduk mcm duduk sorang2 best pulak cakap sorang. Yay geng.

Nur Zahirah said...

Ha ah saya pun sama. Saya anak bongsu. Bila dah duduk mcm duduk sorang2 best pulak cakap sorang. Yay geng.

Mawar Nabilah said...

Perangai awk sebijik jgk mcm perangai sy..sy bgsu..sbb sy Dr kecik mcm sunyi..kakak abg smua duk asrama..jd sy xda kwn nk luah n borak borak Sgt..tp sy x berckp n makhluk lain ke ape..sy ckp sy sndiri jwb..sy smbang sy sndiri bls sembang sy haha..ms sekolah kdg kdg ad org ternmpk ad yg takut kwn n sy smpai mak tgr jgn ckp sorg sorg Dpn org..lama lama sy x BT dah..tp kdg kdg dlm bilik sy buat jgk..