Friday, October 25, 2013

917: Ektiviti Sekarang

Salam semua!

Sudah 2 minggu (ke 3 minggu?) aku menjebakkan diriku secara sukarela ke dalam arena per-jogging-an. Untuk anda yang mengenaliku secara in-person selama bertahun-tahun, anda akan sedar dan sedia maklum betapa tak ngamnye hubungan antara aku dan aktiviti jogging neh. Kiranya.. aku lebih rela basuh kete daripada kuar berjogging.. sebab tak minat ah. Letih! Hahahahaahaha!!

Tapi beberapa bulan lepas (kalau tak silap, rasanye macam ujung tahun lepas pun ye gak) - setelah diajak bertalu-talu - aku pun joinlah kakak-kakak opis pergi berjogging.. bukan hari-hari pun. Dua kali seminggu je. Aku yang menyedari lambakan lemak kat badan ni dah bertambah so.. paksa dirilah. Beli sport shoes, suar trek..Masa tu aku cuak gak, kot tersadai lagi kasut ni.. Untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku, aku pun cari la kasut yang elok sket.. branded sket la tapi beli masa sales supaya tak merugikan duit lulzzz.

Sekarang.

Sekarang ni giat berjogging kat dalam kawasan rumah aku tu dengan sorang osmet ni. Pukul 8 malam je kitorang kuar jog. Start dengan 3, 4 - sekarang 5 round. Aku ni takde laa jog beriye macam orang lain.. dalam 5 round tu mebi 1 1/2 round je yang aku lari-lari children. Yang lain tu berjalan je tapi bukan jalan berlenggang kangkung laaa. Lepas jog, ade la buat exercise lain sket-sket.

Aritu dak Anne siap tunjuk memacam pesen exercise nak kuruskan perut, pinggang, peha. Aku ni kalau nak diikutkan segala benda nak dikuruskan termasuklah 'aksesori' aku tu. Kurang satu cawan pon ok gak. Hahahaha. Kemdian bila dok cerita kat twitter, dak Anul lak share mende ni semalam.


Aku pun terus save masuk hempon. Dan telah start malam tadi :) Keras perut wehhhh buat crunches tuuu. Meh letak gambarajah sikit untuk menyerikan laporan ini..

bicycle crunch. yang ni macam fun so aku try buat yang ni lah. sok kalau tak larat, tukau ah stail lain. bole ke?

squat. arghhhh

sit up

Perut aku dah macam peknen 2 bulan je gayanya kahkah. Siap dengan muffin top, menyemak betei. Dah la tulang aku ni senget, lemak tu banyak berkumpul satu bahagian je. Buruk :( Nanti takde orang nak :( Tapi.. bab makan pun kene la kontrol gak ye tak? Aku try aku try. Ye.. aku try ye..

Doakan jelah aku istiqomoh la buat mende-mende ni. Semangat nak buat ni seme hanya datang sekali dalam masa 33 tahun, so.. kene pastikan aku diberi motivasi agar terus kekal bersemangat melakukannya. Insyaallah!

CHAIYOKKK AJA AJA FIGHTINGGGG!!

11 comments:

mimie hamdan said...

chaiyok!! pinjam gambar eh!

zonaku said...

nak join! secara maya....

errr... dl kat sunway ada gak aku p joging time mlm.. skrg ni x jumpa lokasi selamat nk jog time mlm.

yang jadual anul bagi tu aku berminat tgk.... msh dalam pertimbangan nk buat ke idak.

Masy said...

kak mimie,
sile sile!

zona,
buat ikut jadual tu pon ok gak.. chaiyokkk :)

Wak Gelas said...

biler nak panjat bukit tuuu..,ehHHee

Masy said...

kene tunggu dah fit la kot.. tp.. eieieieiei malasnyeeeee

Zareda Norman said...

Squat bagus.. dia attack tang perut

Masy said...

kat kaki pun dia attack huhu

arianna adrizal said...

jadinye.. takyah la berbaskin robbin ye. hehehe.

Masy said...

alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T___T

RATNA RAHIM said...

kak Masy~~~~ haha pekabaaaaa? lama gitu tak bersembang kan?

bestnye dah ada excercise plan mcm ni..nak ikut jugak laaa..kita ni mcm belon udara panas di pam pam dah sekarang ni..sobbsobbb

Masy said...

cikbawang!!!

ape ni komen kt entry lama, sibbaik akak nampak hehehe. meh bawak akak gi korea! #tetibe