Thursday, November 07, 2013

919: Good habitlah kot

kalau tak nampak, klik je.. takde sape marah pun kihkih

Ye. Aku ade perangai yang.. hmm bukanlah pantang sangat, tapi agak lah...

Kalau naik kete, 1st thing yang aku akan buat selepas duduk ialah kunci kete dulu. So.. bila naik kete orang pun, memang itulah antara perkara pertama yang aku sebut selain dari bagi salam ke ape ke. Tak kiralah aku dok belakang ke, dok sebelah ke.. kalau ko leka, nanti sedar-sedar je ko akan nampaklah tangan aku menjalar pegi tekan punat kunci tu lullzzzzz. Selain itu, aku turut bertindak mengunci kereta tatkala mengisi petrol dan juga mengepam tayar. Githoo.

Dengan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi ni.. aku percaya mende-mende macam ni penting diamalkan oleh kita semua. Terutamanya single laydaaah macam aku ni, macam Zona, macam Anne, macam sape lagi? Macam kita-kita ni laa. Kau pun walaupun dah berlaki, dan beranak - lagi laa patutnya menitikberatkan mende ni, betul tak?

Usaha. Kalau dah usaha pun tetaplah dirompak, diculik dan dibunuh (nauzubillah mintak dijauhkan), sekurang-kurangnya kita dah usaha untuk mengelakkan mende tu jadi. Usaha dulu, baru tawakal - itulah konsep sebenar dalam kehidupan kita sehari-hari ni ecewah.

Dan sebenarnya. Ada satu lagi sebab kenapa aku jadi alert macam tu.

Dulu kan. Masa aku baru-baru dapat lesen, bapak aku suruh drive van tu gi KL. Pastu.. masa tu dah masuk area Sepang sane, aku nak masuk simpang tau.. sekali.. pintu kete terbukaaaaaak. Ye, pintu belah driver iaitu belah aku tu laa terkangkang gituuu. Teruk aku kene marah dengan bapak aku. Sabau jelah. Memang lepas tu trauma laaa aku kalau tak kunci kete ni. Lulzzz

Sekian. Kuncilah kereta anda walaupun negara kita aman - demi keselamatan.

8 comments:

zonaku said...

Baikkkk..... dan aku br nmpak typo itu....


bagus beringat y semacam ni, better safe than sorry. & aku teringat gak kes kat puchong ms ko n anne hantar aku...

HEMY said...

beringat sebelum kena..horny sblum make out...usaha tangga kejayaan

k.e.r.i. said...

Walaupun aku tak klik untuk tumbesaran gambau, tapi typo 'dudu' tu tetaplah dinampakkan.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Masy said...

zona,
yes.. aku cuak jadi camtu laaa..

Masy said...

anul,
oooo camtu ye.. lulzzz

keri,
haahahahahhaha dudu dudu dudu

zonaku said...

dudu la dudu.. hehehehe

Wak Gelas said...

kanns., mesti ada sejarahnyerr..,ehHHee

Masy said...

:)