Thursday, November 28, 2013

925: malu woi!

Adoyai..

Semalam kan. Aku pegi petronas, nak cocot duit. Skalik tengok mesin ATM dah bangkrap (abes duit). Pastu masa nak kuar, aku ternampak seseorang. Oh. Lecturer aku dulu. Sekarang ni dia terlibat gak dengan salah satu projek kat opis aku, kira macam subcon lah. Kalau jumpa kat opis aku tak tegur sangat dia, sebab rasanya dia dah tak ingat aku dah kot. Hehe.

Tapi kali ni. Aku pegi jelah kat dia, dah alang-alang dia pun nampak aku.

"Puan..", aku tegur dia. Dia pun senyum.
"haaa awak, apa khabar?" hulur tangan. Aku pun salamlah.
"sihat je.. puan sihat?"
"sihat.. awak keje mana sekarang?"
"kat ***lah", jawab aku dengan yakin sambil senyum.

Berkerut dahi dia. Aikk.. takkan tak membunyikan loceng bila aku sebut nama opis aku?

"oooohh.. ***.. haa sajelah tanye kot keje tempat lain", kata dia.
"taklah.. saya memang kat situ je.. hehehe"
"sape lagi budak kita yang keje kat situ?"

Bla bla bla borak. Pastu aku pun mintak dirilah sebab nak cari ATM. Tetibe aku teringat sesuatu, dan terperasan samting.

..


..


..


AKU SALAH ORANG LAAA!!!

Memang laa puan yang aku jumpe kat petronas tu lecturer aku. TAPI BUKAN DIA YANG JADI SUBCON KAT OPIS AKU!!

Malunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Nasib baik aku tak sebut nama. Kalau tak, mana nak sorok kemaluan? (mestilah dalam suar pende). Sepanjang perjalanan tu tak abes-abes aku mengomel dalam kete sebab nak ilangkan rasa malu. Tapi malam tadi laa baru ilang.

Ni dah ingat balik ni, malu balik. Urggggghhhhhh.

6 comments:

Super Nia Hana said...

mohon lompat bintang smbil kaver mukahohohoohoh

zonaku said...

ok.. lawak!

Masy said...

hmmm.. rasa nak hantuk kepala kat stering huhu

yana said...

Sibbaik lecturerr akak tu layan kan je...

Aujinz said...

hahhaha,.. takpelah.. kiranya kenal ok laagi laa tue tak malu sangat.... koh koh koh

Masy said...

hahahaha maluewwwwww