Friday, December 06, 2013

926: tak sihat!

Salam everybody!

Masuk hari ni, dah 5 hari aku tak sihat. 1 hari MC, 1 hari amek je EL, dan belennye sekarang ni lah. Batuk. Selsema. Demam. Tapi demam macam dah ok bila masuk hari ketiga.. Bila jumpe doktel aritu pon, bole tak ayat pertamanya ialah...

ye Masyita.. ada ape pulak arinie.. baru je aritu kita jumpa

Hahahahah! Ye ke? Bila korek-korek balik memori.. yelah. Aritu aku datang sebab gastrik. Hukssss. orang banyak dosa memang macam ni lah, doc -_-"

Sekarang ni yang teruk hanya batuk dan selsema jelah. Selsema macam kejap ade kejap takde. Batuk.. hmmm.. Tapi batuk kali ni aku rasa ok laa. Sebab setiap kali batuk, kahak akan keluar. Takde laa pesen batuk yang acah-acah gatal tekak tapi tak kuar mende. Yang pesen tu lagi sakit. Udah le sakit, menyakitkan hati. Hahahahaha!



Suara aku pun dah bertukarrrrr menjadi seksi ya Auloooh. Walau bagaimanapun, bersyukur jugaklah. Suara bertukar, tapi tak sakit tekak. Bagi aku itu dah cukup besaulah rahmat Allah bagi. Kalau sakit tekak, ko nak makan ape pun tak lalu. Dah kalau tak lalu nak makan, cemana nak cepat baik. Kan? So alhamdulillah.. Orang nampak aku macam parah benau je, tapi aku rasa ok la - not too bad.

Selain makan ubat, satu lagi usaha yang aku buat untuk kontrol supaya tak bertambah parah kesakitan ini semua ialah mandi air panas. Kat umah aku ni aku tak pasang heater, so bertabahlah pagi-pagi tenggek air, malam pun bertabahlah mandi air panas walhal badan berpeluh akibat tak sihat + aerobik or jogging. Takpelah, bukan selalu. Lagipun best ape mandi air panas. Sesekali bestlah. Hehe


Mandi air panas time batuk ni aku tataulah petua sape ke or aku yang memandai buat sendiri. Tapi aku berpendapat dengan yakinnya bahawa mandi air panas dapat mengurangkan pengumpulan kahak dalam dada ittew. I mean.. takde la dia jadi 'keras' kat dalam, sebab kena air panas kan. Kalau batuk pun elok jugak minum yang panas-panas. Ntahlah, aku buat ikut logik je. Tapi alhamdulillah, walaupun tak drastik sembuh, etlis takde la bertambah parah. So.. boleh pakai la kot petua ni. Batuk = mandi air panas. Selsema, apatah lagi. 

Bila bangun pepagi tenggek air nak mandi air panas ni, teringat lak zaman aku kekecik dulu. Memang aku dari kecik sampailah darjah 6 dah dibiasakan mandi air panas. Manja mengada ke aku agaknye masa tu, aku pun tak ingat. Yang aku ingat, pukul 6 mak aku kejut suruh mandi n solat subuh. Time tu dah ade dah cerek siap dengan air panas dalam bilik air. Memang takde alasanlah nak lengah-lengah mandi. Yelah kang kalau lengah, sejuk lak air tu kehkeh.

Oklah, nak sambung sedut hingus. Doakanlah aku cepat sembuh ye :)

5 comments:

yana said...

Syafakillah kak mas.
Semoga Allah menyembuhkan penyakit dan melindungi daripada sebarang penyakit lain. Amin~

zonaku said...

ko x sehat ni cemana nk memusangkan diri ngan keri ni????

nk redakan seleselam tu ko try letakkan vicks dalam air panas, then buat cam steam muka. sedut wap dia. besttttttttttt!

batuk aku nk srh ko minum air lemon n madu je la... dah x tau cemana lagi dah. aku pun kalau batuk, mmg redha je la

Masy said...

mekasih dyana :)

zona,
oo camtu nk redakan selsema.. nanti kene beli vicks la ni.. ok la bile2 aku try hehehe

tatau la. tp rasanye ok je. jgn smpi berembun dah laa hehehe

zonaku said...

dlm tu x ada embun... buku byk la

Masy said...

:D