Wednesday, January 30, 2013

Tuesday, January 29, 2013

852 : Entry Selebresyen Besday Yang Tertangguh

Tajuk kemahen lagi. Aterr baru pasan aku tak apdet pape pun pasal besday aku kali ni. Cehh.. cakap macam la ramai yang selebret (huhu). Eh ade apdet aritu skali masa selebret dengan Kak Ustajah Normayah Sopiah kat KLCC, lupe plak. Lepas tu berselebret dengan beberapa orang #memuah.

Wafa selaku penaja utama bersama asben tersayam, Encik Atan selaku pihak yang dirai bersama dan Kapten serta Keri sebagai kumpulan bertindak (bertindak makan je haha) dan juga saya selaku pihak yang turut dirai telah mengumpulkan diri di SG Paradigm seminggu selepas tarikh bday saye :)

pinjam gambo Wafa, tapi editlah hehe

Sebelum datang tu Wafa ade tuit, kata nak buat kek kaler itam merah tapi tatau nak buat kek bentuk ape. Aku terus cakap LADYBIRD! Aterr.. buat kek untuk ai rupenye.. hikhik. Kalau tau nak buat sebegini rupa, memang aku request kek FT Island hahahaha! Tapi kalau kek FT Island, kene kaler kuning. Hekhek. Mekasih Wafaaaaaaaa.

Makan makan makan. Wafa tegur aku makan sikit je. Padahal takde la pun.. or mebi yes. Sebab aku dah dapat makan kopibif tu, mende lain aku tak berapa bernafsu sangat nak balun heheheh.


Nak apdet ni baru pasan takde gambo ramai-ramai. Ke ade? Macam takde je. Hmmmmmm.

Balik tu singgah umah Ena jap nak bagi kek tu ke dia. Sembang-sembang, jengah Aqil tengok dah tido dah.. ololololo. Pastu Ena plak bagi...


Apam cekodot dengan durian crepe. Huehehehehhe. Asek makaaaaaaaaaaaaaaan je, mana la tak dumuk cam paus biru huhu. Apepun ini seme rejeki, janganlah ditolak - nanti Allah tak bagi lagi rejeki kang baru padan muka kau hawau (eh tetibe. lulzz).

Dah sampai umah, terus bukak adiah yang Wafa bagi. Dia bagi mende ni, hahahahahhahahahah comel


Mementang ai baru cabut gigi kihkih. Surprising betul adiah ni, thanks again. Tak guna lagi sebab baruuu je tukau berus gigi baru. Nantilah kita pakai ye :)

Selain berus gigi berbateri ni, saye dapat gak adiah lain daripada orang lain di hari yang lain iaitu..

Dress poplook daripada Kak Mya. Pastu bila eh.. jumpe dengan kakak insurans. Aritu dapat kad bday dari dia by post, bila jumpe dia bagi ni pulak sebab masa tu aku puasa so dia tak dapat nak belanje makan...


Makan lagi! Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~ Apepun mekasih semua :) 

So. Awak taknak bagi saye adiah pape ke? Ipad mini misalnya, atau S3 ke misalnya. Hmmmm.. lalalalalalala~

Wednesday, January 23, 2013

851: Kes Histeria 2

Ok cite ni bukan pasal histeria. Tapi saje jelah dah alang-alang kat bawah tu guna HISTERIA, takkan aku nak buat tajuk Kes Misteri Nusantara 1. Kang kene ade sambungan plak, macam laa banyak sangat pengalaman angker aku ni kan. Kehkeh.

Tragedi (omboihhh perkataan tak hagak-hagak) berlaku masa aku dah hujung-hujung form 2 kalau tak silap. Nak masuk tahun baru la kirenye. So hujung minggu tu, aku, Kurita, Nurul, Alin dengan sape eh.. Kapai ke? Chet ke? Atau kedua2nya skali - lupe dah - dok melepak kat umah arwah nenek dak Kurita. Masa tu neneknye baru meninggal.. dalam seminggu ke gitu kot? Lupe lupe. Kitorang start lepak situ dari hari Jumaat lepas sekolah sampai Ahad. Hehehe

So.. Jumaat malam tu.. dok la tengok tv. Malam tu memang kitorang je yang ade kat umah nenek Kurita sebab makcik dia pegi tido umah sapetah. Kebetulan malam tu ade cite Robin Hood kalau tak silap, so menontonlah kami. Aku dok depan tv tu sorang-sorang, yang lain seme dok bersandar kat dinding - kira belakang aku la.. jarak dalam 2 -3 meter gaklah. Oleh sebab dah lepas pukul 10 malam dan nak dapat feel la orang kata, kitorang pakat tutup lampu la. Tinggal lampu bilik je kot yang on? Dengan cahaya dari tv.

Tengah syiok aku melayan cite, tetobe je kekawan aku seme datang berhimpit-himpit dok seblah aku - kiri kanan. Ehhhhhhh.

isshh korang ni apasal
tak nampak la
tetibe je kan tak nampak, tadi ok je. gi la dok belakang! sebok je!
alaaaa..
eieieieiei
alaa nak manje-manje dengan ko pon takleh sambil peluk lengan aku
bukan laa takleh, tapi takyah le sampai berimpit camni, lemas la!

Tapi dorang langsung tak berganjak. Alih sikit jelah sebab aku dah merungut-rungut kelemasan. Hahaha. Rasanya tak abes kot tengok cite tu sebab tak ingat pun endingnye. Aku pun macam dah mengantuk. 

ko dah nak tido ke?
rasanya, ngantok ah. korang nak tengok, tengok jelah
ah taknak ah, nak tido gak

Berpusu-pusu semua masuk bilik. Ok fine. Aku gi toilet dulu, bila masuk bilik aku tengok semorang dah baring berhimpit-himpit gak. Nampak gaya macam takut je dorang ni. Motip??

ni apsal korang ni? 
ko tak dengau pape ke tadi Citah?
dengau ape?

Dia pandang dia, dia pandang dia. hmm takde papelah.

cakaplah amende
esok la eh, esok kitorang cite
mengadeeeee. ah takde, cite sekarang. kalau tak semorang jangan tido.

Dia pandang dia, dia pandang dia. 

ko dengau tak?
aku tatau apa ko dengau, tapi aku memang dengau samting tadi

Demmmm amende ni weh!! Kemdian baru la dorang cite..

Babak 1

Masa kitorang syiok tengok tv tadi. Dorang dengar.. ade orang masuk toilet kat belakang tu. Tutup pintu toilet, bukak paip, tutup paip, dan bukak balik pintu toilet. Kire stepnye macam orang gi masuk toilet untuk membuang hajatlah gitu. Tapi memang takde pun antara kitorang yang pegi toilet time tu.

Hmmmm.

Babak 2

Tak lama lepas dengar bunyik kat toilet tu. Kali ni dengar bunyik kat dapur pulak. Oh btw, dapur dengan toilet adelah jiran sebelah menyebelah. Dorang dengar bunyik tutup tong beras dibukak, beras dicedok masuk dalam periuk, lagi skali bunyik paip dibukak, dan ditutup. Ini macam step orang nak masak nasik. Huhuhu.

arwah nenek aku dulu memang biasa masak nasik time-time ni, nak prepare untuk esok, kata Kurita (tak silap ayat dia gini la)
errkk.. so kalau pagi esok ade nasik goreng atas meja, kita bole makan ke tak ni? huhu
CITAAAH!!!!! *bedebup-bedebup kene bantai secara berjemaah*

                                                        --------------------

Esok pagi, makciknye Kurita datang ke rumah tersebut, terus tuju dapur. Tataulah kot nak prepare brekpes untuk kitorang ke ape. Tetibe dengar makcik dia membebel (sort of) kat Kurita.

lenkali kalau dah bukak tong beras ni, tutuplah balik. ni biau je terbukak, kang macam-macam mende masuk, rosak le beras

Kami pandang kami. Masalahnye makcik, bukan kitorang yang bukak tong beras tu. Huhuhuhuhu.

Monday, January 21, 2013

850: Kes Histeria 1

 Salam cuols!

Aku perasan kat tuiter dan fb kecoh pasal histeria kat UiTM Lendu masa wiken aritu. Since aku online guna hempon, so tidaklah aku baca seteruk dan seserius mana kesnye. Ade orang mati masa histeria ke ape? Sorilah aku tatau. Untuk aku, selagi takde membabitkan kecederaan tahap patah tengkuk ke patah kaki ke ape, takde la dasat sangat la kot?

Aku ade gak la pengalaman sket pasal kes histeria ni. Tak pastilah sama ada penah ke tak aku buat entry pasal ni, lantaklah hahaha. 1st experience aku tengok orang histeria masa umur aku 13 tahun. Kat asrama, masa tu baru seminggu kot aku dok asrama. Hahahaha. Aku tatau la orang lain, tapi aku rasa cam eksaited plak. Sebab tak penah tengok, so takde plak pikir takut ke mende. Tapi nak kata berani sangat tu tidaklah. Hehehe.

Beberapa hari lepas tu, member aku si Suria tu mimpi. Dalam mimpinye 'benda' tu datang, dan bagitau akan start 'serang' asrama kitorang dalam masa 3 hari lagi. Giler ah. So lepas 3 hari tu, kakak-kakak dorm aku mana yang lawa-lawa tu seme start ulang alik dari umah ke sekolah (hantu tu suke orang lawa weh), tapi ade sorang kakak ni dok sekampung dengan aku - dia je tak ulang alik. Anak ustaz dia ni, memang lawa. Memandangkan dia tak balik, dorm aku buat extra preparation la. Tiap-tiap malam pukul 11, dah pastikan semorang dah masuk dorm - kitorang buat pendinding dengan ayat kursi. Penutupnya aku yang kena buat sebab aku sorang je dalam ramai-ramai tu yang hafal ayat 1000 Dinar. Err aku tataulah ape signifikannye baca ayat tu untuk pendinding, tapi bole la kot. Asalkan doa.

So alhamdulillah, untuk jangkamasa berapa lama tak ingat - dorm aku je yang 'benda' tu takleh masuk. Sebab budak dorm sebelah penah nampak ade kain putih melayang pusing satu asrama tapi 'mati' depan dorm kitorang. Hmmm.

Satu hari tu kan.

Masa prep. Di tengah keheningan orang dok buat homework kat dewan makan tu, tetobe je sorang kakak ni histeria. Denggg gempar kejap. Lepas dia, berjangkit plak dalam dua tiga orang. Ok terus chaos. Mangsa histeria diangkut ke surau. Pastu prep ke mana ape ke mana. Semorang dah berkumpul kat surau. Tapi lepas tu bukan makin elok, makin teruk ade laaa. Ko bayang eh, sorang kena histeria pastu dia sebut nama kawan dia - kemdian kawan dia plak histeria. Gilerrr histeria berantai. Aku plak kan eksaited, berkejaran aku dalam surau tu tengok orang histeria. lulzzzz. Ujung-ujung lebih 10 orang gak la histeria malam tu. Untuk mengelakkan lebih ramai orang histeria, so.. ade la dalam 2-3 orang yang dipindahkan dok kat bilik rawatan, sorang lagi kat bilik tv. Kawan-kawan aku tuh semenye. 

Kemdian kakak senior buat announcement - sape junior kat sini yang berani nak jaga orang histeria? Kebetulan aku dengan Suria betul-betul depan kakak tu. Aku pandang Suria, dia pandang aku.

ko berani tak? tanye aku
kalau ko berani, aku berani la. kata Suria
jom, boringlah dok sini.

Volunteer kau. Hahahaha. Kakak senior tu terkejut, dia ingat kot la budak form 3 ke nak volunteer. Tapi melihatkan kesungguhan kitorang, maka dibenarkanlah. So.. aku kena jaga member aku ni kat bilik tv. Memula kitorang berdua, lama lepas tu tinggal aku sorang je jaga budak ni. Dah la badan dia beso dari aku, kalau dia mengamuk kejap lagi pastu dipijaknye aku, memang jadi sushi laaaaaa aku ni kang. Tapi takpe, aku ade gadget. Bila dia start nak meracau tu, aku kepit je lada itam dengan bawang putih kat celah jari kaki dia. Hahahaha. Ade sekali tu dia baru nak meracau, aku siap ugut lagi 'ko jangan ngengade eh, ko jerit kang aku tekan jari ko ni kangggg'. Haa terus tak jadi histeria. Hahahahahah!

Tapi pengalaman masa form 1 ni tak berapa sangat kot. Pengalaman masa form 4 ade sikit seremlah. Nantilah aku cite kendian, bole? Huahahahahahaha!

---

Ah sambung jelah eh sementara ade mood ni. Ok ni kite terus ke tahun 1996. Tadi tu kisah 1993.

Masa aku form 4, aku selalu la tido kat dorm atas sebab kat dorm aku takde rakan sebaya. Kat dorm atas ade member aku si Kapai tu hehe. So.. satu hari tu macam biasalah tido dengan dia. Sebelah katil dia ialah Kak N. Akak ni memang dah diketahui ade saka ke apetah yang memang dah folo dia dari kampung dia kat Kelantan tu. Dah banyak kali dah aku tengok dia histeria, giler-giler hardcore nye histeria. Aku penah gak tanye Kapai, ok ke tido seblah dia? Dia kata so far takde ape pulak, so ok laa.

Entah cemana dah tengah malam tu tetobe aku terjaga. Macam dengau orang mengigau. Aku bukak mata, kebetulan aku tido mengiring dan menghadap ke Kak N tu. So aku nampak la dia bercakap-cakap tapi mata tutup (sebab tu aku ingatkan memang dia mengigau), takde la aku rasa ape sangat. Tapi bila aku kalih ke seblah, baru aku pasan rupanya aku sorang je atas katil nih. Kapai dah lari ke belakang sanun, pastu bebudak dorm dia pun rupanya dah berkumpul kat belakang tu. Tinggal aku, dengan budak katil atas je yang tak gerak lagi. Demmmmmmmm.

Memula Kak N tu cakap perlahan je, tapi makin lama suara dia makin kuat sampai tahap tendang-tendang katil. Ok. Sekarang aku dah kejung kat situ, nak bangun pun takut weh. Jarak kitorang bukan jauh pun, kalau laa tetobe Kak N tu bangkit, memang senang je dia bole capai tangan aku T___T huwaaaaaaaa!! Dah lama tu akhirnya berjaya gak la aku meyakinkan diri dan lari gi belakang. Bukak lampu, panggil bestfren Kak N yang ade ciri-ciri tokmoh tu kat dorm bawah, dan kitorang pun sedaya upaya laaa nak 'kejut' dia.

Keje aku? Pegang kaki dia seblah, seblah lagi Kapai pegang. Punya laaa kuat hooiiiii hantu dalam badan Kak N ni, sampai Kapai yang besau tu pon boleh tercampak dia tendang. Aku ni punye la geram tengok dia sepak member aku, kaki yang aku pegang tu aku cubit-cubit sampai lebam hahahaha. Kemdian kawan Kak N ni tanye, sape kat sini reti baca ayat 1000 dinar. Ye, kat dorm dorang ni pon aku je jugak yang reti tsssk. So.. baca ayat tu kat air, pastu aku tanye 'nak ludah ke takyah?'. Hahahaha saje je nak pedajal.

Ade beberapa kali gak laa Kak N bukak mata, pastu bertembung gak pandangan mata kitorang ni. Demmm. Ekcely ni orang kata la, jangan bertentang mata dengan orang histeria sebab yang pandang kita masa tu bukan orang tu tapi 'benda' tu. Dibimbangi nanti 'benda' tu cam muka ko, esok-esok ko plak yang dia serang. Gituuuuu.

Setelah beberapa jam bergelutan, akhirnya keadaan kembali tenang menjelang pukul 5.30 pagi T_____T Eloklah tu, pukul 6 dah nak bangkit siap-siap gi sekolah. Nice.

Sepanjang 4 tahun tu memang banyaklah kes histeria. Yang paling dasat terjadi masa minggu nak SPM, Kak N ni tua setahun je daripada aku. So senior aku cite, ade satu malam tu Kak N hilang. Rupanya dia sudah lari pegi tingkat 3, tengah get ready nak terjun bangunan. Kalau tak silap, macam dia ade pegang senjata - pisau ke kayu ke apetah - mujurlah sempat diselamatkan. Kot tak lagi berhantu laaa asrama aku T______T

Next time aku cite pasal kakak dorm aku plak. Heheheh~

Wednesday, January 16, 2013

849: 27th Golden Disk Award - Sepang International Circuit

Salam seme! Sape skodeng aku gune gugel acc tanpa keizinan aku, lepas maghrib kang mata korang rabun secara teruk. Wuweekkk~

Sebenarnya Muney dah menang 2 tiket GDA neh, tiket Rockpit pulak tu. Tapi sebab dia buta Kpop (macam la aku celik sangat Kpop pon. well.. at least aku bukan takat kenal Rain je LOL), so dia takmo le pegi. Lagipun beliau kan nun di utara semenanjung, so.. aku pun kecek laa. Kecek nak free jugak tu hahahah! Akhirnya yaaaa dapat la kat aku tiket tu. Alhamdulillah.. mekasih Muney!

tahukah anda, rege teket ni adelah RM688? *pitams*

Aku nak pegi sangat sebab ade FT Island! Tu jeeee. Hahahaah! So dah dapat teket, dah dapat peneman - kami pun bergerak-gerakhas. Naik shuttle free je dari Kelana Jaya ke SIC tu. 


Ini 1st time la kitorang sampai kat sini. Jakunisme melanda, namun dirilekkan dengan wajah yakin bergaya. Orang len datang kemain lawa-lawa, aku je selekeh. Lantaklah, bukan mamat FT Island tu seme bole nampak aku pon.. hueheheheh. 

Masa tu dah pukul 5, katanya gate untuk tiket Rockpit dan Hallyu bukak pukul 6. Tapi aku bole je masuk awal sebelum pukul 6. Rejeki aku laaa.. sebab masa tu pemegang teket Samsung apetah tengah jerit-jerit kat area red carpet. Cergas aku berlari anak dara ke sana. Masa aku sampai kat situ, CN Blue baru lepas. Takpe, I tak minat mereka. Kemdian.. tunggu beberapa menet.. dengar orang jerit-jerit. Sape weh? Aku dok terjengah-jengah.

Rupanya FT ISLAND!!!!!!!

listen! listen! listen!!! it's FT ISLAND cuolss!!!! *pitam mulut berbuih seperti ikan*

Hahahaha!! Rejeki aku lagi!!!! Tapi aku takde la rasa nak pitam ke ape, rileks je.. tatau lah kenapa. Mebi kalau dorang betul-betul depan muka aku baru aku terpitam-pitam sampai itam kot?

Lepas dorang blah, ade lagi retis lain naik stage tu. Malas dah aku nak tunggu, bukan aku cam pun. So.. baik aku masuk dalam, carik tempat elok-elok sket. Singgah beli air tin rege RM5 "mahal nok mapuh kalau aku tau security tak cek beg baik aku bawak air sendiri", kami pun masuk la ke area rockpit. Ater apsal jauh nau ni? Tapi rilek lagi. Kemdian nampak ramai amoi dok marah-marah kat sekuriti.. hmmmm tak paham. Dah kemdian baru la geddit. Dorang marah pasal area Rockpit tu dia macam salah letak, sebenarnya tu area Hallyu yang tiket rege RM109 kat Groupon tu (harga sebenar tatau). Jauh beza tuuuuuuu patut la dorang mengamuk. Tapi aku rileks je.. 


Rockpitters (wah mandai2 je) pun kuar, ala-ala bergaduh la gak dengan security. Dan orang ticketpro. Aku tengok je drama ni sambil layan. Yelah, aku kan dapat tiket free, yang sebok nak ngamok macam beli pakai duit sendiri tu kenapa? Lain la dorang yang marah-marah tu, memang dorang beli sendiri weh. Hehehe. Daripada berdiri, kitorang pakat duduk, kira macam Duduk Bantah la ni. Akhirnya berkat semangat 1Malaysia, 1KPop (lulzz), dapatlah kitorang masuk ke kawasan yang selayaknya. Giler bergasak-gasak dorang macam kerasukan, panik aku! Sampai ade yang jatuh, entah kene pijak ke budak tu gaknye adehhh.

 
Event start pukul 7.30 malam. Aku bukan kenal sangat pun weh. Layan jelah. Hehehe. Malam tu MCnya ialah Yonghwa from CN Blue dengan Nicole (KARA). Malam ni Hongki jadi MC, alaaa penatlah nak pegi. Tssskkk~


Ya Allah.. bebudak Kpop keliling aku.. macam nak meletop gegendang telinga aku weh dorang dok terjerit-jerit. Sabo jelah kakak! Aku ni pegun je kat situ, yelah.. ingat aku tau ke kejadah seme lagu retis dorang ni. Ade la yang aku tau tu tapi bukan dorang ni laaa. Nak dekat pukul 9 baru FT Island perform lepas dapat award. Ngehehehehehe~

 
ni masa dorang menang award. takde subtitle so tak paham. lulzzz

sekarang nyanyi plak! siyesly aku tak jerit wehhhh tu seme orang lain. huhuhuhu~

Dah abes FT Island, yang lain aku tak kisah dah nak tengok. Gigih berdiri.. last-last pukul 10.15 camtu aku ajak la Dyana berambus. Nak jalan kaki gi bas tu bukan dekat, so.. jomlah jalan. Masa kitorang kuar tu KARA tengah perform, lepas KARA rupanya ade Super Junior. Amoi-amoi yang kuar skali dengan kitorang kemain frust lagi hahahahah! Ade 2-3 lagu gak dorang nyanyi. Lepas tu Shinee pulak. Lantaklah, takde daya dah aku nak tunggu. Sakit badan woi.

Tunggu bas, bas gi Kelana Jaya, drive balik umah, mandi, solat, siap solat qada' (sebab kat sana aku buat solat hormat waktu je -_- takleh nak kuar dah once dah masuk. aku harap Allah tak marah aku -_- hukhuk), baring atas katil dah nak dekat 1.30 pagi kot. Phewwww what a day!

Mekasih Muney kerana merealisasikan impian saye untuk menyaksikan FT Island di depan mata. Saye terharuuewwwww!!!!! Sekian. #tetibe

Friday, January 11, 2013

848: Rajuk Tak Berkesudahan.

Patutnye arinie dengan esok aku kene gi Penang.
Biasalah, jengah site.
Pastu ade sesi petir otak ke apetah.
Semalam Mr. Sivaji suruh kakak ketua tanya kat aku, aku nak gi ke dok.
So since dia TANYA, dan itu bukan ARAHAN,
aku cakaplah taknak.

Aku cuak gak senornye.
Dibuatnye dia hangin soh aku benti lagi kang cemana?
Tapi betul la aku ade hal.
Hal dengan #memuah.
Hal dengan Kak Ila.
Dan lelain lagi.
So aku pikir kalau dia tanya dan macam paksa-paksa
Mebi aku pegilah kot.. sambil heret kaki. Hukhuk

Lepas kakak ketua bagitau Mr. Sivaji
Skali dia tanya kat aku daaaa..
'Mas taknak pegi Penang ke?'.
Aku geleng - tu tanda taknaklah.
'kenapa? merajuk lagi?'
Errkk.

Merajukkah aku?
Ye kot.
Aku ni ginilah bos.
Aku tak kisah kalau ketidakcekapan aku dipertikaikan - kalau betei la
Maksud aku, kalau betei keje aku tak memuaskan, or memang skill aku ala-ala takde ke
Pastu dia bising
Aku tak kisah pun, dah memang benda betul kan.

Tapi..
Bila tuduh yang bukan-bukan
Pastu stret je suruh aku benti
Pastu bila aku tanya amendenye
Takmo jawab
Bila aku nak eksplen
Takmo dengau
Terasa la di lubuk ikan hati aku ni

(pastu bila aku dah takmo cakap pasal mende ni lagi, dok tanye plak. sorilah. aku akan cakap bila aku nak cakap. dah kalau aku takmo cakap baru nak tanya, sila la pegi pitam)

Aku bukan baru weh kat sini
Nak dekat 10 tahun dah
Ade ke sesedap ani mayuni je cakap gitu ke aku
Marah orang lain, pastu lepas kat aku
Mementang la orang yang dia marah tu dia takleh pecat
-____________-"
Mementang laa aku takde value
-_____________________________-"

Sedih tau.
Bila ingat-ingat balik sms tu
Bergenang-gangnam airmata baby
Sedih ngak.

So.. lantaklah nak kata aku merajuk ke
Merujuk ke
Menjeruk ke
Sukatilah.

Cumanya..
Satu mende la yang buat aku rilek
Bilamana aku ade rasa nak geram-geram tu
Aku ingat balik kebaikan Mr Sivaji pada aku
Siap patahkan ketam nak mudahkan aku makan
Terharu
Lebur rasa sedih tu

Tapi kejap jelah leburnya
Pastu sedih balik. Huksss.

Wednesday, January 09, 2013

847: Abdul Kucing


 

Ahad aritu ade pertandingan kucing amende tah kat SACC tu. Aku pegi tu sebab mende lain, skali tengok banyaknye kucing! Gemuk gemuk lak tu! Eieieieieieie geraaaaaaaaaaaammmmmm!!!

Kucing kapet merah tu tengah merajuk dengan tuan dia. Kemain lama lagi merajuk sampai kitorang dah abes makan, pegi tengok balik - pun tengah merajuk lagi! Hahahahahhahaa!! Comel to the max! Rasa nak rembat seko buat bantal. Tapi malasnye bila kenangkan kene menguruskan tahik dorang, dengan bulu-bulunye lagi. Kalau diikutkan, suka gak nak bagi makan ke ape. Hmmmmm.

Banyaknye kucing, tamak tatau nak snap yang mana. Ade sekor tu je yang macam mood manja melampaui batas dok gesel2 tepi sangkau. Yang lain mood pertandingan je lulzzzzz.

Sekian terima kasih #tetibe

Monday, January 07, 2013

846: Sabtu aritu

Sabtu aritu sepatutnye kuar ngedet dengan dak Che', tapi beliau demam la pulok. Kebetulan Kak Ustajah Normayah Sopiah ade sebut pasal nak ajak deting, aku sajeslah untuk replace pelan asal tu. Mujur beliau pun free. Hehehe. Oleh kerana beliau yang nak belanja, so aku redho jelah bila disajesnye ke KLCC. Perrghh. Ikutkan malas, memang nak sajes Jasko Bukit Raja je hahaha!

Kak Mya nak belanja tengok muvi dan makan sekalik. Dia pilih cite Minyak Dagu. Aku on je.. balun! Ade la kejadian berlaku masa tengok muvi tu. Tatau la nak marah ke ape, aku dalam keadaan mood baik so layan je. Cite tu ok ok la. Cuma ade la sket macam kompius. Sket jelah.. lepas berbincang dengan Kak Mya, rasanya dah takde dah kompius. Huehehhehe.

Lepas muvi, terus terjah solat zohor. Eh sempat plak brek depan kedai garret popkon tu. Hahaha! Kemdian baru carik makan. Tekak aku nak makan sushi sebenarnya, nak Sakae Sushi plak tu. Tapi ade ke Sakae Sushi kat KLCC? Lulzzz. Mujurlah ternampak Sushi King. Tapi last-last tak order sushi pun -_- apelah baby. Nak kena carik gak sushi neh! Hehehehe.

Dah makan, aku nak beli stabak pulak. Stabak sendirik bayau la oi, guna kad stabak ittewww. Dah lama tak guna hihihi. Order java chip, padahal dalam hati nak salted caramel mocha. Ni dah kenapa semua tindakan tak seiring dengan kehendak ni? Haiiihhh... takpelah.


Nak balik tu, tetobe Kak Mya tanye nak kek tak? Eh. Ade kek rupanya. Bolehlah. Aku pilih kek yang kecik je, takmo la susah2kan beliau. Lagipun malas nak bawak kotak kek besau (ni sebab utama hahaha). Pantes je aku tunjuk caramel pudding tu hihihi. Pastu terus balik..

humble je kan kek ni, rasa nak tombok haha

Mekasih kak! Birthday akak nanti saye belanje ehhhh... :) *hugs ketat-ketat*

 beliau yang baik hati, moga dimurahkan rejeki insyaallah :)


kalau kek kat bawah tu cheesecake, musti lebih meletop! eh banyak komplen plak. kalau nak, buat sendirik la weh. hehe

Semalam aku gagahkan gigi makan popkon tu. Aku amek yang ade almond sebab almond adelah jenis kekacang kesukaankeww. Pagi tu makan guna gigi belah kiri (yang dah cabut tu). Tapi lelama dinding pipi belah dalam tu luka. So aku beranikanlah diri guna gigi belah kanan, sambil pikir.. alaa. kalau tersekat kang aku koreklah, ape susah ye tak.

Sekali tu.. tengah kunyah penuh khusyuk.. tetiba rasa macam terkunyah mende super keras. Aku macam.. errr.. dalam popkon ni ade gak ke bijik jagung yang tak meletop macam popkon muvie tu. Aku gagahkan diri gak kunyah, berderap-derap. Lelama tu macam terpikir.. errr... ntah-ntah gigi aku tak? Apalagi, terus puih puihh kan. Iya betul laaaa.. memang gigi aku terpatah separuh -_-"



Berkecai tu sebab aku paksa kunyah gak. Lulzzz. Terus seram. Ni cemana playar doktor tu nak cengkam gigi aku esok? Adeh. Jangan ade adegan belah gusi dah laa eh, seram seram.

Friday, January 04, 2013

845: 20+13 umur saya arinie


Saye berkongsi tarikh lahir dengan Ude. Iaitu abang saye yang ketiga. Tiap-tiap tahun, dah tentu kitorang tak lupa pada bday memasing sebab kongsi date kan hehe.

Saye doakan moga abang saye dipanjangkan umur dengan penuh keberkatan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan tubuh badan, keluarga yang bahagia dan ketenangan hidup dunia dan akhirat. Saye harap doa tu akan berpatah balik kepada saye gak. Hmmmmm..

Yang ucap selamat dengan pelbagai medium, saye ucapkan terima kasih banyak-banyak. Moga Allah merahmati kehidupan anda semua, insyaallah - amiinnn...

Saye harap I love you pada hari ni bukan hanya datang dari abang saya. Saye harapkan awak pun ucap benda yang sama..*tenung hempon*

Mekasih, semua :)

#my weakness cause your pain, and this song is my sorry - britney.

Thursday, January 03, 2013

844 : -_-"


Wednesday, January 02, 2013

843: Kisah Last Sebelum 2013

Tapi hari ni dah 2013 pun. Ade kesah?

Jumaat lepas aku amek cuti. Saje je. Lagipun nak scalling dengan cabut gigi. Dah alang-alang cuti bertimbun tu, balun jelah cuti sehari. Tapi bagus jugak cuti, penangan sakit cabut gigi tu... eceh tipulah. Tapi takde la teruk sampai kene cuti sebenarnya.

Senang cakap, dah selamat dah sebatang gigi geraham diarwahkan. Malas pulak nak cite detail kejadiannya. Malas malas.


Setengah hari sakit, esoknya dah ok alhamdulillah. Makan pain killer pun sekali je. So.. akan setup satu lagi date dengan dentist, nak cabut lagi sebatang tu pulak. Semak. Mende-mende yang menyakitkan aku ni memang dah tiba masanya untuk dirambuskan.

Dah 2013. Tak eksaited dah.


aku lihat org gembira. aku lihat org mula bangkit dari kejatuhan. dan semua org nampak sangat gembira. bila aku renung dlm cermin. aku cuma nmpk aku yg tersenyum kerana mahu menggembirakan hati sendiri.

sedangkan aku sangat sedih. sangat terluka. sangat-sangat.