Tuesday, February 26, 2013

857: Parut

Assalamualaikum! Tak jawab, dosa!

Pagi tadi dengar radio Era, ade topik pasal parut. Biaselah kes nakal tahap saitan masa kekecik dulu kheen. Aku pun dok korek-koreklah memori, ade ke tak parut. Eh mestilah ade.

Ade satu parut kat lutut aku tu masih sedikit misteri sebenarnya. Yang aku ingat masa tu aku gi nyorok bawah katil, pastu terasa macam perit kat lutut. Sekali tengok rupanya nah.. dah robek. Patut kena jahit tu tapi aku ni.. mana la nak bagi doktel jahit-jahit kulit aku. Letak ubat jelah. Lepas kejadian tu dok cek gak bawah katil tu kot ade pisau jilet ke, batu ke ape. Memang takde ape. Takkan la aku menyorok bawah katil dengan kelajuan cahaya yang membuatkan kulit lutut gua terkopak?

Misteri.

Tapi ade satu ni. Kesnye masa umur aku 5 tahun kalau tak silap. Umur 6 tahun takde dah kot buat pangai aneh melampaui batas (rasanyelah). Umur 5 tahun tu aku dah takde kawan dah kat umah, abang-abang sume dah masuk asrama, dah masuk U. So.. main sensorang laa ai. So satu hari yang aktif ni, aku yang kiut ni pegi la main kat kete bapak aku. Masa tu abah pakai kete Peugeot, kete lama le.. yang bonet dia kene tekan punat nak bukaknye, siap ade cangkuk kat tempat tekan tu. Tatau la ape fungsi cangkuk tu tah.

Kete tu bontot belakang dia memang just nice je kalau orang kreatif macam aku nak main gelongsor. Hohihohi. So.. main la gelongsor. Ntah kali yang keberapa tah, tetobe je skirt yang aku pakai tu tersangkut kat cangkuk bonet tu ha. Udah le tergantung-gantung aku kat situ hahaahahaha. Aku rasa kalau budak lain, dah terjerit panggil mak apak soh selamatkan. Aku takde plak buat gitu. Siap pikir cemana aku nak turun ni.. malas nak panggil mak ke abah ke, kang dorang sure bebel-bebel pastu tak bagi main gelongsor kat situ. Oh tidak.

Berkat didikan mak abah dan juga togokan susu Dumex dan Nespray setiap hari, sel-sel otakku pun berhubung sesama sendiri lantas menghasilkan idea bernas. Ideanya ialah.. aku akan tarik je kain aku daripada cangkuk tu, pastu tangan lagi sebelah ni tahan la dekat lantai bila jatuh nanti. Haaa bijak tak bijak tak. So.. aku pun buatlah gitu. Malangnya aku jatuh tu dengan kadar kelajuan cahaya (again) so tak sempat la sebelah tangan ni nak tampung diri sendiri. Akibatnya.. gedebuklah. Muka jatuh terhempas mengadap lantai. 

Kesan hempasan tu, bibir aku terbelah. Canteeeeeekkkkk.


Terbelah secara angin lintang. Darah toksah cakaplah macam banjir oo banjir oo banjir rumah kita naik airrrr ooo naik airrr ooo. Walaupun berjiwa komando tapi nanges tetap nanges. Pastu dok panggil-panggil Angah. Bengonglah. Angah kat KL hoit! Hahahahaha. Makanya bergegaslah abah angkut gi klinik.

Sampai kat klinik, jumpe doktel. Sedara gak tu.. dok pujuk aku bukak mulut. Aku tau dah.. tu nak jahit la tu. Jangan harap aku nak bukak hahahaha. Dia siap umpan lampu suluh la, gula-gula la. Aku amek je semua tapi mulut terkatup rapi. Lulzz. Akhirnya doktel pasrah. Dia bagi ubat sapu je, sapu pakai cotton bud (siap ingat tu kihkih). Lepas kejadian tu aku tak ingat plak cemana aku menghadapi hari-hari yang mendatang. Cemana seksa aku nak makan ke minum ke gosok gigi ke, apepon tak ingat. Nampak sangat tak penting. Bila tengok balik, macam takde parut apepun kat bibir mungilku itu. Kan bagus. Kalau aku biaukan je doktel tu jahit, sure berparut kan kan kan.

So.. itu jelah ceritanya. Cerita parut di luar dapat dilihat, parut di hati siapa tahu #tetibe. Kbye!

Tuesday, February 19, 2013

856: Outing Yang Berkualiti dan Bermanfaat

Sabtu lepas, aku dengan Anne dan Dyana serta Che' kuar outing sesama. Dah lama tak guna perkataan outing ni, feeling asrama sangat hahaha!

Untuk penjelasan (walaupun tak perlu dan takde orang pedulik pon haha):
- Anne adelah osmet plus rumet saye dan blogger jugek
- Dyana adelah ex osmet ex rumet dan ex opismet saye
- Che' adelah member zaman skolah menengah plus member sekampung. kampung la sangat lulzzz

Senang cakap, seme ni dah kenal sesama sendiri. Senang la aku kalau nak kuar, tak payah set date banyak-banyak kali. Balun je seme satu hari hehe.

Tujuan utama perjumpaan kali ni sebenarnya sebab nak try makanan korea kat restoran dedubu tu. Tapi sebelum makan, kita gi layan muvilah dulu. Aku dengan rasa menggelinjang ni mengimul-ngimul nak tengok cite hantu kak limah the seken tu..


Ingatkan best sangat. Sayangnye kureng. Adekah sebab ketiadaan Johan dalam cite ni? Mungkin jugaklah kot. Jalan cerita tu macam ok, tapi ntahlah.. tak berape bestlah berbanding yang 1st. Betullah orang cakap, cinta pertama memang susah nak lupe #tetobe.

Lepas keluar dari panggung dengan membawa perasaan yang hampa tok ki, laju-laju gi cari toilet. Dah selamat ke jamban, teruslah kita ke tempat ini yang kebetulan berhadapan dengan kawasan jamban tersebut..


Seswatuh je kan nama Dubu-Dubu. Orang lain dok pikir kalau tambah R kat belakang tu, aku dok bayangkan bubu. Sape tatau bubu tu mende, sebelum aku suruh pegi meninggal, baik la gi gugel imej sekarang.

Aku order set ape eh.. beef bibimbap ke amende tah. Air mineral je. Aku tak snap pun amende yang aku makan tu sebab dah lapau kedaung. Hahahaa. Rasanya ok ok la. Daging dalam tu memang sedap. Kunyah-kunyah rasa cheese, kemain hebat lagi taste-bud aku hahahaha. Walau bagaimanapun, aku tetap prefer makan mende yang sama kat foodcourt The Gardens. Kat foodcourt tu pon tuan punye kedai tu Korean gak. Ok la kot kalau nak merasa, silelah datang ke tempat ini.. 

Ok. Sekarang tibalah ke aktiviti yang berkualiti dan bermanfaat itu.

Aku ni ade je mende tersangkut dengan mebeng sebenarnya. Ater aritu mebengtuyu aku takleh ekses sebab katanya aku dah lama tak aktif. Masa fes aku datang, budak tu kata call je dari situ, free je kak. Tapi aku ni punye la malas so aku lantakkan je kat situ. Pehtu bila dah terrrlalu lagi ni, si Dyana yang memang pesen kejap-kejap kang ingatkan aku suruh setelkan mende ni seme (dah macam PA tak berbayau lulzz) kembali mengingatkan aku untuk setelkan. So.. ok la aku singgah. Setelkan bab mebengtuyu, pastu terus sambung jalan-jalan. 

Lepas solat zohor ke apetah tak ingat, lalu lagi depan mebeng tu. So Dyana tanye lagi, takmo ke tukau kad ATM tu kak? Ok laaa aku pun singgah la tukau. Sambil sambil tukau tu.. dorang yang lain ni dok sebut nak tukau kad ATM cimbeng pulak dah. Hahahahaha. Aku sebagai pemegang kad ATM cimbeng sejak zaman-zaman southern ni pun tergedik samalah nak tukau gak...

Lepas setel dengan mebeng, terus zas ke cimbeng pulak. Memula macam takleh sebab signature aku kat belakang kad tu dah takde, pastu Che' tak bawak buku bank. Tapi setelah membuat muka kesian melampaui batas pengemis, akhirnya berjaya gak kitorang tukau kad baru hahahaha. Seronoknyewwwww~ Maka setellah seme perkara yang asik bertangguh-tangguh sejak sekian lama.


Nampak tak betapa berkualiti dan bermanfaatnye outing kitorang ni? Sekian terima kasih!

Friday, February 15, 2013

855: Menselebret birthday orang pulaks. hohi~

Isnin aritu dah setting nak deting dengan Kak Maya. Sebenarnye dah lama dah berniat nak belanje beliau - dari dapat bonus sampai bonus dah abes, sampai dapat bonus lagi skali, sampai tahun ni lah pendek kata - baru la kesampaian niatku yang tak seberapa tu huhu. Yelah asik beliau je yang melanje, tak reti malu ke baby? Hahaahaahhaha

So tempat deting kali ni di Wangsa Walk. Last pegi bila tah.. tahun lepas la kot? Oleh kerana jauh nau tempat tu, disajeskan naik kemudahan pengangkutan awam jelah. Bila kira-kira balik, ala lebih kurang je kalau bawak kete. Cumanya bila bawak kete, ko kene la bawak. Nek komuter LRT ade driver - gitccuuuuuu. Panjangnye intro, bila nak start cite ni tah. Lulzzz.

Sesampai di hentian Sri Rampai dan bertemu dengan Kak Mya, teruslah hulur je hadiah sebeday pada beliau. Ni kang kalau lupe bagi (which is merepek je nak lupe, mende tu bukan muat dalam henbeg aku pon lulzz), sia-sia je. Kemdian terus shoot ke WW. Parking punye la banyak sampai tamaklah, rasa nak parking melintang je hehe. Terus gi beli tiket muvi, seploh menet lepas tu terus start. Kitorang tengok cite ini..


Best~! Walaupun tak sure penah tengok ke tak Die Hard yang first tu. Lantak. Tapi yang pentingnye memang bestlah. Hohihohi~

Lepas nonton, kita gi makan dulu yaaa. Tempat pilihan belated besday gegirl adalah Octopus Sushi & Thai Restaurant (ni siap gugel lagi nama ni takut silap). Overall.. ok laaa. Jangan kau samakan ia dengan sushi katak tu okeh. Tak kisahlah, tekak memasing tak memilih so balun sajaaaaaaaa.


Sama-sama amek set salmon ni. Sedap! Tapi hok tauhu bertakung dalam kicap tu tak sedap. Sebab aku bayangkan rasanye masin-masin, skali.. manis! Kbai. Mende lain yang kitorang makan.. sile lah tengok kat blog kak Mya, malas plak nak kopipes gambau hahahaha

Lepas kenyang tahap ular sawa albino, solat zohor. Eh sebelum solat, singgah kedai DVD sat. Terrrjumpe DVD konsert FT Island, RM29.90 jewwwww. Tanpa berfikir terlalu panjang, teruslah aku angkut je. Hehehe hepi hepi


Yang kaler itam tu beli kat WW, kaler putih kat Paradigm. Aummmmm puas ati aku! Tapi ade banyak lagi tu tak beli.. sape nak belikan untuk baby? Kat WW banyak yang murah. 

Lepas solat, beli Chatime. Lepas beli Chatime, baliklah ape lagi. So mekasih la kak Mya sebab datang amek dan antau dan belanje Chatime. Kita sudahi entry ni dengan gambau kami yang diinstagkan oleh kak Mya.


Walaupun nampak kurus, tapi nampak itam... dan gigi tu tetibe besau sangat tu dah kenapa? Ah ni seme salah pencahayaan! Pasal gigi tu.. sibbaik ade gigi *sedapkan ati*. Ni namanya sebelum orang lain kutuk, baik aku kutuk je diri sendiri dulu hahaha. Kbai!