Wednesday, March 27, 2013

Monday, March 25, 2013

865: Apa pendapat korang?

Lately ni selalu mimpi yang berkaitan baby. Ekcely dulu pun ade jugak, tapi aku tak sangka bila mimpi baby ni rupanya petanda tak elok. Oleh kerana aritu sampai berturut-turut mimpi macam tu, di samping mimpi tengok orang mati eksiden dan sebagainya.. ade yang memberi kesimpulan mimpi ni ade kaitan dengan orang nak bagi saka ke aku. Atau apa sajalah niat yang tak elok. Melambatkan jodoh aku ke misalnya.

Entahlah.

Kena pegi berubat ke?


Thursday, March 21, 2013

864: Fire Stone

Orang-orang yang cipta alat pengesan periuk api ni takde rasa nak cipta alat pengesan batu api ke?


Aku nak pakai ni.

Wednesday, March 20, 2013

Monday, March 18, 2013

862: Pilihan

Memang
Aku saje buat tak dengar
Aku memilih untuk mendengar apa yang aku nak dengar
Boleh kan?

Sepertimana
Anda semua
Yang memilih untuk berkata apa yang anda nak kata
Dan aku tak pernah pulak tiba-tiba datang menyepit mulut kau dengan penyepit baju

Makanya
Janganlah pulak sibuk-sibuk
Merentap apa di telinga aku
Untuk memaksa aku mendengar apa yang kau kata

Sebab aku taknak
Paham?

lalalalala tak dengau lalalalalalala~~~~

Wednesday, March 13, 2013

Tuesday, March 12, 2013

860: Mak saye tak sihat.

Mak saye tak sihat. 

So aritu saye ameklah cuti 2 hari - pada mulanya setakat nak memuaskan hati beliau yang berjiwa lembut tu. Mak saye ni memang pesen cembeng sket, tak dinafikanlah. Hehehe. Dan bila dia call menangis-nangis kata tak sihat tu, saye anggapkan memang macam biasalah tu dia begitu. 

Memang sebelum tu saye dah apply cuti, konon nak sepraiskan dia tapi last menet cuti saye yang dah diluluskan tu dirijek sebab opis tengah banyak keje. Namun selepas beliau mengecall dengan gaya cenggitu, saye gagahkan diri gak untuk mintak cuti tu. Deswai dah cuti pun saye buat gak keje kat umah nun. Hmm..

Mak saye tak sihat. Sakit kaki. Demam demam sket. Tak larat nak berjalan. So kalau nak gerak tu kene guna wheelchair. Saye pun tak dapat nak buat banyak untuk dia. Takat kemas katil, buatkan air, belikan lauk (dia nak lauk beli in case korang nak kata aku malas nak masak - which is ade betul gak tu hahahaah), onkan suis bilik air, bla bla bla. Mende kecik-kecik je. 

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Doakanlah mak saye cepat sihat ye.

Wednesday, March 06, 2013

Monday, March 04, 2013

858: Entry Khusus Untuk Abam Faizal Hussein


Saye, selaku peminat tegar kental abadi abam Faizal Hussein - ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan abam yang dikasihi yang telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Abam memang terbaik! Saye sukeeee!!!!

(cilok dari instagram abam yang tersayam)

Tahukah abam. Mak saye kat kampung(lahsangat) tu pon terkenangkan saye tatkala melihat abam meraih kejayaan pada malam tersebut. Bangganye saye kemain lagi. Macam laa ade share pun dengan kemenangan tu tapi saye pedulik hape, ye tak? Heeeeeeeeeeeee~~

(cilok dari fb abam tersayam)

Happynye sayeeee!!!!!! Moga lepas ni dapat la banyak award. Penat abam berlakon macam nak rak, last-last asek Rosyam Noor je yang menang (tetibe. hahahaha)


Nampak tu? Punye la minat ni. Ini bukan main-main ni. Hahaahhahahahaaha


Sayang abam jugek!!! Tahniah sekali lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi~~~~~