Monday, April 29, 2013

871: Bubar Stress di Labuan - Fasa Terakhir

Salam seme! Ekcely bole skip je pun yang hari last ni sebab bukan ade ape sangat. Pagi-pagi tu bersiap, brekpes, birak, pastu chaloh gi epot. Naik ketebang, sampai LCCT, naik bas sampai KL Sentral, amek tren sampai Sri Rampai, amek kete Dyana kat umah Kak Mya, shoot gi Shah Alam, lunch kat pijahat pukul 5 petang pastu balik umah. Haaaa tu je. Hahahahahha




malas nak rotet

beg pinjam. mekasih en. hehehe





Itu je. Sekian.. mekasih Kak Mya yang arrangekan seme-seme sepanjang berada di sane.. ai seronok je menurut perintah skedul yang dah ready.. hehehehe

TAMAT. BE END. eh. THE END lah!

Friday, April 26, 2013

870: Bubar Stress di Labuan - Fasa 3

Arinie kitorang kuar awal sket.. sebab nak pegi Pasar Labuan. Akhirnye sejuk jugak Labuan ni.. dah berapa hari panas berdentang. Ni siap pakej dengan hujan, aaaa amek  ko. Asik merungut je kata panas kan, nah Allah bagi ko mandi siap! Ngehehehehe



 masa ni kakak ustajah tengah soping. aku memang takde amende nak beli pun melainkan fridge meknet untuk #memuah je

 ni kicen. takmo kicen..

 mereka sedang memilih kain batik. saye takde rasa nak beli sebab dah pernah ade duluuuuu hehe

 
 mekasih kakak kedai sebab sudi dianiaya untuk amekkan gambau kitorang hihi


Sewa kete sampai pukul 10.30 pagi je. Memula kakak ustajah nak lewatkan sampai pukul 12, tapi aku la yang racun dia takyah drag. Lagipun bukan ade nak gi mana pun.. nak soping cekelat, kat bawah apartment kitorang tu ade jual. Anytime bole pegi hehehe. Ni nak drag, sejam tambah RM10 lagi. Rugi rugi.. so kitorang pulangkan tepatlah pada waktu yang dijanjikan.

Kitorang lunch awal, tapi lunch laa sangat kan.. makan roti telur je hahaah. Perut belum lapau nau.. so itulah nye. Pastu soping sat, pastu balik bilik.

 hasil tangkapan sepanjang berada di sana..

Sebelum melayan cite industan petang tu, turun bawah jap tapau lunch. Pastu takde wat apepun.. tengok tv, layan utube. Aterr ade wifi free kan.. baluuuuunnnn.. laju lak tu hehehe.

Malam kuar untuk final dinner. Akhirnye ade gak makanan sedap. Sukorlah!


sedap niiiii

Thursday, April 25, 2013

869: Bubar Stress di Labuan - Fasa 2

Ok hari kedua.

Hari kedua rilek-rilek sket, kira sempatlah aku membirak sebelum keluar hari tu. Sarap kat apartment je - makan roti, epal, susu, neskepe. Hari ni bukan aku drive so dok belakang la feeling-feeling boss hahahaha. 

spek AirAsia. jangan kutuklah hawau!

So tempat pertama nak terjah aritu adelah Muzium Labuan. Dekat-dekat je dengan Pusat Penerangan Pelancongan ni haa.. kitorang gi situ konon-konon nak laa mintak map Labuan - namun... haaaaraapaaaaaan.. harapan menjadi laaaayuuuu. Takde ye. Sedeh! Makanya kita berpandukan sepenuhnya kepada papan tanda dan memori jelah nampaknya.

  posing seround!
 pastu baru pegi Muzium Labuan yang sekangkang harlem je dari tempat pertama tadi. masuk free je tapi takleh amek gambau dalam tu. Muzium Chimney aritu boleh je. huhuhu~

Lepas tu, ke Muzium Marin pulak. Kat tepi pantai tempat tu. Lokasi sebenar tak reti pulak aku nak stori. Tapi dekat situlah. Hahaha~

 Rye

 saye dan kakak ustajah Normayah Sopiah

 lobster *telan air liur*


 dinding dekat tangga nak naik tingkat atas, kretip sangatz


 tulang ikan ape heh? lupelah. tapi rasanya ni replika je..

 ikan sesat dari semenanjung

 sambil tengok dokumentari kat tv. kakak ustajah, Dyana n Rye

Menggelinjang nak amek gambau kat luau. Padahal panas nauzubillah.. aku redho ya Allah andai ini takdirnya. Tak kireeee nak jugaaaaaaakkkkk



 gigih dalam kepanasan!

Dah start lapau dah time ni. Hmmmm aku tataulah.. apsal susah nau nak cari kedai makan kat Labuan ni. I mean.. kedai makan yang.. macamana nak cakap eh. Ntahlah, mata kitorang ni agaknye yang dikaburi. Huhu. Mujurlah masa ni nampak dorang dah start bukak gerai-gerai tepi pantai tu.. sooo.. apalagi, terjah!

 saye beli tongkeng satu, ayam cucuk2 satu. nyammmm

Lepas makan, jalan kaki ke seberang jalan.. ke menara jam tu hah. Mestilah ade sejarahnye ye tak. Tapi kali ni aku memang tak kuase laa nak baca, panas gilerrrrrrr. So snap je pic satu!


 patah balik ke muzium sebab nak snap pic ni je hihihi

Kemudian kitorang ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Ade dua tujuan, 1st nak makan dulu, 2nd nak survey (or beli terus) cekelat-cekelat sekelian. Sekalik! Food court(lahsangat) tu tutup laa plaaaaaaaaak. Not exactly tutup tapi tukang masak dia kuar. Eieieieieieiei aku la dah lapau kedaung ni, rasa nak makan babi je (astaghfirullaaaaaah). Dah laa nak cucuk duit pun takleh. Eh bengislah kejap di dalam hati ni. Last² nampak kedai mamak(lahsangat) kat seberang sanun. Order megi goreng sedeh dengan teh O ais limau. Eh aku mintak teh O ais limau, dapat ice lemon tea. Untung laaaa.



By that time, macam dah nak masuk waktu asar. Aku sorang je pun yang boleh solat dalam ramai-ramai tu hehehe. So merekueslah akan aku nak solat kat masjid negeri (lebih kuranglah) tu.. tak jauh pun. Masjid An-Nur nama diberi. Bersih sangat. Toiletnye punye la bersih, ai likeeeeee. Inilah ciri-ciri mukminin sejati, keselesaan didahulukan, kebersihan diutamakan.

 dah solat dah masa ni


Pastu kitorang meneruskan journey ke Kampung Patau-Patau.. kampung air la gitu. Hahaha masa ni kan.. ade adegan salah jalan.. hahahaha tu laa orang cakap takmo dengau.. hahahahaha. Akhirnya tiba!








Dah setel snapping snapping, ke Taman Botani Labuan la kita. Masa sampai tu, macam ade event tapi tatau apekah eventnye. Mekak je! Orang nak taichi kat tepi tu pun tak senang (padahal orang taichi tu seme rilek je, aku plak yang emo haha)





 umah atas pokok. gigih memanjat tangga sorang-sorang kihkih


 


Dok kat situ lama gak sebab nak nunggu pukul 6 baru nak gerak pegi Kg. Tanjung Aru untuk dinner. Menjelang pukul 6 tu (ke awal sket?) kitorang pun pegilah ke sanun. Dah sampai tu, snappy-snappy dulu..







 eh eh. ehehhehe



 
 sebelum..

 selepas. burrpppp alhamdulillah..


Apetah nama kedai ni, kene tanye kat kakak ustajah sebab dia yang setelkan. Kitorang order lauk² seperti di dalam gambarajah tu beserta sejag air laici buah dan nasik, sorang kene bayau RM16 sajork. Untung laaa.. dah la murah (kira murah la kan?), sedap pulak tu.

Malam tu sambung shopping coklat kat bawah apartment. Alkisah kat situ lagi murah -_-".

Next entry. Tunggu jumaat eh. Insyaallah..