Wednesday, May 29, 2013

Monday, May 27, 2013

876: Perangai Jahnang Di Dalam Surau

Assalamualaikum! Nak meluah sket.

Aku kan.

Aku paling bengang betei kalau pegi surau kat soping kompleks ke RnR ke, pastu dalam tu ade pompan2 yang berborak kuat-kuat like nobody business. Dan yang lebih merengsakan, pompan2 ni kebanyakannya (baca tu aku tulis KEBANYAKANNYA, bukan semua) adelah pesen bertudung labuh. 

Ko boleh bayang tak merengsa tu?

Aurat tutup dah elok dah, berstokin bagai tudung labuh baju menyapu lantai. Sekali suara.. macam ade mic dalam tekak. Tau tak orang masuk surau ni nak semayang, bukan nak dengau ko berborak?

Baru ni aku masuk surau SCM. Dah banyak kali aku syutt syuttkan, buat pekak badak je. Siap posing amek gambau le hape seme. Eh kalau anak buah aku tu memang aku rampas je hempon, cabut bateri siap campak luau tingkap seround. Ko dah kenapa dalam surau ni laa yang ko nak memekak? Tak cukup luas lagi ke bumi Allah ni sampai surau ni jugak yang suke nau ko nak membising.
 
shadap, you little raskel.

GRRRRRRRRRRRRRR cepat-cepat amek wuduk dan semayang jelah. Sekali jumpe lagi skali dalam toilet tengah posing. ()@$*@&*#%^#*($#)($@_#)*@#

Satu lagi.

Kalau dapat surau sempit, pastu telekung tak banyak. Pastu waktu dah suntuk. Awak yang dah semayang tu, boleh tak lekas-lekas bangkit dari tempat tu, kasik orang lain nak semayang. Ini siap nak berzikir lama-lama, doa panjang2. Bukan laaa aku menidakkan hak ko nak berzikir berdoa tu seme, tapi pikir laa sket orang lain yang dah lama tunggu. Kang kalau orang tu tak sempat semayang, ko nak tanggung ke dosanye skali? Haa jangan nak cakap plak 'dah tau tu apsal tak datang semayang awal2'. Jangan banyak bunyik ye, bangun sekarang!

Tu satu hal. Yang pesen kat-tempat-ko-semayang-tu-la-ko-nak-mekap pun lagi satu peel. Eieieieieieiei.

Korang seme yang baca ni. Kalau berperangai macam tu, silalah #Ubah ye. #IniKaliLah, ubah pangai tu. Nak mekap ke hape, pegi je toilet. Sape suruh ko pakai tudung yang kene flip sampai 20 hari time kene semayang. Tudung leleceh tu pakai time period la weh. 

Ha tengok, aku dah penyebok hal tudung orang pulak. Hissssshhh.

Tuesday, May 21, 2013

875: Bukit Merah kite yo! Part 2

Pertama-tama skalik. Sape curik gambau dalam ni, bontot dia kurap!

Ok sambung. Pagi tu saje je aku bangun lambat, alaa bukan semayang pon. Itu pon aku terjaga gak time dorang bangun semayang subuh pagi tu. Dorang tak kecoh pon, tapi aku tetaplah terdengau gak dorang bertegur-tegur hahahaha. Sarapan dengan belen kek dan kapkek petang semalam, neskepe pulak memang dah ready dalam apartment. So.. sambil tengok Running Man, kemas-kemas dan siap-siaplah nak cekaut tengahari tu.. Rozan sefamili gerak awal sebab nak sambung gi Pangkor plak. Huntong laaaaaaaa

kami berempat

bye apartment, thank you!
Kitorang singgah jap kat BM Laketown Resort tu. Saje je nak tengok-tengok.. nak main air pebende tu sume, takde plak planning. Lagipun kalau plan, haruslah aku yang tersakiti menengok orang lain bergumbira sedangkan aku hanya memandang je. Tak boleh!

Oh. Trip balik ni aku drive. Tapi tak sampai masuk KL la.. dah janji sebelum sampai tol nak masuk KL dah kene tukau orang. Hehehe.

dah sampai!

dah sampai lagi
Beli tiket untuk naik dua benda.. apetah tak ingatlah.Chair Lift Ride dengan ape eh. Tapi takde la basah-basah. Hehehe

pintu gerbang nak ke tempat berkenaan

candid
 Teruslah naik. Hohoho suke sukeeee

untung laaaa dapat mandi. ni ade family day dari mana tah aritu lupe dah

Esah yang ketakutan hahaha

eieieiei rasa nak terjun je

benda ni nampak best! naaaaaakkkkk

itam kaki. panas giler weh huhu

untung laaaaaaaa



kami pulak

dah sampai. sekarang nak naik yang lagi satu tu..

macam best. jom tido sini nak?

posing seround

.. dua round..
Aku ingatkan mende ni kayuh pakai kaki. Rupanya pakai tangan T_____________T Terkeluar masel kakak baby!

aku dah laa kepanasan ni, kene kayuh pakai tangan pulak. eh pakai tangan nak panggil ape eh? koyah? hehe

peace laa sementara bole peace kaaaaaan
 
beronak berliku jalan ku lalui

.. selagi berupaya ku teruskan..

dah tak berupaya, servis bertukau tangan. selambe je tukau main langkah-;angkah je ahahhaha

dah sampaaaaai

Esah koyah sorang sampai sudah sebab tak berani nak langkah-langkah atas tu hahaaha

ni patutnye kat atas sane, malas aku nak alihkan gambau

Masa ni macam ade rasa lapau sket. Tapi sket je.. lebih pada haus. So balun ABC dululah kat BM ni. Makan-makan kita postpone laa kat Tapah. Begitulah kata putus yang dicapai oleh kami setelah berbincang sepatah dua kata..

macam biasa. yang paling itam tu akulah.


beli subinier. aku beli fridge meknet seketoi je untuk diri sendirik.

Pukul brape eh sampai KL? Siang lagi la jugak rasanya.. Malam tu just kuar makan dekat area umah dak Che'. Itu sajeee... tamaatttttt~~~~ Hahahaha pemalas giler nak taip. Tak sihatlah. Huhu.

Thursday, May 16, 2013

Tuesday, May 14, 2013

873: Bukit Merah kite yo! Part 1

 Ade dua part je pon nanti hehe.

Trip ke Bukit Merah ni seminggu je lepas trip Labuan. Feeling-feeling kaye je walhal? Haaa gitu. Trip ni sebenarnya adalah untuk menyambut sebeday-sebeday kitorang ni haa. Patutnye satu beday satu tempat, tapi sebab dah macam-macam halangan dan obstacle (eh bukan same je ke? lulz) so kita satukanlah sambutan itu di bawah semangat 1Malaysia.

Kenapa Bukit Merah? Sebab aku tak penah pegi situ la ape lagi hahaha! Sape soh tanye aku kan. Hihi. Mekasih la pada Che' sebab dia yang bookingkan apartment tu ape seme. Murah je, RM200 untuk satu malam. Kitorang yang bujangan ni ade 4 orang, so RM50 hengget jelah sorang. Yang dah kawen tu, mana laa ai tau brape dorang nye ekspenses kihkih.

Trip kali ni bestttt sebab aku takyah drive HAHAHAHAH jarang terjadi ni. Siap dok belakang - macam tak penah je so kali ni merasa laaa jadi mandur kat belakang sambil layan video-video kpop dari S3 dak Esah yang canggih tu. S3 ke? Ntah. Aku main balun je hihi. Siap dapat tido sampai sakit tengkuk huhu.


hall nan terhampar kebesarannye

ni bilik aku dengan Esah, master bedroom

bilik dak Che' dengan Liana

pandangan dari tingkat.. tingkat berapa tah kitorang? 8 ke? 10 ke? ah lupe




Kitorang nye program start lepas asar kalau tak silap. Ke lepas abes cite industan? Haa betul lah. Cite industan yang konon macam cite antu tapi sedih. Beriye je aku dengan Esah nangis tapi kaber2 belakang kusi hahahahah. 

Buat makan-makan kat tepi swimming pool. Tak berapa tepi laaaa, kang basah lak kek. Ade gazebo kat tepi kulam so situlah tempatnye.

makanan dan minuman yang terbabit

snap snap snap

kasik can dorang snap dulu

makanan beserta hadiah-hadiah untuk para pesambut besday


Kek Vanilla Crepe ke apetah namanya. sponsored by Kurita yang takde dalam agenda ini. dia buat sendirik tau! mekasih Kuri.. ailebiu somac!

red velvet cupcakes yang kitorang order daripada Kurita jugak. mantaps!

Che' dengan hadiah-hadiah beliau.

sedap dimakan sejuk2



muka bengang sebab kene paksa pakai skirt haha

hepi giler! aku dapat headphone kaler pink, perfume dengan dress Zalora. ekcely hadiah seme adalah atas request memasing, tapi dorang la belikan. mekasih kekawan! NGEHH

kami yang disambut. lantak laa eh gambau tak ikut susunan, bukan kene saman pun ye tak

perfume pilihanku, pemberian Rozan. mekasih! suke sangat. adiah lain aku malas nak up, bole? haha


gazebo yang diperkatakan itu




dah nak meghrib so semorang dah berambos

aku kalau terjun dalam ni, mau la bertukau jadi Kolam Merah terus

kami yang terbabit. tetibe aku nampak kuros di situ lulzzz
Kitorang biasanye memang kalau jumpe macam ni, siap bertema bagai. So tema kali ni adelah SKIRT. Aku memula nak pakai skirt putih kembang-kembang tapi sayangnye masa ni ai iz kedatangan kebulanan. Huhuhu. Itu pun nak cite lalalalala~~~ Dak Rozan bengkek je kene paksa pakai skirt sebab sepanjang hayat memang tak penah berskirt. Tu dia kata skirt dia pakai tu ekcely adiah dari asben dia masa dorang bertunang, tak penah pakai pon. Huahahahaha teruslah laki dia berterima kasih kat kitorang sebab buat tema ni. Kot tak, tak merasa la yeee nak tengok bini pakai skirt.

Malam tu pegi makan kat area-area sanun gak. Lepas tu balik apartment, lepak tengok tv, tengok RunningMan. Install WeChat beramai-ramai dan berwechat beramai-ramai dengan mereka yang tidak dapat hadir. BerWeChat ni kitorang guna wifi daripada telepon Esah. Untung laaa kitorang. Hahaha meriah meriah. Pastu tido laaa.. aku tido sorang-sorang je kat dalam bilik. Esah dengan Liana tido kat hall. Rugilah Esah, katil empuk gilerrrrr dan bantalnye pun masyaAllah luarbiasa lembutnye (lebih-lebih lak).

Ok bersambunggggggg