Friday, June 28, 2013

887: Kemho Part 2

kemho gestrik

kemho gestrik dah okeh

kemho mood ke laut

kemho mood di pinggir pantai

Thursday, June 27, 2013

886: Kemho


Sekian, aksi kemho saye hari ni.

Tuesday, June 25, 2013

885: Hari ni hari Selasa. Semalam hari Isnin.

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku

Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku





Friday, June 21, 2013

884: Jorobu Bertingkek-tingkek!

Jorobu datang lagi! Mekasih la Indonesia. Bukan setakat mengeksport pekerja, jerebu turut dieksportnye. Adoyaaiii T___T

Shah Alam pagi tadi..

Aku ni dah la cepat kalah dengan jerebu. Nanti saksikanlah betapa aku kejap-kejap kang sakit, demam, batuk, dan macam-macamlah. Peparu ni bersifat sentimental aku agak. Tapi takde plak mengidap sebarang penyakit seperti asma, apatah lagi asma'ul husna. Haa memain memain!

Makanya, aku pun gugel-gugellah apa benda yang diperlu dilakukan dalam time-time getir sebegini. Getir la untuk aku yang senang jatuh sakit bila jerebu ni. Hmmm. So.. ini dia list yang aku jumpe di blog Tips Kesihatan. Sila baca, renung-renungkan dan selamat beramal soleh :

1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
4. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
5. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Selamat berhujung minggu yo!~

Wednesday, June 19, 2013

Monday, June 17, 2013

882: Projek Rendam #Memuah Babes @ Old River, Yam Upstream (Ulu Yam)

Salam semua babes! Salam 1MondayCouple!

Wiken baru ni aritu (ayat serupa kelly), beberapa orang #memuah yang free dan berkesempatan untuk menghadirkan diri telah beramai-ramai mengumpulkan diri kami di Sg Tua, Ulu Yam untuk sesi piknik dan rendaman berkala. Aku memang suka laaa sungai-sungai ni, malangnya aku takleh mandi plak pada hari kejadian atas sebab pendarahan berkala jualah kekdahnye T_T Tidak ku kesali takdirMu, Ilahi. Aku ghedo dan pasghah again and again and again.

Pegi ke sanun menumpang kete Mat Keri. Sampai di tempat kejadian tu nak dekat zohor gak. Tak dapat nak pegi pagi sebab Cembam ade kelas pagi tu, dak Ena dan Amir pulak ade kursus. But issokay, takde la sesak mana pun Ulu Yam tu.. hehe.

Wafa bawak durian! Hmmmm dap dap

Keri sedang mendagui Wafa

dah bentang semua, maka semorang pun menghamparkan bekalan memasing. aku bawak kosli (a.k.a coleslaw) je..

kek zebra.. eh.. zirapah. disediakan oleh Wafa. hmmmm dap lagi!

kemain lagi mood menyengih je Xiyad kali ni. awal-awal tu je macam moody hehe

untung laaaaaaaa boleh berendam -_-"



ntah mende-mende la bebudak ni terjerit pasal air sejuk. lenkali gi kolam air panas pulak lah. hahaha

main simbah-simbah air sesama sendiri #foreveralone HAHAHAHA

akhirnya sampai pon pengantin lama ni. sesat kata kooo

ni je yang mampu -_-"
Aku ade gak la masuk dalam sungai. Lepas gian orang kata, lantaklah jeans aku basah hahahaha. Eieieieiei sabau jelah tak dapat berendam. Huuuuu~~~~

tengok amende tah tu tataulah

Xiyad mengagah ayah dia. hahaha
Menjelang pukul 5 barulah kitorang gerak balik kalau tak silap. Memula ade cadangan nak singgah sate kajang, tapi Wafa nak balik jalan jauh nun. Ena dan Amir pun ade urusan memasing. So.. balik jelah hehehe

Sepol terkena sawan sungai

mengembalikan fesyen kpop pada rambut walaupun berkain pelekat lalalala~
 
mecing sangat


ngeeeeeee~~~~~
Sampai umah pukul 7 jugak. Sekian..

mekasih Mat Keri = sebab bagi tumpang kete n sponsor air serta per'jajan'an
mekasih Anul n Cembam = sebab bawak tikar (kan?) dan sponsor puding laici
mekasih Wafa n Iyan = sebab bawak tikar gak dan sponsor durian, kek, jajan, sekut raya.. ape lagi?
mekasih Sepol = sebab sponsor mihun goreng singapore
mekasih Ena n Amir = sebab sponsor KFC sehingga menjilat jari

Semua best yang hamat baq hang babes! Beribu-ribu taniyaaaaaaaaa #memuah birjayyaaaa~~~

Friday, June 14, 2013

881: Terkejut I, babe!

Salam Jumaat, babes!

Semalam kan babe, kan I pegi Penang.. ade meeting macam tu lah. Ekcely bos I tu bawak I bukan ape, nak soh I jadi SUPIRitenden dia jewww.. sabau jelah I ni babe. Tapi memandangkan I pun macam dah lama tak kuar opis kan, so I ghedo dan pasghah jelah.

Lepas meeting, bos I kata dia nak jumpe client tu kejap. I ingatkan nak folo jelah kan, sekali dia suruh I dengan opismate I lagi sorang tu buat hal sendiri. Sabau jelah kitorang ni babeeeeee...! I macam tatau nak pegi mana pun, dah la kete bos I ni panjang macam pembaris panjang. Tak kuaserlah I nak bawak, pastu beberapa jam sebelum tu dah la I terlanggau lori. Sket jelah tapi calar laa side mirror. Lagi la I tak kuaser nak drive kan. Trauma la kekonon bak kata Elite.

So.. I decide nak lepak dalam kete la, sesambil charge hp I yang dah flat cam dada budak pompan darjah 3 tu. Pastu pulak ujan pun dah start sket-sket, amende lagi la nak buat kan. Nak tengok-tengok barang bundle yang diniagakan kat area depan opis client I tu macam tak kuaser lagi. Ni la bahana sakit perut, babe. Semua benda jadi nyampah nak bikin. So I pun snap la pic sana sini..


pic ni I terus up kat instagram I babe. u all kalau nak folo, carilah okeh

Elok je lepas I snap pic tu, I rasa nak toleh belakang. Sekali.. nah!

POKOK TUMBANG FTW BABE!
Tercengang bangang I dalam kete, babe. Sebab yelah.. I baru je lalu situ tadi. Pastu biasenye kalau gi situ memang try nak parking kat tempat tu lah. Dah la ramai orang kat situ seingat I tadi, dengan orang jual durian la, barang-barang bundle la peseme tu. Haaa nebes I kejap babe. Pastu opismate I dok ketuk-ketuk tingkap kete, tunjuk kat I. Memang I dah nampak pun kan.. Pastu I kuar kete, dia soh snap pic. Akhirnya kitorang sama-sama jadi papparich.. eh paparazzi kat situ, babe.

I dok terpikir ade ke orang dalam kete-kete ni seme babe


Mujurlah ade tembok tu, babe. Kalau tak insyaallah ade yang arwah di tempat kejadian. I serius ni babe.. sebab ade sorang pakcik (hmmmm pakcik? *sambil kerling awek yang dia dok peluk*) kat situ tunjuk kat kitorang kepala dia berdarah sket. Katanye masa kejadian dia tengah lalu kat situ. Sibbaik takde jadi pape yang serius kan, babe?

Rupanya semalam banyak gak tempat yang pokok tumbang la hape eh babe? Malam tadi kitorang stuck kat jematan tu 2 jam lebih dek kerana pokok tumbang, babe.. huhuh

Itu jelah cerita I kali ni, babe.

Thursday, June 13, 2013

880: :(


Tuesday, June 11, 2013

879: I ada masalah. You boleh tolong?

Masalah 1.

Badan sudah naik ruam. Malam tadi dah jadi gatal-gatal pulak. Banyak! Alergi, mungkin. Atau cuaca. Atau ntah. Tapi saye tau, mesti awak suruh jumpe doktel - kan dear?

Masalah 2.

Ah. I dah lupe apa masalah I la dear. Masa tulis tajuk tu I ingat. Pastu bila dah buat keje peseme, I lupe dah apenye, dear! Aigooohhhhhh

Takpelah. Pape nanti I pm u, ok dear?

jangan lupe pm I, ok dear?

Wednesday, June 05, 2013

878: Majlis BBQ #IniKaliLah!

Ni saje je kitorang adik beradik buat. Sebenarnye.. kisahnye macam ni..

Aku cadang nak belikan mak aku muffin since dia ade sebut-sebut macam teringin nak makan. Pastu dia ade sebut la air tangan yang menghasilkan kek yang dibuat oleh kak Mimie tu sedap nok ninggal. Kak Mimie ni bini sepupu aku, kire sedara laa. Hahaha kitorang ni terjumpe pun kat twitter. Di alam nyata aku penah jumpe dia sekali je kot, masa dia baru-baru kawen dan masih di zaman jahiliyah lagi hihihi. 

So aku dah contact Kak Mimie pe sume, masalahnye masa tu pulak aku tak reti nak bajet nak order berapa banyak. So kene laa tanye semorang kan.. sape balik sape tak. Paham-paham jelah adik beradik aku memang le 6 orang je, tapi anak-anak buah sekarang termasuk anak-anak tiri aku ade laa 30 orang. LULZZZZZ. Untuk mengelakkan tak cukup sebab tak reti kira, maka kene la aku pecah lobang ke kakak ipau nombol 5 untuk membantu. Bila dah cite pasal muffin segala (nak sambut belated beday mak la kirenye), so cadangan untuk buat BBQ pun timbul lah. Contact abang sane, contact abang sini. Tapi yang balik nak mengundi masa tu pon kitorang bertiga je. Takpelah hehe.

Daripada nak order muffin je, melarat-larat laaa order cupcakes jugak. Sibbaik tak terorder kek sebijik. Kot tak sape nak habiskan? Memang tak ah hehe.

Itulah nye.. kisah majlis bbq yang tak dirancang dari awal. Majlis dinamakan sedemikian sebab masa tu nak mengundi. Huehehehhehe.

sebelum asar dorang dah start bakau

baju itam is abang nombol 4 iaitu Abg Chik, baju kuning is abang nombol 5 iaitu Abg Nan

tu kakak ipau nombol 5

kakak ipau nombol 1 dan nombol 4 sedang mamam dalam keadaan tak tenang sebab budak-budak dok cilok kambeng dorang. lulzzz

semorang dah melidat nak makan haaa

kambeng aku, tapi tengoklah tu adeeee je tangan-tangan ghaib yang cuba menciloknye

sedaappppppp

diregukan dengan kentang bakar cheese

pemangsa in action

masak masak

nuuun yang baju putih kat belakang tu abang nombol 1

mak saye kat belakang tu haa

sosej belang dengan mak sebagai latar belakang

*gulps*

pakai kipas letrik je, ape barang kipas pakai tangan haha

muffin n cupcakes dah sampai!

dengan Umairah..

.. yang tembam tembam tuuuuu

abes besday semorang sampai ujung tahun pun dipaksa sambut pada hari kejadian. kejiiii hahahha

ok ni takde kaitan. ni anak member aku si Kapai, jumpe masa gi mengundi. si Kapai nye takde kat Mesia..

bukti dah mengundi. sekian.